JOM KETAHUI TENTANG INTERMITTENT FASTING (IF) ATAU BERPUASA TERPUTUS | sejak pelakon comel cantik Lisa Surihani berkongsi rahsia beliau menurunkan berat badan dengan Intermittent Fasting (IF) atau berpuasa terputus ni makin ramai yang mencari info mengenainya. Sebenarnya Liez sudah mengetahui tentang IF ini melalui Maksu Liez yang melakukan IF awal tahun ni. Dan Liez sudah cuba IF dan alhamdulillah Liez selesa dan boleh nampak perubahan kepada pola pemakanan Liez dan ada sedikit perubahan pada badan Liez.
INTERMITTENT FASTING (IF) ATAU BERPUASA TERPUTUS
Liez mula sedar untuk mencuba IF bila memikirkan badan sudah mula menampakkan musle-musle lemak yang terbojol kukuh di badan. Memang stress tapi salah sendiri sebab tak kawal pemakanan dan kurang bersenam. Pernah join group diet sihat di Whatsapp tapi makin lama makin malas nak amal. Salah siapa? Diriku meranaaaaaaa...

Apa itu INTERMITTENT FASTING (IF) ?
Intermittent fasting (IF) atau dalam bahasa mudah dipanggil berpuasa terputus atau berselang-seli BUKAN SATU REGIM DIET tetapi ia adalah gaya hidup di mana korang menghadkan pengambilan makanan ke tetingkap masa tertentu pada siang hari. 

Contoh: Pilih masa puasa yang dipilih atau waktu makan yang dikehendaki.
Liez suka buat 18 jam puasa dan masa makan adalah 6 jam. (18:6). Jadi Liez pilih untuk berpuasa mula jam 7 malam dan berbuka pada jam 1 tengahari. Waktu puasa termasuk sekali dengan waktu tidur ye. Jadi korang boleh makan apa saja dari jam 2 petang hingga 6 petang dan sambung puasa pada 7 malam. 

Cara pemakanan ketika IF ?
Dalam masa berpuasa HANYA DIBENARKAN minum air kosong tidak kisah air suam atau air ais, teh hijau (green tea) dan kopi asli tanpa gula. Jenis makanan ketika IF tidak ada yang specific. Korang boleh amalkan konsep suku suku separuh atau eat clean. Selain itu, ada juga yang mengamalkan diet Atkins dan Keto untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Konsep pemakanan terpulang kepada individu. Yang penting lupakan makanan yang mengandungi gula.

Assorted Sliced Fruits in White Ceramic Bowl

Kebaikan dan kelebihan mengamalkan IF ?
Sebenarnya, semua orang tahu berpuasa memang digalakkan oleh kebanyakkan agama dan juga pakar perubatan. Ia sangat membantu dalam beberapa perkara:-
  • mengurangkan berat (tanpa memusnahkan otot)
  • mengoptimakan kesihatan
  • mengelakkan daripenyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
  • melawan penyakit dan mengembalikan keadaan fisiolagi kepada normal (detoksifikasi)
  • mengawal emosi dan psikologi
  • memulihkan sel-sel badan yang telah rosak
Ada beberapa sistem IF yang boleh korang cuba antaranya:-
  1. 16:8 dan 18:6 (Leangains)
  2. 20:4 (Warrior diet) 
  3. OMAD (One Meal A Day)
  4. Extendad Fasting
Kalau ikut pembacaan Liez, untuk permulaan korang yang nak cuba IF boleh bermula dengan 16:8. Bila korang dan serasi dan rasa selesa boleh cuba 18:6 dan seterusnya mengikut penerimaan badan korang. IF adalah puasa yang mudah sebab ia mengikut masa korang sendiri. Jadi waktu yang sesuai untuk korang bermula ialah sebelum jam 7 malam. Dah faham tak? Dan sebenarnya, makin lama jangka masa kita berpuasa lebih banyak dan cepat pembakaran lemak berlaku.



A. Siapa yang boleh mengamalkan IF TANPA nasihat doktor?
  • Lelaki dan wanita  yang sihat yang tidak mempunya penyakit kronik.
  • berusia 16 tahun ke atas
  • tidak pernah membuat pembedahan Bariatric Surgery atau Gastrik Bypass
B. Siapa yang boleh mengamalkan IF DENGAN nasihat doktor? 
  • yang mempunyai penyakit kronik  seperti Diabetes Mellitus Type 2, penyakit tekanan Darah Tinggi, masalah Jantung dan sistem Kardiovaskular, serta Kanser atau Tumor.
  • yang mempunyai penyakit berjangkit dan memerlukan rawatan perubatan secara aturan seperti Tuberculosis, AIDS, Hepatitis, Penyakit Kelamin seperti Sifilis atau Gonorrhea, dan lain lain.
  • Ibu yang mengandung serta ibu yang menyusukan anak kerana boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
C. Siapakah yang TIDAK BOLEH melakukan IF ?
  • yang pernah melakukan pembedahan Gastro Intestinal seperti Bariatric Surgery atau Gastric Bypass
  • Pesakit Diabetes Type 1 – di mana keadaan pankreas merembes terlampau sedikit Insulin atau Insulin yang dihasilkan terlampau lemah, berpuasa akan membahayakan nyawa mereka.
Selain mengamalkan IF, korang juga boleh mempercepatkan menurunan berat badan dengan mengambil cara pemakanan sihat seperti suku suku separuh dan senaman secara konsisten. Liez pernah terbaca ada seorang gadis berjaya turunkan 25 kilo selama 3 bulan mengamalkan IF + eat clean. Tidak lupa juga dia mengamalkan senaman 3 kali seminggu untuk mendapatkan bentuk badan yang fit.



Next entry Liez akan share menu yang sesuai bila melakukan IF dan juga info lebih lanjut tentang sistem IF yang lain. So stay tuned k!

Keputusan dari Liez mencuba IF sangat mengejutkan dan teruja. Selama dua minggu Liez berIF secara on off, Liez dapat rasa badan sangat ringan dan ada pengurangan inchloss. Dan lagi seronok semasa Liez bersama rakan media lain ke Gua Damai untuk mencuba aktiviti masuk gua dan trekking, Liez tidak mengalami kekejangan otot atau sakit kaki semasa dan selepas melakukan aktivit lasak tu. Even sehari selepas itu, Liez tidak mengalami sakit kaki atau badan seperti sebelum ini jika lama berhenti bersenam.