31 March 2017

30 March 2017

TOLONG JANGAN NAK STALK BLOG ORANG SANGAT

2:33 PM 11


Ishhhkkkk memang tak boleh tahan la bila ada orang -orang yang saja stalk blog kita ... Sibuk je nak tahu tentang perkembangan kita. Nak tahu apa yang kita masak, apa yang kita buat, income apa yang kita dapat... Ishhkkkk memang Liez tak tahan la dengan orang macam nie..

Hihihihi saja je test market...Kalau korang yang jenis suka stalk atau sekodeng blog orang, korang boleh join FB KAMI SUKA TERJAH BLOG insiatif yang dibuat blogger Sis Hawa yang baik hati tu... Siapa Sis Hawa ni ? Ok meh Liez terangkan la ye..
Sis Hawa ni adalah salah sorang blogger , seorang suri rumah dan pandai edit blog tau. Dan baik hati.. Liez pun memang mintak tolong Sis Hawa edit blog Liez yang sendu ni.. Alhamdulillah semalam Sis Hawa ada cakap ada orang berkenan dengan blog Liez. Sebab blog Liez cantik sebab Sis Hawa la........
Even Liez ni dah lama ada blog tapi baru aktif semula last year. Boleh minta advice dari Sis Hawa tau.. Dia tak lokek nak share ilmu yang dia ada. Yang bestnya dia ramah sangat. First Liez message dia dan berborak macam dah kenal lama.. Sapa yang kenal Liez kan, memang Liez jenis yang tak suka bergaul sangat. Tapi bila dengan Sis Hawa memang macam ngan je..

Sis Hawa created FB KAMI SUKA TERJAH BLOG untuk memudahkan para sahabat-sahabat blogger untuk blogwalking blog kawan-kawan yang lain.. Such a brilliant idea kan? Senang untuk kita blogwalking dan komen pada sahabat blogger yang lain... So korang yang nak naikkan traffic dan nak orang klik-klik yang lain boleh join group FB KAMI SUKA TERJAH BLOG

Dan pada korang yang nak edit blog ke, nak buat header ke, watermark ke boleh berhubung terus dengan Sis Hawa melalui FB SIS AWADAH.. Korang pasti puas hati punya...

MENABUNG DENGAN CARA YANG PALING BERKESAN DAN SWEET....

12:09 PM 5
TABUNG QASEH
Sweet tak?? hihihihi Gurau je.. Liez dok tengok +Fhatin Amelia buat entry pasal menabung si hijau dan si oren tu... Teringat pulak cara my lil princess Qaseh.
Pada Liez memang berkesan dan sweet la..Setiap hari without fail, Qaseh akan mintak duit dekat baba dia. Selalunya dia mintak duit kecik la.. maknanya RM1. Tengok la mood dia, klau tak dia mintak sampai RM2... hihihi memang dia akan mintak sebelum kami gerak ke nursery. So duit dia tu, akan dia simpan dalam dashboard kereta... Setiap petang lepas ambik dia dan Niyaz, dia akan bukak dashboard dan check duit tu.. Liez memang tak usik pun.. Bila dah banyak, dia akan bawak balik rumah dan masuk dalam tabung peti pos tu... 
Ada satu lagi cara dia nak dapatkan duit menabung. Setiap kali kami breakfast dekat cafe clubhouse condo kami tu, dia yang akan mintak duit dekat baba dan bayar pada kakak cashier tu. Time ni kena berjaga-jaga la sebab if bagi duit besar dan ada balance yang banyak, dia tahu nak pilih duit besar RM 10 atau RM 20. Dia return pada baba dia duit kecik.... Kita mintak pun memang takkan dapat.. Sebab katanya nak masuk tabung la, nak belanja nenek ABC la...
Haaaa sweet kan ?? Liez hanya simpan duit hijau je buat masa ni. Tapi kadang-kadang bagi jugak duit besar dan masukkan dalam tabung Qaseh tu.. Sebenarnya saja je beli tabung peti pos tue sebab Qaseh suka mintak duit syiling sebelum ni. Nak elak duit tu bertabur dan salah satu cara menabung la kan... Qaseh memang tak bagi orang ambik tabung dia tue, Even Niyaz pun..
Ada sekali, baba dia ambik tabung Qaseh tu secara senyap untuk ambik duit syiling 50 sen. Bawak masuk bilik dan korek senyap-senyap. Sebab nak keringkan baju dekat Self dobi bawah condo je..Banyak jugak duit syiling 50 sen saja dah dekat RM50 tau... Baba dia kata dekat RM1++ jugak la...
Mungkin boleh kita gunakan anak kita untuk kita menabung. Bukan apa, if terdesak boleh la guna, if not simpan je la kan...


29 March 2017

WANGINYA PARFUM BY DHIYA

5:34 PM 9



Liez memang suka bau-bauan ni. Sebelum kawin memang Liez suka beli perfume berjenama dekat SOGO sebab boleh dapat harga yang murah. Even Dearies pun suka betul membeli perfume even collection yang ada tak habis lagi.. So after kahwin dan ada anak nie, kami terpaksa la lupa kan nak beli yang berjenama tue Sebab Liez dah dapat satu sindrom yang bila kali tengok barang harga lebih RM 60 keatas mula la hati berkata " kalau beli pampers dan susu anak lagi bagus. Lepas untuk sebulan". Tu la yang terjadi pada Liez tau... 
Tapi since Liez berkenalan dengan PARFUM BY DHIYA memang buat Liez teruja sangat.. Bukan apa Liez boleh dapatkan wangian inspired dari perfume berjenama dengan harga yang murah. Bau pun tahan sehingga 8 jam. Yang lagi penting, mesra solat. Apa mesra solat tu? Maksudnya boleh dibawa solat dan halal...
Harganya memang berpatutnya untuk 35ml hanya RM 45 sebotol dan 15ml hanya RM25 sebotol. Senang dibawa kemana-mana dan yang penting wangi.


WANGIAN INSPIRED FOR HIM YANG LARIS

WANGIAN INSPIRED FOR HIM YANG LARIS
Kalau kawan-kawan nak dapatkan PARFUM BY DHIYA boleh contact Liez 012-2464170 atau untuk keterangan lebih lanjut boleh terus ke FB ZETY ZAINAL. Kalau korang nak jadi agen atau dropship untuk kawasan korang pun boleh. Sebab Liez rasa benda yang murah dan barang terbaik akan mudah dijual dan mendapat tarikan ramai.. Serius Liez cakap memang PARFUM BY DHIYA memang terbaik..
Jangan malu-malu WA Liez tau klau nak tahu lagi tentang PARFUM BY DHIYA nie...

LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR

2:35 PM 6
1st of all, Tahniah pada pemenang-pemenang LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST... Waaaa jeles Liez tau... Alhamdulillah happy for my blogger friends... 




(27 MARCH - 2 APRIL 2017)

Aduh aduh aduh.... Dia datang lagi!!! Dia datang lagi !!! Kali ini dengan harga yang memang tak boleh Liez nak elak dari klik, klik dan klik... Bila dapat tahu ada LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR je, terus bagitahu Dearie dari stop beli dekat kedai barang-barang keperluan anak-anak dulu. Sebab LAZADA MALAYSIA akan mengadakan LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR yang menawarkan penjimatan harga sampai 85%. Dearie pun excited dan dia pun sibuk usha barang-barang dekat http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/


LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR akan bermula dari 27 March sehingga 2 April dan menawarkan penjimatan dari produk-produk lampin pakai buang seperti HUGGIES, MAMYPOKO dan GOON, product susu fomula seperti LACTOGEN, PEDIASURE dan S26 Wyeth D, pakaian bayi dan kanak-kanak seperti ANAKKU, PONEY dan barangan pendidikan dan mainan kanak-kanak dari FISHER-PRICE dan banyak lagi yang Liez tak habis nak sebut sini.
Senang je korang klik je http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ dan ia akan membawa terus korang terus ruang beli belah dengan harga yang murah dan berbaloi dengan setiap wang yang korang belanjakan... Kalau takda pc atau laptop pun still korang tak boleh lepaskan peluang keemasan ini. Install je applikasi LAZADA MALAYSIA melalui gadget korang seperti hp atau tablet. Mudah kan??? 
Dan yang menarik lagi dan korang harus pantas la ye.. LAZADA MALAYSIA ada juga DAILY FLESH SALE yang menawarkan barangan terbaik dari harga RM 1 hingga ke RM 99. Yang korang harus buat adalah harus peka dengan selalu klik http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/.. Kalau korang leka memang melepas dan berputih mata nanti.



JANGAN LUPA KLIK BANNER NI KALAU NAK BELI BARANG TERBAIK
PADA HARGA SERENDAH RM 1

Jom jawab soalan dari LAZADA:

A. Apakah jenama lampin pakai buang pilihan Liez untuk anak-anak?

Ni Liez jawab sejujur-jujurnya ya... Hihihihi since anak pertama lagi memang Liez guna HUGGIES. Sebab memang serasi, tak pernah kena ruam lampin, harga berpatutan dan senang dipakai. Memang tak pernah tukar pada jenama lain. Masa mengandungkan Qaseh memang Liez takde idea nak beli pampers apa tapi bila pihak hospital Ampang bagi gift dan ada pampers HUGGIES. Liez cuba pakaikan pada Qaseh dan memang dia selesa. Sampai anak kedua pun memang Liez bag pakai HUGGIES.
Dannnnn.... Liez nampak LAZADA ada offer dari LAZADA yang super awesome dan memang super murah. Trust me memang ini super murah tau..


  Huggies Dry Pants L50+4 x 3 Super Jumbo pack  


Offer yang super Awesome sebab Selalu Liez beli RM 36.00 satu pek.. Kalau 3 pek dah RM117 dah tapi LAZADA offer RM 79.90 untuk 3 pek... Mana nak dapat kan...? Ok dah masuk dalam shopping cart

B. Apakah jenama susu pilihan Liez untuk anak-anak?
1 - Bila wean off Qaseh masa umur 2 tahun, Liez cuba bagi Anmum Essential. Memang dia suka. Pun takda masalah sembelit ke, susah buang air ke. Memang dia suka sangat. Liez pun suka memborong sampai 4,5 kotak sekali beli sebab tak nak putus supply kan...


  Anmum Essential Step 3 (1+years) 500g-Original  



2- Bila Qaseh dah makin besar dan bijak, dia suka pula dengan susu Dutch Lady perisa Coklat. So Liez bertukar ke Dutch Lady mengikut kesukaan dia tu..

  DUTCH LADY EXPLORE 2 - 4 CHOCOLATE 900g


C. Pilih satu barang dari LAZADA pilihan Liez untuk anak-anak?
Liez nak dapatkan NaVa DIY Children Slide and Swing with Basketball net for Indoor and Outdoor. Sebab ia sesuai diletak dalam rumah ataupun di luar rumah. Kira tahan lasak la ni.. Dan sebab sekarang cuaca tidak menentu dengan hujan dan panas kan. Selalu anak-anak sibuk ajak turun ke playground. Tapi cuaca tak mengizinkan. Kalau ada NaVa ni confirm anak-anak boleh main dengan happy dalam rumah... Dan harga di LAZADA sangat memukau hati..Less hampir RM100 tau...




Jadi korang jangan pulak buat tak endah je Liez bagitahu pasal LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR ni tau. Bermula dari 27 March sehingga 2 April 2017 dan yang pasti korang tak kan menyesal bila beli barang dengan LAZADA MALAYSIA. Untuk menyenangkan korang boleh klik terus ke http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ dan nikmati penjimatan yang tak akan korang dapat dengan mana-mana kedai online tau. Sekali lagi Liez ingatkan, jangan berlengah lagi sebab tawaran sampai 2 April ini.

Kawan-kawan blogger, jangan lupa sertai LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR CONTEST yang akan tamat pada 2 April 2017. LAZADA MALAYSIA menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi. Semoga rezeki Liez dapat ye.... GOOD LUCK GUYSSSSSS!!!!!!

HADIAH YANG DITAWARKAN
6 Blogger bertuah akan menerima 1 voucher bernilai RM500 setiap satu...

28 March 2017

26 March 2017

THROWBACK : CUTI CUTI DI SABAH

9:16 AM 15
Rindunya nak pergi bercuti lagi dekat Sabah... Dah dua kali Liezpergi. First time masa honeymoon 2010 dan kali kedua dengan family in law dan kawan-kawan mama mertua Liez tahun 2015


BERGAMBAR DEKAT RUMAH TERBALIK TUARAN


TIME NI QASEH NAK MASUK 2 TAHUN


PEMANDANGAN PAGI DI KINABALU PINE

BERGAMBAR DULU SEBELUM GERAK BALIK KK

DEARIE DAN QASEH DEKAT DAIRY FARM

VIEW DARI KINABALU PINE

NIE SEMUA NAMA FEY

25 March 2017

SELAMAT HARI POLIS KE 210

9:20 AM 8

Dah berusia betul Polis Di Raja Malaysia ye... Sudah mencecah 210 tahun... Dah banyak suka duka pahit jerit yang telah mereka lalui.. Kita sendiri dah tahu bermacam jenis perkara yang mereka telah selesaikan.. Sangat berbakti mereka kepada rakyat Malaysia.

Liez sendiri anak dan kakak kepada anggota polis... Ayah Liez dah berkhidmat lebih dari 25 tahun dalam PDRM. Sekarang ketiga-ketiga adik Liez mengikut jejak ayah... Liez je bukan anggota polis sebab mak Liez tak bagi.. Katanya nanti susah nak cuti weekend la..hihihihi biasa la kan klau anak perempuan sorang je...hihihihi


Gambar ni diambil pada tahun 2013, waktu ni tengah mengandungkan Qaseh. Plan nak ambik family foto untuk kenangan sebelum ayah Liez pencen.. Masa ni masih menetap di kuaters polis di Keramat AU3..

   


   
Dari kiri Adik Liez no 2, tgh tu ayah Liez, 
yang sebelah mak adik Liez no 4 dan yg kanan sekali no 3   

Liez nak ucapkan Selamat Hari polis yang ke 210 kepada semua anggota-anggota polis di Malaysia. Berkhidmat selagi boleh walau dicerca dan dihina diatas tanggungjawan yang diberikan pada kalian. Pengorbanana kalian terhadap negara tidak dapat dibalas.. Semoga kalian semua dirahmati  dan dilindungi ALLAH SWT......

Pagi ni, seronok la Qaseh dapat tengok perarakan hari polis di PULAPOL. Dari tengahari semalam Achu dia datang ambik dekat sekolah dan call mlm tadi mintak nak tidur rumah Achu sebab nak tengok kuda katanya...hihihihi 





23 March 2017

HOMEMADE TWISTIES

9:50 AM 20

Ini la rupanya
 Kiri tu memang pedas sikit, tapi yang plain pun sedap
 Ada bloggers yang tanya resepi homemade twisties ni... Meh Liez sharekan.. Liez pun dapat dari kawan-kawan yang share dekat FB...
Boleh buat perasa ikut citasa rasa sendiri. Nak letak nestum saja ke, nak letak cheese ke terpulang... Twisties rekaan sendiri la katakan... 

Bahan - Bahan:
* 1 Bungkus laksa kering - boleh basuh, tos kan dan keringkan bawah cahaya matahari. Make sure betul-betul kering baru boleh goreng.
* Minyak untuk menggoreng - banyaknya macam nak goreng keropok tau

Bahan Perasa untuk plain
Garam bukit - yang warna pink tu tau sebab lebih healthy katanya
Gula perang organic - pun lebih healthy
Serbuk habatussauda
* Sukatan ikut berapa banyak kita buat twisties tu..*

Bahan Perasa untuk pedas
Serbuk kari daging - resepi asal pakai baba's tapi boleh je pakai faiza atau Adabi
Serbuk kari ayam - resepi asal pakai baba's tapi boleh je pakai faiza atau Adabi
Serbuk nestum 
Serbuk cheese - option
serbuk pati ayam - option
Garam bukit 
Gula perang organic 

Cara - cara membuat:
1- Goreng laksa macam goreng keropok. Sampai kembang.
2- Toskan minyak.
3- Bila nak perasakan, campurkan dulu bahan-bahan perasa dalam mangkuk.
4- Masukkan laksa yang dah sejuk tu dalam balang dan tuangkan perasa tadi. Tutup balang dan goyang-goyang inul disitu sampai semua laksa tadi diselaputi perasa. Dan .... dah siap... Senangkannnnnnn

Liez layan jugak yang plain flavor tu sebab ada rasa masin manis tu.. sedap tau...try ye

20 March 2017

BILA DEARIE REQUEST NAK HOMEMADE TWISTIES

12:20 PM 10


Liez ingat takde la yang minat nak makan homemade twisties yang Liez buat untuk anak-anak tu.. Walauapun buat 2 flavour, plain dan pedas. Tapi tup-tup last week, Dearie dah bersuara tanya kalau nak buat twisties tu nak kena beli apa. Opppss terkejut kiteww...
So semalam sambil melayan anak-anak, parents Liez pun ada, adik bongsu dan adik no 3 pun datang rumah dengan wife memasing...Liez buat la projek homemade twisties tu...Macam biasa la klau Niyaz nampak je mama dia masuk dapur dan tutup pagar tu, dia pun mula la merengek nak masuk . Dearie masuk dapur nak continue untuk goreng laksa tu...


18 March 2017

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

4:23 PM 9
KLIK BANNER UNTUK MENGETAHUI SYARAT PENYERTAAN

HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMENANG
PENYERTAAN KURANG 50 PESERTA (10 PEMENANG)
1st Prize: 1 X RM 300
2nd Prize: 3 X RM 200
3rd Prize: 6 X RM 100

PENYERTAAN LEBIH DARI  50 PESERTA (20 PEMENANG)
1st Prize: 1 X RM 500
FR2nd Prize: 7 X RM 250
3rd Prize: 12 X RM 125

PENYERTAAN LEBIH 100 PESERTA (30 PEMENANG)
1st Prize: 1 X RM 800
2nd Prize: 12 X RM 300
3rd Prize: 17 X RM 150

YEAY....LAZADA MALAYSIA akan menyambut ulangtahun ke 5 mereka pada 22 March nanti. Dan yang pastinya, LAZADA MALAYSIA akan menawarkan harga termurah untuk produk-produknya sehingga potongan harga 90%. Bermula pada 22 hingga 24 March nanti. So korang boleh la listkan barang-barang yang korang nak beli nanti ye... Jangan ketinggalan untuk membeli belah nanti ye... Liez memang dah ada listnya.Jom Shopping disini


Siapa tak tahu pasal LAZADA MALAYSIA ??? Ishh ishhh ishhhh.... LAZADA MALAYSIA dah menjadi bualan orang ramai kerana menjadi satu platform membeli belah secara atas talian yang terbaik di Malaysia. Sebut je LAZADA MALAYSIA... dah boleh bayangkan ratusan ribu barang-barang yang ditawarkan dengan harga sangat murah dan kualiti barang-barangnya adalah yang terbaik. Dari produk kecantikan dan kesihatan, perkakasan rumah, telefon bimbit dan tablet, barangan permainan dan penjagaan bayi dan kanak- kanak, fesyen untuk kaum hawa, kaum adam dan juga tidak ketinggalan untuk anak-anak kita. Tidak lupa anda boleh mendapatkan barangan sukan dan kecergasan. Tanpa perlu bergerak keluar dari rumah dan menempuh kesesakan jalan raya dan orang ramai. Hanya dengan KLIK sahaja, LAZADA MALAYSIA akan menghantar barang-barang ke depan pintu rumah anda. Senang kan...

Kita juga boleh membeli barangan berjenama dalam Malaysia dan dari luar negara di LAZADA MALAYSIA tanpa perlu memikirkan kiraan mata wang dan hanya di hujung jari anda. Terdapat juga barangan esklusif hanya terdapat di LAZADA MALAYSIA sahaja. Seronok kan??? Haaaa Sebab itu Liez galakkan anda membeli belah di LAZADA MALAYSIA.

A. Apa yang Liez suka tentang LAZADA MALAYSIA?
Sebab LAZADA MALAYSIA menyediakan perkhidmatan membeli belah secara atas talian terbaik. Senang cakap, untuk orang yang 1st time nak shopping dengan LAZADA MALAYSIA pun boleh buat semudah ABC. Applikasi mudah, senang difahami. Barang-barang dari yang harga ribuan ringgit hingga yang murah semua ada di LAZADA MALAYSIA. Hanya dihujung jari. Tak perlu keluarrumah untuk memberli belah
Ok seriously Liez penah cuba online shopping yang lain. Pernah la sekali dua terkena la. Order barang, payment dah settled tunggu barang tak sampai-sampai.. Bila call atau email untuk check memang makan masa la.. Akhirnya mintak refund sebab barang tak sampai-sampai...
Denga LAZADA MALAYSIA memang Liez mempunyai pengalaman yang sangat best.Barang yang dipesan sampai seperti yang dinyatakan..

B. 3 Produk yang dipilih dari LAZADA MALAYSIA (3 Kegemaran Anda)

1. FABER FISSO 9694/2HP (GR) FREE STANDING COOKER
Dapur ni memang impian Liez sebelum Liez berpindah ke rumah baru. Pasang kabinet dapur pun memang tinggalkan satu area khas untuk kehadiran dapur idaman ini nanti. Tapi masih belum dapat dimiliki kerana belum cukup budget lagi. Semoga tahun hadapan impian dan usaha menyimpan duit untuk mendapatkan dapur ini tercapai.




Dapur Liez sekarang. Belum ada rezeki untuk beli dapur idaman Liez tu.

2. GO PRO HERO 5 BLACK (FREE ESSENTIAL KIT)
Go Pro ni memang klau ada budget Liez nak beli sebab bila ada anak kecik 2 orang ni,agak susah nak bergambar bersama menggunakan telefon bimbit. Kalau gunakan telefon bimbit,mesti berebut dengan anak-anak.. hihihi so klau ada Go Pro ni, dapat bergambar dengan meriah dan senang. Memang tidur dengan senyuman punya.




3. MEDELA SWING MAXI BREAST PUMP + ISA UCHI URBVAN BREAST PUMP BAG WITH ICE CUBE

Last dalam wishlist Liez,breast pump Medela ni. Memang idaman sangat since ada anak pertama lagi. Memang mendapat review dari pengguna Medela yang menyatakan Medela adalah pump terbaik. Liez hanya mampu dengar je bila dapat tahu harganya memang mahal. So Liez hanya mampu dapatkan beli pump jenama Spectra dan Autumnz. 



" Senjata perang " Liez dari tahun 2013
C. PANDANGAN DAN CADANGAN UNTUK MENAMBAH BAIKKAN LAZADA MALAYSIA
LAZADA MALAYSIA sudah memberikan satu servis yang terbaik untuk pembeli-pembelinya. Pastikan kecemerlangan servis itu dikekalkan. Memperkenalkan lebih banyak produk tempatan.Memastikan packging setiap barang untuk memastikan barangan pembeli selamat sampai dengan selamat danberkeadaan baik. Liez tak pernah lagi melalui pengalaman yang pahit denganLAZADA MALAYSIA.. So keep it up LAZADA MALAYSIA!!!!

D. UCAPAN ULANGTAHUN UNTUK LAZADA MALAYSIA
Selamat Ulangtahun yang ke 5 LAZADA MALAYSIA.Semoga LAZADA MALAYSIA terus mengekalkan servis terbaik untuk rakyat Malaysia. Terus menyediakan pilihan barangan yang terbaik dan termurah. Jangan lupa memberikan potongan harga terendah setiap masa ya...hihihi

17 March 2017

SON GOKU MASKOT SUKAN OLIMPIK 2020

7:55 PM 0



Macam comel je kan Son Goku jadi maskot rasmi sukan Olimpik 2020
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah merasmikan maskot-maskot yang bakal menyerikan lagi Sukan Olimpik yang bakal diadakan pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020.


Selain Son Goku, karakter lanun, robot dan adiwira popular dari negara matahariterbit ini bakal menjadi duta Sukan Olimpik 2020. Antara karakter itu ialah Naruto,Luffy, Sin Chan, Pretty Cure, Sailor Moon dan Asytroboy. Mereka juga sudah memulakan promosi dengan mengeluarkan cenderama karakter-karakter kesayangan ramai itu.




LEPAS 3 TAHUN... MEMANG SERAM DAN GERAM...

2:50 PM 4

CASING EXTERNAL NI PUN DAH RABAK...
Last week, Liez pun sibuk mengemas almari baju. Bila buka je almari besar tu, tetiba Liez terpandang satu susuk yang hitam sedang berlindung dibalik baju-baju Liez.. Waktu tu dah pukul 11 malam, Dearie dan Qaseh duk melepak dekat living tengok tv. Liez dalam bilik nak tidur kan Niyaz..Sebab dia demam so asyik meragam je..
Liez berani kan diri untuk tenung dan cuba bergerak untuk sentuh benda tu. Dalam suasana yang samar-samar dengan cahaya bulan ditingkap Liez pun terjah ...
Haaaaaaaa akhirnya ketemu juga dengan  External Harddisk  Liez cari hampir 3 tahun lalu... Ya Allah... macam mana pulak boleh ada dalam almari tu. Sebab Liez yang kemas dari kotak masuk dalam almari semua...
Happy tak terkata la Liez sebab dalam tu ada tersimpan gambar-gambar Qaseh dari baby. Apa lagi terus on laptop nak try bukak mana tau kena virus ke apa ke.. Alhamdulillah sihat gambar-gambar dan documents dalam tu.. Lega rasanya.. 
External tu hilang masa Liez sibuk mengemas untuk pindah dari Ukay Perdana ke Batu Caves. Memang tercari-cari dan teringat aje... Alhamdulillah dah ketemu...

16 March 2017

BLOG LIEZ BERWAJAH BARU ...YEAYYYYY

5:14 PM 19
Blog Liez sebelum di make over... Liez suka jugak macam nie tapi
 nak bertukar pandangan mata nie pulak


Memandangkan Liez ni jenis yang tak pandai nak edit-edit blog so Liez ada jugak mencari if ada blogger yang boleh edit blog ni. Tak lama lepas tu, Liez tengok blog Umi Fuzy bertukar wajah atas hasil tangan Sis Hawa. So Liez pun bermessage la ngan Awa untuk edit blog Liez. Alhamdulillah senang sangat berurusan ngan Awa. Just Liez bagi apa yang Liez nak , if ada contoh lagi bagus kan. Semalam Awa kata dah siap. So bila Liez tengok dengan mata yang blink-blink lagi. Berbunga hati Liez seperti bunga tulip itewwwwww...nie tengok blog sendiri pun rasa hidung kembang kempis je...hahahaha

Awa follow apa yang Liez nak dan alhamdulillah memang kena dengan apa yang Liez nak. Bab tukar sikit-sikit bagi Liez standard la kan. Tapi memang mudah berurusan dengan Awa. Liez suka sangat..

Memang ada la kesukaran nak tukar wajah baru sebab ada certain thing yang nak kena godek-godek lebih sikit. Tapi the last result...WALLLAHHHHHHHHHH AWESOME !!!!!!! Bertambah pula dengan header bunga tulip bunga kegemaran Liez.

Thank Awa diatas hasil tangan yang superb nie.. In Sha Allah nanti klau ada apa-apa yang Liez tak faham Liez tanya Awa tauuu... Maklumla Liez ni buta blog sikit..hahahha... Best berborak dengan Awa rasa macam dah kenal lama tau... Semoga perkenalan kita berkekalan...

So korang yang nak edit blog ke, nak buat header ke boleh contact FB Sis Hawa
Korang boleh usha-usha blog Sis Hawa atau boleh tengok dekat http://rosbirumuda.blogspot.my/.. klau nak tahu lebih lanjut jenis pakej yang ditawarkan. Pasti korang puas hati dengan hasil tangan Sis Hawa...
So korang jangan malu-malu klau nak edit blog tau dengan Sis Hawa.. Lima bintang Liez bagi pada Awa.....

14 March 2017

JUS KURUS KEDING

5:39 PM 5
OK, Siapa azam tahun baru dia nak kurus dan cantik jelita? Baik ngaku cepat. Liez sempat buat hari ahad lepas... Sedap tau
Jom buat jus kurus kering... hihihi actually jus detox. Serius memang sedap...

BAHAN (untuk stok 3 hari):
2 biji green apple
2 biji medium-sized carrot
1 biji navel orange (besar) atau 2 biji limau sunkist
2 inci halia
2 cawan air sejuk

CARA:
Blend semua, takyah tapis sebab dah halus. Dan hampas tu sumber fiber, buat kita kenyang lama sikit. Tambah gula/madu. Gula jangan banyak tau. Nak jadi Cinderella ke Fiona Shrek? Nak jadi Fiona, gula tambah 10 sudu. Madu takpe banyak, tapi guna madu asli je.




ATURAN:
Minum setiap pagi, sebelum sarapan. Kalau ada #gastrik, alas dulu perut dengan makanan ringan seperti roti atau biskut. Lepas minum jus, rehatkan perut, biar proses detox dan pengkurusan berjalan, dan jampi sambil hala lidi kat badan sendiri "Baba thin sheep, kuruslah kau wahai (sebut nama sendiri)." Acah-acah #harrypotter. 14 hari kena jampi, memang kuruslah.

Q&A JUS KURUS:
1. Pregnant dan BF boleh minum?
Boleh. Bagus sangat untuk baby. Dapat best nutrients dan vitamin buah-buah.

2. Pantang boleh minum?
Yes, boleh. Jangan bubuh green apple. Bisa. Guna carrot, halia dan orange saja. Nak jadi cinderella ke mak lampir? Pilih. 

3. Kata boleh minum 3x. Camne tu?
Baik adik, kakak, makcik. Dengan jumlah bahan dan 2 gelas air tu, jus dapat 1 jug kecik. Sehari segelas je minum. Lebihan simpan peti. Jangan letak luar. Nanti rosak. Nak kurus sebab jus ke sebab cirit birit? Pilih. 

4. Berapa kg boleh terbakar? Kenapa 14 hari challenge?
First, bergantung pada umur dan tahap metabolisma badan. Makin kita berumur, makin slow proses pembakaran lemak. Halia membantu tingkatkan tahap metabolisma badan. Jadi lemak cepat terbakar. Apple hijau pun boleh pecahkan lemak. 14 hari challenge untuk mudahkan kita yang baru nak start. Just nice untuk kekalkan konsistensi dan motivasi. Boleh monitor juga berapa kg turun, setiap 7 hari.
Boleh tak jangan belasah nasi lemak 2 pinggan macam saya semalam lepas minum jus kurus? Jadi fiona la selamanya.

5. Saya nak jadi cinderella. Boleh ke?
Jadi mak lampir pun boleh. Teknik saja berbeza. Nak jadi mak lampir kena belajar lepas rambut, mengilai, biar gigi karat, panjat pokok. Nak jadi cinderella, kenalah amalkan jus ni, buatlah workout serba sedikit walaupun sekadar stretching, avoid fast food, oily food.

Selamat jadi #cinderella
Selamat tinggal dunia #fionashrek
Cantikkan diri untuk #suami
Tapi jangan esok lusa kurus keding sampai orang ingat #papankatil

P/S: Oh nanti saya share slimming tea dari pure cinnamon (bukan kayu manis tebal dan keras fake kat rumah tu. Itu dipanggil cassia, kandungan kimia tinggi). Tapi ini kayu manis dari hutan. Makan saja pun dah manis.

BILA NIYAZ TAK SIHAT..

4:50 PM 3
Hari ni dah 2 hari tak pergi kerja coz jaga Niyaz demam since last saturday. Dah bawak pergi klinikhari sabtu lepas tapi still tak baik-baik juga. Last night ke klinik juga dalam pkl 10 malam coz tetiba je terjaga dari tidur dan muntah-muntah. Dan pernafasan dia macam cepat.. Macam semput.. Dan Niyaz pun duk longlai je kat bahu Liez. Terus la bergegas ke klinik Idzham dekat Melawati.
Sampai je tengok ramainya orang tengah menunggu. Dapat pulak nombor 90.. That time baru no 73... Masak menunggu.. Niyaz awal-awal tu dah ok.. Bila lama sikit dah merengek nak susu. Qaseh memang dah tidur masa dalam kereta lagi. Dearie terpaksa la dukung dia... Tak lama lepas tu my parents in law sampai.. Padahal diaorg baru je sampai rumah adik ipar. Bila Dearie called kata dekat klinik coz Niyaz tak sihat, terus diaorang datang. Cucu kesayangan la katakan.. Bila Niyaz nampak atok dia memang dia nak dukung je la..hihihi..
Finally pkl 12.30 pagi baru masuk jumpa doc. Dr Firdaus namanya.. Suka tengok doctoir ni sebab soft spoken sangat.. Bila dia check dan dia tanya nak neb ke sebab ada bunyi kahak dekat lung dia.. Liez pun terus je kata nak.. Memang Liez tak pernah la nak neb kan Qaseh dan Niyaz sebelum ni.. sebab tak serius but this time memang tak sanggup tengok Niyaz tidur dengan nafas bebunyi dan asyik batuk je..
Beberapa saat yang pertama Niyaz macam relax je bila nurse letak neb dekat mulut dia. Tapilepas tu dia meraung la.. Liez pegang tangan dan kaki.. Memang kuat dia meronta.Minta tolong Dearie pegang kepal Niyaz, pun sama dia punya kuat meraung dan meronta tu memang boleh tahan. Dearie tu dah sedih la tengok anak-anak klau meraung macam tu..hihihihi chill baba... anak-anak kita kuat tau.. just Niyaz je tak biasa nak neb ni..


CUBAAN QASEH PUJUK NIYAZ TAK BERJAYA
Lepas je settle neb, we all balik rumah. On the way balik tu, Niyaz batuk dan muntah keluar kahak..Alhamdulillah.. Lega rasanya.Sampai rumah dia dah tido. Tapi tengah malam dia still terjaga 1/2 jam sekali.. Dia nak menyusu..Liez pun dar hari sabtu memang tak boleh tidur sebab dengan tak senang hati dan Niyaz asyik terjaga. Dah bermata panda dah ni.. Pagi nie dia bangun dan poo poo penuh pampers sampai bocor. Bila cuci...haaaa byk giler lendir keluar...lega rasanya bila tengok lendir keluar... Tapi still badan dan kepala Niyaz panas...

NIYAZ MERENGEK JE..

Hope anak mama cepat sembuh... Tak sanggup tengok Niyaz lembik tak bermaya.

MAJLIS AQIQAH NIYAZ PART 02

3:46 PM 2

Kita sambut sekali birthday Niyaz dan Qaseh... Kebetulan ada guest yang hadiahkan birthday cake..so kita potong yang tu je
QASEH DENGAN 1ST YEAR BIRTHDAY PRESENT
NIYAZ DENGAN HIS CAR FOR 1ST YEAR BIRTHDAY

MY BOY, NIYAZ