DENTESSENCE DENTAL CLINIC TAWAR KHIDMAT PERGIGIAN TANPA KETAKUTAN

Dr Ahbirami
Macam seram sangat bila nak jumpa dengan doktor pergigian kan? Liez sendiri pun pernah lalui pengalaman yang kelakar di zaman kanak-kanak dulu. Seingat dulu, parents Liez pernah bawa Liez ke Klinik Pergigian untuk mencabut gigi. Tak silap waktu tu, gigi baru dan tumbuh berlapis. Sebab takut nak cabut sendiri, terpaksa ke klinik. Nak dijadikan cerita, doktor yang bertugas adalah doktor lelaki berbangsa Singh. Dengan rasa kecut dan bila tengok je muka doktor tu terus rasa takut yang teramat. Bila doktor sudah menyemburkan ubat kebas pada gigi Liez, dengan kekuatan dan keberanian luar biasa, Liez bangun nak terus lari keluar dari klinik. Berpusing keliling klinik sebab parents Liez kejar. Masa itu, memang Liez meraung kata tidak mahu cabut gigi. Dipujuk pun masih juga menggeleng kepala, parents Liez akur dan terus bawa balik ke rumah. Sesampai dirumah, mak panggil dan pegang gigi Liez tadi. Plupppp!!! Dan tercabut pun. Tak rasa sakit pun. Ya ALLAH, sesenang itu dan tak sakit pun.

Geli hati bila teringat kenangan tu. Tapi baru-baru ini Liez telah membuat rawatan Scaling dan Polishing gigi di Dentessence Dental Clinic, Dataran Sunway Damansara. Agak risau dan takut kerana kali terakhir Liez mendapatkan rawatan di klinik pergigian kerajaan adalah pada tahun 2013, itu pun wajib bagi setiap ibu yang mengandung. Rasanya itu adalah rawatan kali ke 3 seumur hidup Liez. Takut punya pasal, untuk menjejakkan kaki ke klinik gigi adalah mustahil.

Tetapi bila kaki melangkah ke dalam klinik, rasa ketakutan sedikit hilang. Suasana di Dentessence Dental Clinic agak tenang dan sangat selesa. Disambut oleh 2 orang kakitangan dan juga Doktor Ahbirami yang sangat ramah. Selepas mengisi borang berkaitan, terus Doktor Ahbirami membawa Liez ke bilik rawatan. Mula balik rasa takut datang. Hihihihi

Gelabah juga masa ni
Tengok bilik rawatan juga sangat terang, selesa dengan dekorasi yang minimal. Kurang la sikit rasa takut tu. Disamping kedengaran lagu-lagu sentimental. Doktor Ahbirami menerangkan mengenai proses scalling yang akan dibuat. Liez salah anggap Scaling tu untuk mengukur gigi tetapi sebenarnya ia adalah proses membersihkan gigi dari karang gigi dan kotoran yang melekat pada gigi mggunakan Ultrasonic Scaler yang memecahkan karang dan kekotoran pada gigi. 
Ultrasonic Scaler
Dimulakan dengan pemeriksaan gigi Liez. Agak terkejut sebab Doktor Ahbirami mengesan ada hakisan pada kawasan gigi belah kanan. Ini kerana Liez hanya menggunakan gigi sebelah kanan untuk makan. Dan itu juga yang punca gigi Liez bergesel bila tidur. Memang betul apa yang Doktor Ahbirami cakap, hebat kan? Selebihnya semuanya bagus melainkan ada karang gigi dan hanya satu geraham bongsu yang keluar dan agak menggangu kedudukan dalam mulut. 

Proses Scaling bermula dan menariknya tidak sakit dan tidak ada rasa ngilu seperti Liez pernah buat dengan klinik lain. Jadi perasan takut terus hilang dan tidak sabar nak miliki gigi yang bersih kembali. Selesai Scaling, terus lidah asyik sangat bermain di gigi. Seronok rasa gigi dah bersih. 

Kemudian proses Polishing dibuat untuk menghilangkan bekas karang dan kekotoran pada gigi selain membersih dan membuatkan gigi bersinar. Ia dibuat dengan menyapukan sebatian yang mengandungi Floride yang dipanggil Prophylactic Paste. Sebenarnya ia mempunyai pelbagai perasa dan ia seakan ubat gigi untuk kanak-kanak.
Penerangan lengkap diberikan oleh Doktor Ahbirami
Lega rasanya bila selesai mendapatkan rawatan gigi. Selepas rawatan, Doktor Ahbirami menerangkan cara penjagaan, cara merawat dan juga permasalahan tentang pergigian. Tak lokek ilmu dan sentiasa senyum membuatkan Liez rasa selesa dan tidak takut  untuk dapatkan rawatan lagi di Dentessence Dental Clinic. Jika ditanya tentang harga khidmat rawatan gigi disini, Liez memang terkejut sebab murah berbanding klinik lain. Terus merancang nak hantar Qaseh untuk memeriksaan gigi di sini.

Sebenarnya, penjagaan gigi perlu diambil serius kerana ia melibatkan bukan sahaja gigi tetapi gusi dan kawasan dalam mulut. Mengosok gigi setiap hari tidak mencukupi dan tidak menjamin dari penyakit berkaitan dengan gigi dan mulut tetapi digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan. Pemeriksaan lebih kerap perlu dilakukan bagi mereka yang memakai pendakap gigi (braces), pesakit kencing manis dan yang memerlukan rawatan lanjut berkenaan gigi dan dalam mulut. Kerajaan juga telah mengadakan beberapa kempen penjagaan gigi dan mulut seluruh negara terutama dari usia kanak-kanak. Di setiap sekolah juga diadakan lawatan pihak kementerian kesihatan untuk membuat pemeriksaan gigi dikalangan pelajar-pelajar.

Jika korang nak dapatkan rawatan gigi yang terbaik untuk Scaling, Polishing, Whitening, pemasangan pendakap gigi dan sebagainya , memang Liez cadangkan Dentessence Dental Clinic ini. Bukan sahaja kerana harga yang murah tetapi khidmat pelanggan yang diberikan oleh kakitangan dan juga Doktor Ahbirami sendiri akan membuatkan korang rasa selesa dan selamat. Penerangan yang diberikan juga sangat banyak dan berguna untuk kita. Digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu untuk mengelakkan korang tunggu lama.

DENTESSENCE DENTAL CLINIC
MP 43-2 Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47810 
Petaling Jaya, Selangor 
Tel : 03-6140 7567

Waktu Operasi 
Isnin -Jumaat (9.00 pagi- 6.00 petang)
Sabtu (9.00 pagi- 4.00 petang)


Facebook:

Instagram:


Post a Comment

9 Comments

  1. Good sharing. Terima kasih ats perkongsian

    ReplyDelete
  2. Best kan kat situ - Dr Abhi siap ajar cara memberus yang betul sebab dia bagitahu Rawlins suka mengunyah pakai gigi kiri je hahaha

    ReplyDelete
  3. mmg bagus servis Dr ABhi..rasa mcm nak pergi lagi hehe

    ReplyDelete
  4. No one ever wants to deal with past due collections, especially an office worker who may later have to see the patient face to face in the dental office. Dental Debt Collection

    ReplyDelete
  5. The appreciated procedure that Sydney dental specialists prescribe to manage a missing tooth will be tooth embedding. Essentially, dental inserts strike other tooth mending substitutes assumed for lost teeth.Emergency dentist lake success

    ReplyDelete
  6. Another road of finding these providers is to visit the site or physical site yourself to take a gander at the portfolio and item extend.uv light

    ReplyDelete
  7. In case you are new to an area, try checking out the services of the dental specialist who provides his/her services to the local hospitals. You can also search for the best dental care facilities in your area online. find out here

    ReplyDelete
  8. There may be several reasons for your consulting a dentist, ranging from filling cavities to cosmetic dentistry or more complicated dental procedures, such as dental implants or smile makeover. The following are tips to help you find the best Long Lake dental clinic. Top Dentist in Mission Viejo ca

    ReplyDelete
  9. This is very appealing, however , it is very important that will mouse click on the connection: Dental Implant in Irvine CA

    ReplyDelete