27 March 2019

MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat - Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23

4:24 PM 2
MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat - Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 | Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.

Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.”


“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.


Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”

"Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal.

Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.

Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.

Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang MSSCC, korang boleh layari laman sesawang https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.


Mengenai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.

Projek ini adalah kerjasama antara MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga, Unit Teknikal dan Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri. Lebih 340,000 pelajar telah menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® sejak acara tersebut dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik penyertaan tahun demi tahun.

Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.

Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

19 March 2019

Bufet Ramadhan 2019 - Selera Masakan Authentic Thailand Di Chakri Palace

6:11 PM 24
Bufet Ramadhan 2019 - Selera Masakan Authentic Thailand Di Chakri Palace | Assalamualaikum dan selamat petang. Dah masuk bulan Rejab, kemudian Syaaban ni kira tak berapa lama dah nak sampai bulan ramadhan kan? Kalau korang perasan banyak hotel, restoran dan cafe dah sibuk membuat promosi untuk berbuka puasa. Bila bulan ramadhan, antara menu yang menjadi pilihan adalah masakan kampung kan? Tetapi apa kata sesekali korang tukar selera berbuka puasa dengan menu masakan Thailand yang Liez jamin korang puas hati. Memang kena dengan selera Liez sebab masakan Thailand pedas dan masam.

Bufet Ramadhan 2019  
Selera Masakan Authentic Thailand Di Chakri Palace

Baru-baru ni Liez ditemani Encik Suami menghadiri sesi preview bufet ramadhan di Chakri Palace Skyview Dorsett Hotel Hartamas. 






Sampai di Chakri Palace Skyview, terus terpukau. Wow !! Pemandangan dari rooftop Dorsett Hotel Hartamas ni memang sangat cantik. Nampak keindahan Kuala Lumpur dan Istana Negara yang tersergam indah. Teruja habis~ 





Sekali lagi, Chakri Palace akan menawarkan bufet ramadhan citarasa Thailand juga tempatan dalam promosi "Tantalizing taste of Thailand" yang akan diadakan di Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas, Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL bermula 13 Mei 2019.



Antara menu utama yang dihidnagkan ialah Lamb in Thai green curry, Prawn with butter sauce topped with salted egg, Stir fried Squid with salted egg, Tomyam seafood, Beef with black pepper sauce dan Fish with sweet & spicy sauce. Tidak dilupakan, menu citarasa Malaysia seperti Rendang Tok, Daging masak lemak, Ayam Kapitan dan Nasi Beriani. Serius memang sedap semua menunya, bertambah makan tau, hihihi~












Tidak ketinggalan, pelbagai ulam-ulaman dan kerabu seperti Kerabu Betik, Kerabu Mangga dan makanan pembuka selera kegemaran Liez, Miang Kam, Kam”, Samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles dan banyak lagi. Turut dihidangkan secara LIVE di gerai pilihan iaitu sate ayam dan daging, ikan bakar dan Tomyam yang akan menaikan selera.








Liez juga suka dengan hidangan pemanis mulutnya iaitu Red Rubies waterchestnut. Segar selepas minum dengan rasa lemak manis santan, hirisan buah nangka dan ketulan waterchestnut yang ranggup. Memang wajib rasa. Selain itu ada Thai mango sticky rice dan beberapa jenis kuih-muih melayu, bubur jagung & pisang.













Bufet ramadhan untuk Istana Chakri Imperial KLCC dan Istana Chakri Pavilion akan bermula 9 Mei 2019 dari jam 7 petang ke atas. 3 menu utama akan bertukar sepanjang bulan ramadhan ini.

CHAKRI PALACE SKYVIEW 
DORSETT HOTEL HARTAMAS
RM128++ (dewasa)
RM64++ (kanak-kanak & warga tua)
FREE untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah

CHAKRI IMPERIAL KLCC
RM108.80++ (dewasa)
RM54.40++ (kanak-kanak & warga tua)
FREE untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah

ISTANA CHAKRI PAVILION
RM98.80++ (dewasa)
RM49.40++ (kanak-kanak & warga tua)
FREE untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah

Istimewa untuk tempahan awal sebelum 9 Mei
Muat turun aplikasi Chakri dan nikmati potongan harga diskaun 20% (minimum 4 orang).

CHAKRI PALACE SKYVIEW @ RM102.40++ (dewasa)
CHAKRI IMPERIAL KLCCRM87++ (dewasa)
 ISTANA CHAKRI PAVILIONRM79++ (dewasa)

Untuk keterangan lebih lanjut dan tempahan, boleh hubungi nombor sepeti dibawah:

Dorsett Hotel Hartamas 
Tel: 03 26021031  

KLCC 
Tel: 03 23827788  

Pavilion
Tel: 03 21431141
HP: 016 2277182

Email: marketing@chakri.com.my 

15 March 2019

Bufet Ramadhan 2019 - Restoran Riverside Bertemakan Citarasa Warisan

11:44 AM 9
BUFET RAMADHAN 2019- DI RESTORAN RIVERSIDE BERTEMAKAN CITARASA WARISAN | pejam celik pejam celik dah hampir kita menemui bulan ramadhan kurang dari 2 bulan. Puasa tahun lepas yang ditinggalkan dah ganti ke belum ni? Liez ada lagi beberapa hari yang perlu diganti. Dua hari yang lepas, Liez di jemput oleh pihak Putra World Trade Center (PWTC) bersama-sama dengan sahabat-sahabat media yang lain untuk merasai review bufet ramadhan bertemakan Citarasa Warisan.

BUFET RAMADHAN 2019 RESTORAN RIVERSIDE PWTC BERTEMAKAN CITARASA WARISAN

Promosi bufet ramadhan 2019 oleh Restoran PWTC kali ini menawarkan lebih 250 jenis juadah sepanjang bulan puasa bermula dari 8 Mei hingga 3 Jun 2019 dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Semua menu istimewa ini disediakan oleh pasukan chef yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih dan akan bertukar setiap minggu untuk memastikan pengunjung tidak jemu dengan hidangan yang dihidangkan. 



Antara menu yang dihidangkan ialah Ayam Kampung Kerisik dan betik muda, Ayam gulai minang dan daun salam, Kambing masak kari utara, Ikan pari asam pedas sayur jeruk, Ikan Patin tempoyak dengan timun tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri masak kari hijau dengan terung telunjuk, Siput sedut masak lemak kuning, Pegaga dan daun kaduk serta Daging dan paru kari kawah.





Istimewanya terdapat 'Carving Station' yang menyediakan kambing panggang beserta dengan sos lada hitam, sos cendawan dan sos mint yang akan menjadi tumpuan ramai.




Ada juga berbagai variasi 13 jenis ulam-ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing,13 jenis kerabu serta kambing goreng berempah, fries crab salted egg and oats.



Tak lupa juga ada kaunter bufet pilihan Liez iaitu hidangan manisan dan pemanis mulut. Ada 8 jenis kuih muih melayu, 5 jenis kek ,4 jenis pai, aneka jeli, mousse & pudding, 3 jenis bubur manis, aneka biskut melayu dan banyak lagi. 


Bila bulan ramadhan, pelbagai jenis air yang ditawarkan iaitu warung minuman sejuk dan panas, air tebu,air mata kucing, air sirap, air barli, ABC, aiskrim,kopi tarik dan teh tarik.



Selain itu Pihak PWTC juga menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga RM98/seorang dan disediakan di dalam dewan khas untuk berbuka puasa, hidangan bufet, sistem audio, ruang solat khas dan juga kadar parkir kereta RM5 bermula dari jam 6 petang.


Harga bufet ramadhan 
Restoran Riverside PWTC
RM88/dewasa, 
RM70/warga emas 
RM45/kanak-kanak (6 hingga 12 tahun). 


Jika tempahan dibuat sekarang hingga 5 Mei, pengunjung berpeluang untuk mendapatkan dengan harga RM75/dewasa. Tempahanbolehdibuat dengan datang terus  ke kaunter tempahandi Aras 2, PWTC atau melalui telefon 03-26146701/6702.  Juga bolehdibuat melalui Fave dan 11street.