DOMAIN SENDIRI MRSLIEZ.COM DARI DEARIESCOUPLE.BLOGSPOT.MY

By Mrs Liez - 2:24 AM


Alhamdulillah, akhirnya Liez nekad untuk mendapatkan domain sendiri seperti yang bermain difikiran sejak 5,6 bulan yang lalu. Memang mudah untuk beli domain sendiri tapi kepala Liez masih lagi meninjau akan kelebihan memiliki domain sendiri. Dan bila sahabat-sahabat blogger yang lain makin rancak bertukar ke domain sendiri, hati Liez terus teringin sama.

Atas nasihat umi +Fuzy Hamid dan kebenaran dari Dearie, akhirnya blog Deariescouple bertukar ke MrsLiez.com. Kepayahan hanya untuk mencari nama yang sesuai dan catchy membuatkan Liez menangguhkan untuk beli domain.

Bila kata putus dibuat, pembelian domain berjalan lancar kurang dari 24 jam. Dan Liez minta bantuan Umi untuk membuat proses seterusnya memandangkan Liez memang tidak arif pasal blog ni. Memang selama ini Umi la yang bantu Liez dalam memberi pendapat tentang blog Liez.

Dah dapat domain, kena pulak fikir pasal template baru. Minta bantuan Umi juga untuk ajarkan Liez mana nak setup template baru ni. Susah dan pening juga nak expert bab-bab ni. Dan Liez salute blogger yang pandai dan rekacipta template blog ni. 

Dan akhirnya ini la rupa terbaru blog MrsLiez.com. Masih lagi dalam proses penambahbaikan dan naiktaraf secara perlahan hihihi.. sebab Liez memang baru nak belajar edit sendiri.. Agak ambikmasa juga untuk puas hati.Dan Liez harapkan dengan adanya blog domain sendiri akan membantu Liez untuk lebih banyak menulis artikel yang berfaedah dan berguna juga mencari sumber pendapatan tambahan. Insyaa ALLAH

  • Share:

You Might Also Like

2 comments