February 1, 2018

LAGU MENGIMBAU KENANGAN MRSLIEZ


Pernah tak korang alami bila dengar satu lagu, terus teringat pada cerita lama? Tidak kira cinta monyet atau cinta sejati. Cewahhh ayat Liez niiiii. Kadang-kadang bila dengar satu lagu tu, terus teringat peristiwa-peristiwa lama yang manis atau yang duka.

Liez pun ada lagu-lagu yang mengingatkan Liez pada zaman-zaman dulu. Lagu-lagu tu bukan lagu yang ditujukan pada Liez tapi kewujudan lagu itu di masa Liez sedang mengenali seseorang. Liez nak ceritakan antara lagu-lagu yang akan membuatkan Liez teringatkan pada kenangan lama.

1. Antara Gadis (Dinamik)
Lagu ni kalau tak silap memang kenangan masa Liez di POLIMAS. Waktu tu,ada seseorang yang rapat dengan Liez dan meluahkan rasa cinta. Tapi Liez menolaknya. Jadi, lagu ini diutuskan untuk Liez. 
Sumber: YOUTUBE

2. Cuandos Seas Mia (Son By Four)
Spanish sangat kan?! Liez memang jatuh cinta dengan lagu ni. Kebetulan lagu ini adalah salah satu lagu dalam telenovela Mis 3 Hermanas. Sebab Liez suka sangat lagu ini, sesorang telah memberikan CD kumpulan Son By Four. Kebanyakkan lagu dalam album tu Liez suka, tapi yang ini yang melekat dihati.
Sumber: YOUTUBE

3. If You're Not The One (Daniel Beddingfield)
Lagu ni popular tahun 2002. Waktu ni Liez sudah bekerja dengan satu company construction kecil. Dan ketika ini, Liez berkenalan dengan seseorang. Dan dia seorang yang sangat baik. Tapi bukan jodoh kami.
Sumber: YOUTUBE

4. In Da Club (50 cent)
Ni lagu orang gi clubbing kan? Hahaha. Sebenarnya lagu ni Liez gunakan sebagai ringtone masa Liez memgenali seseorang. Apa yang best dengan lagu ni? Hmmmm sebab lagu ni adalah fav seseorang itu.
Sumber: YOUTUBE

4. Dealova (Once)
Ok, lagu ni memang lagu cinta mati Liez untuk Dearie. Dan Liez gunakan sebagai personal ringtone sejak lagu ini ke udara tahun 2005. Pada waktu ni, kami masih mengenali hati masing-masing. Dan pada itu, Dearie bekerja di Dubai. Cinta jarak jauh selama setahun. Jadi lagu ini Liez tujukan pada Dearie dan ia menjadi lagu cinta hingga sekarang. Liez pernah cuba tukar ringtone lain tapi tak sampai 30 minit Liez akan tukar semula ke lagu Dealova.
Sumber: YOUTUBE


Apa lagu kenangan korang?


2 comments:

  1. No 1,3 dgn 4 memang ana layan habis dulu2. Tp lagu seangkatan no 1 tu semua kot ana suka. Siap hafal dan ada buku lirik lagi. Haha

    ReplyDelete
  2. Yang spanish tu je tak pernah dengar.. Yang lain tu memang sha suka..

    ReplyDelete

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (41) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers