Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung

by - 12:54 PM

Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung | Dalam semangat menyambut Hari Raya, Domino's Pizza menambahkan keseronokan balik kampung dengan mengedarkan lebih 1,000 keping piza di KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Para penumpang yang menunggu untuk menaiki bas dan kereta api untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri gembira menerima pizza Domino’s yang lazat untuk berbuka puasa.


Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, “Inisiatif hari ini seiring dengan janji jenama kami, ‘It’s All About You’. Di Domino’s, kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dan musim perayaan adalah peluang yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, apabila mereka memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Hari Raya dengan orang tersayang. Di samping itu, sempena bulan yang penuh berkat ini, kami ingin memberi piza kepada penumpang yang mungkin tidak dapat berbuka puasa kerana perlu bergegas untuk sampai ke destinasi mereka. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan TBS atas sokongan padu mereka dalam memastikan inisiatif ini berjaya.”
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
Suasana di sekitar KTM KL Sentral, Hentian Duta, Hentian Shah Alam dan TBS kelihatan riuh rendah serta dipenuhi keseronokan dan kegembiraan apabila penghantar piza Domino’s tiba untuk menghantar beratus-ratus piza. Pasukan Penghantar Domino’s turut mengedarkan pizza panas kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, memastikan mereka mendapat makanan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan balik kampung. Selain menyediakan piza untuk para penumpang, Domino’s turut memberi piza kepada para pekerja yang bertugas di keempat-empat terminal.

“Kami sangat menghargai titik peluh para pekerja yang bertugas di hab-hab pengangkutan penting ini sepanjang bulan Ramadhan, dan juga semasa musim Hari Raya. Berpegang teguh kepada tradisi Domino’s, kami telah menyumbang piza sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat pasukan-pasukan ini terutamanya semasa tempoh perjalanan yang paling sibuk di negara ini.”
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Domino's Pizza terus mencari inisiatif untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat semasa pelbagai musim perayaan di seluruh negara.

Mengenai Domino’s Pizza 
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 240 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit. 

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.

Pelanggan boleh menghubungi Domino di 1-300-888-333 atau log masuk ke laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka. Untuk maklumat terkini, sila lawati Facebook Domino's Pizza Malaysia di https://www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di https://www.instagram.com/dominosmy/

You May Also Like

1 Comments