20 November 2014

Resepi makanan untuk bayi/kanak-kanak - Nasi Tomato Salmon

2:05 PM 2
Kali ini aku nak sertakan resepi nasi tomato salmon
yang selalu aku buat untuk Qaseh.. Berselera Qaseh makan kata pengasuh dia.
Tapi baru semalam aku rasa betapa sedapnya nasi tomato itu.
 Tetiba teringin nak masak nasi tomato salmon 
untuk family makan. hahahaha.
Dibawah aku sertakan resepi dan cara-cara membuatnya.
Selamat mencuba. Kalau ader yang dah cuba sila comment ye..

Bahan-bahan
Beras yang direndam terlebih dahulu
Isi ikan salmon fresh - di potong dadu
Susu full cream/whipping cream
Bawang merah,putih dan halia di kisar halus
Sebiji tomato - dibuang kulit dan di cincang
Sleri yang dicincang halus
Carrot yang di cincang halus
Tomato sos dalam tin
Himalayan salt
Black papper
Butter
** sukatan ikut masing-masing**

Cara membuatnya:
1) Panas kan periuk dan masuk kan butter. Hingga butter cair
2) kemudian masukkan bahan yang dikisar halus hingga kekuninggan
3) Masukkan isi salmon tadi dan gaul hingga masak.
4) masukkan tomato yang dicincang tadi dengan 3 sudu tomato sos.
Biar hingga mereneh. 
5) Masukkan kan sayur-sayur tadi dan biar hingga semua sebati dan layu.
6) Baru masukkan air dan susu , biarkan hingga mendidih. Kemudian
masukkan beras yang direndam dan dicuci bersih.
7) Perisakan dengan garam dan black papper. 
8) Tunggu hingga nasi masak dan boleh di hidangkan.

** Untuk Qaseh, aku buat biar lebih air. Bukan sampai jadi bubur tadi lembik.
Senang dia nak kunyah.

NASI TOMATO SALMON


SELAMAT MENCUBA


19 November 2014

Resepi makanan untuk bayi/kanak-kanak - Nugget ayam

12:21 PM 0
Rasanya dah lama tak cerita pasal makanan kan.. 
Ishkk ishkkk macam blogger terkenal pulak.
Letak dalam blog pun bukan ader orang yang baca pun kan.. 
Tak pe la untuk diri sendiri je la.
Sejak du amenjak nie aku keje duk mengoggle je resepi untuk Qaseh.
 Ye la hari-hari bagi makan
nasi lembik bosan gak kan dia.. so saje duk google cari resepi breakfast la.
So dapat la satu resepi simple. Nugget ayam. So bolehla bagi pada Qaseh
tanpa rasa bersalah kan.. Dengan riak lagi..hahahaha gurau je.
So aku bentangkan resepi nugget ayam berkhasiat.

Bahan - Bahan
Isi ayam - direbus separuh masak+ dan dikisar hancur
Garam
Lada hitam
Paprika (optional)
Telur
Serbuk bawang putih
4 keping biskut cream cracker

Cara membuatnya.
1) Campur semua bahan kecuali biskut cracker.
2) Isi ayam yang digaul tadi dibentukkan ikut suka hati anda.
3) Biskut tadi dihancurkan. Aku buat sebagai bread crumb.Jimat dan berkhasiat kot
4) Golek-golek kan isi tadi di dalam serbuk biskut tadi.
5) Boleh terus digoreng atau simpan dalam freezer.


NUGGET AYAM