Cetus Minat Anak-Anak di KidZania GO! di Quill City Mall Kuala Lumpur

By Mrs Liez - 8:30 AM




Hai korang.. Apa aktiviti anak-anak time cuti sekolah ni? Liez baru balik dari KidZania GO di Quill City Mall. Disana macam -macam aktiviti menarik untuk anak-anak korang cuba. Liez ke sana bersama Qaseh dan menaiki Komuter dari Serendah dan Monorail dari KL Sentral. Memang jauh perjalanan kami hari ni. Tapi seronok dan mudah sebab ada pengangkutan seperti Monorail untuk Quill City Mall.

Bagi yang nak bawa anak-anak ke KidZania GO!, ia adalah PERCUMA. Korang hanya perlu berbelanja RM38 dalam satu resit di mana-mana outlet di dalam Quill City Mall sahaja. Dan tiket masuk boleh ditebus di kaunter di KidZania GO! di Main Atrium di tingkat bawah Quill City Mall

Ada 8 aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti:
Sharp Air Quality Control


Court house 


Volvo - Stop, look and wave



Scott's Research Lab

Magic Studio


Recycling centre

TV Studio


Mc Donald's Fitness Centre
Liez pun jadi excited bila tengok Qaseh seronok melakukan aktiviti -aktiviti tu. Rasa macam Liez nak join sekali. Korang jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak korang untuk menerokai alam pekerjaan yang sebenar bermula dari 19 March hingga 25 March ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Juga ada promosi untuk yang berminat untuk dapatkan tiket ke KidZania Kuala Lumpur.

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. mmg menarik dan yg pasti anak2 pun sangat teruja walau hanya 8 aktiviti..tapi menyeronokkan dan mengembirakan anak2

    ReplyDelete
  2. menaarik! bestnya spend masa di kidzania. banyak ilmu yang adik2 akan dapat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...anything klau untuk anak-anak belajar mmg tak kisah pun

      Delete
  3. kat sana pun Kidzania gak ke..ke tak sama macam yang kt Damansara tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu mini kidzania..actually mmg dari Kidzania KL

      Delete
  4. Menarik aktiviti yang disediakan Mrs. Liez.. LZ rasa bukan kanak-kanak sahaja teruja, mak anak mcm LZ pun rasa nak turut serta.. Bagus pengisian masa anak-anak Mrs Liez sempena cuti sekolah..

    ReplyDelete