Jom Makan Menu Terbaik Malaysia, Memang Best!
Jom Makan Menu Terbaik Malaysia, Memang Best! | Assalamualaikum korang. Selamat tahun baru 2021. Cuti-cuti sebelum anak-anak masuk sekolah, mesti ramai yang merancang untuk bercuti, habiskan masa di kampung atau pun jalan-jalan cari makan kan? Bab makan memang Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan dari pelbagai kaum yang boleh di nikmati bersama. Dan nak cari semua jenis makanan ni pun mudah, boleh kata di setiap negeri boleh dapatkan pelbagai jenis makanan dari semua etnik di negara kita.
Sebagai seorang yang suka jalan-jalan dan mencari makan, Liez memang teruja kalau pergi ke sesuatu tempat dan tahu ada menu yang sedap atau viral. Sedia maklum disebabkan Covid-19, Liez batalkan percutian yang dirancang. Frust juga sebab trip kali ni nak jalan-jalan cari makan viral sebenarnya. Tetapi Liez tak risau sebab sekarang boleh order food viral dengan menggunakan khidmat Foodpanda. Jom makan menu terbaik Malaysia, memang best!! Liez akan sharekan 5 menu yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.
#1 Nasi Lemak
Ini adalah menu yang menjadi pilihan seluruh rakyat Malaysia. Nasi lemak adalah sejenis makanan berasaskan nasi yang dimasak dengan santan. Aroma dan rasanya yang berlemak digandingkan dengan sambal yang pedas, potongan timun, telur rebus atau telur goreng mata kerbau dan kacang tanah goreng.![]() |
Pic: Google |