1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Perabot asyik berhabuk walaupun dah berkali dilap. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah
Terutama sekali bila lepas memasak. Minyak penuhi lantai. Sakit mata melihatnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan menyapu sampah terlebih dahulu .Satukan kesemua bahan dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya seperti lantai dipolish hingga berkilat.
3. Wangikan Rumah
Cuba guna petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya selain menggunakan pewangi rumah.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Campurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur. Baunya tahan lebih lama.
4. Segarkan Bilik Air
Ini memang wajib buat. Sebab selalunya tandas akan mengeluarkan bau yang tidak enak.
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.Atau masukkan bancuhan tadididalambekas kaca dan letakkan di dalam tandas sebagai menwangi tandas.
10 UNDANG-UNDANG HARI AHAD YANG PELIK DAN ANEH DI JERMAN
Ini adalah perkongsian Sahabat FB Khairolizam Muhaidi yang menetap di Jerman. Banyak info yang beliau kongsikan terutama diet sihat. Liez memang pengikut FB beliau kerana beliau dan keluarganya adalah pengamal diet " Eat Clean". Tapi Liez tertarik untuk berkongsi info terbaru yang beliau kongsikan. Dan Liez mendapat kebenaran beliau untuk membuat entry di blog.
Setiap negara mempunyai undang-undang dan tradisi negara masing-masing yang kebanyankan menyerupai undang-undang dengan negara lain. Tetapi ada juga undang - undang negara tertentu yang pelik dan aneh. Salah satunya adalah negara Jerman. Undang-undang ini telah menetapkan hari Ahad di Jerman adalah hari yang senyap sunyi dari sebarang aktiviti. Antaranya:-
Yang TIDAK DIBENARKAN pada hari Ahad di Jerman ialah;
1) Tidak boleh bising dengan anak-anak bermain.
2) Tidak boleh menggunakan mesin gerudi atau bunyi mesin potong rumput.
3) Tidak boleh terdengar bunyi bising vakum dalam rumah.
4) Tidak boleh terdengar bunyi mesin basuh baju atau hair dryer.
5) Tiada shopping centres dan farmasi yang dibuka.
6) Tiada stesen minyak, muzium, taman kanak-kanak yang dibuka.
7) Tiada restoran yang dibuka kecuali kiosk sahaja.
8) Tidak boleh basuh kereta sekalipun.
9) Tidak boleh memasak dengan bau yang menusuk hidung.
10) Jika ada undang-undang ini di langgar, polis akan datang ke rumah dan memberi amaran..
Yang DIBENARKAN pada hari Ahad di Jerman ialah;
1) Pergi ke gereja.
2) Memandu kereta.
3) Menunggang basikal dan motosikal.
4) Bawa anjing bersiar-siar (Pastikan anjing tidak menyalak)
5) Membawa keluarga bersiar-siar di taman dan habiskan masa yang berkualiti bersama anak-anak.
6) Yang dibuka di Jerman hanya restoran dan supermarket di airport dan stesen keretapi sahaja.
Hari Ahad di Jerman sememangkan hari yang paling membosankan dan hari yang mati dari segala aktiviti harian. Seperti sebuah negara yang baru di landa garuda atau negara padang jarak padang tekukur. Tujuannya adalah kerana setelah kebanyakan orang Jerman bekerja keras selama 6 hari seminggu, mereka mahukan rehat yang mencukupi pada hari Ahad sebelum memulakan semula hari Isnin akan datang.
Sebenarnya banyaklagi undang-undang pelik negara Jerman yang Liez baca tapi Liez cukup tertarik dengan undang-undang hari Ahad diJerman ni. Tapi bila difikirkan balik, ada kebaikkan dan keburukkannya. Untuk diamalkan dinegara kita memang agak susah. Bukan apa, untuk melaksanakan undang-undang sebegini memerlukan rakyat sendiri menerapkan dan mengamalkan dari anak-anak masih kecil.