Tak Perlu Alat Pembersih Udara, 6 Jenis Pokok Hiasan Bantu Bersihkan Udara Di Dalam Rumah

Tak Perlu Alat Pembersih Udara, 6 Jenis Pokok Hiasan Bantu Bersihkan Udara Di Dalam Rumah | Assalamualaikum korang. Perasan kan, sejak kebelakangan ini menjadi viral tentang pokok hiasan rumah yang menjadi kegilaan suri rumah. Liez pun sebenarnya suka juga tapi banyak yang suka pokok tiruan sebagai hiasan. Kalau tengok bermacam jenis pokok dan size yang boleh didapati dengan mudah di kedai hiasan rumah. Tapi apa kata selain beli pokok tiruan, korang cuba tanam pokok hidup yang bukan sahaja cantik tetapi membantu menyegarkan dan membersihkan udara dalam rumah. Betul jugak kan? Bagi yang tak mampu beli mesin pembersih udara mungkin dengan cara ini membantu. Liez nak share beberapa jenis pokok yang boleh korang tanam di dalam rumah.



 6 Jenis Pokok Hiasan Bantu Bersihkan Udara Di Dalam Rumah

Pokok Lidah Buaya @ Aloe Vera - Antara pokok yang banyak di tanam kerana ia mudah dijaga dan cepat membiak. Rumah mak Liez pun ada pokok lidah buaya. Sebenarnya pokok lidah buaya ini sangat bagus untuk meningkatkan kadar oksigen di dalam rumah kerana ia menyerap Karbon Diokside dan Karbon Monoxide. Dan yang lebih hebat lagi, satu pokok lidah buaya boleh menggantikan 9 pembersih udara. WOW !!!
Image result for aloe vera plant
Gambar: https://www.amazon.com
Pokok Fig @ Ficus - Pokok renek yang tidak memerlukan pencahayaan yang banyak dan mudah untuk dijaga dan sangat berkesan membersihkan udara. Tetapi AWAS!!! daun nya mungkin beracun jadi berhati-hati jika korang ada anak kecik atau haiwan peliharaan di rumah.
Image result for ficus plant
Gambar: https://www.homedepot.com
Pokok Ivy - haaa ini antara pokok yang banyak ditanam di luar atau di dalam rumah. Even Liez ada menenamnya di pejabat dan dirumah. Senang nak jaga dan cepat membiak.  Walaupun nampak kecil tetapi pokok Ivy ini boleh menyerap 60 % toksin dalam udara dalam masa 6 jam. Hebat jugak ni~
Related image
Gambar: https://www.economist.com
Pokok Labah @ Spider plant - Pokok menakjubkankerana ia mampu melakukan proses Fotosintesis dibawah cahaya matahari yang minimal. Ia sangat bagus menyerap Karbon Monoxide, Formaldehyde, Gasolin dan Styrene dengan cepat.
Image result for spider plant
Gambar: https://www.plantsguru.com
Pokok Lidah Jin @ Snake plant - pokok yang patut ditanam di rumah terutama di dalam bilik tidur kerana ia membekalkan oksigen yang baik di waktu malam.
Sansevieria - Snake Plant - This striking plant has spiky, variegated green leaves, growing tall, making a dramatic presence.  Moderately bright light, protect from direct sun in the summer. Moderately moist soil is preferred. Water thoroughly after soil is dry to touch. Drain excess water in saucer at base of pot to prevent root rot. Do not over water.
Gambar: https://allendaleflowers.com
Pokok Lily @ Peace Lilies - ia menghilangkan toksin di udara selain formaldehyde Formaldehyde yang juga dikenali sebagai Trichloroethylene (bahan chemical dari kilang)
Gambar: https://www.greenandvibrant.com
Bila fikir balik, better tanam pokok hidup macam ni dalam rumah terutama yang ada anak-anak kecil dan orang orang tua. Sebabnya membantu pengudaraan selain dapat menyegarkan rumah. Mata pun sedap memandang bila tengok hijau-hijau je.

Post a Comment

8 Comments

  1. wahh.. bagus info ni liez.. rasa segar bila ada pokok dalam rumah kan..

    ReplyDelete
  2. skrg baru ade pokok ivy @ money plant, snake plant @ lidah mak mentua dengan spider plant jer... tgh usaha cari yang lain..hehehe

    ReplyDelete
  3. boleh start cari dah pokok2 ni sebab rumah banyak habuk

    ReplyDelete
  4. i dok cari kat bawah katil belakang pintu utk jin tapi x muncul jugak..kalau jumpa mmg sah I potong lidah dia pastu tanam.,..lebih efficient kan..hahahaa

    ReplyDelete
  5. Suka indoor plant tapi kat rumah ada budak kecik every weekend, so tak leh nak letak..dah pecah pasu sebiji dah...kena tunggu dulu depa semua besaq

    ReplyDelete
  6. LZ memang mengamalkan pokok hidup sebagai hiasan dalam rumah..
    Pokok fig dan pokok lily masih belum ada lagi.. Suka tengok pokok menghijau, sedap mata memandang..

    ReplyDelete
  7. belum ada lagi kat rumah, tp kat ofis dah ada 2 jenis :-)

    ReplyDelete
  8. Nice post. It's really interesting. Thanks for sharing the post! I would like to thank you for making these kind of topic. Trust Basket is an online gardening store where you can buy the best plants at the best prices.

    ReplyDelete