Monday, June 27, 2016

TIPS: MENGELAKKAN TUDUNG TERTARIK BENANG KERANA KERONGSANG

Monday, June 27, 2016 0
Since hari raya makin hampir. Lagi 8 hari je.
So mesti ramai yang beli tudung yang cantik dan grand untuk
di pakai di hari raya nanti..

Sekarang ni dah banyak tudung instant yang tidak memerlukan keronsang tetapi
bukan semua tudung ngam dengan bentuk wajah kita.. 
Mesti ada yang longgar dan perlu di pinkan.

Masalahnya bila pakai pin, akan terjadi tudung akan tertarik benang
bila mahu dikluarkan..
Memang stress tambah- tambah kain tudung tue jenis chiffon dan mahal lagi.
Mau histeria bila tudung rosak.

Liez jumpa tips nie di FB so Liez cuba, memang berkesan.

 1- Gunakan gegelung getah
2- Potong kecik sama saiz pin kerongsang
3- cucuk kan pada pin keronsang..

Macam ni la bila siap.. Mudahkan..

Boleh la cuba..

Wednesday, June 8, 2016

RAMADHAN 1437h - PUASA BAGI IBU MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU

Wednesday, June 08, 2016 0
IBU MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU WAJIB GANTI PUASA TAK?
Wanita hamil dan yang menyusukan, jika khuatir terhadap diri mereka sendiri ataupun anak mereka, harus bagi mereka untuk tidak berpuasa dan sebagai gantinya, memberi makan untuk setiap hari satu orang miskin.
Perkara ini dijelaskan di dalam Kitab Allah سبحانه وتعالى :
“Dan wajib ke atas mereka yang merasa berat untuk berpuasa membayar fidyah (iaitu) memberi makan seorang miskin.” [Al-Baqarah : 184]
Hujjahnya dari ayat ini ialah, bahawa ayat ini khusus bagi orang tua, wanita lanjut usia yang tidak larat berpuasa, orang sakit yang tiada harapan sembuh dan wanita hamil serta wanita yang menyusukan bayinya yang merasa khuatir terhadap diri mereka atau khuatir terhadap janin/bayi mereka. Akan dijelaskan penerangannya daripada Ibn ‘Abbaas dan Ibn ‘Umar رضي الله عنهم.
Imam Ad-Daaruquthniy رحمه الله pula telah meriwayatkan (1/207) daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهم dengan periwayatan yang beliau hukumkan shohih bahawa Ibn ‘Umar رضي الله عنهم telah berkata :
“Wanita hamil dan yang menyusukan harus untuk tidak berpuasa dan tidak mengqadhanya.”

Beliau juga meriwayatkannya dengan jalan periwayatan yang lain :
“Bahawasanya isterinya yang hamil telah bertanya, jawab Ibn ‘Umar رضي الله عنهم: Berbukalah (usah puasa) dan berilah makan kepada seorang miskin sebagai gantinya setiap hari dan tidak perlu mengqadhanya.” [Sanadnya hasan]

Dari jalan periwayatan yang ketiga daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهم juga :
“Bahawasanya anaknya yang bersuamikan seorang berketurunan Quraisy, sedang hamil (ia berpuasa) dan kehausan pada bulan Ramadhan. Ibn ‘Umar رضي الله عنهم pun menyuruhnya agar berbuka (usah puasa) dan memberi makan kepada seorang miskin sebagai ganti setiap harinya.”

Ini adalah penerangan yang menjelaskan maksud “menggugurkan kewajipan puasa bagi wanita hamil dan yang menyusukan”, yang disebutkan di dalam hadits Anas bin Maalik Al-Ka’biy رضي الله عنه yang telah dikemukakan sebelum ini. Ia dikaitkan dengan sikap khuatir terhadap diri sendiri dan anaknya. Kewajipannya pula adalah memberi makan dan bukannya qadha.
Pemahaman ini dikuatkan lagi dengan apa yang disebutkan oleh Ibn ‘Abbaas رضي الله عنهم di dalam riwayat yang menerangkan dengan jelas mengenai mansukhnya hukum keringanan di dalam ayat tersebut :
“dan tetap tsabit hukumnya bagi orang lelaki tua dan wanita lanjut usia, jika tidak larat berpuasa dan begitu juga wanita hamil dan yang menyusukan sekiranya khuatir, keduanya boleh untuk tidak berpuasa dan memberi makan seorang miskin setiap hari.”
------------------------
Sesungguhnya Allah sangat memuliakan seorang wanita
Pada saat dia menanggung kelemahan demi kelemahan semasa hamil & menyusukan anak
Allah memberi rukhsah untuk si ibu berbuka puasa jika dia rasa tidak larat untuk meneruskan puasa & khuatiri akan kandungannya atau anaknya tak cukup susu
Bergembiralah kamu wahai ibu mithali
Sesungguhnya kamu hanya perlu bayar fidyah sahaja tanpa perlu mengganti semula puasa itu
Sambutlah Ramadhan kali ini dengan lebih tenang
Pada tika anda rasa tak larat untuk meneruskan puasa berbuka puasalah
Namun jika kamu masih mampu berpuasa walaupun hamil & menyusu teruskanlah kerana ia adalah rukun Islam
Kenapa rukun Islam ke-3 ini diberi rukhsah kepada ibu menyusu??
Terlihat terang lagi bersuluh keutamaan menyusukan anak dengan susu ibu
Sumber: FB Dr Asri

Monday, June 6, 2016

YA RAMADHAN KAREEM 1437H

Monday, June 06, 2016 0

Syukur alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini.
Semoga puasa tahun ini akan memeberikan kita lebih hidayah dan syafaat.
Pergunakan masa yang ada dengan berzikir, mengaji al-quran dan amalan
amalan yang berguna dan berfaedah..

Tahun ini kami berpuasa berempat beranak..Yahoo..

1st day bersahur hari nie, Kakak dan Niyaz dah bangun teman mama dan baba..
Liez tahun nie akan berusaha untuk berpuasa penuh walaupun meyusukan Niyaz
Tahun lepas masa mengandungkan Niyaz, dapat berpuasa sehari je..
So tahun nie memang nekad nak berpuasa penuh.

Agak mencabar sebeb meyusu badan Niyaz. 
Untuk badan menjadi lemah dan jugak susu badan drop adalah tinggi.
Liez dah cuba minum air sebanyak yang mungkin, makan kurma 7 biji.
Kita tunggu dan lihat macam mana..

Hari nie sampai ofis awal padahal waktu berkerja waktu bulan ramadhan
dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Tapi hari nie, sebelum pukul 8 pagi dah sampai.
Sebab kluar rumah pukul 7.15pagi.. Kluar sama dengan my Dearie yang masuk
kerja jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Jadi kena la keluar sekali sebab nak bawak kakak dan Niyaz ke kereta.
Parah kalau kluar asing-asing..
Pagi nie lepas je mandikan kakak, dia sambung tido balik.
Niyaz alhamdulillah dia dah faham mama bila pagi-pagi nak g kerja.
Dia dah minum susu puas-puas so dia senyap je.
Even dalam kereta dia akan senyap sambil main-main dengan jari dia.
Then terlelap sampai la ke nursery.

Syukur mama dan baba dapat anak yang baik dan senang jaga macam
kaka dan Niyaz. Just kakak kadang-kadang buat perangai.
Hihihihi xpe la proses pembesaran dan sel - sel otak sedang berhubung.

Ok lah.. SELAMAT MEYAMBUT RAMADHAN KAREEM 1437H



Wednesday, June 1, 2016

BILA NIYAZ KENA DEMAM CAMPAK

Wednesday, June 01, 2016 0
Last week, Liez ambik cuti untuk menjaga my baby boy yang terkena demam campak.
Dia memang merengek je maybe sebab badan tak selesa.Pakej sekali dengan batuk selsema
Nasib nenek nya ada..

So since Niyaz kena demam campak, tak boleh dihantar ke nursery jadi yang 
kakak pun sama la ponteng pergi nursery.
Plan memang nak hantar kakak saje ke nursery tapi bila memikirkan
Liez nak kena bawak Niyaz sekali klau nak hantar dan jemput kakak..
So, kakak pun ponteng la..

Tapi alhamdulillah demam campak Niyaz hanya yang kecik sahaja.
Bukan yang besar dan berair tue..
Takut jugak kecik-kecik dah kena yang besar lagi jenuh nak jaga..
Kakak dah penah kena demam campak halus masa umur setahun lebih..
Yang adik pulak awal 3 bulan dah kena..

Sekarang Niyaz dah ok just tinggal batuk dan selsema.
Kakak pun tak sihat sangat tapi just batuk sahaja.
Yang kelakarnya, bila suruh kakak batuk kuat-kuat bagi kahak keluar,
dia boleh buat-buat bersin..Hmmmm macam - macam kakak nie
Malam nie nak masak sup ayam berubat untuk kakak..
Alhamdulillah sup tue berkesan untuk kakak bila masa dia batuk dan selsema
Dalam masa 2,3 hari boleh hilang batuk dan selsema tue..

Yang adik nie tak boleh makan lagi..
So kita buat cara yang Doc Nadir suruh..
Wap kan dan bagi baby hidu. Sambil tue tepuk belakang anak kuat-kuat.
Untuk melonggarkan kahak yang ada.. Teknik nie dipanggil Percussion
Malam semalam buat, alhamdulillah dah tak batuk sangat macam malam sebelum.
Kesian Niyaz tak boleh tidur. Malam nie nak repeat lagi..

Nenek cakap... Even demam pun, Niyaz manis ye muka

Kakak yang tak sihat sibuk nak dukung adik