Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit | Assalamualaikum dan hi korang. Lama betul Liez tak buat review dalamblog ni since bulan puasa hari tu kan? Agak sibuk dengan rumahtangga dan mood nak blogging tu ke laut dalam sangat. So hari ni Liez dah mendarat dengan selamatnya dan nak review satu produk dari Safi Balqis yang korang kena cuba.
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit |
Produk yang Liez maksudkan ini ialah Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion yang di formulasikan dan sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa atau tidak suka dengan langkah-langkah penjagaan muka yang banyak. Contoh nya macam Liez la~ hihihi
Liez memang jarang sangat nak ikut step by step penjagaan wajah dari mencuci, sapu penyegar dan sapu pelembap. Arrgghhh rasa renyah sangat ! Bila ada Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni memang memudahkan sangat.
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion yang berfungi 2 Dalam 1 sebagai penyegar dan pelembap yang bukan sahaja melindungi kulit dari sinar radiasi Infrared dan pencemaran udara tetapi sangat membantu melembapkan kulit.
Fungsi Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
- Memberikan 2 kali penghidratan dan kesegaran dengan sekali penggunaan.
- Meningkatkan rintangan perlindungan kulit dan mengekalkan kelembapan secara optimum sepanjang hari.
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit |
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion diformulasi dengan 5 jenis Hyaluronic acid yang membantu dalam penjagaan kulit seharian. Maknanya ia sesuai dipakai setiap hari dan sesuai untuk semua jenis kulit. Macam Liez yang berkulit agak berminyak pun tak rasa bertambah minyak tetapi rasa macam mengurangkan penghasilan minyak
5 jenis Hyaluronic Acid dalam Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
- Macro Hyaluronic Acid
- Nano Hyaluronic Acid
- Bio-Hyaluronate
- Oligo-Hyaluronic Acid
- Super Nano Hyaluronic Acid
Kelima -lima Hyaluronic Acid ini mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit pada kulit korang. Memang betul sebablepas korang sapukan pada wajah, cecair tu terus melembutkan kulit dan tak rasa kesan basah dekat jari-jari ni. Selain itu,ia mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE.
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit |
Apa pulak Nano Oxygen dan Nano BioWhite tu? Nano Oxygen membantu membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna. Maknanya, bukan sahaja Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion melindungidan melembapkan kulit tetapi bantu pigmentasi kulit korang jadi lebih rata dan cerah.
Macam mana nak pakai Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion?
Macam Liez katakan awal-awal tadi, ia memang sangat mudah dan tak perlu rutin yang panjang dan renyah. Tuang Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion dengan kuantiti yang sesuai di tangan dan sapukan pada wajah. Dap Dap Dap sekejap dan tadaaaa.... dah siap. Gunakan 2 kali sehari setiap pagi dan malam selepas mandi. Pastikan korang dah cuci muka dari kotoran atau solekan sebelum menggunakan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion.
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Fungsi 2 Dalam 1 Untuk Melindungi Dan Melembapkan Kulit |
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion didatngkan dalam botol 100ml dan korang boleh dapatkan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion di pasaraya atau famasi-farmasi atau boleh tengok di laman web www.safi.com untuk lebih informasi tentang produk ini.
6 Comments
ray x boleh pki safi balqis
ReplyDeleteHarga dia pon murah jadi berbaloi la sebab fungsi dua dalam satu
ReplyDeleteKinah suka safi balqis yang baru ni. Bau dia pun best.
ReplyDeleteMarsha suka guna ni sebab bau dia wangi, tak melekit & 2 in 1...senang bawak travel
ReplyDeletewah penyegar dan pelembap dalam satu.. mmg best ni terasa nak cuba plak
ReplyDeleteSenang bila ada 2 fungsi ni. Nk bawa travel pun senang sangat.
ReplyDelete