Wednesday, November 30, 2016

Isi Minyak Caltex, dapat diskaun dari Lazada

Wednesday, November 30, 2016 1
Liez dapat tahu hari isnin lepas... So dalam hati dah target nak juga voucher diskaun Lazada walaupun tak banyak mana pun kan... Tadi pergi isi minyak RM 68, terus ke kaunter minta voucher Lazada.
Dapat 3 keping voucher diskaun Lazada dan juga 2 sticker untuk pembelian koleksi Rogue One A Star Wars Story. Dah penuh pun... Mungkin macam nak sambar payung je... Travel Luggage pun pun ok tapi kena tambah lagi RM149.90..hmmmm tengok macam mana ye...




Pam minyak Caltex minimum RM 30 dalam satu resit dan redeem Lazada discount voucher di kaunter. Setiap pembelian boleh mendapat diskaun 20% dan kumpul 5X BPoint via aplikasi Lazada atau 3X BPoint via website Lazda
Untuk Voucher diskaun Lazada ni, Diskaun sebanyak 20% (Maksima RM30 setiap kod)

Untuk lebih details, boleh terus ke Lazada  atau ke Binfinite untuk lebih keterangan lanjt dan syarat-syarat.

Dah guna 1 voucher tadi purchase barang...hihihi dapat less RM 5 lebih... ok la tue...

Tuesday, November 29, 2016

JOM MASAK : Blackpepper sos untuk meatball ala Ikea

Tuesday, November 29, 2016 2
Last week tetiba tekak teringin nak makan Ikea meatball tapi macam malas nak ke sana,Dengan ramainya orang kan... Then teringat penah viral blackpepper sauce Ikea dekat FB.. So Liez pun google dan jumpa.. Bahan nya sangat mudah dan yang penting... SEDAP dari Ikea walaupun bukan la sebijik rasa... Liez prefer lagi lagi yang resepi buat sendiri ni...Lagi best last week sampai 2 kali buat..Masih tak boleh nak move on la katakan.. nie pun sambil menaip ni rasa nak balik buat lagi..hihihi
Mari Liez share resepi nya

Bahan-bahan:
2 sudu besar butter
2 biji bawang holland (dicincang)
2 sudu besar tepung gandum
2 biji tomato (potong dadu)
1 cawan whipping cream
1 cawan air
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
1 kiub daging
2 sudu besar lada hitam (halus)

Cara-cara membuatnya:
1) Cairkan butter dan saute bawang holland hingga layu. Jangan sampai kuning tau

 2) Masukkan tepung, gaul hingga keperangan dan masukkan tomato. Kacau hingga layu
3) Masukkan cream dan air. Masukkan juga kicap, sos tomato, sos tiram, kiub ayam dan daging.
4) Biar mendidih dan masukkan lada hitam.
5) Biarkan dia mereneh sebentar dan boleh tutup api.
6) Biar sejuk sedikit baru diblend halus. Either nak pakai blender atau pakai hand mixer.

7) Boleh dihidangkan dengan meatball RAMLY atau sebarang meatball.


Nota:
* Tak perlu garam kerana sos tiram dam kiub ayam serta daging sudah bergaram.
* Kalau uoll tak de whipping cream, jangan risau. Resepi asalnya guna susu segar 3 cawan. Tapi Liez pakai whipping cream.Kalau guna susu segar ,tepung kena 3 sudu besar ye.
* Lada hitam ikut kepedasan masing-masing. Klau kira Ikea tu takde rasa pepper langsung. Rasa garam pun takde.....hihihihi
* Liez penah beli meatball dekat kedai Az Zain... Ada satu brand under Mawaddah..Memang sedap meatballnya. RAMLY punya pun sedap


Meatball Mawadah yang sedap itu...

Friday, November 25, 2016

Semut sedang renang berirama.....gempak tuuuu

Friday, November 25, 2016 2
Masalah semut ni memang kat mana-mana pun memang tak boleh nak elak... Dekat rumah Liez punya banyak semut. Even baru-baru ni punya la buat sup ayam untuk Niyaz, slow cooked 5 jam tau.. then carik-carik isi ayam dan sangai.. Nak buat serbuk ayam la untuk stock makanan Niyaz. Lepas sangai Liez biarkan atas dapur bagi sejuk sebelum nak blend bagi halus..
Tak sampai 20 min kot, Liez pun ke dapur semula nak blend tup tup..... bala tentera senyum dah kerumun isi-isi ayam tu... Wahhhhh sudah berani dia panjat dapur dan terus ke isi-isi ayam tu..
Allahuakbar.. Liez klau semut barang 3,4 ekor boleh la nak kuis-kuis buang tapi klau dah berpuluh, beratus mungkin macam mana nak kuis kan... akhirnya Liez buang je isi ayam tu.. Memang buka rezeki Niyaz la....
Kat ofis pun sama jugak masalahnya... Semut boleh beramai-ramai terjun dalam kettle... Air masak je kannn.. tapi berpuluh ekor kat dalam tue.. Kadang-kadang berkumpul dalam air tue..
Pagi ni masuk ofis. Semalam Liez cuti. Tengok la apa la yang seketul dalam botol air bertutup tu... Penutup botol tu tak pusing rapat pun..Bukak tengok... Laaaaaa sekumpulan semut sedang renang berirama ....Aduhhhhh
Geli pulak tengok banyak berkumpul.. Sabar je la...
Klau tokmak Liez dia akan rendam benang dengan minyak dan ikat pada balang gula.. so semut tak kan sampai dalam gula.. Liez pun duk buat kat rumah tapi sapu minyak pada muncung cerek.. Alhamdulillah takde dah semut masuk..Even bekas isi air masak pun Liez sapu sikit minyak pada penutup air..


Sejak dua menjak ni, semut suka masuk dalam air masak.. Maybe diaorg pun ada kesedaran tentang kencing manis...hihihihi

Thursday, November 17, 2016

BABYBOX MALAYSIA - PROJEK KHAS BABYKIT

Thursday, November 17, 2016 0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami merupakan sebuah NGO berdaftar di bawah nama Cradle of Love Association (COLA) / Persatuan Buai Sayang (PPM-051-10-19012016). Babybox Malaysia memberikan bantuan keperluan bayi serta pakaian baru dan terpakai kepada bayi yang berusia 0 sehingga 12 bulan.
Projek yang sedang kami jalankan ketika ini adalah #misibabykit. Konsep #babykit ini berbeza sedikit dengan projek utama kami iaitu #babybox. Ianya lebih kepada memberi respons pantas, universal dan padat kepada bayi-bayi di kawasan bencana. Ianya mula diperkenalkan semasa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu yang lalu.
Barangan yang dimasukkan ke dalam #babykit ialah :
1. Lampin pakai buang (M) 5 keping
2. Tisu basah 1
3. Pek mini tisu biasa 1
4. Minyak telon 1
5. Bedung/selimut/lampin kain 1
6. Sabun mini 1
7. Bedak mini 1
8. Tuala mini 1
9. Baju bayi 6-12 bulan 3 pasang

Oleh itu, kami amat memerlukan bantuan daripada pihak tuan/puan untuk menjalankan #misibabykit ini. Setiap #babykit ini bernilai RM25.

Jika pihak tuan/puan berminat, boleh hubungi kami melalui email : projekbabybox@gmail.com atau di talian 018-2026716.
Perkongsian poster dan maklumat tentang #babykit juga merupakan satu bantuan yang kami amat alu-alukan.
Page rasmi kami:
https://www.facebook.com/projekbabybox/
No account (MBB): 562393510017 Persatuan Buai Sayang

Tuesday, November 15, 2016

Jom Makan : CLINIC WESTERN

Tuesday, November 15, 2016 5
Malam tadi mak dan ayah datng tidur dekat rumah.. Selalunya dari hari jumaat atau sabtu dioarg dah bermalam di rumah tapi sabtu lepas Liez balik ke Ipoh sebab ada wedding cousin my Dearie.
Lagipun since Tokabah dan Tokmak Liez tak sihat, so adik beradik mak Liez bergilir-gilir tidur dirumah tok...Tetiba my lil bro bagitahu nak datang ke rumah tapi nak ajak pergi makan western dekat Clinic Western
Tapi yang Dearie tak join sebab hari ahad memang dia akan join Kuliah Maghrib dekat surau kondo kami..So bertujuh naik la satu kereta...
Lokasi sangat berhampiarn dengan rumah Liez.. Taman Nakhoda saje..










Nama: Clinic Western
Alamat :Lot 8723 Jalan Nakhoda Kanan, Kampung NakhodaBatu Caves 68100
Contact no: 018-988 1955




Wednesday, November 9, 2016

Homemade Serbuk Beras Perang

Wednesday, November 09, 2016 0
Dah 3 kali Liez buat sendiri serbuk beras perang untuk Niyaz. Awal tu beli dengan member tapi tak sampai seminggu habis.. Ye la ada pun 100gram.. Liez pun beli beras perang 1kg then buat..Alhamdulillah memang senang if ada serbuk ni. Pagi-pagi ceduk 2 sudu besar serbuk beras perang, masukkan kiub chicken stock dan kiub vege puree. Tak sampai 10 minit dah siap makanan untuk Putera Liez tu.
Cara nak buat serbuk beras perang ni agak makan masa sikit. Lama sebab kena rendam selama 12 - 24 jam. Liez rendam 12 jam je.Rendam pun dengan sedikit jus lemon. Kenapa perlu rendam? Baca info dkt FB GrupNutrisi RemediAlami M'sia


Cara-cara membuat serbuk beras perang
1) Basuh beras dan rendam beras dengan jus lemon selama 12 - 24 jam.
2) Bilas dan toskan.
3) Sangai dalam kuali tanpa minyak. Kacau hingga kering dan keperangan.
4) Biarkan sejuk dan kisar hingga halus. Liez kisar sekali je.. Tapis dan yang    kasar blend lagi hingga semua halus.
5) Simpan dalm bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk untuk      tahan lama.





Ikut saranan menteri... Jom bercucuk tanam

Wednesday, November 09, 2016 1
Hmmmmm malas nak komen statement - statement pak menteri sekarang nie..Semua bagi jalan penyelesaian "TERBAIK" sangat... So moh la kita bercucuk tanam.. Yang duk landed boleh la korek-korek tanah tanam sayur ke, ulam -ulaman ke kann.. Macam Liez nie duk condo yang sekakang kera balcony nya tu macam mana nak bercucuk tanam..? Boleh la... reserve satu bilik kosong dan tambak tanah dalam tu.. so boleh la bercucuk tanam..hmmm takpe biarlah mereka dengan statement mereka.. kita kita je la kemampuan kita.. klau tak mampu..duk diam-diam.. Nak cerita, last sunday lepas balik dr short tip ke Melaka. Menanam semula pokok padan yang dekat ofis ke pasu.. Sanggup beli pasu dekat Mr DIY..Beli tanah dekat pasaraya HERO Wangsa maju.. 

Pokok ni dah dekat 2 bulan dalam botol.. Tengok akar hijau tu...
Excited bila kata nak tanam pokok
Nie Liez saja beli benih pokok bebunga untuk bagi Qaseh tengok progress pokok tu nanti
Terlebih over excited
Membesar dengan jaya ye pokok pandan


  
So bercucuk tanam la dengan Qaseh.. Seronok dia dapat buat sepah kannn..


Monday, November 7, 2016

JOM MAKAN: AHMAD LIM BLACK PANCAKE

Monday, November 07, 2016 0
Hari Jumaat lepas, tetiba rasa nak makan Ahmad Lim Black Pancake yang dekat Wangsa Maju tu... Tahu kat mana lokasi tapi tak tahu kedai yang mana satu..Kalau korang tahu balai polis Wangsa maju, dekat situ ada seven 7 Eleven.. Sebelah tue je kedainya..Boleh check their FB AHMAD LIM BLACK PANCAKE
Sambung balik cerita, waktu Liez dengan Niyaz je. Qaseh pulak dengan Achu dekat Pulapol.So masa Liez sampai, memang ada seorang tengah tunggu dan ada satu couple baru nak order.Liez pun tunggu turn la untuk order. Yang pastu Nutella dan cheese yang banyak orang suggestkan..
So tak lama sangat tunggu kan.. Dalam 15 minit dapat dah...
Actually macam apam balik tapi di sapu dengan nutella dan cheese..Banyak flavour yang korang leh request.Yang pastu memang syahdu la makan pulak dengan nutella cheese kan...
MENU AHMAD LIM BLACK PANCAKE

LIEZ DAN MY LIL BOY


GILA TENGOK NUTELLA TUE


YUM YUM YUM


NI LOKASI UNTUK AHMAD LIM BALCK PANCAKE DI BANGI
NI LOKASI UNTUK AHMAD LIM BALCK PANCAKE DI WANGSA MAJU












JOM MAKAN: OVERLOADED WESTERN KL

Monday, November 07, 2016 3
Semalam dinner dekat sini. Sebab jadi viral dalm FB. So Adik Liez booking la tempat pukul 9 malam. Yang bestnya, Liez, Dearie dan Niyaz sampai dulu.Masuk la dekat kedai nie..Bila masuk, tengok semua orang makan makanan thai, stae dan western.. Kat situ dah pelik dah..
So Dearie pun pergi ke kaunter untuk check meja mana yang dah reserved untuk kami. Orang tu pun kata ok dan dia bagi kami tempat duduk bersila..
Masa sampai tempat duduk, Liez terpandang belah kanan.. Ehhh ada kedai kat sebelah ni..??
So Liez pandang Dearie dan cakap maybe kita salah tempat nie. Kedai nya disebelah kot..Hahhahaha memang salah... Adik Liez cuba called sebab dia pun dah agak kami salah masuk kedai..
Cetttttttttttttttttttttttttt..... So you guys jangan jadi macam Liez ye.. mana taknya, nama kedai Pekan Station tapi dalam FB nama lain...hihihi
Masa sampai tu memang penuh orang. Memang meja kami dah ada. So sampai je terus duduk.
If tanya pendapat Liez la, maybe diaorang kena cari lokasi lain yang selesa dan besar.. Meja diantara satu sama lain rapat-rapat... Waiter dan waiteress diaorang pun susah nak gerak.. Nasib la diaorang kurus-kurus belakang.. Boleh mencelah..Pasal makanan pulak, biasa saja bagi Liez..