Wednesday, January 20, 2016

DILWALE vs BAJRANGI BHAIJAAN

Wednesday, January 20, 2016 0
Awal tahun dah kecoh orang bercerita pasal filem Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.
Liez pun yang tak minat hindustan boleh tergoda bila tgk trailer filem tue.
Dengan Kajol makin cantik dari masa mudanya, Shah Rukh Khan pun sama.
Lagu Janam dan Gerua yang sedap telinga mendengarnya..

Penah update FB status kata mengidam nak tengok Dilwale.
Hati memberontak nak tengok Kajol yang cantik tu...
Tapi tiket mahal dan asyik penuh je.. So tunggu je la klau boleh download nanti..

Ada kawan Liez sanggup tengok Dilwale sampai 15 kali.
Dia memang hantu hindustan..
TAPI...
Liez dah layan cerita BAJRANGI BHAIJAAN semalam..
Ya Allah.. Orang kata cerita nya sedih la.. Tapi Liez menangis part last sekali
masa Pawan (Salman Khan) seberang sempadan Pakistan - India dan waktu tue
Shahida (budak bisu 6 tahun) tetiba menjerit memanggil Pawan..
Terus Pawan berpaling kebelakang dan berlari ke Shahida..
Sedih gila waktu tue.. Sebab tengok betapa kasihnya Pawan pada Shahida..
Kena belasah seteruknya untuk mencari keluarga Shahida.
Bermacam dugaan yang dilalui..
Huhuhhuhu
Jalan cerita sangat menarik, bukan filem cinta yang selalu kita tengok.
Pemandangan setiap lokasi pun sangat cun.

So, hilang rasa nak tengok Dilwale tue.
Hihihi sorry la Dilwale.. Maybe akan tengok nanti-nanti je la..
Sekarang nie klau boleh nak tengok BAJRANGI BHAIJAAN lagi..
hihihihi

Actually cerita BAJRANGI BHAIJAAN nie dah diwar war kan oleh makcik Liez.
Blogger Sweetsour Leyra sebelum heboh cerita Dilwale akan keluar tue.
Sebab dia dah tengok cerita tue.. Memang dia cakap ceritanya best..

Liez bagi BAJRANGI BHAIJAAN 10**********

Klaua sesiapa nak layan cerita BAJRANGI BHAIJAAN boleh cari 
dekat FB MALAYSIA TUBE

Thursday, January 14, 2016

Menghitung hari ..... Baby are you ready ??!!!!!

Thursday, January 14, 2016 0
Hari nie ada check up.
Macam biasa la klau check up kat KKIA kena sabar..
Memang ramai yang menggunakan khidmat KKIA.
Serius, KKIA Sri Rampai yang terbaik la..
Liez penah g KKIA Keramat AU2 dan KKIA Kampung Pasir.
Actually semua tue bagus, nurse nya baik-baik tapi kat Sri Rampai nie lebih sikit la..

Ok..last week g scan dan ambik darah.. Tup - tup HB rendah pulak.
Terkejut jugak.. Ubat xpenah miss.. Makan je kadang- kadang miss.
So doc kata tgg minggu nie punya result..

Alhamdulillah, tadi ambik darah.. HB normal 11.8.
Berat turun 1 kg.. And babay dah masuk ke laluan nya..
Nurse kata dah kena standby dah..
Prepare yang patut..

Ingatkan bila cakap macam tue dah habis la derita nak g check up lagi..
Rupanya, lepas nie kena check up seminggu sekali pulak..
Aduhhhhhh... memang berakar la bontot Liez menunggu..

Takpe la.. dah stage akhir nie kena la redha ..hahaha
Bukan apa, letih tunggu lama-lama..
Bontot jadi leper sebab duduk lama sangat..

Ikut hati nak je suruh baby keluar awal..
Tak larat nak travel jauh dah sekarang..
Dari rumah, kena jalan nak ke parking. Then hantar Kakak
g rumah Achu, menapak tangga setingkat, sampai ofis kena tunggu nak dapat parking.
Lepas tue kena la naik tangga sampai tingkat 3 huhuhuhu
Memang menduga betul..

Takpe.. next week last kerja. Then cuti panjang..
 

Wednesday, January 13, 2016

JOM MASAK : SIMPLE CARBONARA

Wednesday, January 13, 2016 1
Last week tetiba teringin nak makan carbonara.
Tak nak yang kedai punya tapi teringin yang masak sendiri.
Then bukan carbonara yang berkuah putih tue, tapi yang original carbonara.

Duk google dapat recipe dari Jimmy Oliver.
Actually carbonara yang sebenarnya tidak berkuah.. 
Dia lebih macam Aglio Olio gitu.

So, hantar message LINE pada Dearie.
Mintak tolong dia belikan Chicken slice dengan Pasley.
Liez dan beli Parmesan cheese dekat dengan kedai bakeri nie.
Tapi Dearie beli duck breast 

So projek Carbonara pada hari sabtu lepas.
Waktu tue mak ayah ada, Adik yang bongsu dengan wife pun ada.
Ohhh adik yang no 3 pun ada sebab dia datang tido kat rumah.
Dia habis shift pukul 8 pagi so dia tumpang tido sementara
masuk pukul 4 petang pulak.

 Jom jengah recipe Simple Carbonara Jimmy Oliver 

Bahan-Bahan
1 pack Spaghetti
3/4 cup Grated Parmesan Cheese
2 biji telur Gred A
Chicken slice - potong kecil
Fresh parsley -  di cincang
3 ulas bawang putih  - dicincang
Lada hitam dan garam secukup rasa

Cara memasak.
1) Seperti biasa, spaghetti di rebus sehingga lembut. Toskan
2) Goreng chicken slice dengan sedikit olive oil hingga garing. Kemudian 
baru masukkan bawang puting cincang.
3) Pukul telur dan parmesan cheese dalam mangkuk.
4) Masukkan spaghetti tadi dalam kuali menggoreng chicken slice dan bawang tadi.
5) Tuangkan bancuhan telur dan cheese tadi dengan api kecil.
6) Akhir sekali,  taburkan parsley cincang dan lada hitam 




BERJAYA WEAN OFF KAKAK UNTUK HARI PERTAMA

Wednesday, January 13, 2016 0
Malam tadi tetiba tergerak nak cuba pulak letak lemon.
Selepas letak nescafe pun di main bedal hisap kan..

So semalam berjaya la. Dia kata acham..
Tapi masa duk tengok tv, dia datang kata nak susu..
Bila Liez kata masam, dia kata nak tengok je..
Memang dia tengok je..
Kejap-kejap dia datang kat Liez dan selak baju siap cakap tengok aje..
 
Alahaiiii... sayunya hati nie..
Memang sedih.. Bila dia teringat nak susu, dia datang la..
Bila kata masam, dia kata tengok je..
 
Malam nak tido pun macam tue..
Dia baring satu bantal dengan Liez. Pastu cakap nak tengok je..
Ya Allah.. memang menangis bila dengar dia cakap macam tue..
Memang semalam dia tido rapat siap letakkan tangan Liez dekat badan dia..
 
Dia tak boleh tido sebab tak pekena "ganja" dia tue..
Dia siap tegur baba dia yang tengah tengok hp dalam gelap tue..
Baba tido !! Jangan main hp , katanya..
 
Liez saja pejam mata.. dia duk la sapu-sapu muka Liez la..
Kiss pipi la.. Ya Allah memang sayu..
Dia duk mintak nak susu, bila kata masam dia senyap je..
Dia duk nyanyi lagu satu2 saya sayang mama..
Berulang kali.. Maybe dia cuba nak lupakan ketagihan tue..
 
Dalam 15 min, baru dia senyap tido.. 
Tengah malam memang dia akan mintak susu, bila Liez kata masam dia senyap 
dan letak muka dia kat badan Liez..
 
Dia ememang lasak tido.. Tapi malam tadi muka dia rapat je kat badan Liez..
 
Sorry ye sayang mama, mama terpaksa wean off kan Qaseh..
Nanti ada adik, berebut pulak nanti..
 
P/S: Bila teringat balik kejadian tue, memang mata mesti berair..
HUHUHUHU
 

Tuesday, January 12, 2016

NURSERY QASEH TELAH TAMAT PERKHIDMATANYA !!!

Tuesday, January 12, 2016 0
 Hujung tahun dapat berita mengejut, tue pun dari kawan sekolah
yang hantar anak di nursery yang sama.
Dia siap forwardkan conversation between pengasuh dan wife dia..

BETUL!! Nursery akan ditutup terus.
Salah satu sebab, tuan rumah telah menaikkan sewa rumah dari 1.5K ke 2.3K.
Giler banyak tue.. Naik sampai 800 kot..

Then sebab kedua, maybe dia dah tanya pada ibu bapa yang anak-anak dah start sekolah.
So ada yang tak stay dekat nursery tue.. So tak dapat nak cover expenses
sewa rumah lagi, dengan gaji pekerja lagi.

So diaorg decide untuk tutup nursery. Tapi sayang la sebab dah 15 tahun nursery tue.
Tue la, nak buat macam mana kan.. Redho je lah..
Last day on 30 Dec hari tue.
Tapi 2 hari sebelum tue dia dah duduk dengan Achu dia dekat Pulapol.
Memang suka la sangat kan bila duduk ngan Achu dia..

Sebenarnya ok je hantar ke nursery tue sebab tak banyak songehnya..
Tapi nak buat macam mana memang dah tak boleh nak diselamatkan..
So kena lah Liez cari pengasuh untuk jaga Qaseh dan baby bulan April nanti.

Sebulan nie sementara nak tunggu due date nie, hantar Qaseh ke rumah Achu dulu.
Achu pun tak keje lagi so boleh la jaga kejap kan...






Monday, January 4, 2016

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016.

Monday, January 04, 2016 0

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016.



Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah habis tahun 2015.
Ok yang pasti, Liez dah nervous coz due date lagi 2 minggu.
So dup dap dup dap walaupun experience melahirkan Qaseh agak mudah,
tanpa sakit yang lama.
So yang the 2nd nie tak tahu la macam mana kan..
Semoga selamat dan dipermudahkan la nanti..

Semoga tahun 2016 akan memberikan seribu satu kebaikan padaku, keluarga dan 
kawan-kawan semua. Liez jugak berharap akan lebih beristiqomah,
dimurahkan rezeki kami suami isteri, diberikan kesihatan yang sangat baik,
dipermudahkan kehidupan seharian dan diberkati oleh ALLAH SWT.

Semoga kita semua sama - sama melalui tahun ini dengan jayanya..

Salah satu azam tahun nie nak cuba masukkan entry dalam blog sehari 1 entry.
Agaknya berjaya kah Liez menyahut azam tahun nie?
Hihihihi tungguuuuu

Azam lain nya banyak tapi biarlah rahsia...