20 November 2015

KAKAK QASEH MINAT DRAMA TUAN ANAS MIKAIL

7:00 PM 0
Dah lama tak layan drama yang best malam - malam.
But since layan Tuan Anas Mikail tue, memang pukul 10 dah terpacak 
golek-golek depan tv.

Tapi Liez and Dearie perasan yang kaka pun melayan drama tue.
Mesti meniarap punya sambil menongkat dagu..
Feeling bebeno anak mama nie..

Yang bestnya baba Qaseh pun melayan jugak..
Bukan apa, seronok tengok telatah Zara Zya and Aaron tue..
Zara Zya memang kita tahu dia memang kelakar la dan for 
sure Mr Aaron Aziz yang handsome and romantik..

Combination yang best la..
Memang gelak sakan la bila Anas Mikail panggil Ayu Mummy Daddy.
 Hahahahahaha 

 
Nampak tak fokusnya kaka tengok Tuan Anas Mikail


Dengan minion berpisah tiada...

18 November 2015

NAK WEAN OFF KAKAK QASEH .....

9:00 PM 0
Dah banyak kali baca pasal wean off baby..
Hmmm... bila terbaca tue baru terfikir nak wean kan Qaseh tapi mampukah?

Mampukah mama Qaseh  nak buat petua - petua yang dibaca?
Klau ditanya sekarang memang tak sampai hati.
Qaseh fully breastfeed sampai umur 9 bulan. Alhamdulillah
dah memenuhi keperluan 6 bulan fully breastfeed.

Liez tak sampai hati sebab seharian dia dekat nursery minum FM,
so bila balik lepas mandi je dia dah mintak nak susu.
And sekali lagi dia mintak bila nak tido.
Memang bila fikir nak wean off macam sayu je..
Rasa macam dia diabaikan je..

Tetapi klau tak wean off, memang kadang2 tak tahan sakit la.
Sebab susu dah takde tapi dia hisap paksa susu keluar..
Kadang - kadang naik angin jugak dibuatnya..

Tengok la macam mana nak wean off Qaseh nie.
Adik dia nak kluar tak lama lagi. Takut dia berebut dengan adiknya pulak.
Mesti Liez yang rindu bila boleh meriba dia sambil meyusu badan..
Huhuhuhuhu Mama Qaseh yang tak boleh nak move on nie...huhuhuhu




BILA KAKAK DAH PANDAI BERLAKON....

8:00 PM 0
Haaaaaaa... bukan kakak dapat  offer berlakon ye.
NO way bagi Liez untuk anak-anak berlakon.
Bukan apa, macam-macam gejala sosial dikalangan anak - anak sekarang.
Cukup la dengan effect dari gadget-gadget nie.. Nak bagi lagi berlakon..
Berlakon nie pun boleh jadi salah satu penyumbang kepada masalah sosial
klau tak kena gayanya la.. Bukan kata semua pelakon bermasalah ye..
Tapi bagi Liez memang xnak la bagi anak-anak berlakon.
Tapi yang dimaksudkan dengan kakak pandai berlakon nie,
Kakak sekarang dah pandai main drama dengan mama dan baba.
First masa balik Ipoh baru-baru nie, masa dalam kereta tetiba dia
panggil Liez dan buat mimik muka macam mata kepedihan..
Siap cakap " Mama olong te edih" (Mama tolong mata pedih)
Haaaaa... mana dia dapat tue ?? hahaha
Ada la 2, 3 kali dia berlakon macam tue.. then dia gelak..
Lagi satu dia suka buat-buat jatuh then hulurkan tangan
sambil cakap " Mama Baba olong "
Konon-konon suruh rescue dia la dari jatuh..
Hihihihi macam - macam dah perangai kakak nie..
Mama ngan baba kadang-kadang tak jadi nak marah dia..
Dia pun pandai pura-pura tidur la, pura - pura kata pedas la..
Last-last dia akan gelak sakan...Hmmmmmm... Tak pe la kan..
Masa umur macam nie la kita kena banyak bergurau dengan dia..
Kena banyak bermain dengan dia.. Tak nak la nanti dia rasa tersisih coz
dah ada adik nanti.. In Shaa Allah Mama dan Baba tak kan buat kakak macam tue...
Kakak jadi model untuk instant shawl mama

Kakak suruh Makshu dia bedungkan macam baby tue ...hihihi

Drama queen .. sibuk suruh nenek tampal plaster bagai sebab kaki kena gigit nyamuk


12 November 2015

LAYAN DRAMA - TUAN ANAS MIKAIL

10:00 PM 0
Tahu pasal drama nie pun masa tengok iklan baru-baru nie..
So semalam dapat la tengok episod ke 3.
Episod 1 and 2 layan dekat hp online je..

If tengok pada barisan perlakon memang tebaik la..
Ada Aaron Aziz dan Zara Zya.
Aaron tue memang macho dan Zara Zya, Liez suka sebab dia memang kelakar..
As usual cerita nie based on novel la..
Dengan tajuk yang sama.. Liez tak baca pun novelnya.

  
Masuk episod ke 3 nie Liez kira ok la cerita dia.
Walaupun cerita melayu nie macam orang selaly cakap, mesti jalan cerita yang sama.
Lelaki kaya kawin dengan perempuan miskin la, kawin paksa tapi last sekali suka la..
Hmm... tunggu nak lihat je la.. sebab kadang-kadang kita pun suka cerita macam tue kannnn?

Kalau sesap nak tahu pasal cerita nie boleh la baca novel ke..
Malam nie boleh layan lagi episod ke 4..

Jom layan ye......

BUASIR KETIKA HAMIL... WAAA SAKIT WOOOOO - PART 2

8:30 PM 0
Sabtu tue kira ok sikit sampai ke esoknya..
Ahad tue dah plan xnak membuang sebab nak ke Food Fest dekat Dataran Amcorp..
That time memang tak sakit sangat sebab tak membuang and dah masukkan ubat punggung.
Pergi sana tak enjoy sangat sebab dengan sakit, padang lecah lagi then kena beratur panjang.
Layan gitu - gitu je...

Lepas hari tue,sakit still lagi la.. Sampai la hari khamis lepas terbaca cara nak
ubati buasir cara tradisional. Baca punya baca so manjakani boleh membantu.

Apa lagi terus cari buah majakani dekat kedai cina tue.. Alhamdulillah dapat jugak.
Siap borong 5 bungkus lagi..
Malam tue tak decide lagi nak sapu sebab katanya sakit masa sapu tue.
Sebab dia kan mengecutkan bengkak buasir tue..

Jumaat tue, memang ingat boleh tahan dari membuang sebab dah
 trauma klau membuang mesti sakit.
Tapi memang dah tak boleh tahan.. Pergghhhh apa lagi.. kluar toilet sakit yang teramat la..
Berguling atas katil lagi.. klau nak sapu manjakani lagi rasa takut..

Malam tue dah sampai ipoh, mintak my dearie tumbuk manjakani bagi hancur..
Malam tue kasi sapu.. Pergghhh memang sakit berdenyut-denyutla.
Boleh rasa denyut tue.. Aduh memang tido yang tak lena.

Esoknya bangun, sakit sikit-sikit la..
Keep continue sapu manjakani tue..
Dan alhamdulillah masuk hari ke 10, sakit dah berkurangan.
Dan semalam (Rabu 11 Nov) buasir dah sembuh.
Tapi still trauma nak membuang.. Just rasa gatal-gatal je..

Hari nie rasa ok, cuma tak cuba membuang lagi hari nie..
Trauma masih disitu..hihihi

Apa - apa pun thanks pada bloggeryang syorkan manjakani tue..
Mungkin sesetangah orang akan nampak kesannya dengan cepat..

Tapi Liez bersyukur coz dah beransur pulih.
Dengan berat dah bertambah, masuk 28 minggu nie..
Memang tak mampu nak tahan sakit lagi..


BUASIR KETIKA HAMIL... WAAA SAKIT WOOOOO - PART 1

3:38 PM 0
Tengok dari tajuk dah tahu kan..
Selalunya orang segan nak cerita bab buasir ke sembelit ke..
Liez pun segan tapi bila baca banyak artikal pasal
buasir ketika hamil, so jadi ok la nak cerita kat sini..

This is 1st time Liez kena buasir. Masa mengandungkan Qaseh
tak kena buasir tapi kena kencing manis.. Kali nie tak de kencing manis tapi kena buasir.

Nak jadi cerita, 30 Oktober tue bangun pagi dah rasa sakit sikit.
Tak membuang pun (sorry ye cite nie akak disgusting sikit)
Sebab memang dari lahir dah bermasalah nak membuang nie..
So tak pe la pada awalnya.. TAPI bertambah sakit bila masuk waktu tengah hari
Kluar lunch dengan mak nak makan ikan bakar, tapi sakit tue menguasai .
Makan ikan bakar pun takde feel.

Bila petang nak balik tue, aduh sakit yang teramat ..
Bawak kereta duduk pun kejap ke kanan kejap ke kiri.. Badan ke depan stereng la..
Mulut duk mengeluh sakit.. Ambik Qaseh dekat nursery
and gerak ke rumah adik kat PULAPOL pulak..
Dugaan sakit yang teramat..

Sampai je rumah dia, dah tak boleh duduk. Baring pun tak kena.
Sakit berganda.. so plan nak g klinik jugak mlm tue.
Call my dearie and informed nak ke klinik sebab sakit sesangat tak boleh tahan..
Nak menangis tahan sakit, control lagi rasa sakit tue.

So, memang tak boleh nak buat apa dah melainkan ke klinik.
 Ayah dengan mak la yang teman Liez ke klinik.
Terus ke Klinik Wangsa (DR Nadir yang famous dengan kanak-kanak tue)
Sampai sana dah pukul 9 malam, dan nasib waktu tue DR Azlina yang ada.
Nasib dr perempuan, sebab segan nak cakap buasir sebenarnya.. hahaha

So bila dah jumpa dia kata memang biasa ibu hamil untuk kena buasir coz
cara pemakanan, organ-organ dalaman dah terhimpit dan kekurangan zat lain.
So dia bagi ubat masuk dalam punggung, ubat tahan sakit dan ubat lawas.

Sampai rumah adik, makan roti sikit dan terus makan ubat sakit.
Sebab memang xboleh tahan dah.. makan ubat dalam 30 min sakit dah kurang.
Duk lepak ngan adik sambil tengok Supersponstan Final.

Habis show, terus gerak balik ke Batu Caves.
Waktu tue tak sakit sangat so boleh drive lagi.
Sampai rumah ingat nak mintak tolong my Dearie 
masukkan ubat punggung tue tapi dia dah berdengkur..
Hahahaha memang ngelat bila suruh buat benda- benda macam tue..
Teringat masa lepas operation buang lump dekat breast belah kiri dulu..
My Dearie takut nak tolong cucikan luka tue.. Yang jadi mangsa, omak den la..
Omak den memang hati cekal hahahha

So malam tue buat la sendiri masukkan ubat tue..
Esoknya, perut dah rasa memulas coz makan ubat lawas yang doktor bagi tue.
Masuk toilet, memang lancar pembuangan tapi sakit nya
Allahuakbar.. Tuhan je yang tahu.
Kluar toilet sampai tak leh jalan tegak kena bongkok.
Yang silapnya, masa tengah sakit g sumbat ubat punggung.

Memang sakit yang teramat.. Berdenyut- denyut woo..
Tapi Liez bersyukur coz bukan buasir yang kronik sampai terkeluar tue..
Klau yang tue tak tahu la macam mana sakitnya..

Duk beguling la atas katil sambil menangis.. My dearie tolong tenangkan.
Bagi makan ubat tahan sakit.. Tapi seriously memang sakit sangat2..
Sop sabtu tue tak kemana la..duk la kat depan tv..
My dearie syok dapat g tengok konsert WINGS, Qaseh la berfoya -foya ngan nenek atok.

BERSAMBUNG.....