PENGALAMAN MENJALANI PEMBEDAHAN BAHAGIAN 2

Sumber: Google

Selepas doktor mengesahkan terdapat 2 ketulan disebelah kiri payudara, dari rasa gembira kerana benjolan di ketiak bukan sel kanser terus ketakutan yang dua kali ganda rasanya melanda. Memang tak dijangka langsung. Liez buat pemeriksaan sendiri payudara tapi tak perasan langsung ada ketulan itu. Doktor terus set temujanji untuk pemeriksaan sepenuhnya. Temujanji akan dibuat 2 bulan lagi. Hmmmmm memang perasaan takut melanda sepanjang hari sepanjang masa.

Bila tiba hari temujanji, Liez berjumpa dengan doktor dan pemeriksaan dijalankan. Kali ni prosuder pemeriksaan memang agak memalukan.Faham-faham je la ye, tak mau cerita..hihihi
Doktor sarankan untuk Liez datang sebulan sekali untuk pemeriksaan. Untuk pastikan jika ketulan itu membesar,kemungkinan besar itu adalah sel kanser. Tapi doktor suruh Liez tenang dan berdoa. Awal tahun 2010,selepas beberapa kali pemeriksaan. Akhirnya doktor sarankan untuk membuat pembedahan membuang ketulan itu. Dan  pihak hospital akan membuat  ujian keatas ketulan itu untuk mendapat kepastian adalah itu sel kanser atau sebaliknya. Waktu itu Liez bersetuju sahaja.Tak tahu dari mana kekuatan itu datang. Tapi Liez ada bertanya pada doktor tarikhnya kerana Liez akan berkahwin pada bulan Oktober. Terus doktor senyum dan dia berkata " Kita buat lepas awak kahwin ye, nanti kesian dekat suami awak"...Apaaaaaaa??? hihihi Tapi still juga takut sebab bila tunggu lama-lama nanti ketulan itu akan membesar dan merebak. Doktor yakinkan Liez insyallah semuanya akan selamat.

Pada 17 July 2011,Liez kembali ke hospital tapi kali ini ditemani Dearies. Dulu mak yang teman tiap kali ke hospital. Doktor pun setkan tarikh pembedahan dalam masa 3 minggu lagi.  Waktu tu memang takut sangat-sangat. Otak Liez asyik membayangkan pembedahan yang selalu Liez tengok dalam tv. Tambah lagi teruk imaginasi Liez sebab pembedahan payudara. Dearie Liez cuba tenangkan dan katanya semuanya akan baik. Sepanjang menanti hari pembedahan memang hati Liez tak keruan. Macam-macam rasa yang bergaul dalam hati.

Hari yang ditunggu sudah tiba. Sampai sahaja di wad pembedahan kecil, nama Liez sudah pun terpapar dia skrin giliran menunggu untuk masuk. Waaaaaaa waktu tu memang hati Lie macam kuat sangat, tetapada rasa takut tapi Liez masih lagi tenang. Masuk dalam wad, tukar baju dan menunggu nama dipanggil.Ada ramai rupanya yang menunggu ketika itu. Giliran Liez pada pukul 9.30pagi. Selepas menunggu, akhirnya nama Liez dipanggil. Baru la jantung berdenyut laju...... Masuk dalam bilik pembedahan dan Liez nampak beberapa orang doktor dan nurse sudah bersedia menunggu Liez. Liez disuruh baring di atas katil........

Bersambung.....


Post a Comment

1 Comments

  1. parking ! nnti smbng baca lg ..salam terjah dari https://www.facebook.com/groups/kamisukaterjahblog/

    ReplyDelete