14 December 2011

2011 Archivement .... RM 3,000,000.00

9:54 PM 0
Syukur diatas rezeki yang telah Allah SWT berikan pada kami sekeluarga.
Tahun nie me dah archive target for yearly.
Bila nak dapat tue,  tak sure la bila coz masih ader lagi client yang tak bayar hutang.

For monthly pulak, maybe ader 3 months yang tak archive target.
Ape-ape pun rezeki Allah SWT ader dimana mana..
Cuma kita sebagai umatNYA kenalah berusaha mencarinya..

Semoga tahun 2012 akan dimurahkan lagi rezeki kami sekeluarga.
Semoga jodoh ku dengan suami ku berkekalan hingga ke akhir hayat..
Semoga di kurniakan anak-anak yang soleh & solehah..
Semoga keluarga kami semua dirahmati Allah SWT


I LOVE YOU CAYANG.......

Heavy Weight !!!!!

8:56 PM 0
Sedey nyerr.......Last monday, went to clinic dekat Melawati.
After discussion, doc suruh me timbang berat ..

YA Allaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!
Berat guwe sudah naik 12kg brooooo !!!

HUHUHUHUHU..sangat berat weiiiii...

Macam mana tak gemuk..asyik teringinnnn nak makan jee...
Pagi Petang Siang Malam...
Dekat office, asyik mengunyahhhhh je..

Kali nie tak leh jadi..Harus kuruskan badan..
Ader wedding harus dihadiri dengan badan yang solid molid..
No gemukz gemukz macam sekarang..

Tapi..still frustrated jugak.. Tak sedar badan dah macam gajah..
Hopefully, my Dearie tak lari la bila isterimu ini dilanda masalah berat gajah nie..

Huwaaaaaaaaa !!!! Nak kurus macam dulu masa kahwin..

12 December 2011

Alhamdulillah...Sembuh akhirnya..

11:52 PM 0
Alhamdulillah..terasa lega bila masalah kesakitan bibir ku ini dah beransur pulih
Selepas hampir 2 minggu menahan kesakitan yang berdenyut dan amat menduga kesabaran
ditambah pula dengan stress di office this few months..
Cold Sores
Last saturday, me and My Dearie went to Klinik Dr Norliza (i la tue !!!) nak jumpa specialist la
coz ubat yang doc Klinik Mediviron tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Doctor bagitahu sakit yang me alami dipanggil Herpes Simplex Virus
So baru la me and Dearie tahu yang bila kita terlalu stress boleh membuatkan virus cepat membiak dalam nervous system kita.

Memang tak dinafikan, this few months me memang stress tahap cipan la...
Bukan ape..sebab nak kejar target sales for this year..
Tapi ALHAMDULILLAH dah tercapai. So takde la nak di " stress" kan kot..??
Hihihi tak tau la..Biasa la kan kerja maner takde yang stress..

Now my problem dah selesai dengan membayar RM 130 ( melayang duit my Dearie ;( )
Masa 1st time sapu buat nya pun dah boleh rasa bibir makin ok..
So after 3 days, memang bertambah ok..Tak sakit & dah boleh SINYUM..

Ape yang hendak me katakan, kerja tetap kerja tapi kesihatan diri harus diutamakan
Macam my case, tak terfikir yang penyakit ini wujud cause of stress yang dialami.

Jadi, sesamala la kita menjaga kesihatan diri dan terangkan pada kawan-kawan
about this problem.

Ape-ape pun, thank you so much to my lovely hunny bunny coz bersabar 
dengan my kerenah since kena sakit nie.Muka masam je & nak marah je kerje nya...
sanggup bawak g jumpa specialist for this..

Sorry ye Cayang ..I LOVE YOU.

Note:
To all friends out there, please take note about this disease 

05 December 2011

Bibir ku cedera....huwaaaaaa

11:30 PM 0
Assalamualaikum. lama betul tak tulis blog.
hmmmmm, bukan ape sekarang xde mood nak 
berstory mory. Padahal banyak benda happened this few months.

Ok, hopefully start from tonite, rajin lah aku merepek ye...Hihihi
So tonite nak start from kecederaan yang berlaku pada bibir ku ini..
Dont know mana silap salahnyer, bagun pagi tengok ader lupa dekat bibir bawah nie..
Ader bintik2 air & menggatalkan..huwarrgggg sangat gatal..
So gigi nie asyik duk garu la...Hmm memang sedappppp..
This happend bila bangun pagi last tuesday..In my mind,
 ingat maybe ader benda gigit but tak sakit pun.
Nak kat allergic, selama hidup 29 tahun xde pulak allergic ngan makanan..
Memang boleh bedal semuanya..Lain la Encik Suami Tercinta yang allergic kulit ketam.
Kalau bibir dia kena kulit ketam, boleh kalah bibir Angelina Jolie tau..
(Opppsss..sorry ye cayang ;))

So, dengan susah hati pergi office siap cover luka tu ngan foundation bagai.
Tapi, sakit & gatal menjadi jadi.
So tak tahan lagi & risau coz kena pulak kat bahagian muka lak tue..kluar dengan
dengan My Dearie cari ubat dekat farmasi. jumpa la ubat sapu based Alor Vera la..

Malam tu sapu la..So bangun pagi the next day, tengok yang bijik2 air dah pecah.
So yang tinggal isi yang merah..so cover la berlapis2 dengan foundation.
Nak jadi cerita start dari naik kereta dari rumah ke station LRT, 
sakitnya memang tak boleh nak digambarkan. Berdenyut-denyut...
Perghhhhhh giler sakit..

So bila sampai office, memang panas la..Dengan tak boleh nak bercakap sangat,
nak bukak mulut pun susah, sakit hingga ke otak..
Tahan kesakitan sampai lunch hour tapi ku gagal..Harus jumpa doctor coz tak boleh
nak tanggung sakitnya lagi..Me sms My Dearie and terus blah dari office.

Pergi my company panel clinic Mediviron Setiawangsa la.
 Bila doctor tengok dia kata maybe Allergic.
So, until now im still confuse..Allergic dengan ape?
Doctor bagi ubat sapu & pill allergic & she said if tak elok jugak dalam masa 3 hari 
kena datang jumpa dia balik.

So now, after 3 days luka tue dah ok dan mula kering.
Tapi tak tahan bila sapu ubat, dia gatal lain macammmmm..kena tahan nafsu menggaru la..
Aduhhhh...memang kena sabar banyak nie...isshhhkkkkk..


Talking about benda apa yang menyebabkan mulut cun ku ini
 mengalami allergic secara tetiba nie ?
Malam isnin tue, me masak sup sayur campur. Sayur tue beli yang siap ader kobis, 
mushroom, carrot and suun.. So masak sup biasa & finalnya letak ikan bilis goreng..
That's all !!

Huhuhu sekarang nie, bersabar la tunggu bila luka ni nak hilang..
Risau gak kan...Hopefully, it will be recover soon..
Idak lah sampai begini !!!!

21 November 2011

Final HARIMAU MUDA vs GARUDA !!!!!

11:02 PM 0
Huhuhu..sakit jantung sekarang nie..
Layan Final Bola Sepak Sukan Sea 2011 Malaysia vs Indonesia.

Memang tak tengok la yang masa tambahan nie..
Sangat nervous & tak sedap hati bila tengok Indonesia menyerang.

But i really admired ngan Apex nie..Goal Keeper terbaik Malaysia & Asia.
Banyak save bola and yang lain pun terbaik jugak.
Cuma ader 1,2 je players yang memang hampeh..
Buat Jantung ku nak luruh nie..!!!

Sekarang nie, memang tak tengok pun..
My Dearie tengah layan but me depan laptop nie sambil telinga disumbat ngan earphone 
pasang lagu kuat2..
Tak nak dengar langsung pasal game bola nie..
Sebab kalau kalah memang akan frust tertonggeng.
HUHUHUHU

Ape2 pun, just wait and see the last result.
TAKDIR kemenangan menyebelahi siapa ???

VS

TUNGGU & LIHAT !!!!

18 November 2011

SHEPHERD'S PIE

9:04 PM 0
Bahan - Bahan

Inti Daging:
Minyak Zaiton (2 sudu)
Daging Cincang ( 500gm )
Carrot (cincang halus)
Bawang besar (cincang halus)
Bawang putih  (cincang halus)
Garam
Lada Hitam
Lee & Perrins (2 sudu besar )
Tomato Puree or Sos Tomato  (2 sudu kecil)
Chicken Stock or Kuib Ayam 

Mashed Potato:
Kentang (Direbus dan dilenyek)
Fresh Milk 
Butter ( 3 sudu besar)
Garam
Lada Hitam
Kuning telur (2 biji)
Parmesan Cheese (1/4 cawan, minimum)

Cara - Cara :
Mashed potato
1) Kentang yang dilenyek di campur dengan semua bahan2 diatas. Gaul hingga sebati.

Inti Daging
1) Minyak dipanaskan dan masukkan daging cincang tadi. Masuk kan carrot cincang,Bawang besar dan bawang putih yang dicincang.
2) Tumis sehingga 5 minit, masukkan garam, lada hitam, sos tomato, sos Lee & Perrins and Chicken stock.
3) Tunggu 5 minit dan boleh diangkat.

Cara Penyediaan:
- Panaskan oven 10 minit sebelum membakar.
- Masukkan inti daging ke dalam mangkuk or bekas pie.
- Tutupkan inti daging tadi dengan mashed potato tadi. Tutup semua dan akhir sekali    taburkan parmesan Cheese.
- Bakar sehingga 20 minit atau hingga permukaan pie berwarna kekuningan.
- Boleh diangkat dan dihidangkan.

  
Shepherd's Pie
SELAMAT MENCUBA !!

10 October 2011

Ulang Tahun Pertama - 8 Oktober 2011

4:56 PM 0
Buat Encik Suami yang tercinta,
Sangat diriku bertuah memiliki mu,
Seorang yang mencintai diri ini sepenuhnya.
Dikau sungguh bermakna dalam hidupku,
Tanpa mu diriku hanyut.


Buat Encik Suami ku tercinta,
Ciptanya dirimu hanya untuk ku
Tiada dua dan tiganya.

Kehadiran mu membuatku gembira,
Suka duka kita bersama,
Pasti kita berjaya bersama

Buat Encik Suami ku tercinta,
Bersatunya kita membuatku mengerti
Impian diri ini ditepati
Disatukan dikau dengan diri ini.

Buat Encik Suami ku tercinta,
Setahun kita bersatu,
Cukup membuat diriku mengaku,
Dikau Tercipta Untukku
Semoga kita tetap bersatu,
Hingga ke akhir waktu,
Semoga Allah Swt merestu.

Buat Encik Suami ku tercinta,
Hanya kupinta darimu
Cintailah diriku , Isteri mu
Hingga akhir Hayat mu
Janjiku akan bersamamu selalu
Tak kira masa dan waktu,
Itu Sumpah Janji ku.



Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….


08 October 2011

Warkah Untuk Isteri - 1st Anniversary

12:58 PM 1
Assalamualaikum
sudah genap setahun kami berkahwin...masih ingat lagi pada waktu ini tarikh yang sama tetapi hari jumaat ( 08-10-10 ) aku telah melafaskan akadku....Alhamdulillah setelah berkawan hampir empat tahun sebelas bulan ( 06-11-05 ) aku telah menjadi suami yang sah kepada si isteri dengan sekali lafaz...Syukur Alhamdulillah...Kehidupanku bersama isteri tercinta bertukar sama sekali selepas ijab kabul...Pada awal kehidupan biasa sahaja yerlaa tengah mood honeymoon laa katakan...Hari berganti hari kehidupan kami bertambah cool tetapi alhamdulillah dugaan yang datang syukur boleh kami atasi dengan table talk, pillow talk or dinner talk...Itulah pendekatan yang kami lakukan dalam menguruskan hal rumahtangga kami...Aku tidak kata yang aku pandai dalam segala hal tetapi apa yang kami praktikkan kebanyakkannya dari pengalaman dari orang lain, banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu, banyak bersabar dengan kerenah masing-masing dan etc...Alhamdulillah berkat doa kami dugaan yang dihadapi tue berjaya kami atasi...Diawal perkahwinan ini, kewangan aku bersama isteri masih tidak lagi stabil tetapi kami cuba sedaya upaya untuk tidak berboros semasa hidup bujang dulu...Alhamdulillah rezeki kami murah, aku telah mendapat kerja yang baru dengan tugasan yang lebih banyak lagi dan isteriku pula kerjanya semakin hari semakin bertambah dengan monthly sales targetnya dapat achieved...Dengan perkembangan ini, kewangan kami sedikit demi sedikit berjaya kami atasi dan dalam masa yang sama kami juga telah membeli tempat kediaman dan jentera tunggangan...Dua perkara yang kami fikir penting yang perlu ada bagi pasangan yang baru berkahwin...rumah dan kereta...Aku berharap kehidupan kami selepas ini akan diberkati oleh-NYA dengan penuh kasih sayang dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah secepat yang mungkin...AMIN...Yerlah zuriat nie adalah ANUGERAH dari ALLAH bukannya hadiah...betulkan?...Agar perkahwinan kami bahagia sehingga ke akhir hayat kami dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah yang diberkati oleh NYA dunia dan akhirat...AMIN

Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu bapa kami dan keluarga kami, berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka, murahkanlah rezeki mereka, lindungilah mereka daripada gejala yang tidak diingini berlaku, berkatilah kehidupan mereka dengan penuh kasih sayang...Amin

Ya Allah, ampunkanlah dosa ku dan isteriku, murahkanlaa rezeki kami sesungguhnya kami bersyukur dengan limpah rahmat mu Ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami agar akidah kami tidak terpesong, Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada kami agar dapat kami beribadah kepadamu Ya Allah, hilangkanlah sifat keji, syak wasangka dan iri hati yang terdapat dalam diri kami, Ya Allah, berkatilah kehidupan kami dengan penuh kasih sayang dan kurniaan zuriat yang soleh dan solehah...Ya Allah ya tuhanku, aku bersujud dan berdoa kepada-Mu agar kurniakanlah kami anak-anak dari darah daging kami yang soleh dan solehah yang diberkati oleh-Mu dunia dan akhirat secepat yang mungkin, sesungguhnya aku tidak mampu menahan kesedihan yang dialami oleh isteriku, Ya Allah, aku berdoa kepada mu agar berikanlah peluang kepada aku dan isteriku untuk menjadi ibu-bapa yang mithali dalam mendidik anak-anak kami jalan ke arah-Mu Ya Allah...Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau perkenankanlah doa hamba-Mu yang hina ini, susungguhnya hanya Engkau yang aku Sembah dan Sujud, sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengasihani, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Kuasa dan Maha Besar...Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hanya Engaku yang tahu akan isi hati kami...hanya pada-Mu kami bertawakkal dan berdoa...AMIN...


Yang Masih Bernafas
Afey.

02 October 2011

Love Song....

11:40 PM 0
Tetiba teringat one of my love songs yang really i admired.
Lagu Purest of  pain by Son By Four.

Actually ader lagi lagu from this group yg me suka sangat2. Coz masa tue kan tengah hebat
Telenovela  Mis Tres Hermanas.

And that time tengah bercinta dengan sorang mamat tue la..Dia yang carikan CD Son by Four.
So i still remember lagu-lagunya.
Tapi yang Fav  - Cuando Seas Mia & A Puro Dolor.


Voy a desnudar tu alma beso a beso hasta sentir
Que tu cuerpo se derrama como lluvia sobre mÃ
Por el borde de tu espalda voy a dibujar mi amor
Sin ocultar esta pasión

Cada latido de tu corazón
Cada suspiro tuyo me pertenecerá

Cuando seas mÃa ya lo verás, baby
Todas las noches serán buenas para hacerte el amor
Cuando seas mÃa en cada sueño voy a estar yo
Te voy hacer buscar, pedir, rogar mi calor

Voy a deshojar tus sueños como la más bella flor
Voy a vivir para siempre como esclavo de tu voz
Desde el arco de tu ceja hasta tu dulce intimidad
Caricias yo voy a sembrar

Cada latido de tu corazón
Cada suspiro tuyo me pertenecerá

Cuando seas mÃa
(Solo mÃa)
Ya lo verás, baby
Todas las noches serán buenas para hacerte el amor
Cuando seas mÃa en cada sueño voy a estar yo
Te voy hacer buscar, pedir, rogar mi calor

Entrégate y yo te haré vibrar
Suplicarás que te ame más
En mis brazos volarás, hasta el cielo llegarás
No escaparás jamás

Cuando seas mÃa ya lo verás, baby
Todas las noches serán buenas para hacerte el amor
Cuando seas mÃa en cada sueño voy a estar yo
Te voy hacer buscar, pedir, rogar mi calor
Baby vas a pedir, vas a pedir mi calor

Cuando seas mÃa

Petua Rasulullah Untuk Rawatan Demam

12:32 AM 0

1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dangan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.”


2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila salah seorang daripada anda demam,hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak 3 malam pada waktu sahur.”
 


3.Daripada Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka,hendaklah memadamkannya dangan air sejuk.Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari ,dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tidak sembuh cubalah sebanyak 5 kali, 7 kali atau 9 kali. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9 kali InsyaAllah..”



4. Daripada Jabir r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya.Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: “Jangan mencaci demam,kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.”



Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: “Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.

01 October 2011

Semoga anak Mummy Lieza kembali sihat ....

11:56 AM 0
Last nite memang saje ajak my Dearie tido awal coz today kena kerja.
 Tp dlm duk pillow talk .. Ehemm ehemmm rahsia tau !!! Hihihi.. 
Dapat sms from my bff n dia mentioned yang baby dia br je kuar dr ICU coz doc detected ada nanah dlm paru- paru dia.. Terkejut sangat and me menangis bila terbayang badan baby yg kecik xtahu ape2 hidap penyakit yang kita sendiri tak duga..
So me terus call my bff and sembang la..sembang punya sembang xsedar dah sejam lebih kami duk membebel.. Ye la, my bff tue duk Utara so bila dapat sembang memang lupa diri la..
Ape2 pun, Mummy Lieza and Baba Fey will pray for you Aqil Rayyan .. Semoga Aqil kuat semangat.. Insyallah Amin.....

23 September 2011

18 Syawal 1432 - Our First Open House @ UK

12:49 PM 3
Assalamualaikum wbt,

Lama tak update blog kan? 
Bukan ape busy sikit dengan kerja and beraya.

Sebut pasal Raya, last friday, me buat open house. 
Buat simple2 je.. Me buat Bihun Singapore, My Dearie buat Tuna and Pita Bread.
Then, me suruh Mak buat Rendang Ayam yang lazat itu..

Beside that,
ader our very delicious Brownies and very superb Peanut Butter chocolate Cheesecake.

Actually, that's our fisrt time buat open house. 
Alhamdulillah, seronok dapat bagi orang makan..
Insyallah, semoga Allah swt murahkan rezeki kami.

Ape2 pun, really enjoyed every moments with friends and families.
And hope, they also love the foods.


Ramai jugak yang datang, my Dearie punya Ex-colleague masa kat ATSA, Dubai, VDI.
My ex-colleague and A'Famosa staff pun datang jugak..
My Dearie's Friends
Thank to Awek Giler KarokBudak SkolahCha cha taknak karok , Pakwe Ganas Sara,
Makwe Loceng Basikal Ijan, Mamat Bean Zul Lamri and Makwe Rajin Memasak Nora.
Thanks so much to you guys coz sudi datang to my teratak usang itu..
The A'Famosa Giler Staffs
Akak yang gumukssss !!!
Penyeludupan dikesan !!!!
NOTE:
Insyallah next year datang to my new house ye..

14 September 2011

Bingkisan Illahi

11:51 PM 2
Malam ini ketika keseorangan ditemani bunyi dengkuran si suami yang keletihan..;))
dan kedinginan kipas berputar kuasa 3 ....

Hati sungguh rakus berbisik
ketika meniti bayangan bingkisan-bingkisan jejari kecil.

Setiap detik, setiap saat, setiap minit hati menanggung rindu
Menanti bibit-bibit itu, merancang saat itu

Bayangan bingkisan-bingkisan itu bermain di minda
Bingkisan yang menjadi buruan setiap hati dan jiwa manusia

Bingkisan yang menyerikan setiap saat hidup manusia
Bingkisan yang bisa menaikkan semangat setiap organ bernyawa

Bingkisan yang akan membahagiakan Aku, Dia, Mereka
Bingkisan idaman dua jiwa
Bingkisan yang hadirnya meniti di bibir merah delima

Bingkisan yang rancak berpusing di dalam planetnya
Meneroka setiap pelosok gravitinya

Menanti saat keluar dari karungnya
Menerjah ke dunia yang indah ciptaanNYA


Doaku Buat Kekasih

11 September 2011

13 Syawal 1432 : First Time in My Life, you know !!!!

11:44 PM 0
Kisah terjadi ketika...oppsss !! saje je nak buat gempak awal2 nie..
Hihihi...actually nak story la kan..

Last friday, after office hours kena gerak ke Putrajaya for kenduri tahlil arwah Ayah Chor.
Sape Ayah Chor ?? Will tell you in my next entry.

Biasa la tahlil mesti la after Maghrib but we arrived sana waktu Isyak.
Jammies giler babun punya teruk..Dari UK Perdana nak ke Duke yang biasanya 5 minutes
dah jadi 30minutes. Memang panas pungguq la..

So My Dearie decided ikut jauh la coz nak elak jammed kan..Ikut NKVE.
Dari rumah kluar dalam 7.45pm sampai Putrajaya pukul 9.30pm.
That time pun orang dah habis makan. 

Tapi xpe la, asalkan kita datang kan. Lepak sembang2 sampai pukul 10 lebih jugak.
My Parents in law pun terus balik Ipoh that nite.
Kami bertiga pun gerak balik KL lalu MEX (Maju Xpressway).
Memang dekat la and tak jammed.

Sampai je KL, tiba2 kuar dari mulut My Dearie nak tengok muvie.
Ape lagi, terus la ke Wangsa Walk. Nak check dulu muvie ape yang ader that time.
Ader Hantu Bonceng but dah penuh so beli la ticket for The Smurfs.
Show pukul 12.20am.. Tak kisah layan jugak la walaupun lewat mlm.
Tapi still gak tak sedar diri yang esoknya kena kerja. Masuk je dalam cinema
baru start cerita, mata dah mula memberat yang teramat sangat.
Mula duduk xsenang. First time rasa macam nie..

Dah tak tahan sangat, me mintak permission My Dearie nak tido kejap.
What the heckkkk !!!!??? LEH TIDUQ DALAM CINEMA..
Memang hancur la..
Beberapa kali melelapkan mata, akhirnya dihujung2 muvie tue my mata
mula segar.Tapi xde guna coz xtahu jalan cite dari awal..
HUHUHUHU..RUGI LA !!!

Habis muvie pukul 2.00am.. Balik rumah ape lagi terus tiduq laaaa !!
Mana leh tahan !!!

OPPSSS !!! About muvie The Smurfs tu..
Hmmmm...agak bosan la di awal ceritanya.. Ending boleh tahan jugak la..
Tapi overall, dari 5 stars ,me bagi 2 stars je..

06 September 2011

8 Syawal 1432 : Mood Kerja Harus Bermula !!

12:28 PM 0
Banyak betul benda nak story since hari-hari terakhir berpuasa and beraya di Ipoh.
Dah start kerja pun today...so mood kerje...MARI MARI MARI..

Ape-apu pun,  i'll update sikit-sikit dari rumah..
Itu pun klau la My Dearie bg i guna laptop time malam-malam..
(coz dia buat kerja kat rumah) 
Untuk memenuhi nafsu isterinya yang tercinta..hihihi



02 September 2011

4 Syawal 1432 : Peanut Butter Chocolate Chip Cheesecake

11:18 AM 0
For Raya this year
me buat Peanut Butter Chocolate Chip Cheesecake idaman my Dearie.
For Family in law for their open house on 1st Day Raya.


Actually, since me and Dearie berkenalan memang 
every year My Dearie nak me buatkan cake for them. 
Katanye before kenal tuannyer kena la bagi rasa masakan dari air tangan me..
Ahak..ayat ayu kan ??? Tapi memang itu yang Dearie cakap.

Ingredients

Base:

  • 1/2 (14-ounce) Chip more cookies (2 cups crumbs)
  • 1/2 cup bittersweet chocolate chips (optional)
  • 4 tablespoons soft unsalted butter

Filling:

Topping:

Directions

Cook's Note: All the ingredients should be at room temperature before you start.
Preheat the oven to 325 degrees F. Process the crackers, peanuts, bittersweet chocolate chips, and butter in a food processor. Once it comes together in a clump, turn it into a springform pan and press into the bottom and up the sides to make the crunchy crust. Put it in the refrigerator while you make the filling.
Add all the filling ingredients to a food processor and pulse until it becomes a smooth mixture.
Pour and scrape the filling into the crust and bake for 1 hour, checking after 45 minutes. The top, only, should feel set and dry.
Take the cheesecakes out of the oven and set aside while you make the topping. Warm the sour cream and milk chocolate with the brown sugar in a small saucepan over a low heat. Gently whisk to blend in the chocolate as it melts, then take the pan off the heat.
Spoon and spread the topping very gently over the top of the cheesecake, being as careful as you so as not to break the surface. (Not that anything bad will happen; you'll just have chocolate marbling the cake a bit.) Put it back in the oven for a final 10 minutes. Remove the cake from the oven and cool. Slice and serve.
Make Ahead:
Make the cheesecake up to 2 days ahead. Cool and chill as directed. Do not cover until completely cold, then cover with a plate or plastic wrap, making sure that the covering does not touch the surface.Unmold and serve as directed in the recipe. This will keep in the refrigerator for up to 4 days total.
Freeze Note:
The cheesecake can be frozen for 1 month. Make sure it is thoroughly chilled then wrap, still in its pan, in a double layer of plastic wrap and layer of aluminum foil. Thaw overnight in the refrigerator and eat within 2 days. A small amount of condensation may appear on surface of the cheesecake after thawing, but it is still fine to eat.