BUFET RAMADHAN 2019- DI RESTORAN RIVERSIDE BERTEMAKAN CITARASA WARISAN | pejam celik pejam celik dah hampir kita menemui bulan ramadhan kurang dari 2 bulan. Puasa tahun lepas yang ditinggalkan dah ganti ke belum ni? Liez ada lagi beberapa hari yang perlu diganti. Dua hari yang lepas, Liez di jemput oleh pihak Putra World Trade Center (PWTC) bersama-sama dengan sahabat-sahabat media yang lain untuk merasai review bufet ramadhan bertemakan Citarasa Warisan.
BUFET RAMADHAN 2019 RESTORAN RIVERSIDE PWTC BERTEMAKAN CITARASA WARISAN
Promosi bufet ramadhan 2019 oleh Restoran PWTC kali ini menawarkan lebih 250 jenis juadah sepanjang bulan puasa bermula dari 8 Mei hingga 3 Jun 2019 dari jam 6 petang hingga 10 malam.Semua menu istimewa ini disediakan oleh pasukan chef yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih dan akan bertukar setiap minggu untuk memastikan pengunjung tidak jemu dengan hidangan yang dihidangkan.
Antara menu yang dihidangkan ialah Ayam Kampung Kerisik dan betik muda, Ayam gulai minang dan daun salam, Kambing masak kari utara, Ikan pari asam pedas sayur jeruk, Ikan Patin tempoyak dengan timun tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri masak kari hijau dengan terung telunjuk, Siput sedut masak lemak kuning, Pegaga dan daun kaduk serta Daging dan paru kari kawah.
Istimewanya terdapat 'Carving Station' yang menyediakan kambing panggang beserta dengan sos lada hitam, sos cendawan dan sos mint yang akan menjadi tumpuan ramai.
Ada juga berbagai variasi 13 jenis ulam-ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing,13 jenis kerabu serta kambing goreng berempah, fries crab salted egg and oats.
Tak lupa juga ada kaunter bufet pilihan Liez iaitu hidangan manisan dan pemanis mulut. Ada 8 jenis kuih muih melayu, 5 jenis kek ,4 jenis pai, aneka jeli, mousse & pudding, 3 jenis bubur manis, aneka biskut melayu dan banyak lagi.
Bila bulan ramadhan, pelbagai jenis air yang ditawarkan iaitu warung minuman sejuk dan panas, air tebu,air mata kucing, air sirap, air barli, ABC, aiskrim,kopi tarik dan teh tarik.
Selain itu Pihak PWTC juga menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga RM98/seorang dan disediakan di dalam dewan khas untuk berbuka puasa, hidangan bufet, sistem audio, ruang solat khas dan juga kadar parkir kereta RM5 bermula dari jam 6 petang.
Harga bufet ramadhan
Restoran Riverside PWTC
RM88/dewasa,
RM70/warga emas
RM45/kanak-kanak (6 hingga 12 tahun).
Jika tempahan dibuat sekarang hingga 5 Mei, pengunjung berpeluang untuk mendapatkan dengan harga RM75/dewasa. Tempahanbolehdibuat dengan datang terus ke kaunter tempahandi Aras 2, PWTC atau melalui telefon 03-26146701/6702. Juga bolehdibuat melalui Fave dan 11street.
9 Comments
Meriah menu bufet ramadan dekat pwtc ni haa. Lauk pauk kampung pulak tu. Menggoda nafsu makan sungguh.
ReplyDeletesana sini orang dha start bercerita dan share tentang buffet Ramadhan dah ni.. bagus jugak sebab boleh la tengok apa-apa kelebihan dan menu-menu yang best dekat hotel-hotel dan restoran.. TB tak pernah lagi pi restoran riverside ni.. mesti best kan
ReplyDeleteEh. Murahnya harga bufet ramadan dia. Bawah RM100 ye. Sesuai la nak bawa beramai-ramai nie. NIe boleh la Rawlins beritahu kat boss agar boleh buat majlis berbuka untuk pejabat.
ReplyDeleteMakanan kat sini memang sedap dah la harga sgt berpatutan
ReplyDeleteWah Mrs Liez, promosi buffet Ramadhan sudah bermula.. Semua hidangan nampak sedap.. Harga pun masih berpatutan.. Thank you for the info..
ReplyDeleteAlamakkk masih terngiang-ngiang kesedapan siput sedut masak lomak cili api dengan sotong sambal petai tu. serious mmg sedap betul. Senanglah warga kota nak berbuka puasa nanti. Nak balik rumah lepas habis kerja mesti jalan jammed. Silap2 berbuka dalam kereta. So boleh berbuka di sini nantikan
ReplyDeleteTiap2 tahun memang buffet ramadhan kat sini menjadi pilihan ramai orang. Selain hidangan makanan yang sedap, lokasi dia pun memanh strategik. Sesuai buat ifthar dengan rakan2 sekerja.
ReplyDeletePernah rada masakan kat restoran ni. Boleh tahan jugakmakanan diornag. Pilihan makanan pun banyak.
ReplyDeleteWah..dah sibuk review buffet ramadan nti bln ramadan lglah byk jemputan..sedapnya tgk menu2 dia
ReplyDelete