MOH PULANG KE KAMPUNG UNTUK BERHARI RAYA


Syawal akan menjelma lagi 4 hari. Pasti sudah ramai kaum ibu dan bapa sudah bersiap sedia untuk bergerak pulang ke kampung halaman. Anak-anak lagi gembira kerana dapat beraya bersama atok dan nenek di kampung. Bagi Liez dan keluarga pula, kami akan bergerak pulang ke Ipoh subuh nanti. Ini kali pertama kami bergerak pada waktu subuh. Terasa keghairahan untuk pulang berhari raya di kampung walaupun itu kampung halaman Dearie. Tidak dinafikan, Liez memang seronok bila dapat pulang ke Ipoh bila Syawal menjelma. Dapat menhabiskan masa bersama keluarga yang jarang kita jumpa,beramah mesra dengan saudara mara dan dapat berkongsi cerita kemeriahan sambutan hari raya semua.
Kalau giliran beraya di Ipoh,Liez yang akan menguruskan semua urusan packing baju-baju dan barangan keperluan lain untuk satu keluarga. Selalunya 5,6 hari sebelum bergerak pulang Liez sudah catitkan semua keperluan pakaian dan barangan yang perlu dibawa bersama. Memang kita akan mengambil masa untuk menguruskan semua keperluan untuk balik beraya. Menguruskan pakaian sendiri,suami dan anak-anak memang mencabar. Kadang- kadang penuh beg macam bawa satu almari bersama ...hihihihi

Barang- barang yang Liez akan bawa setiap kali pulang beraya
1. Pakaian raya satu keluarga
2. Pakaian harian satu keluarga
3. Snek untuk anak-anak
4. Supplement / Ubat - ubatan
5. Barangan kosmetik/ Toiletries 
6. Kuih raya buatan sendiri
Nampak dari list diatas macam sedikit je kan? Sebenarnya memang banyak dan memerlukan pengurusan ruang dan cara penyusunan yang rapi dan jimat ruang dalam kereta nanti. Selalunya, Liez akan membawa 3 beg luggage, satu untuk Liez, satu untuk Dearie dan satu untuk anak-anak. Jadi Liez perlukan koleksi beg luggage yang ringan dan mudah dibawa.

Jadi Liez perlukan Travel Star Q03 Premium Glossy ABS+PC Luggage Set (3 in 1 Set) with Handbag Handle. Memiliki 3 saiz beg yang berbeza dengan warna yang menarik seperti Wine Red, Navy blue dan hitam. Ia juga mempunyai ciri keselamatan seperti nombor kekunci. Yang menariknya,ia boleh berpusing 360 darjah dan senang dibawa. Material beg juga dari ABS + PC yang tidak mudah rosak dan ringan. Pasti seronok bila pulang berhari raya kerana dapat bergaya dengan beg luggage yang ringan dan menarik ni.
Travel Star Q03 Premium Glossy ABS+PC Luggage Set (3 in 1 Set) with Handbag Handle

Dan satu lagi antara barang yang Liez wajib bawa adalah Forever Living Aloe Vera Gel. Yang ini Liez sangat perlukan. Mana taknya, kita akan seronok menikmati hidangan raya dari rumah ke rumah. Usus kita juga perlu dijaga agar tidak meragam. Forever Living Alor Vera Gel ini akan mencuci dan menjaga ususkita dari lemak dan minyak yang kita makan. Selepas seharian menikmati juadah raya, jadi kita hari mencuci sistem usus kita agar berjalan lancar. Disamping melembut dan melembabkan kulit kita. Produk 100% gel aloe vera asli yang mudah diminum.
Forever Living Aloe Vera Gel
Pada yang ingin pulang ke kampung nanti, Liez doakan perjalanan korang berjalan lancar dan selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. Pandu kereta dengan cermat dan selamat agar kita semua dapat meraikan hari raya denganorang yang kita sayang.

Oppss sebelum Liez terlupa. Jangan lupa mendapatkan barangan keperluan hari raya korang di http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/ untuk menikmati penjimatan harga sehingga 90% bermula 16 June sehingga 30 June ini. Semua barang yang ditawarkan adalah yang terbaik dengan harga yang cukup murah dan berbaloi dengan wang korang.
Korang juga boleh menghadiahkan barangan dari Lazada kepada ibu bapa atau sanak saudara dihari raya nanti. Pasti mereka akan tersenyum lebar dan gembira. Jadi jangan tunggu lagi.Dan jangan lepaskan peluang ini.

Marhaban Ya Ramadan

Klik untuk menikmati tawaran hebat

Post a Comment

6 Comments

  1. Slmt pulng ke kg n berhari raya!

    ReplyDelete
  2. Whoa, semoga selamat semuanyaaa~
    Nona pon bawak byk brg, brg org bujang jerr~ Jom baca jap

    http://nonasani.blogspot.my/2017/06/persiapan-raya-nona-lazada-raya-contest.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pulang ke kg nona...selamat hari raya.. bujang ke dah kawin ke mmg bila blk kg mesti bwk byk brg..

      Delete
  3. Berhati2 di jalan raya ketika pulang ke kampung, selamat pergi dan selamat balik 😘👍

    ReplyDelete