Memang
dah lama Liez dan keluarga tidak bercuti beramai-ramai. Seingat dulu keluarga
belah mak Liez akan adakan hari keluarga setiap tahun. Lokasi kami bercuti
diantaranya Melaka, Cameron Highlands dan Port Dickson. Sebut mengenai Port
Dickson, memang dah lama Liez tidak ke sana. Ianya salah satu lokasi yang
sangat terkenal dengan pantainya.Lama pun Liez tak ke sana, rindu pula nak
lepak-lepak di tepi pantai yang indah. Port Dickson antara tempat tumpuan
pelancong yang terkenal di Malaysia terutama bagi warga Selangor dan Kuala
Lumpur. Ia juga adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan telah dibangunkan
dengan pelbagai kemudahan pelancongan seperti resort-resort yang cantik dan
aktiviti-aktiviti pantai yang menarik. Selain pantai, terdapat juga beberapa
tempat menarik untuk dilawati di antaranya Muzium Tentera,Ostrich Farm,Cape
Rachado dan banyak lagi untuk korang terokai.
|
Pantai Port Dickson |
|
Cape Rochado |
|
Ostrich Farm |
Di
samping itu, salah satu sebab kenapa ramai yang suka menghabiskan masa di Port
Dickson pada hujung minggu atau short break kerana jarak perjalanannya yang singkat. Lebih kurang 2 jam ½ sahaja. Tak
perlu ke tempat lain untuk menikmati keindahan pantai. Cuma bila cuti berganda
atau cuti hari perayaan akan mengambil masa untuk sampai ke sana. Tapi kalau
bercuti punya pasal, memang tak dihiraukan pasal kesesakan tue kannnn??? hihihi
|
Korang boleh mendapatkan harga bilik yang terbaik di Traveloka |
Dulu
masa kecik-kecik kalau rasa nak mandi laut, Port Dickson lah tempatnya. Kalau tak dengan mak, ayah dan adik beradik,
selalu ikut mak saudara bercuti sama-sama dekat sini. Cuma sekarang ni, banyak
juga yang berkata tentang kebersihan pantai di Port Dickson kurang diambilberat
oleh pengunjung. So macam agak kecewa la jugak kan tapi sejak Liez tahu pasal
Klana Beach Resort Port Dickson on Traveloka, terus rasa macam boleh dah nak
datang banyak kali untuk lepak dekat Port Dickdon. Korang akan jatuh cinta
dengan keindahan Klana Beach Resort dan pemandangan sekelilingnya. Pertama kali
Liez sampai dekat Klana Beach Resort dan macam tak percaya yang Port Dickson
mempunyai laut biru nan indah. Serius, memang akan memukau pandang korang bila
sampai di Klana Beach Resort.
|
Pandangan Hadapan Klana Beach Resort |
Selain
itu, yang lebih menarik adalah tempat penginapan ni merupakan antara hotel patuh
syariah yang ada di Malaysia. Ia terletak di Kompleks Baitulhilal dan rasanya
ramai yang tahu tempat penginapan ni di bawah seliaan MAINS iaitu Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan. Apa yang korang perlu tahu, ada beberapa peraturan yang
pengunjung perlu patuhi. Macam risau
pulak dengar pasal ada peraturan bagai kan??? Jangan risau,bukan peraturan yang
melampau tau. Cuma bab pemakaian korang kena jaga. Tak boleh berpakaian
menjolok mata atau memakai seluar pendek. Yang bestnya, kolam renang diasingkan
untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak. So kalau mak-mak kita yang segan nak
mandi di kolam sebelum ni,dekat sini dah tak perlu rasa malu. Pengunjung juga
tidak dibenarkan membawa minuman beralkohol atau makanan yang tidak dibenarkan
ke dalam kawasan hotel.
|
Bahagian depan resepsi resort |
|
Antara bilik yang ditawarkan |
|
Ruang cafe di resort |
Resort
ni hanya mempunyai lebih kurang 80 buah bilik sahaja. Setiap minggu bilik di resort
ini akan penuh dengan pengunjung terutama bila cuti sekolah atau cuti perayaan.
Kalau korang lambat buat tempahan, memang agak sukar untuk korang nak dapatkan
bilik di resort ini. Selain kerana resort mematuhi syariah,kemudahan-kemudahan
lain di resort ini sentiasa diselia dengan baik. Kalau dikirakan sudah beberapa
tahun resort ini beroperasi tetapi semua peralatan nampak macam baru. Dalam
setiap bilik resort ini disediakan peti ais, televisyen dengan siaran astro,
wifi, coffee maker, pengering rambut, seterika dan bantal tambahan. Selain
itu,juga disediakan naskah Al-quran dalam laci di setiap bilik. Memang terbaik
dan memudahkan pengunjung yang datang bermalam disini.
Mesti
bila korang baca nie terfikir adakah hotel ini hanya untuk pengunjung beragama
islam sahaja? Semestinya tidak. Pengunjung lain boleh datang menginap di sini. Tiada
halangan asalkan mematuhi peraturan – peraturan yang Liez nyatakan tadi. Selain
itu,agensi – agensi kerajaan dan swasta juga sering mengadakan program –
program secara berkumpulan di resort ini.
|
Pusat Cerap |
Lagi
menarik tentang resort ini, Liez sangat menggalakkan korang membawa anak-anak bercuti
di resort ini kerana anak-anak boleh menimba ilmu. Kenapa Liez cakap begitu?
Sebab di dalam kawasan resort ini juga terletaknya balai cerap yang menempatkan
teleskop terbesar di Malaysia. Antara pusat
kajian ilmu astronomi yang terunggul di rantau ini. Dan pengunjung boleh
melihat sendiri fenomena cerapan cakerawala dan ilmu falak. Seronok kan?
Jangan tunggu lagi, jom cepat book Klana Beach Resort Port Dickson on Traveloka hari ini untuk mendapatkan harga yang sangat
berpatutan. Setiap tempahan hanya dihujung jari dan penuhi masa cuti korang
dengan bersantai dan bergembira di Klana Beach Resort Port Dickson. Pasti
meninggalkan kenangan percutian terbaik korang.
2 Comments
Cantiknya pantai, nampak tenang sangat 😍
ReplyDeleteLiez suka PD ... walaupun ramai orang klau time cpublic holiday ke weekend ke tp PD tetap best
Delete