DIY - Cermin Vanity Murah Tanpa Wayar

DIY - Cermin Vanity Murah Tanpa Wayar
Sejak setahun ini makin ramai yang minat untuk bersolek atau makeup. Tidak kira yang dah professional ke, MUA ke atau yang baru berjinak dalam bidang ini. Even budak-budak berumur 5, 6 tahun pun ada yang pandai make up sebab selalu tengok mak-mak bersiap atau menonton Youtube. 

Tak terlepas Qaseh anak dara Liez tu. Tapi dia belum sampai tahap ambik barang Liez lagi. Dia cuma bila nak keluar berjalan je dia akan minta nak pakai lips cream dan perfurm je. Liez pun jarang bersiap, melainkan bila ada nak attend event, majlis perkahwinan ke baru la bersiap agak lama. Kalau tidak, hanya pakai compact powder dan blusher.

Berbalik kepada topik, Liez perhatikan ramai yang minat makeup akan mendapatkan vanity mirror atau selfie ring light untuk memudahkan ketika make up dan juga memberikan pencahayaan yang cantik. Tapi kebanyakkan agak mahal atau yang DIY dalam lingkungan harga atas RM100. Kali ini Liez telah berjaya membuat Vanity mirror dengan budget kurang RM100 dan lebih penting tidak memerlukan wiring atau wayar untuk semua itu. Budget pun mengikut cermin sedia ada dirumah. 

Lampu LED dari MR DIY (harga RM6.90 untuk 2 lampu)
Bateri AAA dari MR DIY ( harga RM1.90 untuk 4 bateri)
DIY - Cermin Vanity Murah Tanpa Wayar
DIY - Cermin Vanity Murah Tanpa Wayar
DIY - Cermin Vanity Murah Tanpa Wayar
DIY - Cermin Vanity Murah Tanpa Wayar

Apa yang perlu korang buat hanyalah masukkan 3 bateri di dalam LED tadi. Lekatkan ke cermin dengan pelekat yang terdapat dibelakang LED tadi. Bilangan LED yang diperlukan adalah mengikut saiz cermin muka sedia ada. Cermin muka Liez hanya memerlukan 5 set lampu LED.



Liez happy bila dapat buat DIY ni even Liez bukan la nak make up beriya-riya tapi sekurangnya Liez ada vanity mirror juga. Even murah dan tak cantik macam vanity mirror yang sebenar. Selamat mencuba tau jangan lupa hashtag #diyvanitymirrormrsliez

Post a Comment

38 Comments

  1. wah lagi murah mcm ni..nak cari la lampu tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb mcm nak beli vanity mirror mahal dan guna pun kdg2 je... so buat je yg murah

      Delete
  2. Replies
    1. Xpening nak gantung cermin, wayar panjang lagi... murah dan senang.. klau xnak guna just cabut je

      Delete
  3. wahh menarik ni.,.tp lampu tu cane nak on off ekk..kene on off satu2 ekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa lak nak up video.. tp kena tekan satu2 utk on off

      Delete
  4. Best ni...tapi tu lah bab on off tu kena manually buat satu2 la kan..sbb individual bulb kannnnn...hahaha tp ok lah dah nak murah ken la rajin kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue la... tapi coz kdg2 je guna so mcm xkisah sgt nak tekan satu2

      Delete
  5. Kreatif kak liez ni 👍😍
    Suka tengok cermin tu.. Cantikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duk terringat ada lampu tu, duk try je letak..tgk mcm ok je so kira aci la kan hihihi...

      Delete
  6. Orang perempuan suka lah ni hehehehe letak lampu banyak2 kat cermin macam bintang filem katanya hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sesekali fefeeling jd bintang pilemmmm

      Delete
  7. Dah lama teringin cermin macam tu. So lepas ni boleh laa diy sendiri je. :)
    Thanks for the idea ! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer buat... jimat walaupun xla grand mcm vanity mirror but its work the same

      Delete
  8. Wahhh cantik. Thanks for the idea. Boleh buat sendiri je nanti. Nak cari barang pon senang je rupanyaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Either cari lampu yg bulat atau yg panjang pun ada dkt DIY

      Delete
  9. Terima kasih kongsi diy ni , memang menarik dan juga jimat kos . Tak perlu beli cermin baru untuk mekap . Kalau rajin ccl nak terjah diy beli lampu tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... sbb liez ni malas nak gantung2 lagi, nak berwayar2 bagai so mcm ni mmg senang. Klau xnak guna dah, just cabut buang

      Delete
  10. Mmg creative kak Liez, jimat pun jimat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... buat yg xde budget dan xkisah mcm mn pun asalkan sama mcm vanity mirror...

      Delete
  11. fuhhh best kalau ada ni.. nnt kje duk depan cermin je.. belek muka pastu selpie.. hahahaha.. cikyan ni begitu sikit.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha xpe cikyan... sendiri buat sendiri selfie puaskan hati kannn

      Delete
  12. pergh !! memang atie buat lepas ni kak.. hee~ thanx untuk idea nya !!!

    ReplyDelete
  13. nti nak beli lah lampu led tu..cermin dah ado hihi

    ReplyDelete
  14. wah.. kreatifnya.. TB pun ada lampu led ni.. tapi Tb nak letak kat pintu rumah sebab bila time nak sign poslaju tak nampak apa.. golap.. hahahaha.. lampu takde situ.. so, guna lampu ni untuk kasi terang.. tekan je kan.. tapi ni buat vanity mirror punya lampu ok gak ni.. bijak.. bijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mcm kena tekan2 tapi its worth it utk org yg bukan make up sgt ni.. beli yg ratus2 tu kang hangat2 tahi ayam

      Delete
  15. Wah kreatif betul awak DIY sendiri. Hasilnya pasti puas kan sebab buat sendiri. Salute!!

    ReplyDelete
  16. You're so creative, thanks for sharing this idea, it does save up a lot of money cause vanity sets are just so expensive.

    ReplyDelete
  17. Menarik dan kreatif, penyelesaian masalah yang mudah dan murahkan. Tak perlu beli baharu dan menjimatkan. Lepas ni puas hati duduk depan cermin vanity kerana terang dan nampak jelas semuanya.

    ReplyDelete
  18. This is really creative! I have never thought of that. Glad I haven’t bought the mirror, now I can save a lot.

    ReplyDelete
  19. Wahhh! Brilliant idea ni kak. Bilik saya punya cermin makeup memang sayu-sayu jeeee. Tak nampak kalau nak belek-belek muka tu. Boleh lah lepasni saya ikut #diyvanitymirrormrsliez <3 TQ !

    ReplyDelete
  20. Wah cantiknya cermin.. Boleh try ni kat cermin rumah nih

    ReplyDelete
  21. Salam sis nak Tanya terang tak lampu led ni?

    ReplyDelete
  22. Perghhh daebakkk! Buat vanity mirror sendirii. Kagumm! Mesti ramai yang nak try sama diy hehe

    ReplyDelete
  23. wahhh nice idea ni. boleh tiru ni nanti. hehe.

    ReplyDelete