22 September 2015

JOM MASAK - RESEPI DADIH HIRUP

4:14 PM 4
Since seminggu dua nie , orang duk havoc cerita pasal kesedapan Dadih hirup tue..
So Liez pun plan dengan nenek Qaseh nak buat sendiri dadih hirup tue..
 Dan nak jadi cerita ada pulak resepi dari Kak Azlita Aziz.

Memang dengan pantas nya buat mlm Hari Malaysia. 
Serius sedap tau.. Dan tak manis sangat macam  yang ada dijual dipasaran.
Boleh kurang kan lagi sukatan.. Tapi for me memang just nice je.


Tengok warna nya.. Pergghhh mengiurkannnn...

BAHAN - BAHAN
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa
  

CARA MENYEDIAKAN
Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata. Masak atas dapur hingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry

Sediakan botol kaca secukupnya
Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'. Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan.Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna. Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw.
Dia sentiasa jadi model makanan mama paling comel

11 September 2015

BILA PREGGY JE MENGIDAM..... SATAY MINANG !!!!

5:09 PM 3
Hari nie tetiba hati tue meronta-ronta nak makan satay minang..
Dah lama mengidam since sebelum puasa tempoh hari tapi tak dapat lagi..
Sampai penah tanya Dearie kat Ipoh takde ke jual satay minang ??
Hahhaha memang jawapan  TAK ADOOOOOOO..
Satay minang nie kuah dia pekat dan macam berempah. Ditabur pulak bawang goreng.
 Baru message My dearie untuk menyatakan hasrat hati ini..
So dia kata ok.. YAHHOOOO malam nie satay minang..
Tak dinafikan memang Liez suka makan satay minang.
Sebab memang darah orang minang yang mengalir ditubuh ini..
CEWAHHHH... Arwah tok dan arwan nenek (Belah ayah) orang minang
yang berpindah ke Malaysia zaman dolu-dolu..
 So sejak mengandungkan Qaseh, hanya satay minang yang duk mintak nak makan.
Still ingat that time, duk message dengan Dearie sambil menggigil 
nak kan satay minang sedap tue.. 
 Preggy this time pun sama gak.. Satay minang yang dimintak nya..
Padahal dah dapat makan masa raya hari tue.
Pergi beraya rumah cousin dekat Dang Wangi, so dia jamu satay minang.
Waktu tue macam tak boleh nak kawal diri dah..
Makan satu bungkus tue seorang.. Tapi macam tak puas sebab sikit.
Lagipun makan kat rumah orangkan kena bahave..
Sopan je makan.. ambik sikit-sikit..
Bila mengandung, nie la keje nya.. makan banyak sangat
 Klau kat rumah, memang mengadap 2 bungkus seorang tanpa belas kasihan..
Hahahhaha... nasib la Dearie dapat wife darah minang nie..
So malam nie nak enjoy makan banyak - banyak..
Opps lupa nak cakap.. Selalu makan satay minang dekat Kg Baru.
Ada yang meniaga tolak pakai basikal je..
Penah try stay minang lain tapi tekak tetap nak yang Kg Baru.
Macam rasa kat tempat lain tak sedap..huhuhu

08 September 2015

SELAMAT HARI LAHIR KE 2 ...... QASEH PART 1

1:58 PM 2
Semalam birthday anak dara kecik tue (05-09-2015 )... 
Mama dan baba tak plan apa-apa lagi 
coz maybe mama buat small party next month sekali dengan anniversary mama dan baba.

5 Sept 2015
Qaseh bangun pagi dengan senyuman.. Tak meragam pun.
Bangun , gosok mata dan senyum tengok mama.
Mama nyanyi lagu Happy birthday, Qaseh senyum je.
Sehari Qaseh happy je.. Mood baik sgt2..
Mama ngan baba plan nak g makan-makan je utk celebrate birthday Qaseh.
Morning kita breakfast dekat clubhouse je..
On the way nak naik ke rumah, Qaseh stop nak main dekat playground.
Selalu bila balik dari sekolah, mama xlarat nak bagi Qaseh main dekat playground.
So hari nie baba ada, boleh temankan Qaseh.
Main dalam 10 minit, kita pun gerak nak ke lift.
Tapi Qaseh nampak "Bugs"
Ulat gonggok kecik yang tiap-tiap hari Qaseh nampak 
bila nak g sekolah..Qaseh excited sangat.. 
 Tatuttttt !!!.. Eli! Eli !!

Sampai rumah, Qaseh teman baba sidai baju.
Ayah Chor Qaseh tiba-tiba buat Facetime Call.
Nak wish Happy birthday.. Qaseh happy sangat.
Petang lepas tido, kita kluar g hospital melawat atok.
Then dalam pukul 7.30mlm, kita gerak ke Kedai Mee Tarik Warisan Asli
dekat PV 129 Danau Kota dengan nenek dan Achu.
Lepas dinner, mama dan baba singgah kedai kek nak beli small
cake untuk Qaseh potong je.. Masa party Qaseh nanti mama suruh Tok Shu buat ye..
Then celebrate potong kek dengan rumah Toknik.


 
Mama doakan Qaseh jadi anak yang solehah. Menjadi manusia yang berguna, dan berbakti serta patuh perintah Allah swt.

03 September 2015

CUTI HARI KEMERDEKAAN....PART 1

1:24 PM 1
Semalam Qaseh mengamuk " Nak alan-alan" (nak jalan-jalan).
Mengamuk sebab nenek, atok, acu dan chu keluar dari rumah kami 
untuk ke rumah achu dia pulak.
Histeria la dia. Mama tak mandi lagi sebab ingat nak kluar petang2 sikit.
Baba dia duk tido dalam bilik. Apa lagi kelam kabut la pujuk nie tue pun tak jalan..
Nak gak g Alan-alan...
Mama kelam kabut g mandi dan baba kena la pujuk.. Tak makan pujuk jugak..
Nak alan-alan jugak.. Tak sabar betul la anak dara mama nie..
 So both of us bersiap kelam kabut semua..
Masuk dalam kereta , Qaseh mintak susu. Kereta belum la start enjin, tup tup dia dah tido.
Haiiii la anak mama baba nie.. mengamuk nak jalan-jalan tapi dia tido pulak.
Apa nak buat, kluar jugak la sebab nak lunch skali kan.. Terus zass ke Wangsa Walk Mall.
Punya bising dalam Wangsa walk tue dia tido dengan lenanya..
Lunch kami this time cuba la makan dekat Absolute Thai.
Restoran thai. Kira first time nak cuba.
Masuk dalam restoran pun dia tak bangun-bangun jugak..
So mama ngan baba makan dulu la ye..
Seriously, foods dia memang sedap. Recommended .
  Boleh visit website Absolute Thai Restaurant
 
My dish nie.. Stir Fried Rice noodle with prawn (Phad Thai)

Phad thai dia memang cukup rasa semua..hmmm teringat lagi


Creamy Coconut Chicken soup..

 Memang mantop rasa maca tom yam je.. Teringat-ingat lagi rasanya

Beef Soup noodle untuk Dearie kita.. Serius banyak dan tasty



 After lunch pusing-pusing WWM then meet up dengan my mum pulak.
Then adik yg bongsu dengan wife pun datang nak join, after 1 hour  adik yang no 3 datang
nak join. Jalan - jalan tetiba diaorg plan nak main bowling pulak.

Masa on the way nak ke tempat bowling, adik no 2 kata dia nak join.. So cukup
la 1 family we all... hihihi cuma ayah je dia malas nak join.

Lepas pekena makanan pedas, kasi sejuk dengan ais krim kelapa la pulak


01 September 2015

QASEH DAH BOLEH BERJALAN ( LATE POST )

2:08 PM 0
Baru-baru nie balik Ipoh untuk Raya Haji. Memang excited la.
Since ader Qaseh nie, aku jadi lebih excited bila nak balik Ipoh. 
Bukan nya sebelum nie tak excited tapi bila ader Qaseh bertambah-tambah excited.

Nak tahu kenapa? Coz Qaseh dapat jumpa Atok Opah, Ayah chor,Chu and Achu dia.
Ye la, diorang lagi la excited bila tahu cucu anak menantu nak balik kan..
Tapi lebih la kat cucu tue..hihihi
Aku nak diaorg spend time dengan Qaseh sama jugak sebaliknya
Nak Qaseh kenal dengan diaorang dengan lebih lagi.
Sekali balik kan, mesti diaorang rindu.

Aku faham sebab Qaseh cucu pertama diaorg. Sama la macam aku,
cucu pertama anak bongsu lagi. Memang tiap kali pergi rumah arwah nenek dekat Kg Baru, 
mesti nenek ajak pegi kedai majalah. Sebab dia tahu aku suka sangat baca majalah.
Then bawak pegi beli makanan. Memang seronok bila di ingat balik 
kenangan dengan arwah nenek. Tak lupa dengan Arwah mak tua Niah.
Arwah pun cukup sayang aku dan adik beradik yang lain.
Ye la anak adik lelaki bongsu kesayangan kan. Tetiba teringat pulak dengan semua
yang dah lama meninggalkan dunia ini..
ALFATIHAH

Back to the story ye. Bila balik Ipoh, Qaseh memang pantang nampak atoknya
Asyik nak dukung aje. Ingat atok nak bawak pergi jalan la tue.
Memang rutin bangun pagi je, tukar pampers then 
atok akan bawak dia pegi tengok birds. Then bawak melawat Wan chik and Toknek
belakang rumah atok je.Bila dah cukup ronda semua, balik confirmed senyum je.
HAPPY la tue dapat g jenjalan.

Sama excited, Ayah Chor Qaseh. Memang dia layan je Qaseh main. Dukung gi jenjalan.
Seronok tengok bila our family seronok bila bermain dengan Qaseh.
Qaseh pun dah cerdik, dah kenal semua orang. Dia kan ramah.
Dia yang selalu tegur orang. Kalau nampak budak-budak lagi la dia suka.
Siap tegur dan panggil-panggil lagi.hihihihi
Tue dengan grandparents in Ipoh. Klau dengan grandparents dekat kl pun sama.
Nampak nenek atau atok pakai cantik-cantik, dia dah sibuk nak mintak dukung.
Bawak dia sekali. Ader sampai mengamuk sebab kena tinggal.
Nak jadi cerita, sehari lepas balik ke kl. Tetiba Qaseh bangun dan bertatih.
Berjalan 5,6 langkah then dia jatuhkan badan.
Terus gian berjalan tak berhenti. Sekejap ke nenek, ke atok.
Datang rajin dia la tue nak berjalan.
So lepas tue, hari-hari suruh dia berjalan. Alhamdulillah dia dah banyak berjalan.
Kadang-kadang tak berhenti. Siap ajak kita berjalan sama.
Yang tak tahan nak gelaknya, jalan pun tak berapa nak stabil lagi dah sibuk 
berjalan bawak toys box dia ke hulu ke hilir.
Memang terhuyung hayang la dia. Hahahaha
Lawak la anak mama nie.
Alhamdulillah, last weekend spend banyak masa dengan dia. So, dia sibuk la
ke hulu ke hilir. Siap menari-nari lagi klau dengar iklan Yakult tue.
Gewdikkkkk sangat.
Dulu risau gak sebab dah umur setahun Qaseh malas nak berjalan. 
Tapi masuk 1 tahun 1 bulan dia dah berjalan. Syukur sangat-sangat.
Sampai naik letih kejar dia.

NOTA:
My dearie tak sabar nak dengar dia bercakap nak mintak makan pulak.
Tunggu ye sayang, bila dia dah start cakap pok pek pok pek.



KOS LESEN MOTOSIKAL HANYA RM 299

11:30 AM 1
Actually dapat tahu pasal berita nie last week. Tapi tak baca habis..
So pada sesiapa yang nak ambik lesen motor, boleh la buat sekarang
sebab harga yang super murah. RM 299 je ahnaya dengan program MYLESEN.
Program bermula pada 15 September lagi.. So apa lagi ditunggu, gi la serbu ye..

Cerita penuh.....

Mungkin kalau kita ada lesen, macam nie la kita kann... tapi bukan scooter la..


P/S: Kita dulu-dulu konon bayar lah nak ambik lesen motosikal, tapi last skali tak pergi class..
Lesen L sapa dah tamat tempoh.. Klau nak suruh ambik sekarang memang tak la kann,
sebab anak dah nak masuk 2... hihihi 

Nie la moto idaman kita dolu-dolu

SALAM KEMERDEKAAN 2015

10:49 AM 0
Salam kemerdekaan buat semua sahabat - sahabat blogger dan seluruh rakyat malaysia
Maaf la tak sempat nak buat entry semalam. So hari nie baru ada kerajinan nak post.

 
Banyak benda yang berlaku pada negara kita sejak dua menjak ini.
Malas nak cerita sebab hari-hari asyik benda yang sama.
Cuma harapan ku, pihak yang berkenaan harus lah sedar diri dan peka dengan 
permintaan dan kehendak rakyat seperti kita.
Kena berusaha perbetulkan segala sekusutan dan kerosakan yang telah dibuat..

Semoga negara kita akan dilindungi oleh ALLAH swt.


P/S: Apa-apa pun , kami berbangga menjadi rakyat Malaysia