Thursday, January 29, 2015

Kejadian minggu ke 2 Qaseh di nursery

Thursday, January 29, 2015 0
Ok this entry nak cerita pasal kejadian yang menimpa Qaseh sayang ku.

Masa nak jemput Qaseh, Aku tengok di kluar je dengan bekas merah di tepi mata dia.
Besar jugak la. So penjaga taska tue bagitahu Qaseh kena gigit dengan budak lain.
Ceritanya, masa pagi tu Uncle Aryan pimpin tangan Qaseh
 dan bawak pergi salam dan cium budak- budak lain.
Masa tu tak de hal la. Tapi masa petang tue, Qaseh secara solo pergi la nak salam and kiss 
budak-budak tue la tapi kena salah budak pulak. Budak tue memang Dracula kot hahaha
Dia ngap la tepi mata Qaseh. Apa lagi menangis la Qaseh tapi sekejap.
My Happy baby even kena gigit
Masa balik tu, saja aku tanya Uncle Aryan sapa yang gigit Qaseh. Katanya Qayyum.
Rupanya, dia jugak budak yang pernah "membaham" belakang Uncle Aryan masa 
mula-mula hantar ke nursery. hahahhaah
Memang lawak la kan.. Dracula yang sama. 
Tapi bagi aku, itu perkara kecil sebab budak-budak lagi
Kalau dilakukan oleh orang besar memang aku pergi buat report la kan.
 Tapi Qaseh nie dia kluar dari nursery muka senyum je. Bila tanya mana sakit,
Dia tunjuk je tapi gelak-gelak. Haiiii anak mama nie.
Kuat dan gagah macam mama dia jugak kan.. hihihi

Rupanya, Uncle Aryan duk cerita dekat mama dia pasal Qaseh kena gigit. 
Dia rasa bersalah sangat sebab tak jaga Qaseh masa kejadian tue.
Ye la, sebab dia janji nak jaga Qaseh. Tak pe la..Aryan tak salah pun kannn
Along tetap sayang Aryan sebab jaga Qaseh untuk Along.

Pasal Aryan nie, dia anak bongsu paksu aku. Mak aku jaga dia dari kecil sampai
la mak dan ayah berpidah ke Rawang. Sebab ayah dah pencen so tak boleh
stay dekat kuartes kerajaan. So Berat hati la mak aku nak lepaskan Aryan
Tapi nak buat macam mana kan. 
Mak aku dah jaga anak-anak Paksu dari dalam pantang lagi.
Budak penat sangat sampai tidur menonggeng
So Aryan paling pok pek pok pek la.. Petah bercakap, cerdik lak tue.
Masa Qaseh belum lahir, kira sebelum mengandung memang
Aryan nie la penghibur aku dan my Dearie. Rajin bawak dia keluar jalan-jalan
Sampai la sekarang nie. Tapi sekarang nie kurang la sebab dah duduk jauh.

Semoga anak mama baba dilindungi dan dipelihara oleh Allah swt.


Kisah Qaseh ke Nursery

Thursday, January 29, 2015 0
Since pindah nie, Qaseh aku kena la hantar ke nursery. Tidak lagi le rumah Nek Nab.
Sedih sebenarnya nak bagi Qaseh ke tempat lain sebab dia dah kenal
kawan-kawan di rumah Nek Nab. Tapi aku terpaksa juga.
So selepas perbincangan dengan my Dearie, so aku decided hantar
ke nursery di Keramat. Then dekat nursery tu pulak ader uncle Qaseh,
Aryan iaitu Cousin kecik aku. And kedai atok saudara Qaseh, Paksu 
iaitu adik mak aku memang dekat situ. So keyakinan untuk hantar Qaseh
ke nursery agak tinggi.Sebelum nie bila aku dengar banyak keburukan tentang kejadian
di pusat jaggan nie buatkan aku takut nak hantar Qaseh ke nursery.
But because of uncle and atok saudara Qaseh ada di situ, so aku yakin dia ok kat sana.
1st ke nursery. Muka cuak duduk dalam car seat
Hari pertama nak hantar ke nursery, aku kluar rumah awal. 
Gerak dari Batu Caves dalam 7.30pg.
So 1st time dia akan duduk guna car seat berdua dengan aku dalam kereta.
Memang susah sikit sebab dia tak biasa so merengek la.
Macam- macam aku sembang, bagi toys, mengaji skali dalam kereta.
Nak bagi dia calm down sikit kan. Ye la duduk dalam kereta lama pulak tue.
Selalu klau hantar ke rumah Nek Nab, turun bawah tingkat satu dah sampai.

So slow-slow aku cakap dengan dia, dia kena g school lain. 
So dia ok sekajap then mula merengek nak keluar dari car seat. Tapi aku biarkan dia
Sampai di nursery, bila dia tengok orang yang di tak kenal. Dia menangis tak nak lepas aku.
Kuat jugak la kan. Tapi bila dia masuk dalam nursery , dia senyap je.
Tengok ramai kawan baru la kot.
Budak kunyit. Tengok la duduk tak diam
So masa kat ofis, aku terfikir macam-macam tentng Qaseh dekat nursery.
Boleh ke dia sesuaikan diri dekat situ ? Kawan-kawan dia ok ke tak ?
Aisshhhhh... macam-macam fikir. Tapi aku tetap selalu berdoa
semoga Allah swt melindungi anak ku Qaseh.

Bila petang je aku excited nak ambik dia dekat nursery. Masa jemput dia, 
Qaseh keluar sambil senyum. Jalan sekali dengan Uncle Aryan.
Alhamdulillah mama lega tengak Qaseh senyum.
Means dia ok dekat situ.

Hari nie dah masuk 3 minggu dia di nursery. For 2 weeks,
memang Qaseh menangis la bila sampai nursery.
But this week dah ok, siap dia jalan sendiri masuk ke nursery. Mama just ikut dari belakang.
Itu pun sebab pujuk dia nanti bawak dia main dekat playground.
So alhamdulilah mama lega Qaseh dah boleh sesuaikan diri dekat situ.
Bila jemput dia waktu petang, kluar dari nursery mesti senyum-senyum
Kluar pegang tangan Uncle Aryan. 

Puteri lilin sangat. Bila matahari menegak di depan muka. Siap mintak sunglasess



Thursday, January 1, 2015

Selamat tahun baru 2015

Thursday, January 01, 2015 0
Selamat tahun baru 2015.. Ketika ini aku telah pun berada diatas katil. Tidurkan sikecil permata hati. Alhamdulillah, Qaseh dah pandai tidur sendiri.. Just aku kena pura-pura tido dan dia akan ikut tidur jugak..
Sepanjang tahun 2014 memang berbagai liku-liku pengalaman yang dilalui...suka duka gelak tawan bersama keluarga dan sahabat handai membuatkan hidup ini bermakna.

Penghujung tahun 2014 adalah yang paling bermakna.. Kami telah berpindah ke rumah baru iaitu rumah sendiri selepas 5 tahun menyewa.. Actually rumah dah siap 2 tahun yang lepas
 tapi budget tak cukup untuk berpindah lagi.
Alhamdulillah selepas beberapa isu-isu dapat diselesaikan, akhirnya kami berpindah jua.

Azam tahun ini ader la yang tertulis di minda tapi tak boleh nak
diterangkan dekat sini. Kalau dah tercapai baru boleh mention k.

Apa - apa pun, semoga tahun baru 2015 akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya.