Thursday, August 25, 2011

Dairi Ramadhan 2011 : Tarikh hari raya tidak sama kerana perbezaan matlak: JAKIM

Thursday, August 25, 2011 0

PUTRJAYA: Perbezaan penentuan tarikh hari raya di antara negara Islam berlaku kerana wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal atau anak bulan. 


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha, berkata perkara itu juga bergantung kepada pihak berkuasa agama di negara terbabit sama ada menggunakan kaedah rukyah (cerapan) atau hisab sahaja, atau kedua-duanya.
"Brunei misalnya menentukan awal Syawal berpandukan rukyah semata-mata, katanya dalam satu kenyataan," di sini hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata tidak timbul isu Sabah dan Sarawak tidak akan menyambut Syawal bersama dengan negeri di Semenanjung. 

"Penetapan bermulanya Syawal juga tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia," katanya. 

Othman yang juga pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam berkata, di negara ini penentuan Syawal adalah melalui cawangan Falak dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukya (kebolehnampakan). 

Katanya, dua stesen rujukan yang digunakan ialah di Tanjung Atiam, Sabah serta Tanjung Chincin di Langkawi dan pemilihan kedua-dua stesen itu berdasarkan kesesuaian kedudukan geografi. 
"Tanjung Chincin berada pada rujukan paling barat sementara Tanjung Atiam berada pada rujukan paling timur merangkumi seluruh Malaysia," katanya. 

Sehubungan itu, JAKIM meminta rakyat di negara ini yang beragama Islam agar mematuhi keputusan pengumuman Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia bagi rujukan dalam menentukan awal Syawal. - BERNAMA 


Sumber: Berita Harian

Tuesday, August 23, 2011

Dairi Ramadhan 2011 : Mee Goreng Mamak

Tuesday, August 23, 2011 0
Tada!!!!..... My Mee Goreng Mamak menjadi..
Rasa boleh tahan mamak la jugak..

Dah lama nak buat dari last week lagi tp semalam je yang tecapai.
Went to Pasar malam untuk beli bahan-bahan nyer..

Resipi me ambik dari satu website..Bahan-Bahan nyer senang je. So leh la view dibawah

Mee Goreng Mamak
Bawang kecil dan bawang putih ditumbuk lumat
Mee Kuning
Serbuk kari
Sos Tiram
Sos Cili
Sos Tomato @ Tomato Puree
Kicap
Cili Boh
Ayam @ udang (ikut suka)
Tauge
Sawi
Tomato (dipotong kecil)
Telur hancur
Tauhu Goreng (dipotong kecil)
Cucur Udang (dipotong kecil)
Cili Hijau
Bawang besar (dadu)
Garam

Cara membuatnya:
- Tumis bawang merah n bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan cili boh. Goreng hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap. Goreng seketika. Masukkan garam secukup rasa.
- Kemudian masukkan ayam atau udang tadi. Biar seketika. Baru masukkan sawi dan tomato.
-  Bila sawi sudah layu, masukkan telur hancur, tauhu goreng, cucur udang cili hijau.
- Akhir sekali, masukkan mee kuning. Biar masak seketika dan masukkan bawang besar yang didadu tadi dan tauge.
- Biar masak hingga 5 minit dan boleh dihidangkan.

Note:
- sukatan ikut selera masing-masing tapi rempah kari harus lebih.
- Mee Mamak harus ader cucur dan tauhu goreng. Klau malas nak buat sendiri, beli je dekat pasar malam cucur udang tue.

TRY IT OK !!!!

Dairi Ramadhan 2011 : Lihat Anak Bulan

Tuesday, August 23, 2011 0
KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini. 

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah. 
Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang. 

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian

NOTE:
So excited coz berjaya buat ketupat.Yahoooo !!!!


Friday, August 19, 2011

Dairi Ramadhan 2011 : Puasa ke 19

Friday, August 19, 2011 0
Alhamdulillah, sudah sampai juga kita di hari yang ke 19 Ramadhan.
Lagi 10 Hari nak raya..
Yahoo!!! Seronok betul !!!

This weekend baru nak kluar ngan mak. Lama xkuar jenjalan ngan mak.
Sedih gak bila fikir jarang-jarang dapat kluar ngan mak sekarang.
Sebelum kahwin, memang mak la teman kemana-mana aje.

Huhuhu..tak yah nangis...Tapi sebenarnya memang sangat sedih.
Dah tak leh selalu ngan Mak. Tak dapt nak tolong mak buat kuih raya.
Nasib Pak sue ader tolong mak..klau tidak tak tahu la macam maner.

Teruja nak beraya dengan My Dearie and Family In Law tapi
raya nanti mesti sedih coz tak dapat beraya ngan Mak Ayah 
tahun nie...Waaaaaaaa.....
Tak nak bayangkan lagi.

Ape2 pun mak tetap dihati Ija..
I love you Mak Ayah....
Bergambar sebelum Majlis penikahan ku. 8 Oktober 2010

Monday, August 15, 2011

Dairi Ramadhan 2011 : Berbuka bersama family ku

Monday, August 15, 2011 1
Alhamdulillah selesai juga majlis berbuka puasa di rumah ku.
Actually 1st time ajak my big family datang rumah.
And tue la sebab ajak semua datang rumah.
Coz since kahwin my aunties and uncles even my atok pun tak tahu mana letaknyer 
teratak kami..

Macam biasa, buat potluck je..ye la faham-faham je la rumah bujang berdua
memang xbanyak barang kat rumah tue..
Me prepared Kari ayam asam yang diilhamkan dari Chef Wan.

And my Dearie buat Bergedil
Tengah digoreng
Coz of my house memang xde beras, my mum yang masak nasi and buat dessert.
My aunty, Leyra Hamid buat Mee Kari, My Mak Ndak buat Kerabu Mangga and puding Jagung.
Pak Su buat Grilled Vege Anti pesto..Mix Vege like Cucumber and 
 and Mak Njang buat bubur lambuk  and asam rebus ikan.


Simple foods je. But i like !!!!
I LOVE my big family.




Dairi Ramadhan 2011 : Berbuka bersama family ku

Monday, August 15, 2011 0
Alhamdulillah selesai juga majlis berbuka puasa di rumah ku.
Actually 1st time ajak my big family datang rumah.
And tue la sebab ajak semua datang rumah.
Coz since kahwin my aunties and uncles even my atok pun tak tahu mana letaknyer 
teratak kami..

Macam biasa, buat potluck je..ye la faham-faham je la rumah bujang berdua
memang xbanyak barang kat rumah tue..
Me prepared Kari ayam asam yang diilhamkan dari Chef Wan.


Dairi Ramadhan 2011 : Without Liana ....

Monday, August 15, 2011 0
Last saturday, adalah hari terakhir Liana bersama dengan kami di A'Famosa Resort.
A few weeks before that pun all of us dah mula terasa dihati
akan perginya adik kecik kami nie..

Tak tahu la nak cakap ape..Sedih sebenarnyer tapi apa kan daya,
dia pergi untuk melanjutkan pelajaran dan demi masa depan nyer.

Ape-ape pun hari pertama tanpa Liana macam ader kurengnyer..

To Liana jangan sedih coz kami kat sini pun sedih bila awak xde kat sini..
Hilang kawan gosip2..

Ingat kami dalam doa mu ** cewahhhh**
Jangan lupa update blog and FACEBOOK..
Kirimkan lah khabar berita mu..

We gonna miss u

Thursday, August 11, 2011

Dairi Ramadhan 2011 : Kuih Raya !!!

Thursday, August 11, 2011 0
Bosan betul kat office kot xde kerja dan tak de sales sangat..
This month baru dapat RM1212.00 harus achieve RM 20,000.00
Maner nak cekauuuuu !!!!

Tapi ape2 pun me bersyukur coz ader jugak la kan.
Tadi, memasing kat office nie sibuk cerita pasal makan, kuih raya..

So terdetik dalam hati nak buat kuih sendiri tahun nie..
Kuih APAKAH ?? !!!!! (bak kata Liana)

Actually one of my colleague ader jual kuih tiram. Sedap jugak la..
And actually tu 1 of my fav kuih la..
Susah nak jumpa and sure yang sedap tue susah nak dapat.
Bila tanyer dia ader ambik order tak, dia kata boleh..
So dikebohkan satu department la klau sape nak order.
Me order 5 balang.

BUT....

Tetiba dia bagitahu, mak dia tak sihat and tak larat nak buat..
Hampa la kami yang excited tahap dewa nie tadi.

TUP TUP

Datang niat nak buat sendiri..Coz dah tahu bahan - bahan and cara nak membuatnyer.
So, balik nie nak discuss dengan My Dearie dulu.

And satu lagi, My MIL dah tak ambik kerepek pedas and rempeyek 
macam tahun-tahun lepas..
So double kempunan la..

So, tunggu je la jadi ke tak my kuih-kuih tue nanti..
NOTE:
Kuih-kuih lain memang my mum dah ambik tender...

Tuesday, August 9, 2011

Dairi Ramadhan 2011 : Kesunyian Malam Ini

Tuesday, August 09, 2011 0
Ketika ini aku keseorangan dihadapan tv ditemani laptop ini
My Dearie dah lama...ZZZzzzzzzzz
Mengantuk sesangat katanya..
Maner taknyer, dibelasahnya 5 bijik bergedil yang ku ubahsuai balik.
(bergedil tue dibeli oleh My SIL tapi semata-mata kentang...so me buat bagi sedap la)
Tue yang My Dearie makan banyak tue..

My SIL pun dah tido..Dia memang tido awal coz dia kerja masuk pukul 8.00pagi.
Kena bangun awal..

ME ???!!!! Masih awal..Baru pukul 10.30malam..
My Dearie dah tido pukul 9 lebih tadi..hihihi
Awal noooooooo cayang nie...

So, hari ini me konon-konon bercita-cita nak buat kebab tapi tup2 buat cucur kentang..
Alkisahnya..Daging xcukup nak buat kebab..
Kang berebut lak kan..
HIHIHIHIHI

Me ditemani dengan sebotol air soya cincau and 2 botol Vitagen.
The Best Soya bean and cincau in IPOH maliiiii!!!!!!
Untuk memcuci perut.
Coz me mengalami masalah pembuangan BESAR dari kecik lagi.
Opppsss !!! terlepas sudah..

Teringat bila sebut pasal masalah nie. My beloved mum ader cakap yang my atok penah
sumbat sabun dalammmm....tuttttt..(censored ye) 
coz masalah me yang teruk nie...

Tapi bila dah tua nie, ader gak makan pill herba..Konon nya pill kurus tapi for me
pill tu memudahkan pembuangan me.

After kahwin, me stop makan pill tue coz doc ader pesan 
ambik fiber untuk menggantikan pill tue.
Me pun takut makan pill-pill nie, ye la bila dah tua nanti macam yang datang..
Kan susah nanti...!!
Tapi alhamdulillah, sejak me try Juvanex selama 7hari,
proses pembuangan ku ader perubahan.
You all must try if you ader masalah pembuangan.

Im gonna take Juvanex after 3months to mantian my digestion system.
Actually, its expensive but for my healthy so tak pe la..

So sekarang, me continue dengan minum Vitagen setiap malam sebelum tido.

Monday, August 8, 2011

Dairi Ramadhan 2011 : With You By My Side...

Monday, August 08, 2011 0
With you by my side...
I can conquer my fears.

With you by my side...
I can let go of my past.

With you by my side...
I can reach for the stars,

With you by my side...
My poetry flows.

With you by my side...
Forever looks like an obtainable goal.

With you by my side...
Love seems easy.

With you by my side...
I can do anything I put my mind to.

With you by my side...
I am not afraid of my tears.

With you by my side...
I know I will have a good life.

With you by my side...
Anything is possible.

With you by my side.

Friday, August 5, 2011

Dairi Ramadhan 2011 : Puasa Ke Lima

Friday, August 05, 2011 0
Alhamdulillah...
Pejam celik pejam celik dah 5 hari kita berpuasa.

Cepat masa berlalu dengan pantas..
Tau nanti tup tup dah nak raya..Yahoooo !!!
Raya tahun nie first time will be at Ipoh..
Sedih pun ader coz first time beraya Aidilfitri tanpa my family..

Confirmed nangis guling2.
Teringat masa first time beraya Haji diperantauan..
Called mak menangis - nangis..huhuhu

Apa-apa pun semua itu lumrah kehidupan bagi seorang perempuan yang berkahwin
or bakal berkahwin.
Terima dengan hati terbuka.

Apa-apa pun tak sabar nak raya....

NOTE:
Puasa kedua masak sayur kobis kicap and sayur botol dengan telur.
My Dearie ada beli Roasted Duck..Half RM 22.00
MAKKK AIIIII !!! Mahal bebenor..
Sedap lagi Roasted Duck kat Mohd Chan Abdullah Restaurant

Wednesday, August 3, 2011

Nama Timangan

Wednesday, August 03, 2011 1
Assalamualaikum...
tentunya kita pernah ada nama timangan tidak kira untuk diri kita ataupun orang yang kita kasihi...tentunya kita pernah save empunya nama dengan nama ayang, sayang, lovely etc dalam hp kita...tentunya nama-nama pilihan itu kita save kerana kasih sayang yang ada pada persahabatan atau perhubungan kita antara si dia...tetapi pernahkah kita terfikir dalam kotak fikiran kita yang nama-nama pilihan itu akan bertukar abjad kepada nama yang kurang enak seperti gedik, jangan angkat, poyor atau sebagainya bila kasih sayang itu sudah tiada tunasnya??...
mengapa perkara ini terjadi?...siapa yang harus dipersalahkan??...



lumrah manusia bila dilamun cinta pasti semuanya indah...kalau nama di phone tidak keluar nama BEDAH SAYANG di papan skirn hp sure xcomplete hidup kita pada hr itu?...sure si penama BEDAH SAYANG


 pastinya tidak sabar untuk membuat panggilan ke penama KULUP GAGAH...


pasti nama itu sering terpapar pada skrin hp kita setiap hari setiap waktu...
TETAPI...
mungkin atau pastinya nama BEDAH SAYANG dan KULUP GAGAH akan bertukar kepada BEDAH GEMUK dan KULUP KERING bila kasih sayang yang disemai itu bertukar kepada kasih sayang tidak lebih dari seorang kawan biasa....atau sudah tiada tunasnya
MENGAPAKAH kita perlu untuk meletakkan nama-nama yang tidak elok hanya kerana kasih sayang itu sudah bertukar...aku juga pernah mengalami situasi begini yakni bila kasih sayang itu sudah luntur atau tiada tunasnya...ingin juga rasa dihati ini apakah nama yang akan disavekan dalam hp2 yang berkenaan...
JANGANLAH kita menghukum mereka atau dlm erti kata lain TIADA JODOH antara kamu berdua nama yang sedap diberi dahulu terus diberi nama yang tidak molek...
terus hilang kasih sayang antara kamu...pasti ada yang tidak kena dengan si dia bila dia buat sesuatu..ada saja benda yang tidak kena...
Tidak salah kiranya kalau kita save empunya nama kepada BEDAH dan KULUP sahaja...xperlu rasanya kita letak icing pada nama itu...percayalah kasih sayang yang ada itu hanya pergi untuk seketika kerana pastinya nanti BEDAH akan minta pertolongan kepada KULUP dan sebaliknya...pastinya kasih sayang itu akan bertaut tetapi hanya sebagai seorang kawan...ataupun sebaliknya...
hanya kita yang tahu apa yang kita fikirkan...janganlah hanya kerana satu kesalahan bisa menelan segala kebaikannya...Nauzubillah...

yang masih bernafas
Afey

Tuesday, August 2, 2011

Dairi Ramadhan 2011 : Sup Ayam

Tuesday, August 02, 2011 1
Selesai puasa yang pertama. So my Dearie nak berbuka dirumah..Last Sunday we went to Carrefour untuk jadi bahan-bahan basah nak buat sup ayam.

Ramai betul manusia dekat Carrefour rasa macam nak raya je..
Nasib xpasang lagu raya..klau tidak memang rasa mcam malam raya lah !!

So semalam tercipta lah Sup ayam idaman My Dearie.
Tapi lain sikit..Ape yang lain..meh kita try

Bahan-Bahan:
5 ketul isi ayam (bahagian mner pun boleh)
3 ulas bawang kecil (ditumbuk lumat)
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
Halia (bagi lebih sikit kasi hilang bau ayam) (ditumbuk lumat)
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
1 bunjut Sup Bunjut 
1 kiub Perencah sup ayam
Kentang (dipotong)
Saleri (dipotong)
Carrot (dipotong)
Bawang besar (dipotong)
Daun sup dan daun bawang
Garam dan lada hitam
Air
Minyak
Suun (direndam hingga lembut)


Cara - cara menbuatnya:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau. Baru masukkan rempah tumisan yang lain seperti Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih and buah pelaga. Tumis hingga kuning.
2) Masukkana air dan biar hingga mendidih. Masukkan sup bunjut dan jugak kuib pati ayam tadi. Biarkan seketika.
3) Dah menggelegak baru masukkan ayam. Biar sebentar dan masukkan garam dan juga lada hitam. Biar seketika.
4) Masukkan semua sayur seperti kentang, carrot, saleri dan jugak bawang besar tadi. Biarkan sehingga lembut.
5) Akhir sekali, ini yang lain sikit dari sup ayam yang lain..Masukkan suun ke dalam sup. Biar seketika dan masukkan daun sup and daun bawang untuk menyedapkan lagi aroma sup tadi.
6) Boleh dihidangkan dengan roti atau makan begitu saja.


NOTE:
My Dearie tak makan nasik so digantikan dengan meletakkan suun kedalam sup.
Memang sedap dan mengenyangkan.
CUBALAH!!!!

Monday, August 1, 2011

Dairi Ramadhan 2011 : Puasa pertama....

Monday, August 01, 2011 0
Assalamualaikum..
Hari ini hari pertama kita berpuasa tapi baru pukul 9.55pg mata dah menggantuk.

My exprience before pun time bulan puasa memang bosan coz quotation xbanyak..nak called organizer pun diaorang pun xde mood kot nak cakap lebih.

So this year, hopefully Allah swt permudahkan segala urusan ku, dipermurahkan rezeki kami suami isteri dan dikurniakan cahaya mata yang soleh/solehah..Amin..

Last nite dah rasa terawih pertama coz dah bertahun xdapat berpuasa dan berterawih pada hari pertama.

NOTE:
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.. Agak dapat ku lalui dengan sempurna..