Hari Raya bakal menjelma lagi 2 hari. Ramai diantara kita sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk meraikan bersama-sama sanak saudara nak teman-teman. Anak-anak paling gembira kerana berakhirnya puasa dan tiba masa untuk mengumpul duit raya.
Tapi jangan dilupakan amalan sunat dan adab-adab ketika berhari raya nanti.
1. Disunatkan mandi dan membersihkan diri (Niat mandi sunat hari raya) - Hukum sunatnya diqiyaskan dengan hukum mandi jumaat kerana hari raya adalah hari berhimpunya umat manusia. Bila-bila waktu atau tempat berlakunya perhimpunan manusia disunatkan mandi. Disunatkan pada semua samada untuk solat hari raya atau tidak. Ini untuk menzahirkana kecantikan. Juga disunatkan untuk bercukur, memotong kuku, berwangi-wangian dan berpakaian baru dan cantik.
2. Disunatkan makan dahulu sebelum solat Aidilfitri - sunat untuk makan sebelum solat aidilfitri walaupun dengan buah tamar dalam bilangan ganjil supaya menbezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang wajib berpuasa. Lain pula dengan solat Aidiladha, sunat makan selepas solat supaya makanan pertama adalah daging korban yang berkat.
Anas radiyallahuanhu meriwayatkan " Nabi SAW tidak keluar di Aidilfitri sehingga banginda memakan tamar dalam bilangan yang ganjil" Riwayat Bukhari
3. Memakai pakaian yang baru - walaupun bukan bewarna putih bagi menzahirkan nikmat. Tetapi jika bewarna putih terhimpuan la dua sunat, pakaian yang bagus dan bewarna putih adalah lebih afdal.
4. Bertakbir - terbahagi ke pada 2 jenis. Takbir mutlak atau mursal dan takbir muqayyad. Untuk Aidilfitri adalah takbir mutlak.
a. Takbir Mutlak atau Mursal: Takbir yang dilaungkan bila-bila masa dan dimana sahaja tanpa melakukan solat.
- Waktu bermula pada kedua -dua hari raya iaitu selepas gelincir matahari iaitu masuk waktu maghrib. Berakhir setelah imam bertakbiratul.ihram untuk solat sunat hari raya.
b. Takbir Muqayad: Takbir selepas solat samada solat wajib atau qada, fardhu mahupun sunat kerana takbir adalah syiar waktu. Takbir Muqayyad tidak disunatkan pada malam Aidilfitri menurut pendapat yang ashah dalam mazhab Syafie.
5. Pergi awal ke masjid bagi makmum, manakala bagi imam disunatkan untu lewat sedikit sehingga tiba waktu solat mengikut perbuatan Nabi Muhammad SAW. Disunatkan bagi imam untuk melewatkan solat Aidilfitri bagi memberi masa kepada umum membayar zakat fitrah pada waktu afdal iaitu sebelum solat, dan disunatkan mempercepatkan solat Aidiladha untuk segera melakukan acara korban.
6. Disunatkan berjalan dan melalui jalan berbeza ketika pergi dan pulang. Berjalan kaki melainkan ada keuzuran, sakit lemah dan jauh maka tidak mengapa boleh menIki kenderaan. Jabir radiyallahuanhu meriwayatkan " Adalah Rasulallah SAW apabila Hari raya, baginda membezakan jalan pergi dan pulang yang berbeza." Riwayat Bukhari. Disunatkan pergi ke masjid melalui jalan yang jauh kerana lebih afdal dari pulang. Supaya jalan-jalan yang dilalui menjadi saksi atas ibadatnya dan diperbanyakkan pahala. Sunat dilakukan seperti solat jumaat, haji fan menziarahi orang sakit.
7. Disunatkan laum wanita untuk hadir ke kawasan solat dihari raya ( walaupun uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk masjid bagi yang uzur) ini bertujuan menyaksikan kebaikan, doa umat islam dan mendengar khutbah. Tidak dibenarkan wanita memakai wangi-wangian yang melampau.
8. Hidupka malam hari raya dengan solat, membaca al-quran, zikir, berdoa dan istigfar. Sayyiduna Abu Umamah RA meriwayatkan bahawa Rasulallah SAW bersabda " Sdsiapa yangenghidupkan 2 malam hari raya, maka hatinya tifak akan mati pada hari matinya hati-hati". Riwayat Ibnu Majah.
9. Solat sunat mutlak. Tiada solat khas sebelum atau selepas solat hari raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat aunat mutlak pada hari raya selepas menainya matahari sebelum menunaikan solat hari raya ataupun selepas solat sunat hari raya. Adapun bagi imam, makruh baginya solat sunat sebelum solat sunat hari raya dan selepasnya kerna menyibukkan diri dengan perbuatan yang tidak penting dan ini diamalkan oleh Baginda SAW.
10. Sunat mengucapkan tahniah sempena hari raya seunpama ucapan " Taqabbalallahu minna wa minka" yang bermaksud " semoga Allah menerima amalan kami dan kamu". Ini yang diamalkan oleh sahabat Nabi SAW.
Kredit kepada : Ustaz Ahmad Fahmi C Nordin
6 Comments
nice sharing :D
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSelamat hari raya. Maaf zahir batin ya!😊
ReplyDeleteSelamat hari raya!!
ReplyDeleteSalam 12 Syawal.
ReplyDeletenice sharing..
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri =)
CT follow sini..
jemput singgah www.sitiyangmenaip.blogspot.com