Menu minum petang yang sihat
Assalamualaikum dan selamat petang. Dah minum petang? Sedapkan kalau petang-petang begini dapat makan pisang goreng, karipap? Kena pulak dengan secangkir kopi atau nescafe panas.. Perghhh bagaikan serasi bersama kan.
Qaseh dan Niyaz suka sangat |
Bahan-Bahan:
2 biji ubi keledek saiz- dibuang kulit dan potong secara jejari.
Serbuk Paprika
Serbuk lada hitam
Garam bukit
Daun Pasley - cincang halus ( kering atau segar)
Minyak zaiton
Cara - Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan tadi kecuali minyak zaiton.
2. Letakkan keledek tadi di dalam kuali ajaib dan renjis minyak zaiton sedikit.
3. Masak keledek tadi hingga garing dan bertukar warna keperangan.
4. Bila sudah masak boleh dihidangkan dengan sos tomato atau sos cili
Nota:
1. Jejari keledek bakar juga boleh dibakar menggunakan ketuhar. Ia akan menjadi lebih garing.
2. Sebelum dimakan, boleh ditaburkan keju Parmesan diatas jejari keledak yang masih panas.
3. Keledek bakar boleh diamalkan untuk mereka yang dalam prose emenurunkan berat badan tetapi dalam kuantiti segenggam dalam setiap waktu hidangan.
11 Comments
so good to see kids like it, shall try it when have time
ReplyDeleteTerima kasih untuk resepi ini, boleh cuba nanti ;)
ReplyDeletenmpk pun sedap slalu sy beli dkt ramly hehe
ReplyDeleteNampak pun sedap. Terima kasih share resepi. Nanti boleh cuba.
ReplyDeleteMy colleague made some recently! Thanks for sharing the recipe. Boleh try nanti :)
ReplyDeletenampak sedap je. best ni buat2 lepastu mlm2 lepask depn tv makan ubi keledek
ReplyDeleteboleh masuk dalam list utk kudap kudap anak beranak ni.. thanks for the sharing!
ReplyDeleteSimple dan senang sangat sebab tak pakai tepung. Boleh try ni ☺
ReplyDeletealamak sedapnya nampak. terima kasih kongsi resepi. kena cari keledekla macam ni.
ReplyDeletesedapnya..nk kena cari keledek lepas nii dan nk cuba resepi ni jugak..
ReplyDeleteAlhamdulillah, terjumpa juga entri kali ni mengenai ubi keledek. Bought a few from Cameron Highland, might bake 'em tonight.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my