Resepi Daging Dendeng Perak

Resepi Daging Dendeng Perak | Bila Ramadan tiba, dalam kepala kaum ibu-ibu ni sibuk lah nak fikir menu apa untuk di masak untuk berbuka puasa dan sahur. Salah satu menua yang viral ialah Daging Dendeng,

Bila sebut pasal dendeng je, mesti teringat pasal Dendeng Khairul Aming yang viral tu. Perrrghhh... memang diluar jangkaan ye sambutan yang diberikan pada produk terbaru beliau. Liez dapat la jugak sebungkus. Jadilah buat raso-raso.

Resepi Dendeng Liez ni lain sikit dan khabarnya dari negeri Perak, betul ke tidak.. Allahualam. Tapi serius sedap ye. Dapat resepi dari TikTok Adik Food.

Resepi Daging Dendeng Perak

Bahan-Bahan:
1 kilo daging (dipotong kecil)
5 sudu besar kicap manis

Bahan Tumis:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 genggam cili kering (direbus)
2 batang serai

Bahan - Bahan lain:
2 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
1 sudu kecil asam jawa
Garam
Gula (ikut selera masing-masing)

Cara- Cara Memasak:

Langkah 1
1. Rebus daging selama 30 - 45 minit. Tos dan biar sejuk sebelum ditumbuk pecah-pecah. Kemudian gaulkan dengan kicap dan goreng hingga keperangan.

Langkah 2
2. Bahan tumis ( kecuali serai) digoreng dalam minyak hingga lembut sedikit. Kemudian dikisar halus bersama serai.
3. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan juga serai yang diketuk.
4. Bila agak kering, masukkan air rebusan daging, asam jawa dan juga daun limau purut.
5. Masak seketika dan masukkan daging yang digoreng tadi. Gaul sebati dan perisakan dengan garam dan gula.

Post a Comment

0 Comments