Saturday, April 29, 2017

PENGALAMAN MENJALANI PEMBEDAHAN BAHAGIAN 2

Saturday, April 29, 2017 1
Sumber: Google

Selepas doktor mengesahkan terdapat 2 ketulan disebelah kiri payudara, dari rasa gembira kerana benjolan di ketiak bukan sel kanser terus ketakutan yang dua kali ganda rasanya melanda. Memang tak dijangka langsung. Liez buat pemeriksaan sendiri payudara tapi tak perasan langsung ada ketulan itu. Doktor terus set temujanji untuk pemeriksaan sepenuhnya. Temujanji akan dibuat 2 bulan lagi. Hmmmmm memang perasaan takut melanda sepanjang hari sepanjang masa.

Bila tiba hari temujanji, Liez berjumpa dengan doktor dan pemeriksaan dijalankan. Kali ni prosuder pemeriksaan memang agak memalukan.Faham-faham je la ye, tak mau cerita..hihihi
Doktor sarankan untuk Liez datang sebulan sekali untuk pemeriksaan. Untuk pastikan jika ketulan itu membesar,kemungkinan besar itu adalah sel kanser. Tapi doktor suruh Liez tenang dan berdoa. Awal tahun 2010,selepas beberapa kali pemeriksaan. Akhirnya doktor sarankan untuk membuat pembedahan membuang ketulan itu. Dan  pihak hospital akan membuat  ujian keatas ketulan itu untuk mendapat kepastian adalah itu sel kanser atau sebaliknya. Waktu itu Liez bersetuju sahaja.Tak tahu dari mana kekuatan itu datang. Tapi Liez ada bertanya pada doktor tarikhnya kerana Liez akan berkahwin pada bulan Oktober. Terus doktor senyum dan dia berkata " Kita buat lepas awak kahwin ye, nanti kesian dekat suami awak"...Apaaaaaaa??? hihihi Tapi still juga takut sebab bila tunggu lama-lama nanti ketulan itu akan membesar dan merebak. Doktor yakinkan Liez insyallah semuanya akan selamat.

Pada 17 July 2011,Liez kembali ke hospital tapi kali ini ditemani Dearies. Dulu mak yang teman tiap kali ke hospital. Doktor pun setkan tarikh pembedahan dalam masa 3 minggu lagi.  Waktu tu memang takut sangat-sangat. Otak Liez asyik membayangkan pembedahan yang selalu Liez tengok dalam tv. Tambah lagi teruk imaginasi Liez sebab pembedahan payudara. Dearie Liez cuba tenangkan dan katanya semuanya akan baik. Sepanjang menanti hari pembedahan memang hati Liez tak keruan. Macam-macam rasa yang bergaul dalam hati.

Hari yang ditunggu sudah tiba. Sampai sahaja di wad pembedahan kecil, nama Liez sudah pun terpapar dia skrin giliran menunggu untuk masuk. Waaaaaaa waktu tu memang hati Lie macam kuat sangat, tetapada rasa takut tapi Liez masih lagi tenang. Masuk dalam wad, tukar baju dan menunggu nama dipanggil.Ada ramai rupanya yang menunggu ketika itu. Giliran Liez pada pukul 9.30pagi. Selepas menunggu, akhirnya nama Liez dipanggil. Baru la jantung berdenyut laju...... Masuk dalam bilik pembedahan dan Liez nampak beberapa orang doktor dan nurse sudah bersedia menunggu Liez. Liez disuruh baring di atas katil........

Bersambung.....


PENGALAMAN MENJALANI PEMBEDAHAN BAHAGIAN 1

Saturday, April 29, 2017 4
Sebenarnya Liez dah buat entry pasal ni rasanya tahun 2011 tapi Liez nak ulang cerita balik. Pengalaman Liez menjalani pembedahan yang menakutkan ini.

Cerita bermula pada tahun 2008 kalau tak silap Liez. Dah lama Liez perasan ada ketulan pada ketiak sebelah kanan dan akan timbul bila datang period. Tapi Liez buat endah tak endah sebab merasakan benda tu adalah normal. Cuma akan sakit bila datang period. Tapi sebenarnya dah cerita pada Dearie masa tu dia bekerja di Dubai. Dan nak dijadikan cerita, Liez ada dapat email mengenai kanser payudara. Liez baca mengenai simpton-simpton kanser payudara.Selepas membacanya, Liez terus rasa takut dan ia menghantui Liez setiap hari.. Mengenangkan adakah Liez menghidap kanser payudara...? Memang menakutkan.

Liez kuatkan semangat dan akhirnya Liez berani cerita pada mak . Dan mak terus ajak Liez ke HKL untuk buat pemeriksaan. Bila pergi hospital, memang datang satu rasa yang memang tak boleh digambarkan. Takut sangat. Dan pastinya bila menunggu nombor giliran Liez dipanggil, bertambah lah lagi rasa takut itu. Kali pertama jumpa doktor, dah buat pemeriksaan dan Liez terpaksa membuat pemeriksaan 2 bulan sekali untuk mengesan sama ada benjolan itu kanser atau sebaliknya. Tuhan saja yang tahu rasanya.Tapi mak sentiasa bagi semangat untuk Liez kuat, kena hadapi walau sebenarnya ia menyakitkan dan menakutkan.

Sehingga la tahun 2009, Liez dapat temujanji untuk buat Ultrasound. Bila masuk bilik ultrasound tu memang takut. Dengan sejuknya lagi. Liez disuruh menukar pakai dan memakai baju hospital yang berwarna biru tu. Bila sampai turn, Liez dikehendaki baring dan untrasound bermula. Doctor memulakan pada bahagian ketiak kanan yang ada benjolan tu.Selepas beberapa ketika, doktor memberitahu formula-formula yang Liez memang tak faham ayat-ayat kedoktoran ni, akhirnya keluar dari mulut doktor sendiri yang benjolan itu bukan sel kanser. ALLAHUAKBAR..... ALLAH MAHA BESAR... Berlinang air mata Liez waktu tu. Syukur sangat dan hilang rasa ketakutan yang selama ini Liez tanggung.

Kemudian doktor minta kebenaran nak ultrasound kedua belah payudara. Dah alang-alang buat ultrasound so buat sekali pemeriksaan. Tapi kali ni doktor dapat mengesan 2 ketulan pada payudara belah kiri Liez...

Bersambung.....


Friday, April 28, 2017

HANYA RM 999 UNTUK CUTI - CUTI LUAR NEGARA ?

Friday, April 28, 2017 1
Bila cerita pasal bercuti ke luar negara, pastinya korang terbayang harganya yang mahal. Dengan nilai tukaran mata wang kita lagi yang boleh dikatakan rendah kalau dikirakan 5, 6 tahun yang lalu.

Tapi Liez nak bagitahu, TDK TRAVEL AND TOURS SDN BHD adalah agensi perlancongan Buniputera yang telah berdaftar dengan Kementerian Perlancongan Malaysia telah melancarkan pakej-pakej percutian luar negara dengan harga yang murah dan berpatutan. Dengan harga RM 999 seorang, korang boleh melancong ke Medan atau  Bukit Tinggi Indonesia atau Ho Chi Minh atau  Yogjakarta. Sejak dilancarkan awal Januari lalu, permintaan terhadap pakej percutian ini mendapat sambutan yang hangat. Mana tak nya, RM 999 termasuk tiket penerbangan pergi dan balik tau.

Jadi kalau korang ada rancangan ingin bercuti di destinasi-destinasi yang Liez nyatakan tadi, korang boleh hubungi 012-2464170 / 019-2256994 untuk keterangan lanjut

Boleh juga ke FB Percutian Murah Bersama TDK Travel untuk mendapatkan pakej-pakej lain yang pastinya murah dan berbaloi.




CONFIRMED DEPARTURE
4D3N Medan / Padang-Bukit Tinggi /  Ho Chi Minh /  Yogjakarta
RM 999 per person

Departure Date:
05 - 08 Apr 2017 (Closed)
12 - 15 Apr 2017 (Closed)
26 - 29 Apr 2017 (Closed)
10 - 13 May 2017 (a few seats available)
26 - 29 July 2017 
23 - 26 Aug 2017 (a few seats available)
20 - 23 Sept 2017 
18 - 21 Oct 2017
01 - 04 Nov 2017 (a few seats available)
15 - 18 Nov 2017 (a few seats available)
29 Nov - 02 Dec 2017 
13  - 16 Dec 2017
27 - 30 Dec 2017

School Holiday surcharge +RM99/person

First come first serve (Max 25 pax per trip only)
Deposit RM 500/pax

Inclusive of:
 Return flight ticket / Accommodation / Transportation / 
Admission as stated in itinerary / Meals as per itinerary

Exclude of:
Tipping RM40/person except HCM RM90/person
Insurance RM30 / Personal expenses / Luggage (Yogjakarta only)


WAKTU PALING TEPAT DI MALAYSIA

Friday, April 28, 2017 1
Masa itu emas kan? Semua orang tahu kan?
Sila tengok waktu di deskstop komputer korang? Tengok pula jam tangan korang dengan kawan-kawan yang lain, jam pada dinding ofis korang. Mesti waktu berbeza kan? Sebab kita set mengikut waktu disekeliling kita. Kalau Liez suka tengok masa di dekoder ASTRO. hihihihi. Tapi korang nak dapatkan waktu yang tepat?

Sebelum ini, pada 5 Ogos 1992, Kabinet Malaysia telah melantik Institut Meteorologi Malaysia menjadi penjaga masa negara dan bertanggungjawab mengambil alih tanggungjawab yang berkenaan.

1. Menyelengara piawaian selang masa
2. Menubuhankan skala masa atom negara, dan
3. Menubuhankan dan penyelengaraan (UTC) yang ditetapkan oleh Biro Timbang dan sukat Antarabangsa (International Bureau of Weights and Measures)

Skala masa kebangsaan diselengarakan dengan menggunakan 5 buah jam Caesium dengan 2 buah daripadanya berprestasi tinggi dengan menggunakan atom sebagai medium pengira waktu. 5 buah jam atom ini dapat mengesan sebarang keabnormalam atau ketidakstabilan. Sebuah jam akan digunakan sebagai jam rujukan. Skala masa atom Malaysia mendapat pengesahan dari International Atomic Timescale dan boleh digunakan oleh semua rakyat Malaysia



Korang boleh semak di website Sirim di http://mst.sirim.my/Aplikasi ini akan mengira berapa lama delay  talian internet anda dan akan memberi masa yang paling tepat.


Selain itu, anda juga boleh dail nombor 1051. Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak Telekom Malaysia. Anda akan mendengar bunyi beep dan diikuti oleh suara yang menyatakan masa hingga ke saat.

SALAM JUMAAT 1 SYAABAN

Friday, April 28, 2017 4

Kelebihan Bulan Syaaban

Syaaban bererti berpecah. Mengambil sempena peristiwa orang -orang Arab pada ketika itu berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada yang menyatakan Syaaban adalah bermaksud pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan

Bulan yang berada di tengah bulan Rejab dan Ramadan. Bulan yang penuh dengan fadilhat dan keberkatan. Ulama berpendapat, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri kita dari segala cela manakala, Rejab pula bulan kesempatan memohon keampunan dari segala dosa. Ramadhan pula adalah bulan untuk mengubat hati dan jiwa kita.

Sabda RASULLAH SWT:
"Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNYA yang lebih mengetahui"

Baginda terus bersabda:
"Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali" (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

Kepentingan Syaaban
ALLAH SWT mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. ALLAH SWT juga mengurniakan rahmat kepada hambaNYA. Rasulullah SAW bersabda:" ALLAH SWT mengangkat amalan-amalan semua hambaNYA pada bulan ini"

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada ALLAH SWT serta taat dan menahan diri daripada maksiat, ALLAH SWT akan mengampunkan dosa-dosanya dan menyelamatkan dari segala bencana dana dari sakit" " Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak akan mati biarpun semua hati mati ketika itu"

Amalan yang wajar dilakukan ketika Syaaban

Membanyakkan puasa sunat
i. Rasulullah SAW bersabda " Siapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari dipertengahan Syaaban dan tiga hari terakhir Syaaban, makan ALLAH SWT mencatat baginya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti mati syahid"

ii. Jika berpuasa sehari dalam Syaaban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti Nabi Ayub dan Nabi Daud .

iii. Sesiapa berpuasa sebulan Syaaban, dipermudahkan ALLAH SWT kepadanya sakaratulmaut dan ditolak daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan dari huru hara Mungkar dan Nangkir, ditutupkan aibnya di akhirat dan wajib syurga baginya.

iv. Sesiapa berpuasa pada khamis dibulan Syaaban dan akhir Khamis dimasukkan ke syurga. (Hadis Rasullah yang dipetik dari Kitab Al barokah)

v. Dinamakan Syaaban kerna padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan.

Perbanyak kan zikir dan selawat ke atas Rasulallah SAW. Syaaban adalah bulan untuk kita memperbanyakkan bertaubat kepada ALLAH SWT.

Malam Nifsu Syaaban

Malam 15 Syaaban dikenali sebalam Malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat islam sangat disarankan untuk memanfaatkan kerana malam itu penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab. Umat islam islam digalakkan menghidupkan malam itu dengan membaca surah Yassin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib

Dipetik dari:
Mohammad Zaki Husin
Atase Pendidikan, JPM Washington DC

Thursday, April 27, 2017

MAKAN BEST DI IPOH - ZACK KOAY TEOW KERANG

Thursday, April 27, 2017 4

Ini pun salah satu tempat kegemaran Liez makan tiap kali balik Ipoh. Kuey Tiow yang digoreng menggunakan arang kayu. Selalunya peniaga Cina sahaja yang goreng pakai arang kayu kan... Tapi kat Ipoh daya peniaga melayu yang berniaga macam ini.. Ishkkkkk terliur pulak bila menaip pasal ni...hihihihi 


ZACK KOAY TEOW KERANG yang terletak di Taman Razaki ini memang menghidangkan makanan yang bagi Liez sangat sedap. Sebab tu keluarga mertua Liez suka sangat beli dekat Zack Koay Teow kerang ni. Pemilik nya Brader Zack memang sangat ramah dan mesra rakyat. Beliau kenal dengan keluarga mertua Liez.. Nampak tak, memang rajin keluarga mertua selalu makan disana.. Masa majlis perkahwinana Liez tahun 2010 pun abang ipar Liez booking Brader Zack untuk jamu tetamu yang datang. Tak lupa jugak masa perkahwinan adik ipar Liez dan Perak Bar pun mereka panggil Brader Zack untuk dijamu pada majlis hari raya. Haaaaaaaaa nampak kan? Sedap tak sedapnya....




Brader Zack berbaju putih

Zack Koay Teow Kerang memang menghidangkan makanan yang sedap. Semua Koay Teow ke, Mee Goreng ke, Bihun goreng ke memang menepati ciatarasa Liez dan keluarga.  Yang lagi best dia ada letak sekali 3 jenis penyedap rasa. Iaitu cili jeruk, cili kicap dan homemade cili sos... Pergghhhhh yang homemade cili sos tu memang Liez tuang sampai penuh tepi pinggan... Sedap nya ......

 Koay Teow Goreng

  
Mee Goreng

So korang boleh cuba makan dekat ZACK KOAY TEOW KERANG di Taman Razaki Sungai Rokam. Nombor telefon 017-5962756 (Brader Zack)

Liez bagi 5 Bintang

MAKAN BEST DI IPOH - MEE KARI HJ DAUD MAT JASAK

Thursday, April 27, 2017 11

Semalam sempat tengok rancangan Taste Selebriti channel ASTRO 104 pulak. Akmal Nazri (lebih dikenali dengan nama Jibam dalam Oh! My English) rupanya orang Perak. So dia meneroka makanan-makanan kegemaran dia sekitar Ipoh. Memang kalau bab makan nie, Liez berhantu sikit hihihi...

Salah satu tempat makan yang dia suka adalah Mee Kari Hj Daud Mat Jasak. Kalau tekak Liez memang ini tempat best untuk korang kena cuba makanan nya. Dari kali pertama Dearie Liez bawak sebelum kawin sampai sekarang, tiap kali balik Ipoh mulut ni asyik menyebut nak makan Mee Kari Hj Daud Mat Jasak. Alhamdulillah kena pula family in law pun suka juga. Memang dapat punya. hihihi

Yang Jibam pergi tu dekat dalam pekan Ipoh tapi Liez pergi dekat Medan Selera De Mara behampiran Medan Kidd. Nak senang cari Jalan Lahat berhampiran sekolah Anglo Chinese School Ipoh. Boleh nampak medan selera tu tepi jalan sahaja


Liez suka makan bihun/mee/kuewtiaw kicap dengan sup fishball
  
Ni Dearie Liez punya, dia suka makan kari fishball

Cara nak order pun senang. Korang just sebut nak makan mee kicap ke, bihun kicap ke, kuewtiaw kicap dengan fishball sup atau kari. Atau korang nak pilih sendiri fishballnya. Liez memang akan pilih sendiri. Tue yang banyak penuh satu mangkuk. Tambah lagi dengan mee kicap dia, huuuuuuu sedapnyaa.

Waktu operasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Kalau habis awal, tutupnya pun awal la kot..hihihi so korang yang datang ipoh, boleh cuba Mee Kari Haji Daud Mat Jasak 


Rating Liez bagi 5 Bintang !!

Wednesday, April 26, 2017

HARGA SEMASA GAS MEMASAK

Wednesday, April 26, 2017 6


Ingin tahu HARGA tong gas memasak/LPG semasa mengikut saiz silinder???
Berikut adalah HARGA SEMASA bagi gas LPG bersubsidi (tong gas memasak) bagi pengguna (ISI RUMAH) khususnya iaitu 10 kg, 12 kg dan 14 kg. 


Jika berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah, sila kemukakan aduan anda melalui e-aduan di http://eaduan.kpdnkk.gov.my/ atau menerusi aplikasi eZ ADU KPDNKK dan juga boleh hubungi di talian bebas tol 1800-886-800.

#CaringMinistry #KPDNKK #PenggunaBijak#KetahuiHakAnda #HakHakPengguna#KnowYourRight #SmartEnforcement#SmartConsumer #negaraku #hargasemasa #LPG#tonggasmemasak #InfoSemasa




LELAKI THAI MENGANTUNG DIRINYA DAN ANAK BERUSIA 11 BULAN

Wednesday, April 26, 2017 4

Senang cerita, memang Liez sedih bila tengok video yang ditayangkan di FB semalam. Walaupun Liez tengok 10 saat yang pertama pun Liez dah menangis. Sebab Liez tahu pengakgiran jalan ceritanya. Seorang lelaki thai berusia 21 tahun membunuh diri dengan mengantung dirinya dan anak perempuan berusia 11 bulan disebuah hotel tinggal. Lelaki ini dikatakan membuat tayangan LIVE dia dalam FB kerana kecewa dengan isterinya.
Subhanallah... apa yang ada dalam fikiran lelaki ini, Liez tak tahulah. Tidak boleh terbayangkan bagaimana seksanya anak kecik tu digantung...

Semoga ia menjadi panduan untuk kita untuk lebih dekat pada ALLAH SWT. Kerana manusia sekarang sudah kurang sifat kemanusiaan, sifat malu, sifat takut.

Tuesday, April 25, 2017

SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017

Tuesday, April 25, 2017 15

Sapa yang dah beli tiket, angkat tangan ? Liez belum lagi sebab masih menunggu "lampu hijau" dari Dearie. Sepatutnya kami merancang nak balik ke Ipoh selepas hampir 3 bulan tak balik sana. Atok Opah Achor pun asyik tanya Qaseh dan Niyaz bila nak balik Ipoh. Padahal selang 2 minggu gitu, atok opah datang KL duduk rumah Achu. Tapi Liez still jugak prefer balik Ipoh tau.. Seronok sangat bila dapat balik Ipoh.
Ok berbalik pada tajuk asal ni, memang Liez teringin sangat nak join. Sebab sejak  kembali aktif berblogging ni, Liez nak menambahkan ilmu, menambah kawan dan nak juga menambahkan pendapatan sampingan dengan blogging. Mungkin tak banyak tapi lepas la dulu beli pampers anak-anak kan..?? hihihihi

Tunggu update Liez tentang "lampu hijau" Dearie Liez nanti... semoga dapat peluang ni yang datang hanya seahun sekali. Tak pasti tahun depan dapat join ke tak kan... Dengan kehadiran panel -panel yang power seperti Azrizam Mansor (Online Marketer/ Google Adsense expert), Cik Lily Putih (blogger Elite ni), Mahadi Mohamed Arifin (Best Foodie Blogger 2016 lagi) dan juga Dr Wan Yusuf (Content Marketing & SEO Expert) memang meronta-ronta la hati ni nak join

Sapa dah beli ticket angkat tangan ???? Kalau Liez join #SBB2017 tu, ada tak yang nak tegur Liez nanti???


FESTIVAL MAKANAN THAI, BUKIT SENTOSA RAWANG BAHAGIAN 2

Tuesday, April 25, 2017 3
Bila dah cuci mata tengok barangan-barangan yang ditawarkan, terus berjalan laju ke bahagian makanan pula. Memang banyak juga kedai makan. Tapi mostly menjual makanan yang sama.

Thailand kan terkenal dengan tomyam, so kedai- kedai yang menjual makanan semua ada tomyam. Belum lagi yang menjual Kerabu Maggi, Kerabu kaki ayam la. dan seperti yang diberitahu oleh kawan Liez tu, harganya agak mahal berbanding kualiti atau rasa makanan tu.. Tapi sebab degil Liez nak jugak pergikan...hihihi

Nasi Komok - macam nasi briyani thailand

Dearie suruh beli Somtam

 So selepas meronda semua kedai-kedai, baru la decide untuk beli. Liez beli Nasi Komok RM 8. Beli juga kerabu maggi (padahal baru je makan dekat office jumaat lepas) RM 6, Sosej cucuk lidi RM 10/3 batang, nasi air thailand RM 8, kerabu kaki ayam RM 8, Somtam RM 7. Rasanya??? Boleh makan la tapi bukan wow.... Even kerabu maggi dia manis..

 Ada juga sotong goreng

 Ice cream

Kerabu kaki ayam

Overall, tak boleh nak expect makanan dia akan wow. Cukup sekadar boleh makan. 

Ice cream kelapa

Penjual sosej thailand

Penjual laksa, tomyam thailand

Balik rumah terus mandikan Qaseh dan Niyaz. Masing-masing dah bermandikan peluh

Lencun kepala Niyaz

Qaseh kemurungan sebab dia terjatuh dalam lumpur


FESTIVAL MAKANAN THAI, BUKIT SENTOSA RAWANG BAHAGIAN 1

Tuesday, April 25, 2017 5
Hari Sabtu yang lepas, Liez sekeluarga dan jugak adik bongsu serta wifenya balik ke Gapi. Rumah mak dan ayah Liez. Dah lama rasanya tak balik sana. Sebabnya mak dan ayah selalu turun ke rumah Liez setiap hujung minggu. So minggu lepas kami plan balik ke Gapi dan ada plan untuk berjalan di Thai Foos Festival di Bukit Sentosa Rawang.
Hari sebelum pergi ke Thai Food Festival, ada terbaca review kawan di FB. Katanya makanan mahal, tak sedap dan macam-macam lagi. Tapi Liez memang nak pergi jugak sebab dah plan lama nak pergi.
So ahad menjelma, lepas buat sample kuih raya terus bersiap untuk ke Thai Food Festival. Dengan panas yang lit-lit orang utara cakap, kami redahi juga. Kena pulak memang family Liez kaki jalan-jalan.. Jom apa ada hal kan.. Qaseh dan Niyaz pun kena lasak la macam mama kan... Dearie memang dia malas nak join.. Tidur la jawabnya..hihihi


Cuaca sangat terik waktu ni

Festival diadakan di kawasan parkir kereta Masjid As Salam. Senang cakap betul-betul dekat dengan PULAPOL Bukit Sentosa. Parkir memang senang. Kami sampai je terus dapat parkir. Terus semangat ke festival. Selain makanan bercirikan Thailand, terdapat jugak barangan seperti bag tangan wanita, baju kanak-kanak dan dewasa, barangan sukan dan gadget terkini. 


 Salah satu kedai yang menjual kasut

 Kedai menjualpelbagai jenis bag


 Kedai menjual pakaian wanita dan lelaki

Kedai menjual baju kanak - kanak

 Kedai menjual gadget-gadget terkini

Kami tak beli pun just meronda saja. Sebab dah plan nak cari makanan thailand je. Ayah Liez dapat jugak sambar seluar sukan sehelai..

Sambungan......

PENGALAMAN INDAH DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON

Tuesday, April 25, 2017 2
Memang dah lama Liez dan keluarga tidak bercuti beramai-ramai. Seingat dulu keluarga belah mak Liez akan adakan hari keluarga setiap tahun. Lokasi kami bercuti diantaranya Melaka, Cameron Highlands dan Port Dickson. Sebut mengenai Port Dickson, memang dah lama Liez tidak ke sana. Ianya salah satu lokasi yang sangat terkenal dengan pantainya.Lama pun Liez tak ke sana, rindu pula nak lepak-lepak di tepi pantai yang indah. Port Dickson antara tempat tumpuan pelancong yang terkenal di Malaysia terutama bagi warga Selangor dan Kuala Lumpur. Ia juga adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan pelancongan seperti resort-resort yang cantik dan aktiviti-aktiviti pantai yang menarik. Selain pantai, terdapat juga beberapa tempat menarik untuk dilawati di antaranya Muzium Tentera,Ostrich Farm,Cape Rachado dan banyak lagi untuk korang terokai.
Pantai Port Dickson
Cape Rochado


Ostrich Farm
Di samping itu, salah satu sebab kenapa ramai yang suka menghabiskan masa di Port Dickson pada hujung minggu atau short break kerana jarak perjalanannya  yang singkat. Lebih kurang 2 jam ½ sahaja. Tak perlu ke tempat lain untuk menikmati keindahan pantai. Cuma bila cuti berganda atau cuti hari perayaan akan mengambil masa untuk sampai ke sana. Tapi kalau bercuti punya pasal, memang tak dihiraukan pasal kesesakan tue kannnn??? hihihi
Korang boleh mendapatkan harga bilik yang terbaik di Traveloka
Dulu masa kecik-kecik kalau rasa nak mandi laut, Port Dickson lah tempatnya.  Kalau tak dengan mak, ayah dan adik beradik, selalu ikut mak saudara bercuti sama-sama dekat sini. Cuma sekarang ni, banyak juga yang berkata tentang kebersihan pantai di Port Dickson kurang diambilberat oleh pengunjung. So macam agak kecewa la jugak kan tapi sejak Liez tahu pasal Klana Beach Resort Port Dickson on Traveloka, terus rasa macam boleh dah nak datang banyak kali untuk lepak dekat Port Dickdon. Korang akan jatuh cinta dengan keindahan Klana Beach Resort dan pemandangan sekelilingnya. Pertama kali Liez sampai dekat Klana Beach Resort dan macam tak percaya yang Port Dickson mempunyai laut biru nan indah. Serius, memang akan memukau pandang korang bila sampai di Klana Beach Resort.
Pandangan Hadapan Klana Beach Resort
Selain itu, yang lebih menarik adalah tempat penginapan ni merupakan antara hotel patuh syariah yang ada di Malaysia. Ia terletak di Kompleks Baitulhilal dan rasanya ramai yang tahu tempat penginapan ni di bawah seliaan MAINS iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Apa yang korang perlu tahu, ada beberapa peraturan yang pengunjung perlu patuhi.  Macam risau pulak dengar pasal ada peraturan bagai kan??? Jangan risau,bukan peraturan yang melampau tau. Cuma bab pemakaian korang kena jaga. Tak boleh berpakaian menjolok mata atau memakai seluar pendek. Yang bestnya, kolam renang diasingkan untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak. So kalau mak-mak kita yang segan nak mandi di kolam sebelum ni,dekat sini dah tak perlu rasa malu. Pengunjung juga tidak dibenarkan membawa minuman beralkohol atau makanan yang tidak dibenarkan ke dalam kawasan hotel.
Bahagian depan resepsi resort

Antara bilik yang ditawarkan

Ruang cafe di resort

Resort ni hanya mempunyai lebih kurang 80 buah bilik sahaja. Setiap minggu bilik di resort ini akan penuh dengan pengunjung terutama bila cuti sekolah atau cuti perayaan. Kalau korang lambat buat tempahan, memang agak sukar untuk korang nak dapatkan bilik di resort ini. Selain kerana resort mematuhi syariah,kemudahan-kemudahan lain di resort ini sentiasa diselia dengan baik. Kalau dikirakan sudah beberapa tahun resort ini beroperasi tetapi semua peralatan nampak macam baru. Dalam setiap bilik resort ini disediakan peti ais, televisyen dengan siaran astro, wifi, coffee maker, pengering rambut, seterika dan bantal tambahan. Selain itu,juga disediakan naskah Al-quran dalam laci di setiap bilik. Memang terbaik dan memudahkan pengunjung yang datang bermalam disini. 
Mesti bila korang baca nie terfikir adakah hotel ini hanya untuk pengunjung beragama islam sahaja? Semestinya tidak. Pengunjung lain boleh datang menginap di sini. Tiada halangan asalkan mematuhi peraturan – peraturan yang Liez nyatakan tadi. Selain itu,agensi – agensi kerajaan dan swasta juga sering mengadakan program – program secara berkumpulan di resort ini.

Pusat Cerap


Lagi menarik tentang resort ini, Liez sangat menggalakkan korang membawa anak-anak bercuti di resort ini kerana anak-anak boleh menimba ilmu. Kenapa Liez cakap begitu? Sebab di dalam kawasan resort ini juga terletaknya balai cerap yang menempatkan teleskop terbesar di Malaysia. Antara pusat kajian ilmu astronomi yang terunggul di rantau ini. Dan pengunjung boleh melihat sendiri fenomena cerapan cakerawala dan ilmu falak. Seronok kan?
Jangan tunggu lagi, jom cepat book Klana Beach Resort Port Dickson on Traveloka hari ini untuk mendapatkan harga yang sangat berpatutan. Setiap tempahan hanya dihujung jari dan penuhi masa cuti korang dengan bersantai dan bergembira di Klana Beach Resort Port Dickson. Pasti meninggalkan kenangan percutian terbaik korang.

Friday, April 21, 2017

SALAM JUMAAT BARAKAH

Friday, April 21, 2017 8


Jummah Mubarak!! Ya Allah, give me eyes that see the best in people, a heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad, and a soul that never loses faith. Ameen.

Thursday, April 20, 2017

GOPENG WATER RAFTING

Thursday, April 20, 2017 12
Liez dah cuba water rafting dengan family besar Dearie tahun 2012 sebenarnya. Memang seronok dan mencabar la untuk first timer macam Liez nie. Actually ni annual family day family my Dearie. Kami berkumpul lebih dari 30 untuk melawat tanah hak milik adik beradik di Gopeng tu. Sambil melawat tanah, sambil berfamily day. Dalam itinerary ada pulak water rafting. Memang excited la nak cuba.

Sampai je kawasan menunggu, kami kena naik lori beramai- ramai untuk ke kawasan tanah pusaka. Wowwww kali pertama naik lori ni selain naik Black Maria dan Land Rover polis tau.. hihihi memang jalan agak mencabar sebab tu kena naik lori. Berhimpit-himpit sambil gelak tak ingat punya bila kuasa goyangan lori tu terlampau... hihihi

Jom naik lori
 Sampai je terus berjalan kaki melalui denai-denai kawasan kepala sawit. Dngan jalan yang lecah dan pacat menunggu la. Tapi seronok sebab mak seaudara my Dearie ni walaupun dah berumur tapi memang happening la... Sepanjang jalan tu ada je benda yang mencuit hati.

Laluan ke tanah pusaka dikelilingi pokok kelapa sawit


Kami lalui sungai Gopeng yang tengah berarus deras sebab baru lepas hujan hari sebelumnya. Masing-masing mengesan tanah pusaka masing-masing. Liez dan Dearie follow je sebab ada tanah mama mertuaku..hihihi


Masing-masing niat nak terjun sungai pun ada sebab panas


Settle meneroka tanah-tanah pusaka, kami naik semula lori tadi dan terus ke homestay berhampiran. Makanan tengahari dah tersedia. Perggghhhh lapar sebab berjalan jauh kan.. Memang terbaik la sebab makanan kampung yang terhidang. 



Lepas lunch dan solat, kami berehat sekejap sebelum proceed untuk water rafting. Semua telah diuruskan oleh sepupu my Dearie. Kalau korang tengok macam menakutkan je water rafting, sebenarnya memang seronok. Kami siap gelak lagi. Even ada aunties yang berumur 60 tahun join sama... Dia duduk dekat tengah-tengah je..Sebenarnya water rafting nie memang mencabar dan menyeronokkan. Lebih kepada semangat berkumpulan. If sorang silap, boleh masuk dalam air. Tapi jangan takut, sebelum korang nak join water rafting ni korang akan diberi taklimat tentang water rafting. Siap ada insurance tau.

Waktu ni kat last stop.. Masing - masing kena angkut inflatable raft sendiri

Bergambar selepas selesai water rafting.. teruja semua orang
Gambar keluarga, bersama mama dan abang ipar.. Baba mertua tak nak join
Jambatan yang menghubungkan kawasan homestay
Masing-masing dahaga lepas penat ketawa dan beraksi dalam air
  
Antara homestay yang ada disitu
  



Memang seronok tau water rafting dekat gopeng ni. Banyak kali cakap dengan Dearies untuk repeat lagi. Memang seronok sangat. Bayaran untuk water rafting termasuk insurance dan sijil dalam RM 12+ seorang kalau tak silap Liez la. Tapi tahun 2012 tau.. Sekarang tak tahu la berapa.
Korang patut cuba tau sebab seronok dan mencabar. Even anak-anak yang berumur 7 tahun kea tas boleh join tapi duduk dekat tengan raft tu la..

Time tu belum ada action camera kan so rasa macam kena pergi sekali lagi untuk rakam setiap detik masa water rafting tu.

Kalau buat family day dekat situ pun boleh, yang tak nak turut serta dalam water rafting boleh la mandi manda dekat sungai tu. Memang best