Friday, June 23, 2017

AMALAN SUNAT DAN ADAB DI HARI RAYA

Friday, June 23, 2017 6


Hari Raya bakal menjelma lagi 2 hari. Ramai diantara kita sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk meraikan bersama-sama sanak saudara nak teman-teman. Anak-anak paling gembira kerana berakhirnya puasa dan tiba masa untuk mengumpul duit raya.

Tapi jangan dilupakan amalan sunat dan adab-adab ketika berhari raya nanti.

1. Disunatkan mandi dan membersihkan diri (Niat mandi sunat hari raya) - Hukum sunatnya diqiyaskan dengan hukum mandi jumaat kerana hari raya adalah hari berhimpunya umat manusia. Bila-bila waktu atau tempat berlakunya perhimpunan manusia disunatkan mandi. Disunatkan pada semua samada untuk solat hari raya atau tidak. Ini untuk menzahirkana kecantikan. Juga disunatkan untuk bercukur, memotong kuku, berwangi-wangian dan berpakaian baru dan cantik.

2. Disunatkan makan dahulu sebelum solat Aidilfitri - sunat untuk makan sebelum solat aidilfitri walaupun dengan buah tamar dalam bilangan ganjil supaya menbezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang wajib berpuasa. Lain pula dengan solat Aidiladha, sunat makan selepas solat supaya makanan pertama adalah daging korban yang berkat.
Anas radiyallahuanhu meriwayatkan " Nabi SAW tidak keluar di Aidilfitri sehingga banginda memakan tamar dalam bilangan yang ganjil" Riwayat Bukhari

3. Memakai pakaian yang baru - walaupun bukan bewarna putih bagi menzahirkan nikmat. Tetapi jika bewarna putih terhimpuan la dua sunat, pakaian yang bagus dan bewarna putih adalah lebih afdal.

4. Bertakbir - terbahagi ke pada 2 jenis. Takbir mutlak atau mursal dan takbir muqayyad. Untuk Aidilfitri adalah takbir mutlak.

a. Takbir Mutlak atau Mursal: Takbir yang dilaungkan bila-bila masa dan dimana sahaja tanpa melakukan solat.
- Waktu bermula pada kedua -dua hari raya iaitu selepas gelincir matahari iaitu masuk waktu maghrib. Berakhir setelah imam bertakbiratul.ihram untuk solat sunat hari raya.

b. Takbir Muqayad: Takbir selepas solat samada solat wajib atau qada, fardhu mahupun sunat kerana takbir adalah syiar waktu. Takbir Muqayyad tidak disunatkan pada malam Aidilfitri menurut pendapat yang ashah dalam mazhab Syafie.

5. Pergi awal ke masjid bagi makmum, manakala bagi imam disunatkan untu lewat sedikit sehingga tiba waktu solat mengikut perbuatan Nabi Muhammad SAW. Disunatkan bagi imam untuk melewatkan solat Aidilfitri bagi memberi masa kepada umum membayar zakat fitrah pada waktu afdal iaitu sebelum solat, dan disunatkan mempercepatkan solat Aidiladha untuk segera melakukan acara korban.

6. Disunatkan berjalan dan melalui jalan berbeza ketika pergi dan pulang. Berjalan kaki melainkan ada keuzuran, sakit lemah dan jauh maka tidak mengapa boleh menIki kenderaan. Jabir radiyallahuanhu meriwayatkan " Adalah Rasulallah SAW apabila Hari raya, baginda membezakan jalan pergi dan pulang yang berbeza." Riwayat Bukhari. Disunatkan pergi ke masjid melalui jalan yang jauh kerana lebih afdal dari pulang. Supaya jalan-jalan yang dilalui menjadi saksi atas ibadatnya dan diperbanyakkan pahala. Sunat dilakukan seperti solat jumaat, haji fan menziarahi orang sakit.

7. Disunatkan laum wanita untuk hadir ke kawasan solat dihari raya ( walaupun uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk masjid bagi yang uzur) ini bertujuan menyaksikan kebaikan, doa umat islam dan mendengar khutbah. Tidak dibenarkan wanita memakai wangi-wangian yang melampau.

8. Hidupka  malam hari raya dengan solat, membaca al-quran, zikir, berdoa dan istigfar. Sayyiduna Abu Umamah RA meriwayatkan bahawa Rasulallah SAW bersabda " Sdsiapa yangenghidupkan 2 malam hari raya, maka hatinya tifak akan mati pada hari matinya hati-hati". Riwayat Ibnu Majah.

9. Solat sunat mutlak. Tiada solat khas sebelum atau selepas solat hari raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat aunat mutlak pada hari raya selepas menainya matahari sebelum menunaikan solat hari raya ataupun selepas solat sunat hari raya. Adapun bagi imam, makruh baginya solat sunat sebelum solat sunat hari raya dan selepasnya kerna menyibukkan diri dengan perbuatan yang tidak penting dan ini diamalkan oleh Baginda SAW.

10. Sunat mengucapkan tahniah sempena hari raya seunpama ucapan " Taqabbalallahu minna wa minka" yang bermaksud " semoga Allah menerima amalan kami dan kamu". Ini yang diamalkan oleh sahabat Nabi SAW.

Kredit kepada : Ustaz Ahmad Fahmi C Nordin





RESEPI: SALTED EGG BUTTER PRAWN PASTA

Friday, June 23, 2017 3

Salted Egg Butter Prawn Pasta

Hari ini sampai di Ipoh pukul 6 pagi. Sesampai dirumah mertua, MIL kata nak makan Salted egg butter prawn pasta. So kita godek-godek dan dapat resepinya. Mudah dah yang pasti sedap. Tak sangka western boleh ngam dengan citarasa chinese.
Meh Liez share resepinya

Bahan-bahan:
1 pek sebarang pasta (direbus dan toskan)
3 biji kuning telur masin (dihancurkan)
3 ulas bawang putih (dicincang)
200gm udang
5 sudu butter
1/2 cawan krim masakan
1/2 cawan air rebusan pasta
2 biji cili api dipotong halus
Segenggam daun basil
Sedikit gula
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya:
1. Panaskan kuali dan cairkan butter.
2. Masukkan bawang putih dan tumis hingga hampir kuning. Masukan kuning telur masin tadi.
3. Goreng hingga garing. Taburkan sedikit gula dan cili api tadi.
4. Masukkan udang dan biarkan hingga masak. Tuangkan krim dan air rebusan pasta tadi.
5. Bila.agak pekat, masukkan pasta dan gaul hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan daun basil dan tabur lada hitam.Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Boleh juga menggunakan putih telur masin untuk resepi ini. Jangan membazir tau


RESEPI: SMOOTHIE HIJAU TEMBIKAI SUSU DENGAN TIMUN

Friday, June 23, 2017 8


Smoothie Hijau 

Hari Raya akan tiba 4 hari lagi. Dan yang pasti ramai tak sabar nak menikmati juadah yang disediakan seperti ketupat, lemang, rendang dan bermacam lagi hidangan. Waktu ini memang kita tidak hiraukan kalori dalam setiap makanan kan? Jadikali ni Liez nak share resepi semoothie hijau yang akan mencuci perut anda selepas sehari makan . Resepi yang cukup mudah dan sedap.

Bahan - bahan:
2 cawan tembikai susu yang dipotong kiub
1/2 biji timun dibuang kulit
1 biji pisang yang dibekukan
6 helai daun pudina
1 sudu kecil jus lemon
118ml susu badam / fresh milk

Cara menbuatnya:
Kisar semua bahan tadi sehingga hancur. Dan sedia dihidangkan

Selamat mencuba.Dan jangan lupa diri semasa berhari raya ye..

Thursday, June 22, 2017

RESEPI: KACANG POOL

Thursday, June 22, 2017 2

Kacang Pool

Kacang pool ini Liez mesti sediakan setiap kali Ramadhan. Liez orang Johor ke? Tidak. Liez orang Kuala Lumpur dan Dearie orang Ipoh. Liez suka sangat makan kacang pool walaupun Liez tak penah merasanya sebelum ini. Bagi Liez penyediaannya yang mudah dan bahan-bahan senang dicari. Kalau di Negeri Johor terkenal dengan kacang Pool Haji di Larkin.

Bahan-Bahan:
1 Tin Kacang foul (Kacang Parang),toskan air dan ramas hingga hancur
1 Tin kecil kacang panggang dalam tin
200 gram daging cincang
10 biji bawang merah *dikisar 
4 ulas bawang putih *dikisar 
1 inci halia *dikisar 
1 1/2 sudu besar rempah kari daging Adabi
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub daging (optional)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)


Roti paun atau roti perancis atau roti biasa pun boleh
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris
Tomato, didadu
Limau kasturi secukupnya
Minyak sapi cair


Cara penyediaan:
1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan ketumbar serbuk, kacau rata, kalau pekat tambah sedikit air. Kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. 
2. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak hingga daging berubah warna. 
3. Masukkan air dan kiub daging (jika guna). Bila mendidih, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau rata.
4. Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api (bila sejuk kacang pool akan jadi pekat, jadi anda boleh tambah sedikit air panas jika nak sedikit cair). 
3. Untuk menghidang, cedok secukupnya kacang pool ke dalam mangkuk sesuai, letak sekeping telur mata kerbau, tabur bawang besar, tomato, hirisan cili merah/hijau dan curahkan sedikit minyak sapi cair atasnya. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti bakar....Sedap dimakan suam..


REVIEW: GLOW GELENGGANG

Thursday, June 22, 2017 0
2 PRODUK GLOW GELEGGANG

Korang ada masalah kulit sepeti kurap, panau, kayap, kudis buta,eczema dan juga resdung? Penyakit gatal ini boleh membuatkan kita hilang fokus dan mengganggu prestasi ketika bekerja atau belajar. Agak sukar untuk mencari produk yang sesuai atau pun organik. Kalau orang dulu - dulu akan menggunakan daun gelenggang untuk menyelesai masalah kulit. Tapi zaman sekarang agak sukar untuk mencari daun gelenggang. Jangan risau, kini anda boleh mendapatkan produk dari daun gelenggang dan yang penting 100% organik.

Glow Gelenggang telah memperkenalkan produk herba 100 % organik untuk rawatan penyakit kulit dengan cara yang mudah,cepat dan yang pasti harga murah. Mengandungi ramuan-ramuan terbaik dan organik seperti:

Bahan-Bahan dalam Sabun Glow Gelenggang
1. Daun Gelenggang
2. Minyak Habatussauda
3. Susu Kambing
4. Minyak Argan
5. Minyak zaitun
6. Menthol Crystal.

Setiap set ada 2 barangan iaitu Sabun Herba Glow Gelenggang dan juga Minyak Herba Glow Gelenggang + Habatussauda. Cara penggunaan juga mudah. 



       Minyak Herba + Habatussauda                             Sabun Herba Glow Gelenggang

Cara penggunaan:
Untuk badan- Basahkan badan dan gosokkan sabun danbilas dengan air bersih.
Untuk wajah- basahkan wajah,buihkan sabun pada tapak tangan,sapu pada
wajah dan bilas dengan air bersih



Liez cuba menggunakan sabun dan minyak Glow Gelenggang ini untuk merawat kulit yang gatal akibat fungus. Selama seminggu Liez menggunakan dan alhamdulillah kegatalan makin kurang dan kesannya makin pudar.
Liez juga menggunakan pada wajah. Kerana sekarang kita mengalami cuaca yang panas dan kulit menjadi kering dan miang. Bila Liez guna pada wajah, dengan sensasi dingin membuatkan wajah menjadi segar dan lembab. Liez juga gunakan pada Qaseh. Badan Qaseh penuh dengan ruam panas. Jadi Liez 
sabun dan sapukan minyak herba + Habatussauda.

Insyallah,kita kita menggunakan dengan kerapdan konsisten, masalah kegatalan yang dihadapi akan berkurangan dan dapat dirawat.
Jika korang nak dapatkan produk Glow Gelenggang dan info lebih lanjut boleh klik ke 

Website : www.glowgelenggang.com 
Fb page : Glow Gelenggang  
Whatsapp: 014-5445951


MOH PULANG KE KAMPUNG UNTUK BERHARI RAYA

Thursday, June 22, 2017 6

Syawal akan menjelma lagi 4 hari. Pasti sudah ramai kaum ibu dan bapa sudah bersiap sedia untuk bergerak pulang ke kampung halaman. Anak-anak lagi gembira kerana dapat beraya bersama atok dan nenek di kampung. Bagi Liez dan keluarga pula, kami akan bergerak pulang ke Ipoh subuh nanti. Ini kali pertama kami bergerak pada waktu subuh. Terasa keghairahan untuk pulang berhari raya di kampung walaupun itu kampung halaman Dearie. Tidak dinafikan, Liez memang seronok bila dapat pulang ke Ipoh bila Syawal menjelma. Dapat menhabiskan masa bersama keluarga yang jarang kita jumpa,beramah mesra dengan saudara mara dan dapat berkongsi cerita kemeriahan sambutan hari raya semua.
Kalau giliran beraya di Ipoh,Liez yang akan menguruskan semua urusan packing baju-baju dan barangan keperluan lain untuk satu keluarga. Selalunya 5,6 hari sebelum bergerak pulang Liez sudah catitkan semua keperluan pakaian dan barangan yang perlu dibawa bersama. Memang kita akan mengambil masa untuk menguruskan semua keperluan untuk balik beraya. Menguruskan pakaian sendiri,suami dan anak-anak memang mencabar. Kadang- kadang penuh beg macam bawa satu almari bersama ...hihihihi

Barang- barang yang Liez akan bawa setiap kali pulang beraya
1. Pakaian raya satu keluarga
2. Pakaian harian satu keluarga
3. Snek untuk anak-anak
4. Supplement / Ubat - ubatan
5. Barangan kosmetik/ Toiletries 
6. Kuih raya buatan sendiri
Nampak dari list diatas macam sedikit je kan? Sebenarnya memang banyak dan memerlukan pengurusan ruang dan cara penyusunan yang rapi dan jimat ruang dalam kereta nanti. Selalunya, Liez akan membawa 3 beg luggage, satu untuk Liez, satu untuk Dearie dan satu untuk anak-anak. Jadi Liez perlukan koleksi beg luggage yang ringan dan mudah dibawa.

Jadi Liez perlukan Travel Star Q03 Premium Glossy ABS+PC Luggage Set (3 in 1 Set) with Handbag Handle. Memiliki 3 saiz beg yang berbeza dengan warna yang menarik seperti Wine Red, Navy blue dan hitam. Ia juga mempunyai ciri keselamatan seperti nombor kekunci. Yang menariknya,ia boleh berpusing 360 darjah dan senang dibawa. Material beg juga dari ABS + PC yang tidak mudah rosak dan ringan. Pasti seronok bila pulang berhari raya kerana dapat bergaya dengan beg luggage yang ringan dan menarik ni.
Travel Star Q03 Premium Glossy ABS+PC Luggage Set (3 in 1 Set) with Handbag Handle

Dan satu lagi antara barang yang Liez wajib bawa adalah Forever Living Aloe Vera Gel. Yang ini Liez sangat perlukan. Mana taknya, kita akan seronok menikmati hidangan raya dari rumah ke rumah. Usus kita juga perlu dijaga agar tidak meragam. Forever Living Alor Vera Gel ini akan mencuci dan menjaga ususkita dari lemak dan minyak yang kita makan. Selepas seharian menikmati juadah raya, jadi kita hari mencuci sistem usus kita agar berjalan lancar. Disamping melembut dan melembabkan kulit kita. Produk 100% gel aloe vera asli yang mudah diminum.
Forever Living Aloe Vera Gel
Pada yang ingin pulang ke kampung nanti, Liez doakan perjalanan korang berjalan lancar dan selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. Pandu kereta dengan cermat dan selamat agar kita semua dapat meraikan hari raya denganorang yang kita sayang.

Oppss sebelum Liez terlupa. Jangan lupa mendapatkan barangan keperluan hari raya korang di http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/ untuk menikmati penjimatan harga sehingga 90% bermula 16 June sehingga 30 June ini. Semua barang yang ditawarkan adalah yang terbaik dengan harga yang cukup murah dan berbaloi dengan wang korang.
Korang juga boleh menghadiahkan barangan dari Lazada kepada ibu bapa atau sanak saudara dihari raya nanti. Pasti mereka akan tersenyum lebar dan gembira. Jadi jangan tunggu lagi.Dan jangan lepaskan peluang ini.

Marhaban Ya Ramadan

Klik untuk menikmati tawaran hebat

Monday, June 19, 2017

BRUNO MARS - THAT'S WHAT I LIKE

Monday, June 19, 2017 5


I got a condo in Manhattan
Baby girl, what's hatnin'?
You and your ass invited
So gon' and get to clappin'
So pop it for a pimp
Pop pop it for me
Turn around and drop it for a pimp
Drop, drop it for me
I'll rent a beach house in Miami
Wake up with no jammies
Lobster tail for dinner
Julio serve that scampi
You got it if you want it
Got, got it if you want it
Said you got it if you want it
Take my wallet if you want it now

Jump in the Cadillac, girl, let's put some miles on it
Anything you want, just to put a smile on it
You deserve it baby, you deserve it all
And I'm gonna give it to you

Gold jewellery shining so bright
Strawberry champagne on ice

Lucky for you, that's what I like, that's what I like
Lucky for you, that's what I like, that's what I like
Sex by the fire at night
Silk sheets and diamonds all white
Lucky for you, that's what I like, that's what I like
Lucky for you, that's what I like, that's what I like

I'm talkin' trips to Puerto Rico
Say the word and we go
You can be my freaka
Girl, I'll be on fleek, mami cita
I will never make a promise that I can't keep
I promise that you'll smile aint gon' never leave
Shopping sprees in Paris
Everything 24 karat
Take a look in that mirror
Now tell me who's the fairest
Is it you? Is it you? Is it me? Is it me?
Say it's us, say it's us and I'll agree, baby

Jump in the Cadillac, girl, let's put some miles on it
Anything you want, just to put a smile on it
You deserve it baby, you deserve it all
And I'm gonna give it to you

Gold jewellery shining so bright
Strawberry champagne on ice
Lucky for you, that's what I like, that's what I like
Lucky for you, that's what I like, that's what I like
Sex by the fire at night
Silk sheets and diamonds all white
Lucky for you, that's what I like, that's what I like
Lucky for you, that's what I like, that's what I like

If you say you want a good time
Well here I am baby, here I am baby
Talk to me, talk to me, talk to me
Say what's on your mind
If you want it, girl come and get it
All this is here for you
Tell me baby, tell me, tell me baby
What you tryna do

Gold jewellery shining so bright
Strawberry champagne all nice
Lucky for you, that's what I like, that's what I like
Lucky for you, that's what I like, that's what I like
Sex by the fire at night
Silk sheets and diamonds all white
Lucky for you, that's what I like, that's what I like
Lucky for you, that's what I like, that's what I like

LIEZ KEMBALI SELEPAS LAMA MENYEPI

Monday, June 19, 2017 4



Fuhhh...memang tak senang duduk memikirkan blog dah berhabuk bersawang bagai. Lama betulLiez tak mengadap depan Lappy untuk update blog. Macam-macam masalah melanda sebulan ini. Lappy tak sihat,update pakai iPad tapientry tak nampak. Terus hilang mood nak update.
Lepas tu malam sebelum ramadhan Liez diserang demam panas hampir seminggu. Bila Liez sihat,berjangkit pulak dengan Qaseh dan Niyaz. Pun sama dekat seminggu baru nak ok.  Mana lasempat nak update kan? Harap nak update pakai handphone tu, hmmm memang susah la sebab handphone skrin kecik je.Jenuh nak tenung bagai.

Ingat dah settle anak dah sihat, Liez kena balik demamnya. Allahuakbar...Memamg demamkali ini agak teruk la. Malas nak ke klinik jumpa doktor. Sebab Liez masih Breastfeed Niyaz, so taknak la makan ubat-ubatan ni. Liez guna cara natural je..Makan minyak habatussauda je. Bila dahsihat dalam 2 hari,Mak ayah Liez pulak demam tak boleh bangun... So Liez jaga diaorang pulak.Pun makan masa5 hari untuk recover sepenuhnya.
Baik je mak ayah dari demam,Liez kena fokus pulak dengan tempahan kuih raya. Alhamdulillah,rezeki ada dimana-mana. Walaupun tak banyak tapi cukupla untuk cover perbelanjaan rumah.


Malam ni Liez baru settlekan tempahan untuk diserahkan pada empunya kuih raya. Itu pun siang tadi wife kawan Dearie baru Whatsapp tanya pasal kuih raya. Dia tak tempah pun tapi dia tanya if Liez still ambik order lagi. Macam tak sampai hati nak kata tidak. Sebab dia penah tempah jugak padaSyawal yang lepas. Syukur rezeki dia nak 5 balang Chocolate Chip cookies dan 5 balang Crunchy Chocorocher. So esok kita merempit lagi siapkan order last minute ni.

Panjang pulak Liez membebel kan??Ok la Liez nak out dulu. Nak susun cookies masuk dalam balang. Ada delivery dekat Sri Rampai dan Tawakal hospital.


Thursday, June 15, 2017

RESEPI: CORNFLAKES PEDAS

Thursday, June 15, 2017 17

Cornflakes Pedas
Assalamualaikum dan salam Ramadhan 20. Tidak lama kita akan meraikan Aidilfitri kurang dari 9 hari lagi. Dan diwaktu ini pasti ramai yang sedang sibuk memikirkan juadah dan kuih raya untuk Syawal nanti. Liez nak kongsi kan resepi Cornflakes pedas yang Liez selalu sediakan sejak 2 tahun yang lalu. Liez bosan dengan Cornflakes madu atau Cornflakes yang manis jadi Liez sediakan Cornflakes pedas.

Bahan - Bahan:
1 kotak cornflakes
150 gram ikan bilis (digoreng)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa
Daun limau purut dihiris halus

Dikisar halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 sudu cili kisar

Cara - cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili hingga pecah minyak.
2. Masukkan kicap dan cuka.Perasan dengan garam dan gula. Akhir sekali masuk daun purut dan cornflakes.Gaul hingga cili tahu menyaluti cornflakes.
3. Tutup api. dan tuangkan cornflakes tadi ke dalam loyang.
4.Tabur gula dia atas cornflakes mengikut kesukaan masing-masing.
5. Bakar di dalam oven selama 8 minit dalam suhu 180c

Friday, June 9, 2017

RESEPI: SUP MEE SUA DENGAN KUAH CILI TAUCU

Friday, June 09, 2017 5

Sup Mee Sua dengan Cili Taucu

Assalamualaikum semua. Agak lama Liez menyepi sejak diserang demam panjang sehari sebelum puasa. Makan pun tak selera. Tapi kalau Sup Mee Sua dengan kuah cili taucu ni memang susah nak tolak. Bertambah makan lagi ada lah..hihihi

Bahan - Bahan: Minyak bawang putih
6 -7 ulas bawang putih yang dicincang
Minyak masak
(goreng bawang putih hingga garing bukan hangit ye. Simpan minyak bersama dengan bawang putih untuk dituang sedikit didalam sup mee sua)

Bahan - Bahan: Cili Tauchu
1 paket tauchu biji
cili api dipotong kecil
Sesudu cuka
Garam dan gula secukup rasa


Cili Tauchu

Bahan - Bahan: Sup Mee Sua
Sedikit minyak bawang putih
Sepaket Mee Sua
Udang atau ikan bilis
Fish ball atau fish cake
Sayur sawi
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Goreng terlebih dulu bawang putih tadi dengan minyak. 
    Simpan dalam bekas
2. Ambil sedikit minyak bawang tadi dan tumis udang atau ikan bilis 
    hingga masak.
3. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih dan masukkan fish ball 
   atau fish cake.
2. Biar mendidih dan masukkan sawi dan garam. Akhir sekali cuci sedikit
   mee sua dan masukkan dalam sup tadi. Biar kembang dan siap 
   untuk dihidangkan.
4. Untuk cili tauchu, campurkan semua bahan utk cili tauchu dan perasankan    dengan garam dan gula.
5. Siap dihidankan panas-panas