JOM KETAHUI TENTANG INTERMITTENT FASTING (IF) ATAU BERPUASA TERPUTUS

By Mrs Liez - 8:30 AM

JOM KETAHUI TENTANG INTERMITTENT FASTING (IF) ATAU BERPUASA TERPUTUS | sejak pelakon comel cantik Lisa Surihani berkongsi rahsia beliau menurunkan berat badan dengan Intermittent Fasting (IF) atau berpuasa terputus ni makin ramai yang mencari info mengenainya. Sebenarnya Liez sudah mengetahui tentang IF ini melalui Maksu Liez yang melakukan IF awal tahun ni. Dan Liez sudah cuba IF dan alhamdulillah Liez selesa dan boleh nampak perubahan kepada pola pemakanan Liez dan ada sedikit perubahan pada badan Liez.
INTERMITTENT FASTING (IF) ATAU BERPUASA TERPUTUS
Liez mula sedar untuk mencuba IF bila memikirkan badan sudah mula menampakkan musle-musle lemak yang terbojol kukuh di badan. Memang stress tapi salah sendiri sebab tak kawal pemakanan dan kurang bersenam. Pernah join group diet sihat di Whatsapp tapi makin lama makin malas nak amal. Salah siapa? Diriku meranaaaaaaa...

Apa itu INTERMITTENT FASTING (IF) ?
Intermittent fasting (IF) atau dalam bahasa mudah dipanggil berpuasa terputus atau berselang-seli BUKAN SATU REGIM DIET tetapi ia adalah gaya hidup di mana korang menghadkan pengambilan makanan ke tetingkap masa tertentu pada siang hari. 

Contoh: Pilih masa puasa yang dipilih atau waktu makan yang dikehendaki.
Liez suka buat 18 jam puasa dan masa makan adalah 6 jam. (18:6). Jadi Liez pilih untuk berpuasa mula jam 7 malam dan berbuka pada jam 1 tengahari. Waktu puasa termasuk sekali dengan waktu tidur ye. Jadi korang boleh makan apa saja dari jam 2 petang hingga 6 petang dan sambung puasa pada 7 malam. 

Cara pemakanan ketika IF ?
Dalam masa berpuasa HANYA DIBENARKAN minum air kosong tidak kisah air suam atau air ais, teh hijau (green tea) dan kopi asli tanpa gula. Jenis makanan ketika IF tidak ada yang specific. Korang boleh amalkan konsep suku suku separuh atau eat clean. Selain itu, ada juga yang mengamalkan diet Atkins dan Keto untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Konsep pemakanan terpulang kepada individu. Yang penting lupakan makanan yang mengandungi gula.

Assorted Sliced Fruits in White Ceramic Bowl

Kebaikan dan kelebihan mengamalkan IF ?
Sebenarnya, semua orang tahu berpuasa memang digalakkan oleh kebanyakkan agama dan juga pakar perubatan. Ia sangat membantu dalam beberapa perkara:-
  • mengurangkan berat (tanpa memusnahkan otot)
  • mengoptimakan kesihatan
  • mengelakkan daripenyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
  • melawan penyakit dan mengembalikan keadaan fisiolagi kepada normal (detoksifikasi)
  • mengawal emosi dan psikologi
  • memulihkan sel-sel badan yang telah rosak
Ada beberapa sistem IF yang boleh korang cuba antaranya:-
  1. 16:8 dan 18:6 (Leangains)
  2. 20:4 (Warrior diet) 
  3. OMAD (One Meal A Day)
  4. Extendad Fasting
Kalau ikut pembacaan Liez, untuk permulaan korang yang nak cuba IF boleh bermula dengan 16:8. Bila korang dan serasi dan rasa selesa boleh cuba 18:6 dan seterusnya mengikut penerimaan badan korang. IF adalah puasa yang mudah sebab ia mengikut masa korang sendiri. Jadi waktu yang sesuai untuk korang bermula ialah sebelum jam 7 malam. Dah faham tak? Dan sebenarnya, makin lama jangka masa kita berpuasa lebih banyak dan cepat pembakaran lemak berlaku.



A. Siapa yang boleh mengamalkan IF TANPA nasihat doktor?
  • Lelaki dan wanita  yang sihat yang tidak mempunya penyakit kronik.
  • berusia 16 tahun ke atas
  • tidak pernah membuat pembedahan Bariatric Surgery atau Gastrik Bypass
B. Siapa yang boleh mengamalkan IF DENGAN nasihat doktor? 
  • yang mempunyai penyakit kronik  seperti Diabetes Mellitus Type 2, penyakit tekanan Darah Tinggi, masalah Jantung dan sistem Kardiovaskular, serta Kanser atau Tumor.
  • yang mempunyai penyakit berjangkit dan memerlukan rawatan perubatan secara aturan seperti Tuberculosis, AIDS, Hepatitis, Penyakit Kelamin seperti Sifilis atau Gonorrhea, dan lain lain.
  • Ibu yang mengandung serta ibu yang menyusukan anak kerana boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
C. Siapakah yang TIDAK BOLEH melakukan IF ?
  • yang pernah melakukan pembedahan Gastro Intestinal seperti Bariatric Surgery atau Gastric Bypass
  • Pesakit Diabetes Type 1 – di mana keadaan pankreas merembes terlampau sedikit Insulin atau Insulin yang dihasilkan terlampau lemah, berpuasa akan membahayakan nyawa mereka.
Selain mengamalkan IF, korang juga boleh mempercepatkan menurunan berat badan dengan mengambil cara pemakanan sihat seperti suku suku separuh dan senaman secara konsisten. Liez pernah terbaca ada seorang gadis berjaya turunkan 25 kilo selama 3 bulan mengamalkan IF + eat clean. Tidak lupa juga dia mengamalkan senaman 3 kali seminggu untuk mendapatkan bentuk badan yang fit.



Next entry Liez akan share menu yang sesuai bila melakukan IF dan juga info lebih lanjut tentang sistem IF yang lain. So stay tuned k!

Keputusan dari Liez mencuba IF sangat mengejutkan dan teruja. Selama dua minggu Liez berIF secara on off, Liez dapat rasa badan sangat ringan dan ada pengurangan inchloss. Dan lagi seronok semasa Liez bersama rakan media lain ke Gua Damai untuk mencuba aktiviti masuk gua dan trekking, Liez tidak mengalami kekejangan otot atau sakit kaki semasa dan selepas melakukan aktivit lasak tu. Even sehari selepas itu, Liez tidak mengalami sakit kaki atau badan seperti sebelum ini jika lama berhenti bersenam.

  • Share:

You Might Also Like

24 comments

  1. Alhamdulillah..terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  2. yela...nanti kita buat la...100x dah ibu tazkirah telinga suruh kuruskan badan kita wakkk :(

    ReplyDelete
  3. Nak kurus juga tapi nafsu makan tak boleh dikawal. Sob sob sob.

    ReplyDelete
  4. Haa pencerahan yang cukup jelas. Baru faham. Dalam tak sedar rupanya kinah pernah buat IF ni kak liez cuma tak konsisten. Nak kena mula balik ni

    ReplyDelete
  5. kdg2 buat juga buat tanpa paksaan dulu hehehe. Tak boleh nak paksa sgt, sb takut perut masu angin , babay daim msh bf

    ReplyDelete
  6. Akak,internitten fasting ni tengah famous kan since Lisa surihani share benda ni.Semua berlumba2 nak kurus macam Lisa tu hahaha
    Tapi si Lisa tu memang dari dulu lagi tak pernah gemuk sangat.
    Gemuk kejap je kan lepas beranak rasanya?
    Tapi If Ni mmg bagus.

    ReplyDelete
  7. Tq liez share kat sini tp tak tau la dpt follow ke idak..😅

    ReplyDelete
  8. Ohhh, kak Liez cuba intermittent fasting rupanya. Patutlah Nampak kak Liez asyik kata puasa je. Hehe good luck kak Liez! Bagus dah start amalkan gaya hidup sihat siap trekking ni. Kalau ada Nampak perbuhan, means jenis diet tu serasi la dengan badan kak Liez :)

    ReplyDelete
  9. khai dah cuba buat macam ni. Alhamdulillah berjaya juga. hehhe nak dedahkan rahsia kurus tapi nanti khai kongskan dalam blog. turun juga la XX angka. hahaha kepada kwan2 yang nak cuba tu dipersilakan. tak stress dan tak memudaratkan pun sebab bagus untuk menahan lapar dan nafsu. hehe all the best !

    ReplyDelete
  10. Bestnya kalau boleh buat IF tu. Kita ni sekarang tak la buat kaedah IF. Cuma kdng kurang tang makan nasi je. Selera tak berapa nak ada..

    ReplyDelete
  11. Firstime kita dengan tentang INTERMITTENT FASTING ada juga rupanya yer gaya hidup macam ni hehehe sebab kita ni setiap masa makan jer tak pernah berhenti wakakakaka. Tapi ini juga boleh jadi salah satu diet yang bagus dan mengekalkan kesihatan badan ok nanti kita cuba...

    ReplyDelete
  12. Memang ramai yg amalkan intermittent fasting skrg nie sbb hasilnya sgt luar biasa dan berkesan. Banyak rupanya pantang larang dlm mengamalkan diet nie. Patutlah berkesan dan ramai yg pakai

    ReplyDelete
  13. Kurus badan tak semestinye semata kerana nak cantik. Baik untuk kesihatan wei..I dah try banyak diet tak juga turun. Siap exercise tau. Maybe I should try this one.

    ReplyDelete
  14. Owh first time dengar..nampak macam senang dapat result positif..waktu berlapar pun takde la lama mana pun, lagi pun boleh telan air..nak try ke idok ni er...er..

    ReplyDelete
  15. cara pengambilan makanan yang betul ni. memang bagus lebih-lebih kalau orang tu nak konsisten kurus...kena tahan makan ala puasa tapi confirm tak kelaparan..yg pastinya kena konsisten

    ReplyDelete
  16. oh thanks for sharing this information. I am in the mid of keep fit. I must follow your advice and hopefully I can slim down before the New YEar come.

    ReplyDelete
  17. Sampai habis kite baca gara2 nk tahu tips. Maklumlah badan tengah naik sgt ni. Tak nk turun2. Baru tahu pasal puasa putus2 ni. Heheh. Boleh amalkn ni. Nk slim azam 2019. hahaha

    ReplyDelete
  18. This has been on the news lately, I think most of us can achieve the 12 hours one but more than that will be a bit difficult but I wonder if it really works, maybe I'll try it out myself and see.

    ReplyDelete
  19. Selamat berjaya yang nak kuruskan bada. Bagus kalau buat macam ni, kurus yang tak menyeksakan diri. Kurus tanpa ubat. Nad memang dah kurus, kena naikan berat badan sikit. Kena carilah cara naikkan berat badan ni

    ReplyDelete
  20. InsyaAllah nak mencuba juga IF sebab badan Rawlins dah sampai tahap plato - mendatar je penurunannya disebabkan rutin yang hampir sama selama 6 bulan.

    ReplyDelete
  21. Hehe dekat ofis emi ni ramai betul yang tengah buat intermittence fasting ni. Kita bagi support dari tepi jela.

    ReplyDelete
  22. Sebenarnya kebanyakan orang dewasa seperti ibu, Ayah dan org diet memang makan lambat. Ada kalanya sekali sehari. Sebab tu bila nama keadaan ni dah beri nama iaitu Intermiten Fasting so kita lega la. Hahaha. Sebenarnya melambatkan sarapan pun salah satu cara. Contoh. Last makan malam 7pm. Tidur dan sarapan jam 10am. Sebab lepas bangun tidur kita bersiap dan buat kerja. Jadi, apabila tak makan, badan akan membakar lemak utk hasilkan Tenaga. Lepas tu pemakanan kena la jaga. Gorengan harus dielakkan. Bab pemakanan ruby ikut keto diet. Sebab ruby ada genetik kencing manis. Kena extra care walaupun tak detect sekarang. Haha

    ReplyDelete
  23. Hmmmm.. Balik bercuti ni mmg ingat nk kena diet.. Tapi puasa dlu.. Sebab nak kena ganti puasa dulu. .Byk tinggal.. Lepas nampak hasil nak try IF ni pulak la

    ReplyDelete
  24. Kak ada cara sendiri masa kerja pg sarapan mcm biases,tgri tak mkn dan blk keja ptg baru min,firstly no minum ice

    ReplyDelete