6 Cara mengubati Kuku cengkam @ cagu

By Mrs Liez - 1:24 PM

6 Cara mengubati Kuku Cengkam @ Cagu

Assalamualaikum dan Selamat hari Sabtu,
Siapa pernah kena kuku cengkam atau lebih mudah disebut kuku cagu? Pada yang biasa merasainya pasti tahu macam mana kesakitan yang ditanggung bila ia terjadi. Cengkam atau cagu mencetuskan rasa kesakitan dan tidak keselesaan pada kuku. Ia berlaku apabila kuku mula tumbuh melengkung ke dalam kulit. Ia mengakibatkan bengkak, keradangan dan boleh mengakibatkan jangkitan jka tidak dirawat dengan cepat.
Jari kaki Niyaz
Liez pernah juga merasainya tapi sentiasa pastikan kuku dipotong lebih dalam. Yang pasti bukan orang dewasa sahaja yang merasa kuku cagu ni tapi sesiapa sahaja tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Anak Liez, Niyaz selalu mengalami kuku cagu. Macam kes Niyaz, memang dari lahirnya kuku kaki dia senget ke tepi. Lama kelamaan, bila makin membesar kuku kaki sentiasa bernanah tapi syukur sebab Niyaz tidak pernah meragam kalau kuku kaki dia cengkam. Cuma Liez rasa kesian tiap kali periksa kuku kaki dia. 

Banyak rawatan yang boleh dibuat secara tradisional dan moden. Liez lebihsuka amalkan rawatan semulajadi dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah. Antaranya:


1. Minyak pokok teh (Tea Tree Oil)

Minyak ini mengandungi pembasmi kuman semulajadi yang kuat dan sangat      sesuai untuk tujuan membunuh kuman yang terdapat di kuku.

2. Cuka epal (Apple Cider)

Kandungan cuka epal sangat sesuai untuk merawat cagu. Hanya perlu campurkan cuka epal dengan air suam danrendam kaki 5 - 10 minit. Juga boleh disemburkan pada luka untuk mengurangkan kesakitan dan membasmi kuman.

3. Garam Epsom

Ia mengurangkan keradangan,melembutkan kuku dan juga membunuh kuman. Rendam kaki di dalam air suam yang dicampur garam epsom selama 20 minit. GaramEpsomboleh didapati di farmasi atau hypermarket.

4. Cecair Antiseptik

Ini untuk memastikan kuman tidak merebak selepas proses memotong lebihan kuku tadi. Sapu secara kerapdan tutup dengan plaster untuk memastikan kuku kaki dilindungi

5. Kapas

Cara ini agak jarang diamalkan. Letakkan sedikit gumpalan kapas di antara kuku dan kulit. Kuku harus diangkat dengan perlahan dan sapuan cecair antiseptik disapu terlebih dahulu.

6. Lemon

Ini antara cara paling mudah. Ambil hirisan lemon dan tekapkan pada kuku cagu dan biarkan semalaman. Ia boleh mengurangkan jangkitan dan sekaligus merawat masalah cengkam.

Banyak lagi cara yang boleh dicuba tapi ini antara cara yang Liez buat tiap kali kena cengkam. Harus dipotong dulu lebihan kuku berkenaan. Jika keadaan masih tidak pulih, kena dapatkan rawatan di klinik dengan doktor yang lebih pakar. Jangan dibiarkan kuku cengkam terlalu lama kerana ia melibatkan jangkitan kuman dan akan menjadi lebih teruk.


  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. menarik juga petua ni.. suami sy selalu la kena cengkam kuku ni..

    ReplyDelete
  2. nyilu pula sa bila sa nampak gambar tu..

    ReplyDelete
  3. memang sakit.. selalunya ibu jari kaki.

    ReplyDelete
  4. lepasni nak try sebab selalu sangat jadi padahal dah ikut tips potong kuku supaya elakkan cengkam ni

    ReplyDelete
  5. Boleh diamalkan petua nie, thanks sis kerana berkongsi info yang bermanfaat..

    ReplyDelete