MESTI CUBA MENU BARU BLUEBERRY CHEESECAKELAVA CAKE DARI DOMINO'S

By Mrs Liez - 5:30 PM


MESTI CUBA MENU BARU BLUEBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE DARI DOMINO'S | siapa yang suka makan sesuatu yang manis selepas makan? High 5!! Liez pun suka makan dessert lepas makan something savoury terutama lepas makan ikan. Memang habit Liez. Bila sebut benda manis ni Liez nak korang try menu terbaru dari Domino's yang sedap dan manis iaitu Bluberry cheesecake lava cake.

Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
“Rakyat Malaysia rata-rata meminati manisan pencuci mulut. Hasil kajian kami menunjukkan lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan! Dengan pelancaran manisan baharu ini, kami menjangka angka tersebut akan meningkat lebih tinggi. Tawaran manisan terbaru kami ini juga akan menambah kelebihan daya saingan kami dalam pasaran dan menyokong usaha kami untuk menembusi bahagian pasaran yang lebih besar. Kami teruja untuk merangkumkan kek ini dalam menu tetap kami dan kami gembira menjadi Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) yang pertama menawarkan Blueberry Cheesecake Lava Cake. Kedudukan kami sebagai syarikat piza tidak menghadkan kreativiti kami kepada piza atau sajian utama sahaja dan kami harap pelanggan kami akan seronok menikmatinya, terutama sekali pada musim Raya. Menyusuli kejayaan manisan kami, khususnya Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake yang menjadi kegemaran ramai, hari ini kami mempersembahkan satu lagi manisan yang lazat untuk pilihan pelanggan kami.”
Linda Hassan, Pengurus Besar, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
“Seperti piza kami, manisan pencuci mulut kami dicipta dengan penuh kasih sayang dan ketelitian, kesungguhan dan keprihatinan. Kami komited untuk menawarkan makanan dan perkhidmatan berkualiti, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan bermutu untuk manisan ini, termasuk keju krim yang lazat dari New Zealand dan beri biru dari Perancis. Bahan-bahan bermutu tinggi ini menambah kelazatan kek lava kami. Satu lagi cabaran dalam menyediakan kek ini ialah cara untuk mengekalkan imbangan teksturnya.”

Blueberry cheesecake lava cake Domino's ini dihasilkan dengan penuh penelitian untuk memastikan tekstur kek lava ini dibakar dan fokus penting pada leburan ditengah kek ini agar mengalir sempurna. Bagi Liez yang sukakan sesuatu yang lembut dan manis, Blueberry cheesecake lave cake ini adalah pilihan tepat dan yang penting sedap. Dengan rasa masam dari buah blueberry dan cheese memang sangat menepati selera.

Selain Blueberry cheesecake lava cake, korang boleh juga mencuba Chocolate Lava cake adan Peanut butter Lava cake dengan harga RM7.10/satu. Kalau nak lebih berbaloi korang boleh dapatkan dengan pembelian set Buddy Combo atau set Super Combo
 Buddy Combo @ RM 42.90 (GST zero) 
1 x regular pizza
1 x Garlic Twisted Bread
1 x Blueberry cheesecake lava cake
1 x stuffed cheddar bites
2 x can soft drink
ATAU

Super Combo @ RM 59.50 (GST zero) 
2 x regular pizza
1 x Garlic Twisted Bread
1 x Blueberry cheesecake lava cake
1 x Chocolate lava cake OR Peanut butter chocolate lava cake
1 x 1.5L soft drink

Korang jangan lepaskan pelaung untuk dapatkan combo tebaik dari Domino's di semua outlet berhampiran atau boleh je tempah secara online di www.dominos.com.my atau hubungi 1300-888-333.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments