Kek Butter Lembap Mudah Dengan 5 Bahan

By Mrs Liez - 7:00 PM

Kek Butter Lembap Mudah Dengan 5 Bahan
Dearie dan anak-anak Liez memang suka kalau Liez buat kek atau cookies. Liez tak berapa makan tapi suka masak untuk diaorang. Tambahan Qaseh dan Niyaz memang hantu kek. Pantang tahu je Liez buat kek, memang pagi petang siang malam asyik mengadap makan kek. Baru-baru ni, Niyaz meragam nak kek. Bangun dari tidur terus ke dapur sebut kek. Sebab seminggu lepas memang Liez buat Japanese Cheese cake untuk dua hari berturut-turut. Tapi tak sampai dua hari, habis kek dimakannya.

Klik sini untuk resepi Japanese Cheese Cake Mudah dan gebu


Dua hari lepas, Niyaz merengek nak kek lagi. Pening nak duduk kat dapur lama-lama, terus terfikir kek apa yang mudah dan sedap. Datang masuk idea nak buat Kek butter lembap. Bahan-bahan memang ada dan senang.Perlu 5 bahan je untuk Kek butter lembap ni. Jom Liez sharekan resepi yang Liez dapat dari Kak Azie Kitchen


Bahan - bahan

250 gm butter 
250 gm tepung naik sendiri (atau tepung gandum + 1 sudu baking powder)
150 gm gula kaster
4 biji telur 
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven 170c selama 10 minit
  2. Pukul butter dan telur hingga warna bertukar menjadi pucat.
  3. Masukkan telur satu perstu berselang dengan tepung. Akhir sekali masukkan susu segar dan esen vanilla.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang 9" yang telahdilapik dengan baking paper.
  5. Bakar selama 35 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan
Senangkan nak buat kek butter ni? Dan yang pasti memang sedap dan lembap. Actually, resepi kek butter ni boleh diubah mengikut selera korang. Kalau nak buat perasa lemon atau oren, boleh masukkan jusnya dan parut sedikit kulitnya dan gaul bersama adunan tadi. Memang terangkat.

  • Share:

You Might Also Like

16 comments

  1. mudahnya liez!!!boleh cuba ni!

    ReplyDelete
  2. sdpnya... senang lak tu... nice sharing sis

    ReplyDelete
  3. all time fav kek butter ni kan sis..
    tak jemuu

    ReplyDelete
  4. ya ampung !! terliur kite wakkkkkkkkkk.. tapau sket nanti..

    ReplyDelete
  5. Sedap, kak ana suka kalau lembab memang suka sangat, boleh cuba resepi Liez nanti :)

    ReplyDelete
  6. nak siket, boleh?
    tengok jer jadi lapar :(

    ReplyDelete
  7. masa baca nie rasa lapar la pulak..

    apa lagi melihat rupa dan warna yang memikat jiwa

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. terima kasih atas resipinya

    ReplyDelete
  9. Nampak macam mudah resepinya.. bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  10. senang sangat buat kek butter..nak try buatlah..guna resepi sis ni

    ReplyDelete
  11. nampak sedap sangat kek butter ni :* terliurrr

    ReplyDelete
  12. aida ada resepi mudah jugak utk kek ni.
    resepi mak.
    sedap buat minum kopi pepetg ekk :)

    ReplyDelete