Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang | Kalau bab makan, memang Liez tak tolak, Semua jenis makanan atau gaya masakan tidak kira makanan barat atau makanan melayu memang menjadi antara pilihan Liez. Tapi Liez dah jumpa restoran yang menghidangkan masakan asli melayu di bandar Klang. Restoran yang Liez maksudkan ialah Sisik Restoran Ikan Bakar.
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
Restoran ini telah beroperasi pada tahun 2013 dan sebelum ini dikenali sebagai Resepi Warisan Tok. Pemilik restoran, Puan Linda yang berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka tertarik untuk mengenengahkan dan memartabatkan masakan melayu asli dalam setiap hidangan di Restoran Sisik Ikan Bakar.
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
Lokasi Restoran Sisik juga sangat strategik dan mudah dicari kerana ia berada berhadapan dengan GM Klang Wholesales City. Restoran yang menjadi port makan popular sekitarnya kerana menghidangkan bukan sahaja makanan melayu tetapi berasakan makanan laut. Memang segar-segar makanan laut yang korang boleh pilih. Liez jadi teruja pula terutama sekali nampak ketam tu.
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
Restoran Sisik ini mempunyai 2 waktu operasi iaitu pada waktu pertama bermula dari jam 8. 00 pagi hingga 4.30 petang yang menyediakan sajian masakan melayu asli. Untuk waktu operasi kedua, bermula dari jam 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam dan menyediakan menu yang berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, sotong bakar madu, pepahat, dan sebagainya. Makanan laut korang boleh pilih sendiri dan pilih jenis masakan yang bagaimana korang nak. Juga menu pilihan atau hot seller iaitu ikan bakar tempoyak dan asam pedas telur ikan Mayong, telor sotong dan ikan siakap. Tak lupa juga banyak jenis ulam-ulaman dan pencicah yang korang boleh pilih.
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
|
Selain itu, ada juga satu menu istimewa iaitu Nasi lemak buluh perindu. Nasi lemak hijau yang dikukus dalam buluh tu memang sedap. Nasinya cukup lemak dan sambal cukup pedas masinnya. Perrgghhh memang terangkat. Memang kalau repeat lagi, nak order lagi nasi lemak buluh perindu ni. Ada juga dihidangkan Steamboat dengan lebih dari 9 jenis sayuran atau makanan laut untuk dipilih. Uisshhh kalau nak sebut memang banyak menu yang sedap.
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
Kalau korang tak tahu nak pilih yang mana satu, korang boleh order mengikut set-set yang ada mengikut budget korang la kan~
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
|
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
|
Apa kata Liez?
Liez suka dengan menu-menu yang dihidangkan dan semuanya sedap. Antara menu yang Liez sangat suka adalah ikan bakar berempah, memang rempah atau sambal sangat sedap. Dan nasi lemak buluh perindu kerana kelemakan nasi dan juga bau istimewa dari buluh. Terangkat!!!
|
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang |
Alamat
No.32, Jalan Kasuari 1/ks7
Bandar Botanic, 41200, Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Facebook
Whatapps :
https://wa.me/+60192263004 & https://wa.me/+60162240474
25 Comments
oiitt sedapnya tengok ulaman tu buat kecur air liur kita sis. mmg kena tggu hari cuti utk ke sini sbb jauh jarak dr umah
ReplyDeleteBesar jugak kawasan dia ya, makanan pun not bad sis tengok, terlioq sudah. Nyesal pulak tak join uoll hari tu, tapi tu lah..jauh nunnn disana. Tak apa lah..tak ada rezeki..insaallah, satu hari harus dicuba juga
ReplyDeleteAduh.. Sebagai penggemar nasi lemak, nasi lemak buluh perindu tu memang mencuri perhatian sangat. teringin rasanya nak mencuba. Dan menu lain semua tu pun nampak sedap juga. InsyaALLAH kalau ke Klang nanti nak cubalah. Nak ajak member sekali mesti syok. Woohoo!
ReplyDeleteSedapnya.. kena ajak rermi pegi ni. Menu bukan main banyak tu
ReplyDeletePenuh meja korang :)
ReplyDeleteMeriah makanan. Nasi buluh pun ada. Terbaik.
Makanan gini lah yg org malaysja cari. Byk mana pun makanan hipster yg wujud, lauk pauk gini gak perut kita nak, kan :)
dah macam nasi bamboo sungai klah pulak tapi lauk dia lain2 yer kat sini nampak banyak seafood macam ikan2 ...next time boleh singgah sebab nampak ikan siakap steam limau tu cam sedap jerrr
ReplyDeletePatut tak pernah nampak restoran ni rupanya start operasi tahun 2013..dah lama rupanya tinggalkan bandar diraja Klang...huhu...
ReplyDeletemakanan kat sini semua sedap2..suka dengan gaya menu yang diperkenalkan iaitu masakan tradisi melayu...paling best lauk asam pedas dan tempoyak
ReplyDeleteBestnya kalau dekat dengan tempat ni. Boleh p makan kat sana. Hidangan dia sangat menarik. Kalau masakan kampung memang menjadi minat saya lah. Best nya tengok ikan tu..
ReplyDeleteBanyaknya pilihan makanan kak liez. Rambang mata nak pilih. Tapi yang paling kinah nak cuba nasi lemak tu. Hijau warna nasik dia. Tempatnya pun strategik betul. Penat shopping boleh singgah makan kat sini hehe.
ReplyDeletepergh makanan kampung...siapa je tak terliur nak makan..macam-macam menu pilihan ada..oo kedai berdekatan dengan gm klang..bolehla pergi nanti..nampak menarik ni..aduh terus lapar jadinya
ReplyDeletesedapnya makan ikan bakar cicah kuah air asam. terliur BBL tengok gambar tu. lagi-lagi seafood tu fresh. memang manis la isi ikan bakar tu. oh depan Plaza GM Klang je, lepas shopping boleh la datang makan sini
ReplyDeleteKalau pergi area GM Klang nanti boleh lah singgah makan kat sini. Suka tengok hidangan seafood dia memang fresh lah. Steamboat pun ada banyak betul pilihan
ReplyDeleteTerliur betul tengok perlbagai menu yang dihidangkan. Selalu juga ke GM tu tak pernah try lagi. Soon boleh la bwk family kesini. hehehe
ReplyDeleteSedapnya lauk2 dia.. Adoi dah la tengah lapaq.. Tgk ikan bawal dengan tenggiri sambal tu.. Fuhhh
ReplyDeleteAduyai.. Terliur kita tau! Masakan kampung memang favorite kita. Gambar menyelerakan! Kita save! Nanti kot pi area Klang leh laaa singgah makan sini.
ReplyDeleteohhh gi makan x ajak i ye... hahaha!! anyway mmg nmpk sedap semua menu tu liez. terliur tgk ni ha.. tq utk this sharing... boleh masuk list tempat makan patut pergi nnti
ReplyDeletemak aihh...sedap sedap menu dia
ReplyDeletenasi dia warna hijau..
ReplyDeletebanyak ulam ulaman pula tu.. best nie..
Makanan Melayu mmg tak pernah mengecewakan saya, sedap-sedap belaka. dengan asam, pedas dan semua rasa bergabung menjadikannya WOW !
ReplyDeleteLapar 😭😭😭😭
ReplyDeleteEh haritu kawan baru pergi. Nmpk menarik tpi jauh mak nk pergi smpai Klang. Kalau dah kat GM boleh la singgah kan. Hehe. Kalau dia bukak dkt PJ dh cun dah.
ReplyDeleteSuka dgn nama dia Sisik Ikan Bakar rasa rugi xdpt pg sbb ada6 keja masa tu.. Tgk menu sedap2 belaka
ReplyDeletewow wow wow! dia punya menu terbaiklah.. #lapar
ReplyDeleteSedapnya.. Rasa nak pergi makan lagi kat sini. Jom kak..ehehe
ReplyDelete