31 August 2017

KELAINAN HIDANGAN NASI LEMAK BRIYANI MALGUDI RESTAURANT

9:00 AM 1


Pernah korang terfikir untuk merasa Nasi Lemak Briyani tak? Belum pernah kita jumpa atau rasa kombinasi nasi sebegini kan? Kini korang boleh mencuba menu terbaru ini yang hanya boleh korang rasa di MALGUDI RESTAURANT PETALING JAYA.

Kombinasi nasi lemak dan nasi briyani memang terbaik. Rasa lemak dan campuran rempah briyani yang secukup rasa pasti memikat rasa. Dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan seperti ikan bilis goreng, sambal dan juga istimewanya Ayam goreng berempah Malgudi.
  
Nasi Lemak Briyani @ RM 19.50
Menu ini akan hanya dihidangkan bermula 31 Ogos hingga 16 September 2017. Istimewanya rempah briyani akan dipilih dan dikisar setiap hari bagi memastikan makanan sentiasa terbaik 

SEVAL COMBO
Peria, bunga kobis dan bawang yang salut dengan campuran tepung berempah dan digoreng. Sangat sedap jika dimakan panas-panas.

Seval Combo
KULFI
Pencuci mulut dari susu lembu, safron dan kacang yang dibekukan. Memiliki rasa manis yang sesuai. Sedap dimakan ketika musin panas.

Kulfi

Malgudi Restaurant
17, Lorong Universiti C, Section 16, 46350 Petaling Jaya
Telephone : 03-7932 2556  
Whatsapp : 010-268 9609

Waktu Perniagaan :
 12tgh - 3.30ptg (LUNCH), 6ptg - 10.30mlm (DINNER)

Instagram : malgudirestaurantpj
Facebook : malgudi restaurant

30 August 2017

MERDEKA ! MERDEKA ! BLOGGER CONTEST BY LAZADA MALAYSIA

5:58 PM 0
MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 60, website e-dagang popular LAZADA MALAYSIA sekali lagi menganjurkan contest yang dipanggil MERDEKA! MERDEKA! Blogger contest yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk LAZADA MALAYSIA mempromosikan kempen jualan mereka kepada rakyat Malaysia. Liez antara blogger yang tidak pernah melepaskan peluang ini. 

Mana tidaknya, hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Dan banyak barangan yang Liez suka bila membuka website mereka. Mana tahu ada rezeki Liez untuk memenangi salah satu dari hadiah yang ditawarkan. Boleh juga membantu suami serba sedikit membeli barangan keperluan since Liez berhenti kerja.

Kepada kaki shopping dan pembeli setia di LAZADA MALAYSIA, MERDEKA! MERDEKA! SALES kali ini menawarkan potongan harga sehingga 80%. Juga mempromosikan produk - produk buatan Malaysia dalam memberi sokongan sempena Hari Kemerdekaan ini dengan harga yang pasti korang tidak mahu lepaskan. Menarik kan?

Dan jangan ketinggalan untuk merebut peluang mendapatkan harga terbaik di LAZADA FLASH SALES. Pastikan korang melekat di depan komputer atau telefon bimbit korang pada setiap jam 10.00 pagi -11.59 pagi,12.00 tengahari - 13.59 petang, 2.00 petang - 3.59 petang, 4.00 petang - 5.59 petang dan 6.00 petang - 7.59 malam. Rugi kalau korang terlepas peluang ini.

Jom rebut peluang membeli di LAZADA FLASH SALES

Soalan Pertama:
Apa yang anda suka menjadi rakyat MALAYSIA?
Sebagai rakyat yang dilahirkan di bumi bertuah ini, Liez berasa sangat bertuah dan berbangga dengan pencapaian Malaysia dari segi ekonomi dan juga pembangunan yang dicapai. Dengan pembangunan ekonomi yang menjadikan kita negara maju dari negara-negara Asia yang lain. Kepelbagaian agama dan bangsa yang mewujudkan perpaduan dan integriti sesama rakyat Malaysia. Saling menjaga sensitiviti dan memahami sesama agama dan kaum untuk menjadikan negara Malaysia terkenal sebagai negara yang berbilang kaum dan etnik.

Soalan kedua:
Jenama tempatan yang Liez pilih
Pastinya Oldtown White Coffee. Kenapa? Liez adalah peminat kopi. OLDTOWN White Coffee adalah produk tempatan yang menawarkan pelbagai variasi kopi yang kebanyakkan memenuhi selera Liez dan keluarga. Rasanya yang sedap dan harganya berpatutan. Dan kopi juga adalah minuman yang popular dikalangan rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa sekali pun. Kopi juga menyatukan rakyat Malaysia. Buktinya,kita boleh melihat pelbagai kaum duduk di satu meja sambil menikmati secangkir kopi.

Soalan ketiga:
Pilih dua produk dari jenama tempatan yang dipilih

1. OLDTOWN COFFEE 3 in 1 Less Sugar 

2. OLDTOWN COFFEE 3 in 1 Hazelnut


Kedua campuran kopi ini memang menjadi pilihan Liez sekeluarga untuk di simpan dirumah. Kesedapan kopi putih dengan kandungan gula yang kurang sangat sesuai bagi orang yang ingin menjaga badan tetapi masih dapat menimati kopi yang sedap
Dan juga kopi campuran Hazelnut yang lain dari yang lain sangat memikat hati keluarga Liez. Tidak dinafikan Oldtown White Coffee menjadi produk pilihan tempatan yang popular dikalangan rakyat Malaysia dan akan terkenal setanding produk kopi luar negara. 

Jadi jangan lepaskan peluang membeli di LAZADA MALAYSIA dan jangan lupa hebahkan kepada sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.

Sempena Hari Kemerdekaanyang bakal menjelma ini, marilah sama-sama membina negara Malaysia dengan satu hati, tidak mengira apa agama, budaya dan bangsa yang dianuti. Menjaga keharmonian dan kesejahteraan Malaysia demi anak-anak masa hadapan dan demi mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Image result for logo hari kemerdekaan ke 60 TRANSPARENT

WARISAN


                    Disini lahirnya sebuah cinta
                   Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan


Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini



Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki



Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini



Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


FEMILAC - MILKBOOSTER MEMBANTU PENYUSUAN IBU

3:33 PM 1

FEMILAC MILBOOSTER #tibetibebengkak

Sejak kebelakangan ini, makin ramai ibu - ibu yang sedar akan kebaikan susu ibu terhadap anak-anak. Khususnya penyusuan ekslusif sehingga 2 tahun. Ini jelas diperbincangkan secara terbuka dan mendapat sambutan yang baik. Liez antara ibu yang menyusukan anak sehingga 2 tahun. Alhamdulillah Allah SWT masih mengizinkan Liez menyusukan anak kedua yang kini berusia 18 bulan. Dan berniat untuk menyusukan hingga 2 tahun.


Tapi, ramai ibu-ibu dilanda keresahan kekurangan susu ibu. Dan telah berusaha mencari petua-petua dan cara-cara untuk membanyakan susu. Kini, korang boleh mendapatkan FEMILAC MILKBOOSTER #tibetibebengkak keluaran FeedMilk Nursing wear yang membantu ibu-ibu yang berjuang untuk menyusukan anak sepenuhnya.

FEMILAC MILKBOOSTER #tibetibebengkak dihasilkan dari makanan sunnah seperti Kurma, Habbatussauda, Madu dan Susu kambing. Juga terdapat campuran Alfalfa, Halba, Spirulina dan Aquamin yang melancarkan pengeluran susu serta menghasilkan susu yang berkualiti dan pekat. Tetapi korang kena juga menjaga pemakanan dan rutin mengepam atau menyusu terus secara konsisten. Jangan hanya bergantung sepenuhnya pada suplimen kalau ingin penyusuan ini berjaya.




 Antara ramuan dalam FEMILAC MILKBOOSTER #tibetibebengkak
FEMILAC MILKBOOSTER #tibetibebengkak dengan rasa vanilla yang lazat dalam bentuk tablet mudah dikunyah. Keberkesanan terbukti seawal 1 jam selepas pengambilan boleh menyelesaikan masalah korang yang kekurangan susu untuk membuat stok untuk anak. Anak korang akan mendapat penyusuan yang mengenyangkan dan kualiti susu yang penuh khasiat.


Dalam bentuk tablet senang dikunyah
Selain itu FeedMilk juga mengeluarkan satu lagi produk dipanggil FEMILAC SILICON BREASTPUMP. Dihasilkan dari bahan bebas BPA, bewarna lutsinar untuk memudahkan memcuci serta tidak menggunakan tenaga elektrik. Silicon breastpump ini sangat berguna diwaktu korang menyusukan anak atau mengepam susu (secara tandem). 


Femilac Silicon Breastpump didatangkan bersama penutup
Pengguna yang yakin dengan bantuan FEMILAC SILICON BREASTPUMP
Cara menggunakannya pun mudah.
Liez sangat menggalakan pembelian FEMILAC silicon breastpump ini kerana ia membantu mengumpulkan susu terus masuk ke dalam silicon breastpump dari pada kita menekap lampin di payudara yang nyata satu pembaziran.


Cara pengguna Femilac Silicon Breastpump
Antara testimonial yang berjaya dengan penggunaan FEMILAC MILKBOOSTER #tibetibebengkak serta FEMILAC SILICON BREASTPUMP dan berpuashati dengannya.





Testimonial dari salah seorang pelanggan yang terbukti berkesan

Jadi pada korang ingin membuat stok susu untuk anak- anak boleh cuba FEMILAC MILKBOOSTER #tibetibebengkak dan FEMILAC Silicon Breastpump dalam simpanan korang. Harga FEMILAC MILKBOOSTER #tibetibebngkak hanya RM45 (30 tablet) dan RM 70 (60 tablet),FEMILAC Silicon Breastpump RM28 setiap satu.




Jika berminat untuk mendapatkan produk dari FeedMilk, boleh terjah

Facebook: FEMILAC HQ

ATAU

FEEDMILK BOUTIQUE
H50-1, Jalan Serai Wangi
M16/M Alam Avenue 2
40200 Shah Alam, Selangor 

FEEDMILK BOUTIQUE SDN BHD
No 9A Tingkat 1
Jalan Keluli AK7/AK Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor 

Waktu perniagaan 
Selasa - Ahad
11.00 pagi - 8.00 malam



28 August 2017

SHOPPING DI ZALORA WOMEN SHOES MEMANG BEST

8:30 AM 1
Banyak jenama kasut di Zalora

Duk google Zalora Women Shoes ni memang menduga nafsu betul! Aduhhhhh dah gatal tangan nak membeli. Siapa peminat kasut, angkat tangan? Tak kira high heels ke, flat shoes ke, sandals ke memang kasut adalah salah satu kegemaran kaum wanita. Liez pun tidak terlepas gemar mengumpul kasut. Tapi Liez sangat suka pakai kasut jenis flat atau sandal.

Dah lama Liez jatuh hati dengan koleksi pilihan kasut di Zalora. Bukan saja banyak pilihan kasut untuk kaum Hawa tapi banyak juga untuk kaum Adam. Ratusan jenis dan jenama kasut yang ditawarkan Oleh Zalora untuk si kaki shopping online.


Liez dah lama nak cari sneakers untuk koleksi kasut Liez dan akhirnya Liez jumpa di Zalora. Seriously memang cantik kasut ni. Dan suprise, harga murah betul !


Zalora Tonal High Top Sneakers yang di idamkan
Cantik kan? Uishhhhh menggoda ni.. Tunggu Liez grab yang ni ye..hihihi
Sebenarnya banyak lagi jenama kasut yang korang boleh dapatkan di Zalora seperti Aldo, Adidas, Bata,Vincci, Nose, Everlast, Flipflopdan banyak lag jenama yang terkenal boleh korang cari. Rambang mata bila tengok website kasut di Zalora ni.

Mudahnya mencari dengan hanya klik Zalora Women Shoes dan tandapada jenis kasut ,saiz dan jenama yang korang nak. Mudah kan? Pilihan yang korang kehendaki itu akan keluardan korang hanya pilih dengan senang hati.

Pembayaran jugak sangat mudah. Boleh menggunakan kredit kad, Bank transfer,Pay pal atau korang ada Giftcard pun boleh digunakan. Even ada sesetengah barangan, bayaran boleh dibuat ketika penghantaran sampai.


Pilih cara bayaran yang korang mahukan
Sangat mudah dan cepat kalau membeli belah di Zalora. Hanya klik dan dilakukan secara online, barang yang dikehendaki akan sampai terus ke pintu rumah atau ofis korang.

Ok la, sampai sini dulu sebab Liez nak sambung shopping sakan membeli kasut  https://www.zalora.com.my/women/shoes/. Korang juga jangan lupa untuk cari kasut idaman korang dengan harga yang murah dan perkhidamtan yang disediakan juga pantas di Zalora

24 August 2017

BANTUAN UNDIAN PERADUAN BAYI COMEL KELAB MAMA

12:54 PM 2
Alhamdulillah hero Liez Fey Qhaleed Niyaz tersenarai dalam Peraduan Bayi comel yang dianjurkan oleh Kelab Mama.

Liez teruja sangat sebab ini kali pertama Liez sertai contest yang melibatkan anak-anak.

Liez nak minta bantuan sahabat- sahabat untuk mengundi gambar anak Liez

Langkah-langkah untuk mengundi

1. Klik gambar dibawah
Klik gambar

2. Klik log in facebook atau daftar masuk ke facebook korang.

3. Akhir sekali klik suka dan kongsi gambar Fey Qhaleed Niyaz. Itu sahaja.

Korang jugak boleh klik sini dan masukkan nombor ID AC120617 atau nama FEY QHALEED NIYAZ.

Pada yang mengundi, Liez ucapkan terima kasih kerana sudi membantu Liez. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik korang semua.

Dan doakan Fey Qhaleed Niyaz berjaya dalam contest ini.. Aminnnn


23 August 2017

LUKISAN DINDING TAPAK TANGAN PATRIOTIK

1:38 PM 1
Lebih kurang 8 hari lagi, negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2017. Pejam celik pejam celik sudah 60 tahun Malaysia merdeka. Sempena Bulan Kemerdekaan ini, banyak pihak melakukan aktiviti-aktiviti dan program untuk menyemarakkan lagi rasa cinta pada negara khususnya untuk rakyat. Dan juga memaparkan semangat perpaduan dan persefahaman rakyat Malaysia.

Liez berkesempatan menyertai salah satu program " LUKISAN DINDING TAPAK TANGAN PATRIOTIK " yang berlangsung di Jalan Genting Klang. Menariknya tentang program ini mengumpulkan sebanyak 60,000 lukisan tapak tangan rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Dirasmikan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 8 Ogos yang lalu.

Bertempat di tembok besar sepanjang Taman Bunga Raya Kuala Lumpur. Sepanjang program berjalan, ramai wakil rakyat, orang kenamaan, wakil rakyat, ibu bapa dan anak-anak, penuntut kolej dan sekolah telah memberi sokongan dalam menyumbangkan lukisan tapak tangan pada tembok itu,



Sepanjang tembok itu telah dilukis dengan potret Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan simbol kebanggaan rakyat Malaysia. Juga lukisan wajah-wajah Malaysia yang pelbagai agama, bangsa dan etnik juga ada disitu.

Apa yang korang perlu lakukan, berjumpa dengan pegawai yang bertugas di setiap khemas yang disediakan.

Langkah pertama:
Isi borang yang disediakan. Hanya perlu mengisi NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN dan NOMBOR TELEFON.
Pegawai bertugas akan menulis nama korang dalam sijil penyertaan yang lengkap dengan nombor siri di sebelah kanan atas.

Langkah kedua: 
Pergi ke khemas bersebelah untuk diwarnakan tapak tangan korang dan ditekapkan pada sijil tadi. Pegawai bertugas akan menggantung sijil ditepi khemah untuk dikeringkan sementara korang bergerak ke khemah seterusnya.






Langkah ketiga:
Tapak tangan korang akan diwarnakan semula dan kali ini korang akan menekapkan tapak tangan korang di dinding yang diarahkan. Dan selesai sudah. Basuh tangan korang di paip berhampiran dan minuman disediakan.






Mudahkan?? Liez kebetulan lalu Jalan Genting Klang jadi Liez singgah untuk memberikan sokongan diatas usaha ini. Jadi pada korang yang ingin memberi sokongan usaha ini boleh bersama-sama menyumbangkan lukisan tapak tangan korang disini ye... Liez punya dah ada !!!! Yeayyyy !!!




Jangan lupa untuk bergambar kreatif kerana korang  berpeluang memenangi hadiah istimewa jika korang post di FB dibawah dengan #patrioticpalmprintmuralpaiting. Dan ada cabutan bertuah yang merujuk kepada nombor siri sijil korang.

Untuk lebih lanjut korang boleh ke FB Page Patriotic Palm Print Mural Painting爱国手印壁画. Korang jugak boleh sertai dengan mengisi borang disini



15 August 2017

KUMPULAN WANG AMANAH MANGSA SERANGAN BINATANG BUAS

4:41 PM 6

Salam takziah buat keluarga kepada 2 beradik yang telah meninggal dunia,Iffriah Darwisah (3 tahun) dan kakaknya Irdina Batrisyia Abdul Wahab akibat serangan  tebuan di kediaman mereka baru-baru ini.

Pasti ramai yang tidak tahu ada bantuan untuk mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas.
Tujuan bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan masyarakat atau mangsa keluarga yang terkene serangan binatang buas. Binatang Buas ialah binatang yang dilindungi oleh Akta yang berkaitan dengan Hidupan Liar (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) dan hidupan akuatik Meliputi spesies-spesies hidupan laut dan air tawar yang merbahaya seperti yang tertakluk di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta LKIM 1971(Pindaan Kemudian).

Tetapi tidak meliputi binatang-binatang buas dan liar sama ada hidupan akuatik atau darat yang berada dalam penjagaan seperti Zoo Negara, Taman Zoologi, Pusat pembiakan haiwan liar, Aquarium dan haiwan yang untuk dipersembahkan atau pameran.
Bantuan ini adalah untuk mangsa yang tercedera atau maut akibat daripada serangan binatang buas sama ada hidupan darat atau akuatik yang berlaku sentuhan fizikal secara terus terhadap mangsa oleh binatang buas yang mengakibatkan kecederaan atau kematian. Kecederaan termasuklah alahan, keracunan, jangkitan, koma, kecacatan atau kehilangan anggota badan dan kehilangan keupayaan kekal akibat serangan binatang buas dan hidupan akuatik yang merbahaya seperti mana yang dijelaskan mengikut kategori. Bantuan ini hanya boleh diberi permohonan kepada waris yang terdekat seperti suami atau isteri mangsa, anak-anak mangsa, ayah atau ibu mangsa dan tanggungan mangsa.

Kadar Bantuan

  • Maksimum RM 20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal dan hilang sebahagian.
  • Kadar bantuan ditentukan berdasarkan kategori kecederaan.
  • Bayaran bantuan akan diberikan sekali sahaja kepada mangsa atau waris bagi setiap kejadian.
  • Sekiranya berlaku tuntutan palsu, maka Jawatankuasa boleh memanjangkan kes sedemikian untuk tindakan pihak berkuasa.
Senarai hidupan liar dan akuatik yang buas dan merbahaya.
Binatang  BuasHidupan akuatik yang merbahaya
• Gajah
• Seladang
• Babi Hutan
• Beruang
• Harimau
• Ular Sawa
• Ular-ular berbisa
• Primat (Berok, Kera, Siamang, Ungka, Lotong & Kongkang)
• Buaya
• Semua jenis tebuan dan lebah liar (yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya kekal sahaja)
• Semua jenis musang
• Kucing batu dan kucing hutan
• Biawak
• Memerang
Spesies Ikan Air Tawar
• Ikan Pari Air Tawar
• Ikan Toman
• Ikan Tapah
• Ikan Buntal
• Spesies Ikan Duri
• Piranha
• Belut elektrik
• Arapaima


Spesies Ikan Air Masin
• Jerung / Yu
• Obor-Obor
• Ikan Pari
• Ular Laut
• Ikan Depu
• Cone Shell
• Paus
*Binatang Buas – Dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
*Hidupan Akuatik – Dikategorikan oleh Jabatan Perikanan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta LKIM 1971

Statistik kes serangan binatang buas

Jenis Binatang Buas201020112012201320142015
Buaya27971023
Babi839111225
Kera/Beruk/Lotong251319716
Ular7106410672187
Beruang121
Gajah22133
Harimau111
Tebuan79761
Selandang1
Biawak1

Permohonan tidak dipertimbangkan kepada:-
  • Mereka yang memburu,menceroboh kawasan hutan simpan dan kawasan perlindungan
  • Serangan sesuatu binatang buas dan hidupan akuatik yang merbahaya yang berpunca daripada tindakan mangsa mengganggu atau mencederakan binatang dan hidupan akuatik berkenaan hingga menyebabkannya menjadi ganas
  • Kecederaan akibat percubaan mencederakan diri sendiri dengan menggunakan binatang buas dan hidupan akuatik yang merbahaya
  • Permohonan bantuan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh kejadian. Sekiranya permohoan melebihi tiga bulan, rayuan boleh dikemukakan dengan sokongan daripada PERHILITAN/ Jabatan Perikanan atau Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) yang berdekatan.
  • Pemilik, pekerja dan penghuni di premis sama yang memelihara binatang buas dan hidupan akuatik merbahaya tersebut.
  • Borang Permohonan boleh dimuat turun di sini Borang Permohonan
Sumber: KPWWKM

11 August 2017

CHILINDO MALAYSIA MEMANG BERHANTU

4:19 PM 12

Tak tahu la macam mana boleh terjebak nak bida barang -barang di website Chilindo ni. Lepas tu bila tengok blogger-blogger lain mula update kotak-kotak hasil bidaan di Chilindo lagi membuatkan Liez mencuba skill membida sama.

Pada mulanya agak blur macam mana nak memulakan bidaan. Tetapi selepas menenangkan diri dan fikiran akhirnya Liez berjaya memulakan bidaan.

Tadaaaa... ini la bidaan pertama dan terakhir

Bidaan pertama Liez adalah tripod. Sebenarnya Liez ingin mencuba membuat Vblog dalam usaha untuk memantapkan lagi blog Liez ni. Cewahhhhh poyo tak ??

Tripod pada harga RM 1
Bidaan kedua ialah Mp3 bewarna pink ni. Yang ni Liez bida kononnya nak buat peneman untuk halwa telinga dikala jogging tu. Padahal Liez dah ada iphone 4s dan Samsung J5 (handphone lama Liez dan Dearie) buat peneman waktu jogging. Gatal tangan nak bida.

Pemain MP3 pada harga RM6
Dan bidaan terakhir ialah Doublefaced Glass Clean. Yang ni memang Liez cari dah lama. Bila nampak dalam Chilindo apa lagi, Liez terus bida. Agak mencabar jugak la kerana bidaan asyik dicantas oleh pembida lain. Selepas beberapa cubaan akhirnya Liez berjaya mendapatkannya.

Doublefaced Glass clean pada harga RM11

Dalam keadaan waras, Liez hanya bida 3 barang di website Chilindo ni. Kalau hilang akal tak tahu la berapa banyak barang Liez bida. Seronok bila bidaan tu milik kita. Naik geram pula bila ada orang yang cuba cantas bidaan kita. Memang boleh bawa bergaduh hihihi

Dari pengalaman Liez membida di Chilindo memang menyeronokan dan mudah. Banyak juga barangan yang boleh dibida. Tetapi perlu bijak dalam membeli dengan harga yang murah la ye.

Next entry Liez akan terangkan langkah demi langkah untuk membuat bifaan dan juga bayaran pembelian Chilindo.

09 August 2017

HANIL - PENSTERIL UV TERBAIK UNTUK KEGUNAAN SEMUA

11:43 AM 3



Seharian kita sibuk di pejabat dan pulang ke rumah menguruskan rumah tangga. Berkejar untuk memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah dan menguruskan anak - anak. Belum lagi menghabiskan masa membasuh botol-botol susu anak-anak selepas seharian digunakan. Perlu membasuh dan merendam di dalam air panas. Proses manual yang panjang dan memenatkan. 
Proses yang boleh membahayakan kita dan anak-anak dengan kegunaan air panas jika tidak diuruskan dengan betul dan cermat.

Kini, ada satu produk pensterilan yang akan memudahkan kerja seharian kita. Produk yang di edarkan oleh Best Baby Essential Sdn Bhd iaitu HANIL UV STERILIZER. 

HANIL UV STERILIZER adalah 100% buatan dari Korea, dipatenkan dan dihasilkan oleh Hanil Electric Co. Ltd. Satu Jenama yang mantap dengan rekod prestasi lebih dari 50 tahun. HANIL UV STERILIZER telah berada agak lama di pasaran negara Singapura dan telah memenangi dua anugerah di sana.


 Young Parents ' SG Parents' Choice Award
Year 2016/2017



Apa yang menarik tentang HANIL UV STERILIZER ?

1. Pengsterilan dengan satu sentuhan butang
Sangat mudah hanya menekan satu butang kerja pengeringan dan pengsterilan akan dilakukan dengan lengkap.



Fungsi butang
Auto: Mengering selama 30 minit dan mengsteril selama 10 minit berikutnya
Sterilize: Hanya untuk pengsterilan selama 10 minit
Clean: Mengudaraan bahagian dalam selama 10 minit
Store: Untuk memastikan barangan yang disterilkan bersih pada setiap masa melalui pensterilan setiap 2 minit secara berselang selama 2 jam

2. Bukan shaja digunakan untuk botol susu sahaja
HANIL UV STERILIZER juga boleh digunakan untuk mengsteril barangan lain seperti permainan lembut bayi, alatan perubatan rumah, barang elektronik seperti telefon bimbit, aksesori dandanan dan banyak lagi.




3. Pengeringan dengan haba rendah (maksimum 48 darjah) dan pengsterilan tanpa haba
Hanil UV Sterilizer mengsteril dengan menggunakan dua lampu UV (dari OSRAM, Italy) yang dapat membunuh kuman, mengeringkan, selamat dan semulajadi dengan lampu halogen infrared (Dr Fischer, Peranchis) dan ia selamat untuk kegunaan orang dewasa dan kanak-kanak. Ini kerana pensterilan dengan haba yang rendah dan tidakakan mencederakan anak-anak anda jika memegangnya.

4. Penyelenggaraan yang mudah
Tidak memerlukan pengisian air ataupun kerak kotoran. Hanya perlu membersihkan dengan kain lembap.

5. Rekabentuk yang menarik dan jimat ruang.
Iniyang selalu dititikberatkan. Mencari barangan yang mudah disimpan dan diletakkan di kaunter dapur anda. Rekabentuk pintar dan bukaan pintu arah kebawah boleh digunakan sebagai ruang penyediaan. Ruang dalaman yang luas boleh memuatkan hingga 9 botol bayi bersaiz 9 auns dalam satu masa.


Spesifikasi Produk:
Saiz: Dimensi Dalaman: 21.5 cm L x 29 cm T x 23 cm D
Berat: 4.5 kg
Penggunaan: 50W
Voltan/Bekalan: 220V/50Hz
Kabel Kuasa: Jenis G - plug kuasa 3 pin (13A)
Waranti: 1 tahun1
Reka bentuk pintar dan kompak 


Bukaan pintu kebawah yang menjimatkan ruang
Ruang dalaman yang luas 

6. Tiada pembentukan kulat
Infrared yang digunakan akan menghalang pembentukan kulat atau fubgus pada tepi botol, tiub pam payudaradan injap pam.

7. Jimat tenaga elektrik

Beroperasi pada 50W semasa proses pengeringan dan 8W ketika proses pengsterilan berbanding pengsteril wap lain yang menggunakan 500W.

Dan setiap pembelian HANIL UV Sterilizer didatangkan sekali 1 set alat ganti 
Alat ganti yang disertakan
Mudah kan kalau kita gunakan HANIL UV STERILIZER ni. Bukan saja boleh digunakan untuk botol susu anak-anak tapi untuk kegunaan seluruh alatan rumah.

HANIL UV STERILIZER boleh didapati di:


BEST BABY ESSENTIAL 
Contact: 012-5259868/8533/9358

Email: info@bbabyessentials.com
Website: www.bbabyessentials.com
Facebook: Hanil Malaysia UVsterilizer

Instagram: Hanil Malaysia UVsterilizer

MOTHERHOOD.COM.MY
Website: Motherhood.com.my
Facebook: motherhood.com.my
Instagram:motherhood.com.my