Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Bila raya je shopping. Tak kira raya apa sekali pun, shopping tetap shopping hihihi. Lagi best kalau shopping di Shopee sempena Tahun Baru Cina ini. Untung besar woooo..

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini.

Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang lalu, Shopee memberi potongan harga sehingga 90 peratus dan hadiah kemenangan berjumlah lebih dari RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori
berikut: 

Dan yang ini adalah pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini. Macam-macam ada kan di Shopee!!

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang
Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.


Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan di Shopee yang pasti harga murah dan dijamin 100 peratus jaminan diberikan.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Wang bersama Shopee’, 
layari: https://shopee.com.my/m/wangwithshopee

Untuk mendaftarkan diri ke acara Facebook 
‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’, 
layari: https://www.facebook.com/events/321714045010187/

Pastikan korang sentiasa meneroka aplikasi Shopee untuk mendapatkan harga murah dan jaminan barangan tulen Shopee Mall
#WangWithShopee

Post a Comment

1 Comments