PENGALAMAN MENJALANI PEMBEDAHAN BAHAGIAN 1

Sebenarnya Liez dah buat entry pasal ni rasanya tahun 2011 tapi Liez nak ulang cerita balik. Pengalaman Liez menjalani pembedahan yang menakutkan ini.

Cerita bermula pada tahun 2008 kalau tak silap Liez. Dah lama Liez perasan ada ketulan pada ketiak sebelah kanan dan akan timbul bila datang period. Tapi Liez buat endah tak endah sebab merasakan benda tu adalah normal. Cuma akan sakit bila datang period. Tapi sebenarnya dah cerita pada Dearie masa tu dia bekerja di Dubai. Dan nak dijadikan cerita, Liez ada dapat email mengenai kanser payudara. Liez baca mengenai simpton-simpton kanser payudara.Selepas membacanya, Liez terus rasa takut dan ia menghantui Liez setiap hari.. Mengenangkan adakah Liez menghidap kanser payudara...? Memang menakutkan.

Liez kuatkan semangat dan akhirnya Liez berani cerita pada mak . Dan mak terus ajak Liez ke HKL untuk buat pemeriksaan. Bila pergi hospital, memang datang satu rasa yang memang tak boleh digambarkan. Takut sangat. Dan pastinya bila menunggu nombor giliran Liez dipanggil, bertambah lah lagi rasa takut itu. Kali pertama jumpa doktor, dah buat pemeriksaan dan Liez terpaksa membuat pemeriksaan 2 bulan sekali untuk mengesan sama ada benjolan itu kanser atau sebaliknya. Tuhan saja yang tahu rasanya.Tapi mak sentiasa bagi semangat untuk Liez kuat, kena hadapi walau sebenarnya ia menyakitkan dan menakutkan.

Sehingga la tahun 2009, Liez dapat temujanji untuk buat Ultrasound. Bila masuk bilik ultrasound tu memang takut. Dengan sejuknya lagi. Liez disuruh menukar pakai dan memakai baju hospital yang berwarna biru tu. Bila sampai turn, Liez dikehendaki baring dan untrasound bermula. Doctor memulakan pada bahagian ketiak kanan yang ada benjolan tu.Selepas beberapa ketika, doktor memberitahu formula-formula yang Liez memang tak faham ayat-ayat kedoktoran ni, akhirnya keluar dari mulut doktor sendiri yang benjolan itu bukan sel kanser. ALLAHUAKBAR..... ALLAH MAHA BESAR... Berlinang air mata Liez waktu tu. Syukur sangat dan hilang rasa ketakutan yang selama ini Liez tanggung.

Kemudian doktor minta kebenaran nak ultrasound kedua belah payudara. Dah alang-alang buat ultrasound so buat sekali pemeriksaan. Tapi kali ni doktor dapat mengesan 2 ketulan pada payudara belah kiri Liez...

Bersambung.....


Post a Comment

4 Comments

  1. sis...sambung cepat eh..xsabar nak tau selanjutnya..da follow sis ye

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bahaya ke tu?? unni pun ada jgk tpi letih da 3 bulan temujanji last2 malas nk pi... sebb tawau ni hospital dia kemain jauh pengkutan pun ssh... nk tgu smbungan...

    ReplyDelete