October 14, 2017

TIPS BERGUNA MENGELAK DARI DISERANG TEBUAN


Lagi kes kanak-kanak maut diserang tebuan yang tidak tahu dari mana datangnya. Sangat mengejutkan kerana ianya kerap kita dengar sejak kebelakangan ini. Serangan kumpulan tebuan ini memang sukar untuk kita rungkaikan punca ianya menyerang manusia.

Baru - baru ini Pensyarah dan Penyelidikan Serangga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Nur Aida Hashim memberikan beberapa  tips untuk berdepan dengan serangan tebuan.

1. Jangan sesekali menggangu habitat tebuan kerana tebuan akan rasa terancam bila sarangnya diganggu.


2. Bila diserang, cuba larikan diri dengan pantas ke kawasan selamat seperti rumah, didalam bangunan atau didalam kenderaan sambil menutup kepala dengan baju.

3. Jangan terjun ke dalam air kerana tebuan akan menunggu di permukaan air sehingga mangsa timbul semula.

4. Jangan tergesa-gesa mengibas kain atau baju untuk mengelak dari diserang tebuan. Ini kerana tebuan akan tertarik dan akan agresif untuk menyerang mangsa. 

5. Jika diserang, segera dapatkan rawatan dari doktor untuk mengeluarkan sengat dari luka. Kerana sengatan itu akan terus mengeluarkan bisa selagi berada di dalam kulit.

Selain itu, pasti ramai yang tidak tahu bahawa tebuan yang mati akan mengeluarkan bau yang akan membuatkan lebih banyak tebuan lain akan menyerang.

Seram pulak Liez dengar. Padahal pernah dulu-dulu masa zaman kanak-kanak, dengar kawan kena sengat tebuan tapi tidak la seteruk ini. Hanya bengkak sahaja. Tetapi sebenarnya, walaupun hanya satu atau dua sengatan boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan dengan segera.

Jadi berwaspada kita kepada keadaan sekeliling terutama yang menetap diperkampungan. Pokok-pokok keliling mungkin dihuni oleh kawanan tebuan yang merbahaya ini. Dan perhatikan anak-anak kita dan orang sekeliling dari menjadi mangsa.

2 comments:

  1. sha kalau tau ada sarang tebuan jangankan nak kacau, nakpergi situ pun takut haha. thnks for the tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isshkkkk even nampak seekor tebuan pun dia punya panic teruk betul... ni kan pulak byk kannn

      Delete

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (42) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers