28 June 2019

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit

8:25 PM 6
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit | Assalamualaikum dan hi korang. Lama betul Liez tak buat review dalamblog ni since bulan puasa hari tu kan? Agak sibuk dengan rumahtangga dan mood nak blogging tu ke laut dalam sangat. So hari ni Liez dah mendarat dengan selamatnya dan nak review satu produk dari Safi Balqis yang korang kena cuba.
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit
Produk yang Liez maksudkan ini ialah Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion yang di formulasikan dan sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa atau tidak suka dengan langkah-langkah penjagaan muka yang banyak. Contoh nya macam Liez la~ hihihi


Liez memang jarang sangat nak ikut step by step penjagaan wajah dari mencuci, sapu penyegar dan sapu pelembap. Arrgghhh rasa renyah sangat ! Bila ada Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni memang memudahkan sangat.

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion yang berfungi 2 Dalam 1 sebagai penyegar dan pelembap yang bukan sahaja melindungi kulit dari sinar radiasi Infrared dan pencemaran udara tetapi sangat membantu melembapkan kulit. 


Fungsi Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion 
  1. Memberikan 2 kali penghidratan dan kesegaran dengan sekali penggunaan.
  2. Meningkatkan rintangan perlindungan kulit dan mengekalkan kelembapan secara optimum sepanjang hari.
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion diformulasi dengan 5 jenis Hyaluronic acid yang membantu dalam penjagaan kulit seharian. Maknanya ia sesuai dipakai setiap hari dan sesuai untuk semua jenis kulit. Macam Liez yang berkulit agak berminyak pun tak rasa bertambah minyak tetapi rasa macam mengurangkan penghasilan minyak

5 jenis Hyaluronic Acid dalam Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion 
  1.  Macro Hyaluronic Acid
  2.  Nano Hyaluronic Acid
  3.  Bio-Hyaluronate
  4.  Oligo-Hyaluronic Acid
  5.  Super Nano Hyaluronic Acid
Kelima -lima Hyaluronic Acid ini mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit pada kulit korang. Memang betul sebablepas korang sapukan pada wajah, cecair tu terus melembutkan kulit dan tak rasa kesan basah dekat jari-jari ni. Selain itu,ia mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE.

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit
Apa pulak Nano Oxygen dan Nano BioWhite tu? Nano Oxygen membantu membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna. Maknanya, bukan sahaja Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion melindungidan melembapkan kulit tetapi bantu pigmentasi kulit korang jadi lebih rata dan cerah. 



Macam mana nak pakai Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion?

Macam Liez katakan awal-awal tadi, ia memang sangat mudah dan tak perlu rutin yang panjang dan renyah. Tuang Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion dengan kuantiti yang sesuai di tangan dan sapukan pada wajah. Dap Dap Dap sekejap dan tadaaaa.... dah siap. Gunakan 2 kali sehari setiap pagi dan malam selepas mandi. Pastikan korang dah cuci muka dari kotoran atau solekan sebelum menggunakan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion.
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion didatngkan dalam botol 100ml dan korang boleh dapatkan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion  di pasaraya atau famasi-farmasi atau boleh tengok di laman web www.safi.com untuk lebih informasi tentang produk ini.

27 June 2019

Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung

12:54 PM 1
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung | Dalam semangat menyambut Hari Raya, Domino's Pizza menambahkan keseronokan balik kampung dengan mengedarkan lebih 1,000 keping piza di KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Para penumpang yang menunggu untuk menaiki bas dan kereta api untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri gembira menerima pizza Domino’s yang lazat untuk berbuka puasa.


Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, “Inisiatif hari ini seiring dengan janji jenama kami, ‘It’s All About You’. Di Domino’s, kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dan musim perayaan adalah peluang yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, apabila mereka memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Hari Raya dengan orang tersayang. Di samping itu, sempena bulan yang penuh berkat ini, kami ingin memberi piza kepada penumpang yang mungkin tidak dapat berbuka puasa kerana perlu bergegas untuk sampai ke destinasi mereka. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan TBS atas sokongan padu mereka dalam memastikan inisiatif ini berjaya.”
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
Suasana di sekitar KTM KL Sentral, Hentian Duta, Hentian Shah Alam dan TBS kelihatan riuh rendah serta dipenuhi keseronokan dan kegembiraan apabila penghantar piza Domino’s tiba untuk menghantar beratus-ratus piza. Pasukan Penghantar Domino’s turut mengedarkan pizza panas kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, memastikan mereka mendapat makanan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan balik kampung. Selain menyediakan piza untuk para penumpang, Domino’s turut memberi piza kepada para pekerja yang bertugas di keempat-empat terminal.

“Kami sangat menghargai titik peluh para pekerja yang bertugas di hab-hab pengangkutan penting ini sepanjang bulan Ramadhan, dan juga semasa musim Hari Raya. Berpegang teguh kepada tradisi Domino’s, kami telah menyumbang piza sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat pasukan-pasukan ini terutamanya semasa tempoh perjalanan yang paling sibuk di negara ini.”
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Domino's Pizza terus mencari inisiatif untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat semasa pelbagai musim perayaan di seluruh negara.

Mengenai Domino’s Pizza 
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 240 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit. 

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.

Pelanggan boleh menghubungi Domino di 1-300-888-333 atau log masuk ke laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka. Untuk maklumat terkini, sila lawati Facebook Domino's Pizza Malaysia di https://www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di https://www.instagram.com/dominosmy/

18 June 2019

Tempahan Penginapan di Kota Bahru Menjadi Mudah Dengan Bagasi.my

2:16 PM 21
Tempahan Penginapan di Kota Bahru Menjadi Mudah Dengan Bagasi.my | Dah lama tak habiskan masa dengan keluarga bercuti-cuti Malaysia. Tambahan bila dah beranak dua ni memang fikir banyak juga la sebab anak yang nombor 2 tu jenis lasak. Agak menduga juga kalau nak bercuti tanpa perancangan yang rapi. Kali terakhir bercuti ke Melaka tahun lepas dan macam-macam dugaan la sebab pergi tanpa dirancang. Bab mencari hotel yang sesuai dengan keluarga dan juga berhampiran dengan tempat-tempat menarik memang perlukan masa sebab nak belek satu-satu info dalam Mr Google ni. Kali ni kami rancang nak ke Kota Bahru, Kelantan

Tempahan Penginapan di Kota Bahru Menjadi Mudah Dengan Bagasi.my
Jangan gusar, klik Bagasi.my untuk info tentang  hotel dan homestay

Liez kalau nak pergi bercuti mesti google banyak info terutama sekali tentang hotel atau homestay yang hendak ditempah. Sebabnya?? Selalunya Liez nak pergi bercuti mesti bawa mak ayah sekali dan juga adik beradik yang lain. Sama juga kalau bercuti dengan keluarga mertua, lagi ramai lagi meriah.Jadi mesti nak cari tempah tidur yang sesuai untuk kami yang ramai anggota keluarga ni. Penat juga nak belek satu-satu website untuk cari informasi TAPI.... Liez dapat semua info-info tentang hotel atau homestay semuanya di Bagasi.my

Mencari hotel atau homestay yang best di sekitar Kota Bahru dah tidak sesusah dulu. Hanya korang klik Bagasi dan tadaaaa....semua tentang hotel dan homestay ada disitu. Informasi yang terdapat di Bagasi.my akan menunjukkan bukan sahaja kelas atau jumlah bintang tetapi akan menunjukkan  beberapa kemudahan, antaranya seperti perhiasan moden, ruang luas, kolam renang, gimnasium, parkir yang besar dan sebagainya. Mudahkan???


Ini 21 Hotel Di Kota Bahru Yang Menarik Untuk Percutian Anda!


Banyak juga hotel dan homestay yang menarik di Kota Bahru ni. Semuanya berada di lokasi yang memudahkan pelancong terutama macam keluarga Liez yang pertama kali sampai di Kelantan. Lagi menarik Bagasi.my akan menunjukan harga termurah dari laman website popular seperti Booking.com dan Agoda.com. Dari hotel kategori 5 bintang seperti The Grand Renai dan Hotel Perdana Kota Bahru hingga hotel 2 bintang yang sangat selesa dan bersih seperti Aam Hotel yang sangat cantik bak rumah sendiri tau. Korang refer >> Bagasi kalau korang rancang nak bercuti ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni.





Hotel Perdana di Bagasi.my
 
Aam Hotel di Bagasi.my

Tempahan juga boleh dibuat terus dengan menekan link di setiap informasi hotel yang diberi. Harga yang tertera adalah yang termurah dalam talian.


Tempahan Penginapan di Kota Bahru Menjadi Mudah Dengan Bagasi.my




Selain korang boleh dapatkan pengetahuan tentang hotel atau homestay, di Bagasi.my juga menyediakan informasi tentang tempat-tempat menarik berhampiran dengan tempat penginapan korang. Antara tempat menarik di Kota Bahru:

1. Pasar Siti Khadijah
2. Kelantan River Cruise
3. Muzium DiRaja Istana Batu
4. Kedai Nasi Kak Wok
5. Kopitiam Kita
6. Menara Jam
7. Menara Rehal
8. Pasar Wakaf Che Yeh
9. Bazaar Tok Guru
10. Pantai Cahaya Bulan
11. Muzium Islam
12. Masjid Sultan Ismail Petra
13. Istana Balai Besar dan banyak lagi...

Korang boleh tengok hotel atau homestay seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak tetapi juga informasi tentang hotel di Haytai yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk bercuti. Liez pun tengah merancang nak ke Hatyai, so just baca di Bagasi.my sebab ada 20 hotel yang boleh usha sebelum membuat tempahan.
  • Website:

Facebook:


Youtube:

13 June 2019

Serius sedih!! Datuk Lee Chong Wei Umum Persaraan

10:30 PM 3
Serius sedih!! Datuk Lee Chong Wei Umum Persaraan | Tanggal 13 Jun 2019, memang sangat menyedihkan bila wira negara dalam sukan badminton telah menyatakan persaraannya selepas 19 tahun mengharumkan nama Malaysia. Serius sedih guys!!!
Gambar: www.teammalaysia.my
Even masa pengumuman dibuat siang tadi pun, LCW tidak dapat menahan sebak. Bukan mudah untuk melepaskan apa yang sudah sebati dengan jiwa LCW. Dan confirm seleuruh rakyat Malaysiamerasakan kesedihan ini.Tapi apakan daya, kesihatan LCW lebih penting kerana ia telah mendapat nasihat dari doktor untuk berehat dan tidak lagi sesuai untuk meneruskan latihan berintensiti tinggi. Risiko untuk kanser itu merebak kembali sangat tinggi jika latihan diteruskan. Berita tentang LCW menghidap kanser hidung peringkat awal pada September 2018 dan mendapat rawatan di Taiwan.




Video: Youtube BeritanasionalRTM rasmi
Gambar: www.bam.org
Dan LCW terpaksa menarik diri dari beberapa kejohanan penting kerana perlu berehat dan meneruskan rawatannya. Dan keputusan persaraan dibuat bila LCW telah mengalami pendarahan selepas melakukan latihan ringan dan ianya sangat merbahaya untuk dirinya.
Gambar: www.kosmo.com










Bagi Liez, LCW sudah cukup berbakti kepada negara kita dan sentiasa menjadi yang pertama dihati rakyat Malaysia. Walaupun persaraan LCW memang sangat menyedihkan untuk kita semua tapi kita perlu memikirkan kesihtan beliau dan berikan sokongan untuk beliau terus menjadi tunggak dalam sukan badminton negara. Mungkin mengjadi orang penting dalam sukan badminton negara. Itupun sudah memadai buat kita. TERIMA KASIH DATUK LEE CHONG WEI.. YOU ARE OUR TRUE HERO!!