Aduh parah bila Liez dan Dearie tak boleh nak layan Sukan Sea KL 2017 diwaktu malam sebab Qaseh dah booking channel Astro 123 untuk layan drama kegemarannya. Setiap malam since bermulanya cerita My Darling Inspektor Daniel (MDID) tu, dia akan mengingatkan kami yang cerita dia akan bermula nanti. Liez memang layan je cerita tu tapi for kids yang sebaya Qaseh dah layan cerita macam ni? Hmmmm Liez pun tak tahu apa yang menarik dalam cerita MDID yang membuatkan dia akan mengadap dan senyap sepanjang drama tu berlangsung. Magik kan?
Sebelum ini ada jugak cerita yang dia suka macam I Love You Abang Bomba dan Tuan Anas Mikail tapi this time dia melayan sungguh MDID tu. Dari suasana yang riuh, bermain gelak ketawa dengan Niyaz sampai kena marah sebab bising sebelum bermulanya drama tiba-tiba bertukar jadi sunyi dan tenang. Dan kemuncaknya, hari khamis lepas adalah episod terakhir MDID. Kami sudah berada di Ipoh untuk menyambut Raya Haji bersama keluarga mertua. Selalunya, Liez akan bawa Niyaz naik tidur awal sebelum jam 10.00 malam. Qaseh dan Dearie akan lepak dekat bawah dengan family members yang lain. Dalam jam 10.30 malam, Dearie ketuk pintu dan sedang memdukung Qaseh yang dah tidur masa menonton MDID. Lepas letak dia diatas katil, tak sampai 1 minit dia dah sedar dan sebut Daniel. Liez pun kata esok kita tengok dekat hp.. Dia menangis teresak-esak nak turun tengok MDID. Hmmmmm... parah budak ni. Terus Liez search thru FB mana tahu dapat tengok Live kan. Alhamdulillah, memang ada. Dengan muka gembira, siap lap air mata dia tersenyum tengok Liez. Amboiiiiii anak, boleh hilang menangis tu bila dapat tengok Si Daniel tu. Bila habis je cerita, dia terus pejam mata dan tidur dalam senyuman.. Boleh gitu???
ha ha ha :) memang penangan nyer lah citer ni. aida tak dpt tgk semua episod. lupa. takde masa... akhir nyer pun aida tak tau pa jadi. daniel dgn sape?
5 Comments
tak penah follow tapi ritu tengok epi last je hahaha.. anak buah tolong citerkan dari A-Z apa jadi hehe..
ReplyDeleteNi sbb anak dara tu melayan..so mama pun terlayan la sama... cerita dia biasa je tp maybe suka jugak lakonan si elizabeth yg menjadi tu...
Deletekakak !! frust la dengan ending dia.. coleh habis cenggitu jek ? dia macam "eh !! camtu jek habisnye ?" hahahaha~ sakit hati pun ade..
ReplyDeleteTahu xpe... anak dara akak pun ckp mcm tu je habis cite ni...dia suka aaron aziz sebenarnya tu yg layan sgt..
Deleteha ha ha :)
ReplyDeletememang penangan nyer lah citer ni.
aida tak dpt tgk semua episod.
lupa. takde masa... akhir nyer pun aida tak tau pa jadi. daniel dgn sape?