QASEH TERUJA DAPAT SERTAI LAWATAN SEKOLAH KE AQUARIA

By Mrs Liez - 2:30 PM

QASEH TERUJA DAPAT SERTAI LAWATAN SEKOLAH KE AQUARIA | Assalamualaikum semua. Selamat hari jumaat dan berhujung minggu. Liez hari ni dah bergerak ke Jempol untuk menyaksikan majlis passing out adik ipar bongsu Liez untuk tamat latihan konstabel sokongan di Pulapol Jempol, Negeri Sembilan. Teruja anak-anak Liez bila dapat tahu nak jumpa Achu diaorang. Qaseh paling excited siap kira hari lagi.


Sebut pasal Qaseh, minggu lepas sekolah tadika telah mengadakan lawatan ke Aquaria yang telah dirancang lebih 2 bulan yang lepas. Macam biasa Qaseh sangat teruja dan hari-hari dia akan bertanya bila hari lawatan. Sampai Liez naik pening nak kirakan hari untuk dia tau. Dia teruja sebab nak naik bus sebenarnya hihihi~

Cikgu pun dah inform awal-awal dan pembayaran sebanyak RM80 untuk lawatan tersebut. Ia termasuk sarapan pagi, makan tengahari, ticket ke Aquaria, pengangkutan dan minuman ringan. Bagi Liez harganya standard sebab Liez pernah buat pakej untuk rombongan kanak-kanak tadika masa bekerja dulu.



Masa hari lawatan, Liez siapkan Qaseh awal kerana nak tengok dia dan kawan-kawannya. Turun dari rumah dan hantar ke sekolah, kawan-kawan lain masih belum sampai. Jadi Liez suruh Qaseh masuk tunggu kawan-kawan dalam sekolah dan Liez berjalan kaki pusing-pusing sekitar kawasan kondo. Ala-ala brisk walk gituwww~ seperti dijanjikan tepat jam 8.30 pagi semua anak-anak dah siap beratur untuk menaiki bas. Tengok muka mereka memang dah tak sabar nak ke Aquaria. Sebelum Qaseh naik bas, Liez dah berpesan supaya sentiasa duduk dalam bas, jangan berjalan-jalan falam bas atau bergurau-gurau. Risau jugak kan bila anak-anak kecik memang tak faham keselamatan. Typical mom sangat Liez ni sampai tunggu bas bergerak baru nak balik rumah hihihi~ actually Liez excited nak bagi Qaseh pergi lawatan tu hihihi

Sepanjang 7 jam diaorang kesana, cikgu terus update gambar-gambar yang diambil terus ke Whatsapp ibu bapa masing-masing. Liez gembira bila tengok gambar-gambar tu sebab tahu anak-anak tengah enjoy lawatan sambil belajar mengenal hidupan laut.







Anak-anak sampai disekolah pada jam 3.15 petang dan ada anak-anak yang tertido dalam bas kerana kepenatan berjalan semasa lawatan. Kesian tengok tapi Liez happy sebab anak-anak suka dengan lawatan tu.

Qaseh bila sampai dirumah terus pokpek pokpek cerita pasal ikan-ikan dekat Aquaria.. siap ada ikan parit??? Haaa yang tu Liez rasa ikan pari kot hihihi 

Seronok bila Qaseh happy dapat berjalan-jalan dengan kawan-kawan dan teachers. Terima kasih teachers!!

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. wah semua excited. posing pulak memasing dengan gaya yg tersendiri. haha. terhibur kita yang tengok ni ^_^

    ReplyDelete
  2. rindu nak ke Aquaria lagii...yukk

    ReplyDelete