Friday, April 29, 2011

Patut kah !!!

Friday, April 29, 2011 0
Patutkah !!! Xtahu la diaorang  sedar ke atau buat xkisah asalkan bangsa sendiri cukup semua keperluan yang lain xpe dibiarkan. Bukan kah harus adil? Susah nak cakap coz tak baik bersangka buruk.. 
Tapi biasa la hati kita akan berkata-kata walaupun sebenarnya kita dah faham sesangat dengan sifat mereka. Tak pe la ape yang penting kita ikhlas even kita akan menghadapi kesukaran....
 Walaupun terlindung tapi nampak dimata. 
Semoga Allah swt memberkati kehidupan ku dan juga semoga dijauh perasaan buruk sangka ini. Semoga dipermudahkan .. AMINNNNNN
Bekerja Harus Ikhlas - Niat yang baik

Menentu arah kiblat dengan Piring Astro Aje....

Friday, April 29, 2011 0
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi. 
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. 
"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat. 
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.  
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. 
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya 
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini. 
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.. 
Wallahualam....



Tuesday, April 26, 2011

Our Hero Malaya .....

Tuesday, April 26, 2011 0
Saje je nak cite pasal our new Hero Malaya. Putih mulus kulitnya.. Cantik mata memandang. Penjagaan pun harus lebih la coz kulit yang putih itu. Me yang selalu bawak pagi2 nak ke pejabat. 
Our New Hero malaya with new "shoes"
Ini adalah Hero Malaya kami yang pertama kami tapi no longer with us coz telah dijual sebelum My Dearie bekerja di Dubai setahun. Sayang kat kereta nie coz first car kan...
Our First Hero malaya

Monday, April 25, 2011

Good Luck to Us !!!

Monday, April 25, 2011 0
Assalamualaikum,
Starting from today, Me and Dearie sudah melancarkan operasi menguruskan badan. Ye la coz memasing mula menunjukan peningkatan yang ketara. hahaha.. insyallah boleh nye.. i just nak buat for 1 month and lepas tu maintain la..
So kena try buat Food diary la..nak memantau pemakanan.. To my Dearie harus ye..kita kena lawan itu couple Anip and Wani.. hahaha
So good luck to US ya !!!!
Lihat la kaki dan peha ku yang ramping itu...

Pstt: Target nak dapat kan balik berat ketika nak kahwin dulu...

Saturday, April 23, 2011

Song of the Day .....Indonesia Donkkkk!!!

Saturday, April 23, 2011 0

Assalamualaikum,
Selamat hari sabtu yang indah but not really indah for me coz kena kerja... Memang stress coz hari sabtu kena kerja.. Tapi hari ini layan giler lagu dari Yovie dan Nuno judul Manusia Biasa.. Lirik nya pun simple giler..Music nya pun senang bangat !!! Ahak layan ok ....


masih ku ingat selalu
saat kau berjanji padaku
takkan pernah ada cinta yang lainnya
terasa begitu indah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
tapi semua berbeda
saat kau kenali dirinya
sadarkah dirimu diriku terluka
saat kau sebut namanya

reff:
aku memang manusia biasa
yang tak sempurna dan kadang salah
namun di hatiku hanya satu
cinta untukmu luar biasa

andaikan saja kau tahu
aku takkan mudah berubah
aku kan bertahan selalu bertahan
sampai waktu memanggilku

repeat reff

kemanakah dirimu yang dulu cinta aku
dimanakah dirimu yang selalu merindukanku

repeat reff [2x]

namun di hatiku hanya satu
cinta untukmu luar biasa
cinta untukmu luar biasa

Friday, April 22, 2011

Friday, April 22, 2011 0
Hargailah isteri anda...... 
Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,
suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri 
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.  
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. 
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,   
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak....  
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
  
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,   
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
   
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
   
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
   
Kata nak pahala lebih…
   

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. 
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?  
 

Marilah kita pegang kepada tali Allah. 
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam,   dia tak dapat masuk Syurga tapi  

Allah beri kelonggaran seksa kubur.   
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
  
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan  
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua.  .
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him. 

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini: 
"Laa ilaaha illallah!" x 10 







My Target Sales this year !!!!!

Friday, April 22, 2011 0
Assalamualaikum semua,
Today mood kerja ok. Alhamdulillah takde yang mengganggu perjalanan kerja hari ini. Hari ini just nak kongsi about my work sikit.. Im working as Sales Executive in Hospitality Sector. Dah setahun lebih dekat sini. Alhamdulillah ok keje kat sini. Gain experiece. And enjoyed la kerja in tourism nie. Before this pernah bekerja  dengan travel agency. Lagi banyak experience me dapat. Yang bestnya, im studied in Architecture tapi kerja ke LAUTTTTTT!!!!!!! jauh dari apa yang penah me belajar dulu. Tapi takpe macam oarang slalu cakap, tambah pengalaman kan .....
Last 2 days dapat email pasal staffs punya target sales for this year. Sedih tul my sales for January and February memang xsampai la kot but March alhamduillah dapat lebih lagi.
April punya lebih dari target 60K
Just bulan May je nak kena kerje keras sikit coz rasa macam tak kena je target tue... Insyallah. AMINNNN


Thursday, April 21, 2011

Panas Hati ini !!!!!

Thursday, April 21, 2011 0
Astagfirullahhalazimmmm...
Memang mengucap panjang la... Geram sampai shaking satu badan.  Geram kat boss satu company nie..tau lawak bayo tapi fikir la sikit. nak tahu number lot villa sekarang maner boleh. Check in 30th April sibuk nak tahu sekarang. Bertekak and rasa macam nak tarik je rambut dia,padahal dia lelaki... Arrghhhhh geram tul hati pun terbakar nie. Explain banyak kali tapi nak jugak ikut otak dia..Ingat compony bapak hang punya ka??!! (Sorry my Die Hard fan>>>emo sikit)
Sampai lunch pun makan roti bakar je coz hati nie terbakar lagi..Selamat la coz nak kejar sales bulan nie..klau tidak g blah la...huhuhuhu geram nie...
Dont you ever pull my tail ok !!!! (mcm penah dgr tak ayat tu??)

Wednesday, April 20, 2011

Info Lelaki: Perawatan Wajah Untuk Lelaki

Wednesday, April 20, 2011 0
Kesihatan kulit bukan hanya untuk kaum Hawa saja. Kaum Adam pun perlu pentingkan kesihatan kulit wajah dan badan. Tapi kini makin ramai kaum Adam menyedari untuk merawat kulit dan wajah mereka. Kulit kaum lelaki lebih kasar dan berminyak. Jadi perawatan nya juga berlainan dengan kaum wanita. Petua di bawah boleh membantu anda:


KULIT BERJERAWAT
Bahan- Bahan:
* Buah Belimbing buluh (1 biji)
* Air Garam (5 Sudu makan)
Cara-Cara:
- Cuci buah belimbing sampai bersih dan kisar atau ramas hingga lumat. Selepas itu campur bersama air garam tadi. 
- Sapukan pada wajah yang berjerawat 3 kali seminggu


KULIT BERMINYAK
Bahan- Bahan:
* Buah Anggur (5 biji)
* Lemon (3 hirisan nipis)
* Putih Telur (1 Sudu teh)
Cara-Cara:
- Cuci anggur dan lemon sampai bersih dan kisar atau ramas hingga lumat. Selepas itu campur bersama putih telur tadi.
- Sapukan pada wajah sebagai masker (selama 20 minit) kemudian cuci dengan air suam.


      <<<Sumber dari Majalah Nona Mei 2011 (Edisi Hari Ibu)>>>

My Dearie yang pemalu ...ahak !!!!

Wednesday, April 20, 2011 0


Hahahah ader kejadian kelakar nak story tau. Last nite tengok drama Gulai Labu Ikan Masin lakonan Mustafa Kamal and Dian P.Ramlee.Cerita kekeluargaan tapi ader la kat last2 part Mustafa Kamal jatuh hati pada Dian P.Ramlee padahal Mustafa Kamal nak meminang anak Dian P.Ramlee.(xtau nama pelakn baru tue). Ada la part2 yang jeleng2 to each other tapi my Dearie leh malu tutup muka dengan kusyen kecik. Bila me tanyer dia kata dia malu tengok babak macam tue. Hahhaahahah kelakar la cayang nie. Tapi for me pun penah gak lalui detik2 macam tue bila tengok movie ke drama ke bila babak2 yang romantik2 nie mula la ghostbump and malu. Padahal cerita je kan tapi malu nye macam melaluinya sendiri..
Tapi ape2 pun memang klakar tengok my Dearie tutup muka then gelak2....
Eceh Eceh... Malu malu ye....
So cute la cayang nie !!!!

Food Tracker: Bob Burger

Wednesday, April 20, 2011 0
Ok, today nak perkenalkan the best burger i ever ate. Memang terbaik. Actually dah makan banyak kali tapi baru sekarang nak masuk dalm blog. And last night, me asked my Dearie nak after Maghrib terus shoot ke sana.
I knew about Bob Burger dari 1 of my friend tweet about this stall. She so crazy about foods tapi xgemuk pun...Heran tuii!!!! Ok! Ok back to the story ye..
Bob memulakan bisnes nya di depan rumah nya sahaja. Bagus kan? jimat duit sewa klau nak bukak kat tempat lain. Tapi im not sure dia ader apply lesen perniagaan ke tak? hihihi nanti nak suruh my Dearie tanye masa next visit la...hahahah. There is so many type of burger and Hotdog and also Roti John dia buat. Nak tahu ape menunya boleh la tengok picture di bawah.
Menu Board
Prosperity Limb Tiesto + Rabbit Special Cheese

Little John Hot Dog Special Cheese

BangsarBabe Beef Double Cheese Special ** Banjo Style

Hot Dog King Triple Special

Prosperity Lamb Tiesto Special

Single Chicken Cheese

Rabbit Special Cheese

Prosperity Lamb Cheese
Lamb Tiesto nie sebenarnya daging kambing dan menggunakan bun burger yang panjang.

My Dearie nya menu semalam - Little John Hot dog Special

My Dinner - Rabbit Double Special
For your info, the best thing about Burger Bob nie dia menggunakan Olive oil ketika menggoreng. And dia buat black pepper sauce sendiri. Itu yang buat dia Double Triple Sedap!!!! Yang penting, dijamin bersih. Bob jugak menyediakan tempat duduk pada pelanggan if they want to eat there. Tempat dia happening jugak la coz orang memang ramai. Last nite we all pergi and bernasib baik coz tak de orang lain dekat situ. So cepat la our order siap. Actually masa first try burger bob memang lama la coz orang ramai and bob buat burger sikit2 coz nak menjaga quality burger nya. 
Yang melazatkan lagi burger bob nie,  di akhir pembikinan burgernya akan dilrtakkan kan bawang besar yang di saute dengan butter and juga Worchester Sauce. Itu pun menaikkan selera masa menunggu burger itu siap.
There is a few type of burgers yang bob offer. Ada Limbo And Tiesto, Bangsarbabe, Rabbit, Hotdog and also Little John. Wait the different ?? Kasi cuba la dulu k !! then comment here...
Bob always nak improve his recipes so tak rugi cuba k. And ader new food yang dia letakkan,  Nasi Lemak yang disediakan oleh Ibunya. Boleh tahan sedap jugak.!! Sambal dia kasi asing ...
Nasi Lemak Bob
Location: 5, Jalan AU 5C/1, Taman Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Call: 013-640 2237
Facebook: Bob Burger
Operation One: 4pm - 5am everyday kecuali Public Holiday


Pssttt: Delivery service also available area sekitar sahaja dan ada charge penghantaran. 

Tuesday, April 19, 2011

Food Tracker: Restoran Simpang Tiga

Tuesday, April 19, 2011 0
First time datang ke restoran nie and ingat foods yang dihidangkan ala kampung tapi actually Padang Foods. Tapi nama kedai macam nama kampung kan??? 
Bila masuk ke dalam kedai, memang cantik la interior nya, Modern contemporary.Memang cantik dan selesa. Untuk lebih informasi, can add them Restoran Simpang Tiga
Interior Dalaman
Location: D-G, Green Town Square, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450, Ipoh, Perak
Food Style: Restaurant
Menu: Padang cuisine.
2 of the beverages






Antara makanan-makanan yang terdapat di Restoran Simpang Tiga. So ape lagi, sesapa yang berada di Ipoh or akan ke Ipoh, cuba rasa makanan di restoran ini.

Monday, April 18, 2011

My New things in da office

Monday, April 18, 2011 0
Assalamualaikum, syukur alhamdulillah kita masih bernafas lagi hari ini.
Today me puasa so mood macam ada takde je la.Mood nak post blog pun macam rajin tak rajin je. Tapi digagahi juga coz bosan betul hari ini. Today ader new things ku bawa ke ofis. My new lil speaker and also Usb 4 Port Hub.
Robotic Speaker

Usb 4 Hub
Actually memang nak sgt cari mini speaker nie coz laptop nyer speaker macam tersumbat je bunyinya..kentut pun rasa kuat lagi kot..hakhakhak. And usb hub nie lak coz me menggunakan banyak usb during work. Pendrive nya, iPhone nya, mouse nya macam2 la lagi nak sumbat. tambah lagi speaker tue..Memang xcukup la. Mini speaker beli ngan my Mak Ndak and usb hub tu beli kat Pc Fair yesterday.