CANTIK LEBIH YAKIN SELEPAS RAWATAN CARBON LASER PEEL DI PEMIER CLINIC

By Mrs Liez - 11:00 AM

Kalau dah namanya perempuan, memang kecantikkan adalah yang utama sekali dititikberatkan. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki memang mendapat perhatian khusus. Liez pun suka kalau bab-bab kecantikkan ni. Tapi Liez jenis simple dalam penjagaan muka. Dan alhamdulillah kulit Liez bukan jenis sensitif cuma berminyak dan pori-pori terbuka agak ketara. 
Bergambar dengan Dr Nigel
Dan baru-baru ini Liez telah mendapatkan rawatan Carbon Laser Peel di Premier Clinic. Teruja sebenarnya sebab kali pertama ingin mencuba rawatan laser ni. Nervous pun ada tapi selepas Liez baca review dari beberapa blogger, Liez rasa yakin untuk dapatkan rawatan Carbon Laser Peel ni.
Selesa sangat bila menunggunya
Menjejakkan kaki di klinik yang terletak di Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak, Liez terus disambut mesra oleh kakitangan Premier Clinic. Kemudian Liez dibawa berjumpa dengan Doktor Nigel untuk mendapatkan konsultasi mengenai rawatan yang akan Liez buat. Penerangan dari Doktor Nigel memang terperinci untuk memastikan pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan mengetahui proses dan kesan-kesan selepas rawatan.
Penerangan lengkap dari Dr Nigel
Rawatan Carbon Laser Peel
- satu rawatan menggunakan laser untuk merawat ketidaksempurnaan pada kulit wajah terutama bagi masalah kulit berminyak, kulit kusam, jeragat, bekas parut jerawat dan pori-pori terbuka. 
- Penggunaan laser pada kadar yang sesuai membantu meningkatkan keserian wajah, menegangkan kulit dan juga mengatasi masalah-masalah kulit dengan lebih berkesan.
- Ia merupakan rawatan yang tidak menyakitkan
- Lapisan karbon yang digunakan pula membantu sinaran laser untuk membuang lapisan kulit yang mati atau yang rosak. Haba laser yang sampai dilapisan dalam kulit, akan membantu kolagen baru pada kulit baru yang segar dan lebih sihat.

Kebaikkan Carbon Laser Peel

- membuang lapisan kulit mati dan kulit yang rosak.
- merangsang penghasilan kulit baru yang lebih segar, tegang dan bersih
- mengurangkan penghasilan minyak pada kulit wajah
- mengecilkan liang pori-pori pada wajah
- kulit akan lebih sekata dan berseri

Kemudian Liez dibawa ke bilik rawatan dimana proses Carbon Laser Peel akan dibuat. Muka Liez dibersihkan dari sebarang make-up terlebih dahulu. 

Kemudian satu lapisan carbon disapukan dipermukaan kulit muka Liez.
Doktor Nigel memulakan rawatan laser sebanyak 3 peringkat yang setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza
Pancaran Laser pertama
Ia akan memecahkan lapisan kulit mati dan rosak. Pengelupasan kecil akan berlaku dan akan disedut keluar. Laser yang pertama, pelanggan hanya akan merasa sedikit haba.

Pancaran Laser kedua

Akan kedengaran letupan kecil dimana pancaran laser akan masuk ke dalam kulit untuk merawat kulit yang bermasalah untuk mengurangkan kesan parut.

Pancaran Laser ketiga

Pancaran laser terakhir yang berfungsi sebagai merangsang kolegan untuk memberikan kulit baru lebih segar, tegang dan anjal.
 Proses terakhir, kulit wajah akan ditutup dengan kain sejuk untuk proses penyejukan sebelum disapukan dengan krim pelindung matahari dan serum untuk tujuan perlindungan selepas rawatan.

Carbon Laser Peel ini sangat sesuai untuk yang ingin melakukan rawatan dalam masa yang singkat. Hanya mengambil masa kurang 1 jam dan tidak downtime (boleh terus melakukan aktiviti selepas rawatan). Itu sebabnya Carbon Laser Peel adalah antara rawatan yang popular di Premier Clinic.

Sebelum                               Selepas
Selepas 3 hari Liez membuat rawatan Carbon Laser Peel, Liez teruja kerana kulit muka Liez dah kurang berminyak terutama sekali bangun pagi. Dan pori-pori besar di muka memang mengecil dan Liez dapat rasakan kulit lembut dan lebih berseri walaupun tanpa sebarang solekan. Serius Liez teruja dan asyik sangat belek muka ni. Tak percaya pula!! Korang yang mempunyai masalah kulit tidak kira jerawat, pigmentasi, bekas parut, kulit terlalu berminyak atau sebagainya Liez sangat sarankan untuk dapatkan rawatandi Premier Clinic. Pasti puas hati dan berbaloi.

Selain rawatan Carbon Laser Peel, ada banyak lagi rawatan kecantikan yang menjadi pilihan ramai di Premier Clinic.




Premier Clinic juga ada menyediakan konsultasi secara PERCUMA di klinik KL City, TTDI dan Bangsar Baru. Boleh terus hubungi 012-6625552 untuk temujanji atau email ke contactus@premier-clinic.com. Untuk keterangan lebih lanjut boleh terus hubungi Premier Clinic seperti dibawah:

TTDI
31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 6000 Kuala Lumpur
(same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi Centre)

BANGSAR
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
(same row as Post Office and next to RAj Banana Leaf mamak stall)

PUCHONG
G-15, 1O1 Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
(same row as RHB Bank and Papaprich Restaurant)

KL City
A-0-8 Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
(opposte new China Embassy (China visa application place) 

Website :

Facebook : 

Instagram : 

Tumblr : 

Twitter : 

Google Plus : 

Youtube : 

Dr Ke Yong Seng: http//wwwKLaesthetic.com

Dr Chen Tai Ho : http//www.drchentaiho.com



  • Share:

You Might Also Like

19 comments

  1. Sakit Tak? Nampak ketara perubahan. Bagi yang berani bolehlah mencuba. Akak takut wei!

    ReplyDelete
  2. Dah pernah buat carbon laser treatment kat sini jugak tapi seram bunyi pop pop tu. Hehehe...lepas buat treatment ni jangan lupa kena pakai sunblock bila keluar rumah....

    ReplyDelete
  3. SA dah pernah buat Carbon Laser, takde la sakit kan..syok lagi ada..the best part siap terlelap2 lagi..hahaha..tapi perubahan tu akan nampak lebih ketara bila dah beberapa kali rawatan...Premier Klinik ni bagus...

    ReplyDelete
  4. Last buat lasr masa nak buat hyperpigmentation saya. Kena pegi 6 kali jugak ar baru hilang. Tahan 4 tahun je. Sekarang dah balik macam dulu. Kos dia mahal la

    ReplyDelete
  5. wow! memang lebih cantik, boleh tengok beza nya,
    before and after...
    Very nice premier clinic..

    ReplyDelete
  6. Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Macam best jer tengok dia laser. Sakit tak... hehehe.. Tapi memang nampak beza lah sebelum dan selepas rawatan.

    ReplyDelete
  7. Bestnya liez buat rawatan muka yg laser2 ni..
    Mahal wooo...
    Teringin nakk buat...
    Agk2 kalau buat ni..mesti suami kita trkagum tgk perubahan muka kita

    ReplyDelete
  8. Tak pernah try lagi carbon laser. Ramai kata tak sakit ya. Kadang2 kita sebagai perempuan mmg perlukan rawatan seperti ini

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi buat carbon laser..teringin nak buat..nampak kulit liez cantik lepas buat treatment

    ReplyDelete
  10. outlet xde plak di melaka. if not, teringin plak nak mencubanya.
    kulit aida ni rasanya utk elok nak kena gi laser la hi hi hi...
    pakai le produk pe pun, just maintain aje.
    nak ler ploles :)

    ReplyDelete
  11. Ramai yg buat treatment carbon ni. nampak perbezaan ketara and kulit jadi cantik kan. seronoknya kena urut2 mukaaaaaa

    ReplyDelete
  12. Sampai 3kali kena laser tu. Tak sakit ke liez. Seram lak ana nak buat. Tapi nak cantik kan. Kesan lepas tu yg best kan. Nampak kulit lebih berseri dan anjal.

    ReplyDelete
  13. dah lama teringin nak buat treatment kat klinik kecantikan macam ni. mesti dpt tgk banyak perbezaan

    ReplyDelete
  14. wah bagus rawatan karbon ni. nampak macam best je. banyak jugak jenis2 rawatan untuk kecantikan ya. tq atas perkongsian. mana tau nnti boleh cuba.

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya. Memang teringin nak buat. Kita tgh nak set date ni pergi sebab sekarang tgh demam and muka sunburn sb travel! Huhu. Tak pikir lagi nak buat rawatan yg mana. Hehe. Cantik berseri lah Liez ya.

    ReplyDelete
  16. uzu pon ada appoitment dengan premier klinik tapi tak de masa lagi nak p. mmg nak buat carbon peel juga yg sesuai dengan kulit bminyak hewhew

    ReplyDelete
  17. kak, dah lama dah ainy teringin nak buat rawatan laser ni tapi takut salah pilih spa / clinic. nanti nak trylah pergi clinic ni.

    ReplyDelete
  18. i dah 2-3 kali buat carbon peel laser, so far memang agak membantu haluskan liang pori yang besar tapi nak lagi efektif i suggest buat dermapen, memang nampak kesan dia lebih ketara dari carbon peel laser cuma kena suffer around a weeek la untuk dia kelupaskan kulit yang banyak lekuk lekuk tu

    ReplyDelete
  19. I try their service before for slimming. Have not try their carbon laser. Next round want to try their carbon laser. Your skin tone look brighter.

    ReplyDelete