Resepi Ayam Masak Tauchu Cap Tamin

By mrsliez - 8:30 AM

Resepi Ayam Masak Tauchu Cap Tamin | Assalamualaikum korang. Bila sebut pasal memasak, menu yang Lieza akan masak seharian adalah yang menjadi kegemaran anak-anak. Jarang sangat masak ikut selera sendiri. Tapi baru-baru ini, Liez teringin sangat nak makan masak tauchu. Dah lama sangat Liez tak makan masak tauchu. Antara sebab tak masak adalah susah nak cari tauchu buatan muslim.



Nak jadi cerita, dalam sibuk shopping barang dapur terus mata ternampak kacang masin Tamin ni.. waaaaa seakan tahu-tahu je Liez nak sangat makan masak tauchu. Apa
lagi terus sambar la sebotol. Actually nak masak tauchu ni senang je. Jom Liez share cara Liez masak Ayam masak tauchu.

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng garing)
2 ulas Bawang merah (di hiris)
2 ulas Bawang putih (di hiris)
1 inci halia ( di hiris)
1 batang serai (di ketuk)
2 sudu tauchu
Cili merah atau cili api (dihiris)
1 biji bawangbesar (dihiris kasar)
Air asam jawa
Garam
Gula



Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai garing.
2. Masukkan air dan tauchu. Biar mendidih, kemudian masukkan air asam jawa dan cili.
3. Kemudian masukkan ayam dan bawang besar yang dihiris.
4. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan.

#TIPS
- Cili giling juga boleh ditumis bersama bawang bagi menggantikan cili yang dihiris.
- boleh juga digantikan dengan ikan goreng.

Mula-mula Qaseh dan Niyaz tak nak makan masak tauchu ni disebabkan nampak kacang tu tapi bila Liez suapkan dan picit-picit biji tauchu tu, diaorang terus suka dan makan bertambah.

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. lama tak makan tauchu...sedapnya...

    ReplyDelete
  2. tak pernah buat ayam.. selalu sha guna ikan je.. sedap pula nengok menu nie..

    ReplyDelete
  3. Lama x makan taucu sebab x laku kalau kat rumah SA..well x pernah cuba masak ngan ayam..boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  4. wah tak tau lah plak boleh guna ayam. selalu dok guna ikan. hahaha

    ReplyDelete
  5. LeYa selalu masak taucu ni dengan ikan.. Sebab Otomen tak suka sangat kalau ayam... Apa-apa pun memang selera kita lah kan... Memang sedap sesekali makan lauk macam ni

    ReplyDelete
  6. Tengs sharing mrsliez, info yg sangat menarik. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru ema.

    ReplyDelete
  7. belum pernah cuba lagi ayam masak tauchu.. biasa ikan. bole cuba ni lain kali

    ReplyDelete