RESEPI AYAM PANDAN THAI

By Mrs Liez - 2:11 PM

RESEPI AYAM PANDAN THAI | Assalamualaikum semua. Salam hari jumaat. Bagi yang bekerja, selamat berehat panjanglah ye. Dulu masa Liez bekerja, hari jumaat la yang dinantikan. Sebab waktu rehat panjang dan maknanya hari minggu dah sampai hihihi~

Hari ini Liez agak relaz sikit sebab anak teruna kecil tu adik bongsu Liez bawa keluar berjalan-jalan. So Liez boleh la mengadap laptop lama sikit. Anak dara Liez pula baru balik sekolah tengah bersiap nak keluar jap lagi. Tak masak pun hari ini. Kita lunch kat luar je jap lagi..ehhh adik Liez beli MCD pulak!!

Semalam Liez teringat dengan Garlic butter noodle ayam pandan grilled William. Lama betul Liez tak ke sana. Kalau ke sana banyak menu best tapi tak tahu nak makan apa pulak kan. So teringat ayam pandan, Liez selongkar fridge dan semua bahan ada. So apa lagi, jom usha bahan-bahan dan cara memasaknya.

RESEPI AYAM PANDAN THAI
Bahan-bahan kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inchi halia
3 batang serai

Bahan perapan
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil lada sulah
Garam

Isi ayam
Daun pandan
Minyak masak

Cara penyediaan:
1. Satukan bahan kisar dan bahan perapan dengan isi ayam. Biarkan selama 30 minit atau lebih. Terpulang ikut individu.
2. Balut isi ayam tadi dengan daun pandan dan gorengkan
3. Goreng dalam minyak, gril atau boleh gunakan air fryer.
4. Dah kekuningan boleh diangkat.


Nota:
1. Bahan kisar boleh ditambah kalau nak lebih ummphh...!!

2. Lama masa diambil untuk perap ayam lagi sedap.
3. Ayam pandan boleh dimakan dengan sos thai ye..
4. Nak lagi sedap blend sekali dengan akar daun ketumbar. Perggghh lagi wangi

Selamat mencuba!!

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Cantiknya lipatan daun pandan tu elok kemas jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 jadi..kadang2 failed..hihihi

      Delete
  2. Wahhh..menarik ni.. Boleh lah dicuba nanti.. Tq liez share resepi... Kemas lah liez balut ayam dengan daun pandan tuh...

    ReplyDelete
  3. menarik... terus bookmark ... hari tu husband ada request nak makan ayam pandan cenggini coz tetiba teringat ayam pandan kat restoran rafflesia dkt tmpt mrs pip ni , lepas ni bolehlah cuba buat sendiri ... kot kot menjadi ...

    ReplyDelete
  4. senang je rupanya, thanks share resipi ni kak liez :D

    ReplyDelete