Wednesday, July 26, 2017

RESEPI: JEJARI UBI KELEDEK BAKAR ( BAKED SWEET POTATO FRIES)

Wednesday, July 26, 2017 11
Menu minum petang yang sihat

Assalamualaikum dan selamat petang. Dah minum petang? Sedapkan kalau petang-petang begini dapat makan pisang goreng, karipap? Kena pulak dengan secangkir kopi atau nescafe panas.. Perghhh bagaikan serasi bersama kan.

Qaseh dan Niyaz suka sangat
Petang ni Liez saja cuba buat Jejari keledek bakar. Bakar hanya menggunakan Kuali ajaib je. Mudah dan cepat, dan yang pastinya makanan sihat. Tambahan pula, bila petang anak-anak minta biskut la kuih la. Lebih baik Liez buat menu sihat macam ini. Dan Liez join geng Makan Sihat ni, memang kena usaha jaga makan. So pada yang nak cuba, boleh intai-intai resepi Liez ye

Bahan-Bahan:
2 biji ubi keledek saiz- dibuang kulit dan potong secara jejari.
Serbuk Paprika
Serbuk lada hitam
Garam bukit
Daun Pasley - cincang halus ( kering atau segar)
Minyak zaiton

Cara - Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan tadi kecuali minyak zaiton.
2. Letakkan keledek tadi di dalam kuali ajaib dan renjis minyak zaiton sedikit.
3. Masak keledek tadi hingga garing dan bertukar warna keperangan.
4. Bila sudah masak boleh dihidangkan dengan sos tomato atau sos cili

Nota:
1. Jejari keledek bakar juga boleh dibakar menggunakan ketuhar. Ia akan menjadi lebih garing.
2. Sebelum dimakan, boleh ditaburkan keju Parmesan diatas jejari keledak yang masih panas.
3. Keledek bakar boleh diamalkan untuk mereka yang dalam prose emenurunkan berat badan tetapi dalam kuantiti segenggam dalam setiap waktu hidangan.


RESEPI: PUDING JAGUNG MUDAH

Wednesday, July 26, 2017 12

Puding Jagung Mudah
Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik Syawal sudah berakhir. Pasti banyak undangan rumah terbuka yang harus dihadiri kan? Atau korang buat open house tahun ni?

Bagi yang mencari juadah pemanis mulut yang ringkas dan sedap boleh mencuba Puding jagung mudah ini. Bahan yang diperlukan juga mudah didapati dan proses membuatnya begitu senang. Masa yang diperuntukan juga tidak lama. Disini Liez kongsikan resepi Puding jagung mudah dan sedap yang boleh korang cuba dirumah nanti.

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan jagung dalam tin (krimer)
1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan susu cair
3 cawan air
3/4 cawan gula
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan- bahan tadi didalam kuali atau periuk.
2. Pasti api dipasang sederhana untuk mengelakkan hangus.
3. Harus sentiasa dikacau untuk mengelakkan bancuhan yang pekat melekat dan hangus dibahagian bawah.
4. Biarkan bancuhan menggelegak dan warna bertukar menjadi jernih.
5. Bancuhan boleh diangkat dan tuangkan ke dalam loyang yang disapukan sedikit minyak untuk mengelakkan melekat.
6. Biarkan sejuk dalam suhu bilik sebekum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
7. Bila sudah sejuk, boleh la dipotong dan dihidangkan

Pastikan bancuhan dikacau untuk mengelak dari melekat

Nota:
1. Tahap kemanisan puding mengikut selera masing-masing.
2. Esen vanilla adalah option.
3. Puding jagung juga boleh diletakkan koktail buah-buahan di dasar loyang.

Tuesday, July 11, 2017

CARA BERKESAN DAN MUDAH MENGHAPUSKAN LIPAS DALAM KERETA

Tuesday, July 11, 2017 6
Anak -anak lipas yang ditemui mati dalam kereta pagi ini

Korang ada mengalami masalah  kehadiran lipas dan anak lipas didalam kereta? Terutama kereta yang ada nak kecil tu. Bila makanan bertabur dalam kereta pasti ada lipas yang bertandang dalam kereta kan?? Liez sendiri melaluinya. Dan Liez dah jumpa cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Keadaan anak-anak lipas mati di bahagian pemandu
Petang semalam Dearie mintak adik Liez yang bongsu turun ke parking area. Katanya nak mintak semburkan racun membunuh lipas dalam kereta. Sebelum tu adik Liez dah cuba guna untuk semburkan di dalam kereta dia. Esok pagi tengok memang berpuluh ekor anak lipas mati bergelimpangan.

Dan pagi ni sebelum Liez bergerak menghantar anak-anak ke Nursery, nampak banyak juga anak lipas yang mati dekat atas kerpet kereta. Berkesan la kan racun ni. So boleh la Liez pergi cari lagi untuk simpan kegunaan dalam kereta dan rumah. Nak kata banyak lipas dalam kereta tu tidak la tapi since anak-anak makan dalam kereta, makanan bertabur atas lantai dan dalam car seat itu yang membuatkan kereta dipenuhi dengan anak lipas. Tapi pelik kan, tak pernah pulak jumpa induk-induknya??? hmmmmm pelik ni..
Fumakilla Vape One Push V

Liez gunakan Fumakilla Vape One Push V . Dengan sekali semburan sahaja bukan sahaja dapat membunuh serangga seperti lipas dan semut tetapi cicak juga boleh terbunuh. Ada juga Liez terbaca, Lipan juga boleh terbunuh. Didatangkan dalam botol yang kecil tetapi kecil kecil cili api. Boleh membunuh even serangga yang tersembunyi dan jimat. Hanya satu semburan sudah boleh menyelesaikan masalah lipas,semut dan cicak dirumah korang.

Cara penggunaan:
1. Dapur: Sembur sekali pada persekitaran. Inshallah semua tidak akan ada paling kurang 2 minggu.
2. Kereta: Sembur sekali dalam kereta dan biarkan semalaman.
3. Bilik: sekali semburan boleh membunuh nyamuk yang bersembunyi di balik langsir dan bawah katil. 
* gunakan seminggu sekali atau bila diperlukan sahaja

Korang boleh dapatkan Fumakilla Vape ini di pasaraya  seperti Speed99, Giant, Tesco , Mydin dan pasaraya berhampiran dalam lingkungan harga RM 10 sebotol.

Friday, July 7, 2017

REVIEW: IBAWAL - TUDUNG BAWAL WANGI #gosokgosokwangi

Friday, July 07, 2017 4




Dalam kerancakan banyaknya pengusaha hijab dan tudung mengeluarkan fesyen tudung terkini, iBawal salah satu jenama tudung yang kian menjadi buah mulut peminat tudung bawal tahun ini. Tudung bawal pertama macam Powerbank. Menarik kan?

IBawal kini mengeluarkan koleksi istimewa iaitu koleksi Soraya 2017 Flora dan Fauna dengan tudung wangi haruman kekal yang diilhamkan dari aroma manis bunga mawar dan tropika dengan #gosokgosokwangi. Koleksi Soraya 2017 Flora dan Fauna memperkenalkan bunga tempatan, tumbuhan-tumbuhan yang unik serta unsur fauna yang unik yang menjadikan tudung iBawal ini memiliki keistimewaan yang tersendiri. Pasti ramai akan tertarik dengan rekaan yang akan menyerlahkan kewanitaan,daya tarikan dan gaya sopan cantik si pemakainya.


  Liez memakai koleksi tudung iBawal

Soraya 2017 Flora dan Fauna tampil dengan 5 koleksi dengan 25 warna pastel dan yang mengikut trend masa kini. Setiap corak yang dihasilkan dengan sentuhan eksklusif dan akan menyerlahkan lagi keindahan coraknya. Antara koleksi Soraya 2017 Flora dan Fauna:

1. Bunga Raya - Bunga kebangsaan kita. Melambangkan kebangaan, rendah diri dan hidup bermasyarakat. Serta mengingatkan kita supaya bersyukur dan tidak mudah lupa asala dan usul


Soraya 2017 - Bunga Raya

2. Batik Bloom - Melambangkan keperincian yang teliti dan penuh kesabaran dalan setiap cantingan batik. Menonjolkan rekaan agung dan indah.


Soraya 2017 - Batik Bloom
3. Merak - Melambangkan bangga diri dan berkeyakinana tinggi.Merak melambangkan wanita yang kuat, cantik dan berani berjuang untuk dirinya


Soraya 2017 - Merak
 4. Orkid - Melambangkan sifat sensitif,eksotik dan menakjubkan. Orkid adalak kecil ayu tetapi menonjol kecantikan dan manja. Halus mulus rupawan tetapi kuat harumannya.


Soraya 2017 - Orkid
 5. Rama - Rama- Melambangkan kecantikan dan terbang bebas hingga di bunga. Bersirikan kesederhanaan dan dan tertarik pada warna yang ceria.


Soraya 2017 - Rama - Rama

Material tudung IBawal adalah Satin Crepe yang mudah dibentuk,tidak panas dan dengan haruman yang menawan dan menambah keterujaan. Didatangkan dengan pek bungkusan yang unik seperti Powerbank sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk yang kelaurga tau sahabat handai.Harga koleksi iBawal Soraya 2017 Flora dan Fauna juga mampu dimiliki dan berbaloi. Untuk mendapatkan koleksi-koleksi dari iBawal dan info lebih lanjut di

Website : www.ibawal.com
Fb page : iBawal
IG page : iBawal

Whatsapp: 017-3199311
Email: sales@ibawal.com