RESEPI JAPANESE CHEESE CAKE MUDAH

RESEPI JAPANESE CHEESE CAKE MUDAH
Bila anak-anak requested nak makan kek, mamanya teringin nak buat Japanese Cheese cake je. Selama ni asyik tengok je resepi tapi tak berkesempatan nak buat. Dan Liez pernah makan beberapa Japanese chesse cake tapi Liez rasa Japanese Cheese cake dari Yaohan Bakery Yang sedap setakat ini. Nak kena cuba rasa Japanese Cheese cake dari kedai cheese cake yang viral tu. Katanya sangat sedap dan menjadi kegilaan peminat cheese cake.

Semalam, atas bantuan anak-anak akhirnya Liez berjaya buat Japanese Cheese cake merujuk kepada resepi dari Facebook. Bahan - bahan kebetulan semua ada so memang memudahkan operasi buat kek ni.. Alhamdulillah, menjadi dengan gebunya dan tidak berapa manis.  Jom Liez share resepi mudah untuk Japanese Cheese cake ni

Bahan -bahan
1 cawan gula
6 biji telur (gred A) asingkan putih dan kuning
1/4 sudu kecil cream of tartar
50 gram butter
250 gram Cream cheese
100ml susu segar
60 gram tepung naik sendiri
20 gram tepung jagung

Cara penyediaan:
1.Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan cara double boiler. Kemudian masukkan tepung kek,tepung jagung dan kuning telur.Kacau hingga semua bahan sebati.

2. Putih telur dan cream of tartar tadi dipukul hingga kembang. Campurkan gula hingga telur tadi kembang hingga menjadi meringue (lihat gambar)

3. Ambil 1/3 meringue dan campurkan kedalam adunan cream cheese tadi secara kaup balik. Kemudian habiskan merigue tadi. Jangan terlebih kacau ye.

4. Masukkan adunan tadi dalam acuan bersaiz 8 atau 9 inchi yang telah dilapik dengan baking paper.

5. Bakar dengan cara water bath selama satu jam dengan kepanasan 170 degrees C. 

Nota:
1. Boleh cairkan cream cheese didalam microwave
2. Biarkan kek sejuk didalam oven sebelum dibawa keluar.
3. Boleh kurangkan jumlah gula jika ingin mengurangkan kemanisan

Post a Comment

23 Comments

  1. Suka Japanese cheese cake.. gebu gebas.. Tapi tak pandai buat.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Okay...sangat mudah dan boleh follow ni.. Tq liez comel..

    ReplyDelete
  3. Saya tak suka cheese cake. Tapi kan...pandai betul you buat cake ni sendiri.

    ReplyDelete
  4. Uii..sedap tu.. Kita suka gila..kalau makan yg kt sushiking xpuas... Nak buat tapi org rumah xmakan.. Mcm syg lak buat xde sape makan.. Hehehe.. Nnti nk try juga lah..tq share resepi..

    ReplyDelete
  5. thanks for the recipe. It sounds really easy to make

    ReplyDelete
  6. Look like can fight with other cheese cake. Want to try myself your recipes. How my cake jadi. Hehe

    ReplyDelete
  7. Senang je nak buat dia rupanya. Ingtkan susah sangatm kan sedap bila makan. Boleh cuba nantui ni.

    ReplyDelete
  8. Hilma pun suka cotton cheese cake mcm ni..tp x rajin nak buat yg ni..slalu beli kat uncle tetsu je..mmg the best hehe

    ReplyDelete
  9. Mudah jer buat cheesecake ni rupanya. huda tak pernah try baking lagi cheesecake, biasa buat kek paling mudah jer iaitu brownies..hehe. Thanks sharing resipi, nnt ada masa nak cuba lah.

    ReplyDelete
  10. great!! now i can try to do this. always wanted to do this but hard to get simple version... yours great!!

    Racheal

    ReplyDelete
  11. Oh thank you for sharing this dear - I was actually just discussing on this with my husband yesterday and he just loves this particular cake in Japan. Thank you for making the directions simple and easy to follow too- will certainly try it out soon :)

    ReplyDelete
  12. Fav sis ni, tapi tak pandai buat, selalu beli je. Lepas ni boleh lah sis belajar buat ikut resepi ni. Kalau tak jadi suh Liez je lah buat nanti ya..hahaha

    ReplyDelete
  13. Suka tgok orang pandai baking..SA failed bab ni..confirm x jadi..kalau masak lauk pauk SA pakar...nanti nak suruh adik la buat ikut resepi Liez ni

    ReplyDelete
  14. Selalu tengok jual kat kedai je. Rupanya mudah juga nak buat Japanese cheese cake ni. Next time boleh try buat. Boleh makan puas-puas.. hehe

    ReplyDelete
  15. tu dia !!!! jeles nya tengok kek keju kak liez menjadi ! I ni tak ada bakat untuk buat kek huhuhu :( tapi beli je la kat aeon cheese cake selalu beli waktu malam sikit dapat lah 30% macam tu... haha.. apa pun thank you untuk resepi ni mana tahu tiba tiba rasa nak buat sendiri pula sebab husband i suka betul makan kek keju

    ReplyDelete
  16. Awesome! Thanks for sharing this recipe. I am craving for a piece of Japanese Cheese Cake now... perhaps I should try making them this weekend.

    ReplyDelete
  17. Kita ni mmg lemah bab2 nak baking ni..tpi ni nmpk mcm mudah...
    Nnt nak try jugak la

    ReplyDelete