Smoothie Hijau
Hari Raya akan tiba 4 hari lagi. Dan yang pasti ramai tak sabar nak menikmati juadah yang disediakan seperti ketupat, lemang, rendang dan bermacam lagi hidangan. Waktu ini memang kita tidak hiraukan kalori dalam setiap makanan kan? Jadikali ni Liez nak share resepi semoothie hijau yang akan mencuci perut anda selepas sehari makan . Resepi yang cukup mudah dan sedap.
Bahan - bahan:
2 cawan tembikai susu yang dipotong kiub
1/2 biji timun dibuang kulit
1 biji pisang yang dibekukan
6 helai daun pudina
1 sudu kecil jus lemon
118ml susu badam / fresh milk
Cara menbuatnya:
Kisar semua bahan tadi sehingga hancur. Dan sedia dihidangkan
Selamat mencuba.Dan jangan lupa diri semasa berhari raya ye..
8 Comments
wah sedapnya..bolehla kak lina cuba nanti
ReplyDeletejom exchange link
http://mama3danish.blogspot.my
mmg sedap... jap nak melawat ye
Deleteteman leh buat kat rumah teman jer..mana nak ada mase nak buat kalau udah sibuk berjalan sakan kunjung mengunjungi kerabat ni hehe
ReplyDeletemlm sebelum tido boleh minum as detox... kempis perut weiiiii
DeleteMenarik betul warna hijau tu.. Tergoda nengoknya..
ReplyDeletecolor cantik rasa pun sedap...
Deletewaah sedapnye.. boleh lah saya cuba nanti kalau sudah balik kerja.. terima kasih sis sudah mahu berkongsi.
ReplyDeletemacam sedap je.. healthy jus sesekali =D
ReplyDelete